Khamis, Disember 31, 2009

Gerhana Bulan

Assalamualaikum
Sehari dua ini, akan berlaku Gerhana Bulan, dinyatakan serba sedikit mengenainya, mudah-mudahan ia berguna dan bermanafaat:
DALIL
Dalil dari hadis Rasulullah “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana karena matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
Cara Solat Gerhana
Ada beberapa cara mengerjakan solat gerhana pengamalan zaman Nabi Muhammad s.a.w.:
KAIFIAT/CARANYA
Dikerjakan 2 rakaat, yang pada setiap rakaat ruku’nya dilakukan dua kali, yaitu sesudah membaca Al Fatihah dan surah, lalu ruku. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lalu ruku yang kedua. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang kedua, kemudian bangkit berdiri untuk rakaat yang kedua. Pada rakaat yang kedua ini, ruku dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian diakhiri dengan tahiyat.
Solat gerhana dapat dikerjakan secara berjamaah. Sebaiknya setelah solat dilakukan khutbah seperti pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada hal-hal yang bermanfaat, seperti anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi munkar; dan jangan lupakan keterangan tentang gerhana itu sendiri.

DALIL LAIN :
“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah)”. Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu”. (Hr Bukhari dan Muslim).

Rabu, Disember 16, 2009

Sedih ayah masih terasa lagi...

Salam buat semua
Telah hampir 2 minggu bonda pergi, sampailah hari appoitment bonda dengan doktor pakar di KPJ Damansara, ayahpun ada juga appoitment dgn doktor di Hospital Mata T Hussein on...biasanya ayah akan bergandingan dengan bonda naik kapal terbang...tapi kali ni, kelihatan ayah masuk ke balai berlepas berseorangan....tu yang anak cucu tak mampu tahan rasa sedih, biasanya bersama bonda....lagi sedih bila hazwan (cucu) beritahu tok ki (ayah) beri dia duit RM20.00 sambil suruh dia ambil kerusi roda...ayah masih tak ingat bonda dah tak ada, kerusi roda tu memang selalu diambil untuk kemudahan bonda....ayah tak ingat...itu yang menyebabkan anak-anak lagi sedih...semoga bonda tenang disana.

Rabu, Disember 09, 2009

Perginya Bonda Tercinta....

Salam buat teman-teman diluar sana....salam kebesaran Islam saya lafazkan untuk semua. Pada hari Jumaat jam 1 pagi bersamaan 6 Disember 2009 bonda Zainab bt Mat Hussin telah selamat kembali ke pangkuan Allah.
Sejak lebih 6 bulan lepas bonda menderita cancer paru-paru, saya masih ingat lagi pada akhir Mei 2009, sewaktu saya ke Mekah mengerjakan Umrah, bonda masuk Hospital Besar Terengganu, agak lama juga bonda di Hospital itu, tetapi result kepada sakit bonda yang telah berlarutan selama 3 tahun lebih masih tidak ketahui, kata pihak Hospital sakit bonda tidak serius. Bonda balik ke rumah di Kuala Ibai, x-raynya juga dibawa bersama.
Oleh kerana tidak puas hati dengan keadaan ini, maka adik saya Burhan dan adik ipar saya mendesak supaya bonda datang ke Kuala Lumpur untuk buat satu lagi ujian perubatan. Kali ini di KPJ Hospital Pakar di Damansara. X-ray yang diperolehi dari Hospital Terengganu di bawa sama. Doktor pakar yang periksa bonda agak terkejut bila melihat x-ray bonda. Hospital ini terus buat ct scan kepada bonda sekali lagi, dan keputusannya...! mengejutkan sekali, bonda didapati mengidap cancer paru-paru peringkat 4.
Bila berita ini disebarkan kepada adik-adik saya yang lain, semua adik beradik rasa sedih yang amat sangat, semua tahu bonda tak lama dapat bertahan. Adik ipar saya menjelaskan bahawa jangkaan doktor bonda hanya boleh bertahan tidak lebih 9 bulan. Memang berita ini cukup menyedihkan anak-anak, saya turun ke tingkat bawah rumah adik saya, tengok bonda sedang tidur, saya lihat wajahnya, rasa macam tak sanggup berpisah dengan bonda, walaupun penyakit bonda memang tidak akan membiarkan bonda hidup lama.
Adik-adik saya agak cepat juga datang, bila mendengar berita tentang penyakit bonda ini. Bermula dari tarikh itu, bonda menjalani kimo setiap 3 minggu. Setelah lima kali dengan sejenis ubat, ditukar pula ke ubat yang lain untuk kali ke 6, banyak juga perbelanjaan yang digunakan, sekitar 60 ribu. Bila bonda kimo kali ke 6, yang juga masuk bulan ke 6 atau 7, bonda agak letih dan lemah. Sehinggakan masa balik, adik saya Hafiz terpaksa angkat bonda dari tingkat bawah di rumah adik saya Burhan di Wangsa Mas.
Penerbangan bonda dari Subang Jaya, sampai di rumah di Kuala Ibai, Terengganu, bonda memang amat lemah dan letih, malas dia nak berbual dengan anak-anak. Malamnya saya balik dari kursus, dapat call dari ayah yang beritahu bonda dalam keadaan tenat, saya dan isteri agak terkejut juga, walaupun isteri saya telah melihat bonda yang balik pada pagi tadi dalam keadaan lemah. Kalau tidak kerana anak kedua saya menduduki peperiksaan stpm, tentu kami tak tunggu lagi, terus balik...jadi kami tangguhkan sehingga esok dalam pukul 11 pagi.
Memang esoknya kami sekeluarga balik dalam puku 12 tengah hari. Sampai di Terengganu dalam 5 petang, sampai saja terus kami ke bilik bonda, memang kelihatan bonda tenat sekali. Tetapi beberapa hari kami di Terenggganu, kelihatan bonda agak sihat, dan boleh makan sendiri, dan dah mula bercakap. Agaknya bila lihat ramai anak cucu yang balik, memberikan bonda tenaga...petang itu bonda sempat naik kerusi roda melihat kakak ipar saya masak nasi bukhari kambing, sempat lagi bonda menunjuk cara-cara masak, memang bonda pakar masak nasi bukhari, tapi bila bonda tiada, tiadalah lagi air tangan bonda.....
Oleh kerana kelihatan bonda mula sihat, maka kami sekeluarga dan juga adik saya yang Kuantan, juga yang di KL pulang ke tempat masing-masing.
Beberapa hari kami tinggalkan bonda, balik ke ampang...sampailah hari raya aidil adha pada, hari kedua saya pulang ke Kuala Ibai kerana pada malam itu ada mesyuarat keluarga, ayah minta semua balik. Tapi saya balik sorang diri, tinggalkan keluarga di ampang. Sabtu raya kedua, kami bermesyuarat anak beranak, ayah jadi pengerusi, dalam mesyuarat adik saya khairul agak terharu dan meluahkan rasa terima kasih kepada adik saya burhan yang telah banyak membantu dalam perubatan bonda...suasana agak sedih kerana khairul tak pernah menangis....mesyuarat selesai dengan baik.
Esoknya, hari ke 3 aidil adha....bonda tenat lagi, saya risau melihat keadaan bonda, lalu terus menyuruh isteri dan anak-anak balik. Isteri dan anak-anak saya sampai di Airport Terengganu dalam 7 malam, agak jam sedikit jambatan sultan mahmud....8 mlm sampai. Bonda masih lagi tenat ketika itu..
Melihat bonda dalam keadaan tenat, maka kami adik beradik berbincang nak bawa bonda ke Hospital. Keputusannya kami setuju untuk bawa bonda ke Hospital, maka pada pagi selasa 3 Dis ambulan bawa bonda ke hospital. Bila masuk hospital, bonda ditempatkan di wad orang ramai....agak terkilan juga, kerana bila bonda di situ/wad payahlah sikit nak baca quran ramai-ramai. Masa bonda agak tenat.....bonda minta dibacakan ayat-ayat Quran, maka kami baca beramai-ramai, setelah beberapa jam kami baca, bonda minta untuk bangkit dari pembaringannya...kata bonda "tenang sungguh bila dengar bacaan al-Quran".
Bila di hospital bonda memang tidak selesai, tapi apabila masukkan oksigen, kelihatan bonda agak segar dan dapat pegang roti untuk makan sendiri....masa tengok bonda solat atas kerusi roda, rasa agak gembira juga...agaknya bonda sihat Insya Allah.
Malam tu saya dan adik saya sekeluarga pulang ke KL. Isteri saya dan anak-anak saya tinggalkan di Kuala Ibai. Sampai di KL dalam 11 malam, ada call dari terengganu, bonda sesak nafas....kami risau sangat keadaan ini. Sempat juga beberapa hari di KL, adik saya ke Langkawi kerana tugasnya. Sehinggalah pada hari khamis 5 Dis 09, saya tidur awal malam tu kerana keletihan....saya terkejut dalam 12.30 malam, semacam ada orang yang mengejutkan saya, macam bonda datang.....saya terbangun dari tidur, spontan teringatkan bonda. saya mengeluh, agaknya masa bonda dah sampai..beberapa minit kemudian isteri saya telefon, katanya bonda dan sejuk, dah kuning mukanya, dah tak bergerak.....bonda dah meninggalkan kita buat selama-lamanya.....terus kelihatan lipatan kenangan bersama bonda, satu demi satu, kisah demi kisah, cerita demi cerita, apa yang mampu dilakukan sekadar curahan air mata seorang anak.....
Masa bonda dimandikan, anak-anaknya dan menantu-menantunya yang bertungkus lumus memandikan bonda bersama dua orang juru mandi jenazah yang datang dari dalam kampung. Selepas selesai bonda dikapankan...anak-anak cucu seorang demi seorang mengucup wajah bonda yang sejuk, yang kaku.....sedih sangat, semua tak tahan dengan perpisahan ini, teman-teman bondapun tidak tahan sebak, lepas ni tiada lagi suara bonda, tiada lagi leteran bonda, tiada lagi nasihat bonda, semua tiada, yang ada hanya kenangan.....
Bonda beruntung, dan anak-anakpun rasa puas hati bila Tuan Guru Haji Abdul Hadi sempat melapangkan masa menjadi imam solat jenazah bonda, bilangan jemaah yang solatpun boleh tahan juga ramainya....masa doa atas kubur, sekali lagi bonda beruntung kerana sempat juga Dato' Harun Taib berdoa untuk bonda.....itulah yang diwasiatkan bonda, wasiat bonda semua tertunai.
Semoga bonda tenang di sana, semoga bonda mendapat balasan syurga..buat bonda tercinta..keluhan anak-anak sekadar melepaskan sedih dihati masing-masing.
Terima kasih kepada semua yang hadir masa kematian bonda, dari kelangan teman taulan, pimpinan pas terengganu dan lain-lain.
Sekadar luahan anak bonda yang terasa kehilangan sesuatu.....

Rabu, Disember 02, 2009

Turunnya Isa alaihissalam

Assalamualaikum
Dalam hadis nabi mengenai tanda-tanda kiamat, terdapat kisah tentang penurunan Nabi Isa alaihissalam di Menara Puteh, Syria. Sumbernya seperti berikut :
Dalam hadits Nawwas bin Sam’an yang panjang yang membicarakan kemunculan Dajjal dan turunnya ‘Isa ‘alaihissalam, Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Ketika Allah telah mengutus al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih di sebelah timur Damsyiq dengan mengenakan dua buah pakaian yang dicelup dengan waras dan za’faran, dan kedua telapak tangannya diletakkannya di sayap dua Malaikat; bila ia menundukkan kepala maka menurunlah rambutnya, dan jika diangkatnya kelihatan landai seperti mutiara. Maka tidak ada orang kafirpun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal nafasnya itu sejauh mata memandang. Lalu ‘Isa mencari Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal hingga menjumpainya di pintu Lud, lantas dibunuhnya Dajjal. Kemudian ‘Isa datang kepada suatu kaum yang telah dilindungi Allah dari Dajjal, lalu ‘Isa mengusap wajah mereka dan memberi tahu mereka tentang derajat mereka di surga.”

Shahih Muslim, Kita Al-Fitan wa Asyrathis Sa’ah, Bab Dzikr Ad-Dajjal 18:67-68

Ahad, November 29, 2009

No Telefon saya yang ke 2

Assalamualaikum
Saja nak maklumkan no. tel baru saya selain yang pertama 019.....no ke 2 ialah 017 2086664.

Isnin, November 09, 2009

Bersama saudara baru di Bagan Lalang


Assalamualaikum
buat teman-teman yang masih setia dengan pengisian ilmu di laman blog. Sejak hari sabtu lagi saya bersama-sama teman-teman dari PERKIM dan al Farobi Consultant menganjurkan program intensif buat teman-teman yang kita namakan dengan "saudara baru".
Dalam satu majlis ta'aruf bagaimana saya menganut Islam, semua peserta diberi peluang bercakap untuk menjelaskan bagaimana mereka boleh terpanggil menerima hidayah Allah. Kelihatanlah betapa besarnya Allah mengurniakan bagi mereka hidayah. Ada yang Islam kerana melihat drama tv indonesia yang menunjukkan kebesaran Allah, lalu hatinya terpikat dengan Islam seterusnya menganut Islam.
Ada juga yang bermimpi sehingga menyebabkan terbuka pintu hatinya menganut Islam, tetapi yang paling banyak ialah punca persekitaran. Ada yang terbuka hatinya melalui pergaulan dengan kawan, keluarga angkat, dan sebagaimnya.
Di antara peserta ada yang baru sebulan masuk Islam, ada yang baru 3 bulan yang masuk Islam, dan ada yang telah berbelas-belas tahun yang masuk Islam.
Semasa makan bersama dengan urusetia PERKIM, ada yang bergelar datin sri yang merupakan aktivis perkim, beliau memaklumkan PERKIM berhadapan dengan masalah kewangan untuk menganjurkan program-program untuk saudara baru.
Melihatkan perkembangan saudara baru kita ini, saya rasakan betapa perlunya sama-sama kita bantu samada dengan tenaga dan lebih lebih lagi dengan kewangan.
Saya kagum dengan aktivis PERKIM ini.....menurut cerita rakan-rakan kita di PERKIM ini, mereka telah berjaya mengislamkan 49 keluarga orang asli di Bukit Cerakah. Ini kerja yang amat cemerlang......saya menyeru semua yang merasa terpanggil melihat article ini menghulurkan bantuan. Semoga Allah meredhai kita Insya ALLAH, dan saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang bertungkus lumus untuk menunaikan tanggungjawab Islam ini.

Rabu, Oktober 21, 2009

Agaknya ia suatu PERINGATAN ALLAH bagi orang yang meminggirkan Islam

Assalamualaikum
Agaknya teman-temanpun rasa risau dengan apa yang berlaku di Padang Indonesia.....dahsyat amat sangat. Begitu sekali keperkasaan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak ada sebarang makhluk dapat menahannya. Kita sebagai makhluk tidak berhak mempertikai akan kemurkaan Allah, kita langsung tidak boleh mempersoalkannya. Jawapan yang Allah berikan ada dalam surah al Ankabut ayat 40, firman-Nya :
فكُلاً أخذنا بذنبه فمنهم من ارسلنا عليه حاصبا ومنهم من أخَذَتْهُ الصيحةُ ومنهم مّنْ خسفنا بهِ الأرضِ ومنهم من اغرقنا وما كانَ اللهُ لِيظلمَهُم ولكن كانوا انفسَهُم يظلموم – العنكبوت 40(Maksudnya : Maka masing2 mereka itu Kami siksa disebabkan dosa-dosanya, maka di antara mereka ada yang kami timpakan kpd nya hujan batu kerikil, dan di antara mereka ada yg ditimpa suara keras yang mengguntur, dan di antara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan adiantara mereka ada yang Kami tenggelamkannya. Allah tidak zalim tetapi merekalah yg menzalimi diri mereka sendiri)
Allah telah sediakan jawapan kepada sesiapa yang bertanya kenapakah Allah membala sesuatu masyarakat. Maka manusia perlu merenung dan menyelidiki dosa apakah yang dilakukan sehingga begitu rupa sekali kemurkaan Allah.
Ada orang berkata, malah ada ustaz yang menyampaikan kuliah mengatakan bahawa ada satu kampung di sekitar Padang yang ditenggelamkan sebuah kampung 30 meter ke dalam tanah, kerana mereka mengadakan kenduri keraian dan kesyukuran di atas kematian Nordin bin Mat Top. Semasa majlis itulah gempa bumi itu datang. Kalaulah ini benar...Masya ALLAh semuanya kehendak DIA, Dia yang menentukan, Dia yang membela hambaNya yang dikasihi. Kita hanya melihat dan mendengar. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Semoga Allah menyelamatkan kita dari bencara seumpama itu.

Khamis, September 24, 2009

Sambunglah Ibadah Puasa Dengan Puasa 6

Salam kapada semua sahabat-sahabat, setelah selesai kita berpuasa Ramadhan, eloklah pula kita sambung dengan puasa 6. Kalau kita ikuti perjalanan orang-orang tua kita, mereka tidak tinggal puasa 6 ini. Boleh dikatakan ramai orang-orang tua kita suka dengan puasa 6 ini.
Tetapi bagi orang-orang muda memang sukar nak sambung budaya orang-orang tua kita ini. Agaknya kerana orang sekeliling mereka tak puasa, jadi sukarlah nak puasa....kalau Ramadhan, agak senang kita puasa kerana orang seluruhnya berpuasa. Macamanapun, kita perlu ingat bahawa puasa 6 ini adalah suatu sunnah Rasulullah yang dilaksanakan oleh baginda, yang juga merupakan suatu budaya yang baginda laksanakan. Oleh itu....marilah sama-sam kita sambung puasa Ramadhan ini dengan puasa 6 pula. Oleh saya berpesan kepada semua teman-teman agar meneruskan budaya ini yang dimulakan oleh baginda Sollahu alaihi wasallam. "Sekadar kongsi ibadah".

Selasa, September 22, 2009

Lebaran di Kuala Terengganu

Assalamualaikum
Buat teman-teman yang sentiasa memantau blog yang bermanafaat.
Puasa dah habis, datang pula syawwal. Biasalah....orang balik kampung, tengok mak ayah, keluarga, teman-teman...lambaian pokok kelapa di kampung memang cukup menghiburkan hati serta menenangkan. Pejuang-pejuang Islam balik kampung, jangan lupa dengan tanggungjawab jihad dan perjuangan. jangan lupa pada majlis-majlis ilmu yang seminggu dua ini kosong. Jangan biarkan masjid dan surau kosong terlalu lama, jangan biarkan masjid surau suram tidak bermaya.....teruskan dengan perancangan dengan aktiviti ilmu yang memberi manafaat ahli kariah. Jangan lama berehat, perjuangan Islam perlu diteruskan. Allahu Akbar.

Selasa, September 15, 2009

Link Blog Yang Saya Kendalikan....

Salam buat semua teman-teman...
Antum boleh layari ke blog seperti; http://ampangbukitindah.blogspot.com, ataupun ke blog; www.masjidbukitindahampang.com ataupun ke blog; http:ilmi-ilmi.blogspot.com untuk melihat article yang ada kaitan dengan blog ana.

Khamis, September 10, 2009

Kenangan Derma di Surau As Sakinah TTDI Jaya

Assalamualaikum
Kepada semua teman-teman, selamat meneruskan ibadah puasa. Jadilah manusia yang rabbanian, bukannya sekadar ramadhanian! iaitu menjadi insan yang sentiasa beribadah, bukan sekadar beribadah dalam bulan Ramadhan sahaja, tetapi beribadahlah sepanjang masa dan ketika.
Semalam 9 September 09, saya buat tazkirah di Surau As Sakinah di Taman TTDI Jaya Batu 3. Sebenarnya tempat ini banyak menyimpan kenangan untuk saya, kerana disitulah saya mula pijak KL dan Selangor dari Terengganu.
Seperti biasa semasa saya memberikan tazkirah....saya akan merayu derma untuk sekolah saya iaitu SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI. Agak memeranjatkan juga kerana minta derma di surau ini walaupun tidak dimaklumkan sebelum ini saya akan minta derma, duit tunai yang saya dapat ialah sebanyak RM938.00. Cuma yang lebih memeranjatkan ialah ada seorang kakak yang menyampaikan derma sebentuk cincin semasa saya mengatur tapak untuk pulang ke Ampang. Saya cukup tabik, kalau orang berduit yang dermawan, dah tu pulak memang orang yang bersedekah mempunyai pahala yang besar di sisi Allah....mudah mudahan semua yang menderma malam itu diberikan keberkatan serta ditambahkan rezeki, terutama kakak yang memberikan cincin itu. Allah sajalah yang tahu berapa pahala yang sebenarnya yang mahu diberikan Nya. Semoga semua orang yang berduit memiliki perasaan dermawan yang berpanjangan...amin ya Robbal alamin.

Isnin, Ogos 24, 2009

Ramadhan.....

Salam sejahtera buat semua teman-teman yang sering mencari ilmu menerusi blog-blog yang berselerakan di lembah internet ini. Ramadhan masih lagi setia mengunjungi kita, ia terus mendatangi pencintanya biarpun apa yang berlaku di atas muka bumi. Biarpun dunia dipenuhi dengan peperangan. Biarpun dunia dilanda wabak dan penyakit. Namun Ramadhan tetap datang. Kini telah masuk hari ke 3 kita berpuasa, hari-hari yang berlalu yang tidak akan kembali lagi....hari-hari dimana manusia seringkali lupa tentang Hari Mahsyar yang hampir sekali dengan kita.
Ramadhan kali ini berada di tengah-tengah dunia menjadi sasau kerana serangan wabak "selsema babi". Dunia yang kita diami ini makin hari makin menampakkan kelemahannya, makin memperlihatkan ketuaannya, makin menjelaskan dirinya, bahawa dia tidak akan kekal.
Apakah manusia fikir mereka boleh tinggal atas muka bumi ini selama-lamanya, tidak akan binasa? Sesungguhnya anggapan begini amat meleset. Wabak ini menjadikan manusia tidak betah berada di atas bumi. Tetapi oleh kerana tiada tempat lain selain dunia untuk didiami, maka manusia tetap menetap di atasnya.
Rasulullah sollahu alaihi wasallam berkali-kali memberikan peringatan kepada manusia bahawa dunia ini tidak kekal lama, dunia bakal binasa, dunia ini umpama bangkai. Namun peringatan baginda ini seringkali dilupai oleh manusia.
Marilah kita melihat dunia sebagai tempat yang sementara, tempat yang menguji seluruh keimanan manusia.
Sekadar tazkirah untuk diri.

Rabu, Julai 22, 2009

Al Quran

Salam sejahtera buatsemua ahli kariah Bukit Indah
Firman Allah :
أفلا يتدبرون القرآن أم على قلوب أقفالُها
(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Surah Muhammad ayat 24
Ayat di atas menjelaskan bahawa setiap pembaca al-Quran mestilah memahami isi kandungan al-Quran, bukan sekadar membacanya. Mestilah mengetahui makna-makna dan apa yang dikehendaki oleh Allah dalam ayat-ayatNya. Ia melibatkan hukum hakam yang melibatkan 500 ayat lebih. Juga melibatkan kisah-kisah yang menjadi contoh-contoh kepada manusia. Kisah-kisah yang berasaskan tauhid dan akhlak yang terpuji.
كتابٌ أنزلنا إليك مبارك ليدبروا آياته وليذكر أولوا الألباب29]
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar - سورة ص
Berdasarkan 2 ayat tadi, dapatlah difahami bahawa setiap pembaca al-Quran mestilah juga mengetahui akan maksud serta isi kandungan ayat, bukan sekadar membaca ayat-ayatnya dan membetulkan tajwidnya semata-mata, malah perlu mengetahui apa yang dikehendaki oleh ayat-ayat yang dibacanya. Sabda Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam :
مَنْ جعلَ القرآنَ أمامَهُ قادَهُ إلى الجنةِ ومن جعلَهُ وراءَ ظَهرِهِ ساقَهُ إلى النار
(Sesiapa yang meenjadi al-Quran itu sebagai pemimpinnya nescaya ia akan memimpinnya ke syurga, sesiapa yang menjadikan al-Quran dibelakangnya nescaya ia akan memimpin ke neraka - rujukan dalam kitab wasiat agama dan nasihat Imam dalam bab Al Quran, kebanyakan hadis dalam kitab ini dinaqalkan dari kitab bahrul mazi)
Mudah-mudahan setiap guru yang mengajar al Quran dan juga pelajar-pelajarnya mempelajari al-Quran dengan memahami kehendak-kehendak ayat, jangan sampai nanti apa yang dibaca, mengenai kepala pembacanya sendiri, sedangkan pembaca tidak mengetahui al Quran sedang melaknatnya, sebab kerana pembacanya tidak mengetahui makna dan kehendak ayat.

Jumaat, Julai 17, 2009

Sedekah Menyembuhkan Penyakit

Assalamualaikum
Buat teman-teman yang sentiasa inginkan kebaikan menerusi majlis ilmu dari blog ini, salam bahagia buat antum semua. Juga buat pelajar-pelajar saya yang selalu memantau blog saya ini, saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Buat kali ini saya cuba membawa tajuk sedekah atau sumbangan. Kita mulakan dengan satu hadis Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam, bermaksud "Ubatilah sakitmu dengan sedekah" teks Arabnya sebagaimana berikut :
داووا مرضاكم بالصدقة
Hadisnya ini memberikan penekanan tentang sedekah yang boleh menyembuhkan sakit seseorang. Bermakna sedekah itu mempunyai banyak khasiat dan manafaat antaranya boleh menyembuhkan sakit.
Firman Allah bermaksud "Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulNya, dan belanjakanlah dari apa yakni harta yang kamu dijadikan Allah mempusakainya, maka orang-orang yang beriman antara kamu dan membelanjakan (hartanya di jalan kebajikan) akan memperolehi pahala yang besar - Surah al Hadid ayat 7.
أمنوا باللهِ ورسولِه وأنْفِقوا مما جعلكم مستخلفين فيه فالذين أامَنوا منكم وأنفقوا لهم أجر كبير
Ayat Allah ini memerintah manusia yang beriman suapaya bersedekah. Malah ini adalah bukti terhadap iman seseorang kepada Allah. Bukti iman ialah sanggup mengeluarkan hartanya demi kerana Allah, bermaksud tidak menjadikan harta di hadapan, atau tidak mengasihi harta lebih dari kasih pada Allah.
Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam yang bermaksud "Sesiapa yang bersedekah seberat kurma dari rezeki yang baik, akan menerima sedekah itu dengan penuh kemegahanNya, lalu dia memeliharanya seumpama seseorang menjaga dan memelihara seekor anak kuda yang baru beranak, sehingga akhirnya sedekah itu membesar seperti sebuah gunung. Mata hadisnya ialah seperti berikut :
منْ تصدقَ بعدلٍ تَمرٍ مِن كَسْبٍ طيب ولا يقبلُ اللهُ إلا طيبا فإن اللهَ يأخُذُها بيمينه فيُربِّيها لهُ كما يُرَبِّي أَحَدُكُم فِلْوَهُ حتى تكونَ مثلَ الجبل
Perumpamaan ini menjelaskan tentang sedekah itu berkembang dan membesar. Dipeliharanya sampai ke hari kiamat, sentiasa subur dan menjalar sebagaimana pokok-pokok yang tidak berhenti-henti menjalar serta menghijau dengan subur.
Sesiapa sahaja yang beriman boleh bersedekah pada bila-bila masa sahaja,siang atau malam, pagi atau petang. Inilah yang difirmankan oleh Allah melalui ayat 274 surah al-Baqarah yang bermaksud "Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada waktu malam dan siang, secara sembunyi-sembunyi mahupun terang terangan, maka mereka akan memperolehi ganjaran dari Tuhan mereka, mereka tiada takut dan tiada pula berdukacita. Ayatnya ialah :
الذين يُنفقون أموالَهم باليل والنهار سرا وعلانية فلهم أجرهم عند ربِهم ولا خوف عليهم ولاهم يحزنون
Ayat ini menjelaskan tentang waktu dan masa seseorang beriman itu boleh bersedekah, tiada had masa dan waktu serta tiada had tempat untuk seseorang itu bersedekah, mereka boleh bersedekah pada bila-bila masa. Bahkan orang yang cintakan sedekah boleh menjadikan perangai bersedekah dengan menjadikannya sebagai suatu rutinnya yang dilakukannya secara berpanjangan. Mereka yang bersedekah ini juga boleh mengajak teman taulannya keluarganya untuk sama-sama menyertainya bersedekah, agar banyak wang yang dapat dikumpulkan bagi disedekah kepada orang yang memerlukan.
Biarpun mereka berhadapan dengan masalah kewangan, dan mereka amat memerlukan wang, akan tetapi sumbangan tetap diberikan biarpun sedikit. Inilah dia tanda orang beriman. Orang kaya yang dermawan adalah orang yang amat berguna di atas muka bumi ini, serta dikasihi Allah.

Selasa, Julai 14, 2009

Kematian di Jordan

Assalamualaikum
Apabila saya membaca cerita dan kisah Jordan oleh Us...Dr Hasrizal, teringat juga kisah-kisah ketika di sana. Salah satunya ialah kisah kematian adik-adik yang baru 8 bulan belajar di Jordan. 5 orang pelajar baru yang dah saya lupa namanya, yang saya ingat ialah Suzaidi dan nazri sahaja. Malam berlakunya kemalangan di Aqabah itu, saya sempat menemui rakan-rakan ini di Airport Alia. Mereka ke Aqabah 2 buah kereta. Saya teringat soalan saya kepada suzaidi (kalau tak silap namanya) "Anta tukar penumpang ke ?" suzaidi jawab "ya ustaz, penumpang kereta ni dah balik malam ni, jadi saya tukar ke tempat dia!". Saya ingat lagi saya pernah pesan "jaga-jaga, jalan hampir aqabah tu gelap sangat, driver anta tu lesen baru, tu sebelah kanan, di Jordan ni sebelah kiri!" saya pesan pada adik-adik ni.
Masa cuti, memang ramai pelajar yang bercuti...termasuklah rakan-rakan kita pelajar-pelajar baru ini.
Esoknya, pagi-pagi lagi rumah saya di Duwar Iskan diketuk orang, tapi sayangnya saya tak ingat siapa yang datang. Wajahnya sugul dan sedih. Katanya "Ustaz Yi, adik-adik baru kita ke aqabah berlanggar, 4 darinya mati ditempat kejadian, seorang lagi lagi amat kritikal, pihak jemaah minta ust ke aqabah segera, ustaz harun Sulaiman akan ke aqabah terus melalui suweileh. Saya tergamam campur terkejut, spontan teringat apa yang saya pesan semalam. Tak cakap apa-apa, saya terus ke dalam bersiap, dari dalam rumah isteri (pelajar Jordan panggil Kak Yah) menjerit terkejut bila saya beritahu kemalangan itu.
Sampai di Hospital Aqabah, saya terus ke wad icu untuk melihat salah seorang yang masih hidup, sebelum sempat sampai ke wad tersebut, terdengar sahabat kita ini menjerit kesakitan dan terus meninggal. Saya lihat mukanya membengkak dan amat lebar, kerana henttakkan pintu kereta, itulah yang terakhir meninggal, Semuanya 5 orang. Saya ke bilik mayat untuk mengecam mayat, semua saya kenal, semuanya sahabat-sahabat kita yang jumpa semalam di airport, yang saya pesan semalam.
Sewaktu saya menaip article inipun masih terbayang lagi wajah ngeri mereka, berbagai-bagai keadaan.
Menunggu ijraat (proses) keluarkan mayat amat sukar, sehinggalah saya menerima panggilan dari pegawai kedutaan menyuruh saya pulang ke Amman, kerana pihak kerajaan Jordan telah mengambil alih pengurusan jenazah untuk dibawa pulang ke Malaysia. 3 hari saya di Aqabah, lemah lesu, lembik...nasib baiklah ada yang sewa kereta, bertukar-tukar driver cepatlah jugak sampai ke Madinatu Jaisy. Kawasan tentera.
Bila sampai di Madinatu Jaisy, beribu pelajar Malaysia menanti sampainya jenazah mereka. Melihatkan begitu ramai pelajar malaysia lelaki dan perempuan, saya rasa amat terharu. Kalau tidak silap saya, apabila satu demi satu mayat yang di bawa keluar dari helicopter tentera, ada satu mayat yang harum baunya, cuma sayangnya saya tak ingat nama sahabat kita ini.
Banyak kisah ini tidak dapat saya recall kembali, agak-agaknya ada teman-teman dan rakan-rakan yang masih ingat, berkongsilah dengan saya. Marilah sama-sama kita hadiahkan sekalung al fatihan kepada adik-adik kita ini. al fatihah.

Penentang-penentang Imam Mahdi

Sejurus sebelum Imam Mahdi muncul, akan muncul terlebih dahulu as-Sufyani, yang dikatakan muncul di tengah-tengah Damsyik. Dia akan menjadi pemerintah di sana dan membina angkatan tentera yang kuat, ramai dan lengkap. Dia seorang yang pintar bercakap dan mendapat sokongan daripada rakyatnya dalam setiap apa yang dilakukan termasuk memerangi Imam Mahdi. As-Sufyani yang dimaksudkan di sini adalah puak Syiah, yang mendapat kuasa pemerintahan di negara Iran pada tahun 1979, setelah mereka berjaya menjatuhkan Shah Iran, raja terakhir dari Dinasti Pahlavi. Pemimpinnya pada masa itu adalah Imam Ayatollah Ruhollah Khomeini Seyyed Mosavi.
As-Sufyani akan dibantu oleh bapa saudaranya iaitu Kalb. Dia akan memerangi sesiapa sahaja yang berani menentangnya. Penindasan akan berleluasa di setiap pelosok dunia akibat pemerintahan as-Sufyani itu, dia membunuh sesuka hati, sehingga perempuan mengandung dan kanak-kanak kecil pun turut dibunuh tanpa belas kasihan. Puak Qais bangun cuba menentang as-Sufyani tetapi akhirnya tewas dan dibunuh beramai-ramai oleh Kalb. Puak Qais yang dimaksudkan adalah pasukan Iraq yang pada hari ini dipimpin oleh Saddam Hussein, dari Parti Sosialis Baath.
Satu pasukan tentera as-Sufyani yang besar jumlahnya dihantar ke Kufah dan mereka memerangi penduduk Khurasan, melakukan kerosakan yang amat besar dan membunuh penduduknya dalam jumlah yang amat ramai. Pada ketika itulah munculnya Panji-panji Hitam yang pasukan tenteranya amat kecil tetapi amat kuat dan gagah, dipimpin oleh Syuaib bin Saleh, Bani Tamim, yang bersatu dengan pasukan pimpinan al-Hasyimi.
Pasukan Syuaib ini berjaya menghalang pasukan tentera as-Sufyani daripada terus melakukan kerosakan. Satu pertempuran yang asangat dahsyat berlaku yang mengakibatkan ramai tentera dari kedua-dua pasukan terkorban. Namun, nyata yang ramai terkorban itu adalah dari pasukan as-Sufyani, menyebabkan mereka kalah dengan seteruk-teruknya. Berbetulan dengan masa itulah, seruan-seruan dari langit berulang kali menyebut-nyebutkan nama Imam Mahdi, menyebabkan beliau sudah menjadi sebutan ramai.
As-Sufyani dengan segera menghantar satu lagi pasukan tenteranya dalam jumlah yang besar dari arah Iraq untuk menghapuskan Imam Mahdi. Mereka sampai ke Madinah lalu menghancurkannya, membunuh seramai-ramai penduduknya termasuk perempuan mengandung, orang-orang tua dan kanak-kanak kecil. Akhirnya Madinah hampir-hampir menjadi kota sepi, dengan yang tinggal hanyalah binatang-binatang liar dan runtuhan-runtuhan bangunan.
Seterusnya pasukan as-Sufyani ini meneruskan perjalanannya ke Makkah tetapi dalam perjalanan, di kawasan berhampiran Zul Hulaifah, keseluruhan pasukan ini ditelan bumi. Tiada yang selamat melainkan dua orang yang segera menyampaikan berita kemalangan itu kepada as-Sufyani. Bagaimanapun, berita buruk itu tidak menakutkan as-Sufyani walau sedikit pun.
Akhirnya dalam satu peperangan, Imam Mahdi berjaya menangkap As-Sufyani lalu menyembelihnya di tepi laut. Kemudian Imam Mahdi memerangi Kalb pula, lalu dibunuh, sama seperti yang diperbuat kepada As-Sufyani sebelumnya. Seluruh harta benda mereka berdua ini akan dirampas dan dimasukkan ke dalam Baitulmal. Dengan matinya kedua-dua musuh utama Imam Mahdi ini, seluruh dunia akan menjadi sangat aman, tidak ada lagi peperangan yang melibatkan mana-mana pihak (Islam dan Kristian) melainkan dengan India dan China sahaja lagi. Pada ketika itu, seluruh dunia sudah berjaya ditawan oleh Imam Mahdi dan diperintah secara langsung oleh beliau.
Imam Mahdi juga akan memerangi India sehingga berjaya menawannya dengan mudah sahaja. Selepas itu, seluruh India dan kawasan-kawasan sekitarnya berjaya ditakluk oleh Imam Mahdi. Kemudian Imam Mahdi akan pergi memerangi China dan negara-negara di sekitarnya termasuk Jepun. Seluruh kawasan di rantau berkenaan turut berjaya beliau tawan dan memeluk Islam.
Beliau juga akan menghadapi tentangan daripada Dajjal yang akan muncul semasa Imam Mahdi sedang memerintah dunia. Kemunculan Dajjal itu memang amat menyusahkan, dan tidak ada kesusahan yang lebih berat dari itu sepanjang sejarah peradaban manusia yang lebih berat daripada fitnah Dajjal. Dajjal seterusnya menguasai seluruh dunia dengan dibantu oleh hampir seluruh bangsa Yahudi. Dan sepanjang empat puluh hari itulah mereka benar-benar dapat merasa memerintah seluruh dunia ini, seperti yang sekian lama mereka idam-idamkan.

AL MAHDI MUNTAZOR

Mengenai Imam Mahdi, Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:
Jika tidak Tinggal dari dunia kecuali sehari, niscaya ALLAH panjangkan hari itu sampai diutuskan kepadanya seorang lelaki dari keluargaku yang namanya sama dengan namaku dan nama ayahnya sama dengan nama ayahku dan dia memenuhi dunia dengan keadilan seperti dia dipenuhi kezaliman."
Sabda Rasululullah dari Abdullah bin Mas'ud (riwayat Abu Dawud dan Thabrani)
Kata David Ben Gurion,Perdana Menteri Israel
"yang paling membimbangkan kami ialah munculnya Muhammad baru dalam dunia Islam"
Dunia sebenarnya akan menerima kedatangan seorang lelaki yang berketurunan Nabi Muhammad Sollahu 'alaihi wasallam, yang telah disabdakan oleh baginda. Beliau akan menghancurkan kezaliman dan kejahatan serta maksiat.
Namun begitu, setiap pejuang Islam mesti ingat bahawa, da'wah mesti dilaksanakan serta diteruskan biarpun jauh lagi kedatangan Imam Mahdi.

Khamis, Julai 09, 2009

Rejab & Memori Isra' & Mi'raj

Assalamualaikum
Teman-teman sekelian, sempena peristiwa Isra' & Mi'raj yang berlaku di bulan Rejab ini, marilah sama-sama kita senaraikan beberapa perkara penting yang berlaku dalam peristiwa ini, antaranya ialah :
1. Perjalanan baginda ke Masjidil Aqso.
2. Pembelahan dada baginda.
3. Perjalanan baginda ke langit-langit yang tujuh.
4. Peristiwa kembalinya baginda ke Mekah.
Bagi mengupas semua perkara ini, sila hadir dalam program forumnya pada 24 Julai ini di Masjid bukit Indah, Ahli Panelnya ialah Ust Zahazan & Ust Hasrizal Jamil.

Jumaat, Julai 03, 2009

Tugasan Yang Bertambah

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua teman-teman. Bermula dari 1 Jun baru-baru ni, saya telah diberikan amanah mengurus Masjid Bukit Indah, Ampang. Memang susah pegang jawatan yang banyak kontroversial ini. Tapi apabila telah dilantik dan perlantikan itu pula telah resmi oleh Majlis Agama Islam Selangor, maka kenalah akur dan tunaikan tanggungjawab itu, walaupun sebenarnya Allah sajalah yang tahu betapa beratnya memikul jawatan dan segala tanggungjawab di dalamnya. Timbul desas desus segelintir ahli qaryah yang enggan menampilkan diri untuk menegur secara berdepan, tetapi mencemuh dari dalam shout mix di blogs masjid (sila rujuk : http;//ampangbukitindah.blogspot.com). Cemuhan ini sebenar tidak menampakkan sahabat kita ini cuba menyelesaikan masalah, tetapi menambahkan masalah. Apa yang nak kita ubah, kalau telah dilantik oleh Pejabat Agama Islam Daerah dengan resmi dan telah siap di keluarkan suratnya.
Teman-tema sekelian,
Masalah ini timbul bila corak dan sistem perlantikkan yang dibuat oleh PAID. 3 calon nazir telah dipilih, yang di pilih ialah saya sendiri, Tuan Syed Salim dan Haji Zulkifli. Manakala jawatan-jawatan yang lain dipilih terus dalam mesyuarat agung dengan sedikit pertandingan. Pihak PAID telah berkali-kali menyebut bahawa nazir akan dipilih dalam mesyuarat PAID, bukannya dipilih di mesyuarat agung, mesyuarat agung hanya memilih 3 nazir untuk dipilih oleh PAID di meja mesyuarat mereka.
Sebagaimana dinyatakan oleh Dato' Hassan Ali, bahawa calon nazir mestilah mempunyai kriteria-kriteria seperti boleh tahlil, baca khutbah dan lain-lain lagi. Maka atas dasar kriteria inilah yang mempengaruhi keputusan PAID. Antara ketiga-tiga calon nazir, hanya seorang yang bertitle ustaz, maka sudah tentu PAID akan memilih yang bertitle ustaz.
Namun begitu, satu perkara yang menimbulkan masalah ialah, apabila antara 3 nazir itu, diadakan pengundian. Sebelum pengundian dibuat, pihak PAID berkali-kali menyebut bahawa pengundian ini tidak memberi apa-apa keputusan perlantikan nazir sebenar, kerana PAID akan memilih sendiri. Tetapi apabila pengundian dibuat, dan Tuan Syed Salim menang. Segelintir ahli qaryah telah lupa bahawa pengundian itu tidak memberi keputusan siapa nazir, malah dalam mesyuarat PAID yang akan diputuskan. Hasilnya, ialah saya dilantik sebagai nazir.
Dengan keputusan inilah yang melahirkan penentangan terhadap saya yang langsung tidak tahu menahu dalam proses pemilihan nazir di meja PAID. Oleh kerana penentangan ini hanya lahir dari segelintir sahaja, maka saya teruskan kerja-kerja mengurus masjid ini. Memang sebenar dari istilah pengurusan mesti ada yang tidak bersetuju dengan kita, untuk menjadi kayu ukur kepada pengurusan kita.
Mudah-mudahan setiap yang menentang itu, menentang dengan cara yang baik bukan dengan mencemuh dan mengeji dalam shout mix. Saya sedia menerima teguran, tetapi tegurlah dengan cara berhikmah, firman Allah Ta'ala "......dan jika kamu berdebat, berdebatlah dengan cara yang baik!"
Alhamdulillah setakat ini saya boleh bertugas sebagai nazir dengan tenang dengan dibantu oleh ajk baru yang cukup berpengalaman dan sedia membantu pada bila-bila masa sahaja. Allah membantu kita Insya ALLAH.

Rabu, Jun 17, 2009

Dah Pulang Ke Tanah Air

Salam sejahtera buat semua teman-teman.....15 jun 2009 saya sampai ke rumah di ampang dengan selamatnya, melalui perjalanan yang cukup jauh dan panjang, dari Jeddah ke Istanbul transit selama 12 jam lebih, dari Istanbul ke Bangkok transit pula 4 jam lebih. Perjalanan yang cukup lama dan menjemukan......semasa waktu subuh sampai ketika kami dalam kapal terbang, ramai jemaah yang tertidur sampai tertinggal solat subuh, jenuh juga saya kejutkan, sorang dua saja yang bangkit untuk solat, perjalanan amat jauh dan meletihkan, itulah kesimpulan kenapa para jemaah tertidur. Tapi hal ini membuatkan saya terkilan, saya jadi ketua group, tapi tak dapat gerak jemaah untuk solat subuh yang jauh lebih fardhu dan lebih besar dari umrah sunat itu sendiri.
Bila sampai di Ampang, hari pertama sampai, kerja-kerja da'wah terus bermula, terus saja meeting untuk ahli jawatan kuasa masjid. Bertambah lagi satu kerja Islam yang diamanahkan. Memang ketika di Mekah, inilah masa rehat sebenarnya...masa muhasabah diri selama dua minggu terhadap kerja-kerja da'wah yang kita lakukan selama ini. Mudah-mudahan kerja-kerja da'wah terus menerus kita laksanakan, amin.

Selasa, Jun 09, 2009

Sekarang di Mekah

Alhamdulillah, saya sekarang di Mekah. Semalam 930 malam sampai dari Madinah. Selesai buat Umrah dalam 2 pagi. Memang sukar jugak jaga orang ramai ni. Jumlah semua kumpulan yang saya bawa seramai 27 orang. Ada 4 keluarga. Kali Al Quds Travel berjaya mengumpulkan seramai hampir 400 orang mengikuti pakej umrahnya. Memang sukar nak puaskan hati semua orang, tambah-tambah pulak orang bayar, kebanyakan nak yang terbaik kerana nak banding dengan bayaran yang diberikan.
Apabila kita bercakap tentang umrah ini, salah satu tanda kiamat ialah sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah Umrah akan dijadikan seperti suatu perlancongan, bukannya sebenarnya ibadah. Memang sebenarnya berlaku di Mekah sekarang...khususnya jemaah umrah Malaysia.
Para jemaah lebih mementingkan keselesaan dan luxury dalam mengerjakan umrah. Kalau bas terlewat sikit, travel agentlah yang dipersalahkan, kalau delay kapalterbangpun travel agent yang dipersalahkan....malah kalau gulai yang kurang sedappun travel agent juga di persalahkan. Memang sukar memuaskan hati semua jemaah....namun begitu masih juga ada jemaah yang bersikap biasa, menerima dan sentiasa memberi pandangan yang membina serta memujuk jemaah yang lain.
Kalau sebenarnya salah travel agent tersebut, tak perlulah dibuat kecoh ketika di Mekah, teruskanlah ibadah. Kalau nak komplen tunggu bila balik malaysia nanti, komplenlah banyak mana nak komplenpun. Kalau sampai sebut, kita dizalimi....malah ada yang kat menipu...itu dah ikut nafsu. Teruskan ibadah, apa-apapun kita dah sampai ke Mekah, yang masalah kalau bayar duit, mekah entah ke mana, umrah entah ke mana. Kalau dianggap kesusahan yang dialami itu sebagai ujian Allah, rasanya lebih senang untuk diterima. Allahlah lebih mengetahui siapa yang salah, dan siapa yang betul.

Jumaat, Jun 05, 2009

Hari ke 3 di Istanbul

Assalamualaikum
Hari ini hari ke 4 saya di Istanbul dengan group seramai 28 orang. Semalam kami ke Grand Bazaar, tapi sebelum itu ke Spice Bazaar. Group nampak suka dan gembira dengan lawatan.
Satu peristiwa yang tidak disangka-sangka berlaku, apabila jam 7 petang, grand bazaar ditutup, salah seorang dari jemaah kami hilang, selama 3 jama kami mencari beliau tapi tak jumpa. Sehingga pihak hotel tempat kami menginap menelefon guide kami dan memberitahu bahawa jemaah kami itu dah pulang ke Hotel.
Apabila sampai di Hotel, saya menemui 3 orang pelajar perempuan dari Universiti Istanbul yang bertudung dan berjubah, merekalah yang menghantar kak normah pulang ke Hotel.
Saya rasa terkejut juga kerana dalam kemelut gadis tidak bertudung di Istanbul, rupanya masih lagi ada gadis yang bertudung yang sempurna. Bila diberikan duit sebagai rasa terima kasih, mereka begitu bersungguh2 menolaknya. Wah...rasa begitu berbangga kerana masih lagi orang yaang menolong tanpa imbuhan, di turki pulak tu....di tengah2 gadis yang mendedahkan aurat dan berpakaian seksi. Benarlah bahawa Islam itu tidak akan lupus dari atas muka bumi....lain kali saya mengarang lagi..ni nak berkemas untuk ke Jeddah.
Nanti di Madinah saya sambung lagi......wasallam.

Khamis, Mei 28, 2009

Pengalaman di Istanbul



Assalamualaikum
Bermula 1 Jun ini, saya akan ke Istanbul dalam perjalanan ke Mekah dengan jemaah lebih kurang 30 orang. Kali ini kali ke 4 saya ke Istanbul. Berada di Turki sebenarnya adalah satu peluang keemasan yang tidak dapat saya bayangkan. Sebab itu saya tidak pernah jemu ke Turki walaupun beberapa kali. Negerinya cantik, orangnya lawa-lawa, cantik-cantik baik lelaki atau perempuan. Kalau nak kira peramah, taklah peramah sangat. Saya pergi atas nama pelancong, memang tak banyak berinteraksi dengan orang turki, dengan guide turki adalah sembang-sembang sikit.
Bila berada di istanbul, jalan-jalan memang ramai gadis yang tidak bertudung, arak dminum macam air pepsi. Arakpun dijual sampai kedai-kedai runcit. Di tepi-tepi hotel yang saya diami ada juga wanita-wanita yang menunggu pelanggannya. Apa yang saya lihat jika mahu dibandingkan dengan suasana kerajaan Othmaniah dulu yang saya baca dalam buku-buku sejarah, rasa amat jauh perbezaannya. Agaknya inilah jasa / dosa pemimpinnya iaitu Kamal Atartuk yang telah berjaya mengubah kebanyakan rakyatnya menjadi sekular. Apa tidaknya, beberapa tahun lepas memakai tudung masih lagi dikira satu kesalahan, juga menyimpan janggut di kira larangan, yang tinggal misai yang boleh disimpan sepanjang yang mahu.
Semasa saya bersama guide yang boleh berbahasa melayu, namanya Murad. Semasa kami melawat satu muzium, Murad menunjukkan beberapa blok lama yang tertera bahasa Turki dalam jawai. kata Murad inilah peninggalan Islam yang masih dapat dilihat oleh generasi muda turki. jawi telah ditamatkan pengggunaannya sejak Kamal Atartur lagi. Begitu sekali kejahatan manusia yang cuba menutup seluruh memori Islam yang ada di Istanbul.
Macamana dan bagaimanapun usaha mereka untuk menutup Islam, Allah pasti menyempurnakan cahayaNya. Firman Allah dalam surah As Sof :
يريدون ليطفئوا نور الله بأفواهِهم والله متم نوره ولو كره الكافرون
(Mereka cuba menutup cahaya Allah dengan hawa nafsu mereka, Allah pasti menyempurnakan cahayanya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir)
Semoga Allah mengembalikan Turki semula kepada kecemerlangannya yang lalu. Amin Ya robbal 'alamin.

Hari kejatuhan Kota Konstantinopel



Salam sejahtera buat semua teman-teman pembaca, buat makluman semua pada hari ini 29 Mei 1453, Kota konstantinopel yang merupakan ibu negeri Kerajaan Bizantin telah jatuh ke tangan umat Islam di bawah pimpinan Muhammad Murad yang juga dikenali dengan Sultan Muhammad al-Fateh. Rasulullah pernah bersabda "Sebaik-baik ketua ketua itu, dan sebaik-baik tentera, tentera itulah" selepas 800 tahun baginda bersabda, jadilah hadis nabi itu suatu realiti yang dapat dilihat orang yang terkemudian, meskipun baginda sendiri tidak dapat melihatnya.
Tapi sayangnya, apa jadi dengan konstantinopel ataupun Istanbul sekarang ini? dukacita sangat bila kita lihat, dengan gadis-gadis yang tidak bertudung, demostrasi jalanan kerana membantah pemerintahan Islam. Inilah dia generasi yang menerima kemenangan al-Fateh tanpa sebarang perjuangan, mereka menerima kemenangan yang telah siap. Orang dulu yang bersakit-sakitan kerana berjuang membebaskan Konstantinopel dari cengkemah Kristian, manakala orang sekarang berakhlak dengan akhlak kristian yang telah dijatuhkan oleh al-Fateh.
Hadis Rasulullah mengenai beliau :
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Pengenalan sedikit tentang Sultan Muhammad al Fateh :
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. (Sila rujuk website : satu perkongsian)

Saya menunggu al-Fateh kedua......siapa ye?

Rabu, Mei 27, 2009


Masa kuliah di Felda, saya telah bentangkan 10 perkara yang menyebabkan Allah tidak terima solat seseorang, inilah semua yang dibentangkan.
10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S. W. T
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Inilah semua 10 jenis manusia yang Allah tidak menerima solat mereka. Semoga sama-sama mendapat manafaatnya Insya' Allah.

Selasa, Mei 26, 2009


Assalamualaikum
Insya' ALLAH bermula 1 Jun 09 ini hingga 15 Jun 09 saya akan ke Mekah bersama rombongan kelolaan Al-Quds Travel. Menggunakan Syarikat Penerbangan Turki. Sebelum ke Mekah, rombongan akan ke Istanbul terlebih dahulu selama 4 hari. Kali ini merupakan kali ke 4 saya ke Mekah melalui Turki. Memang seronok ke Turki tempat yang banyak kesan sejarah zaman kerajaan Islam Othmaniah.
Pengalaman bawa jemaah ke Mekah sebenarnya telah saya lalui sejak tahun 1988 lagi. Mula saya ke Mekah dengan Syarikat Hijaz Travel dari Terengganu. Dengan Syarikah al-Quds ini sejak tahun 2001.
Hajipun telah saya tunaikan sebanyak 5 kali. Umrah dah banyak kali....walaupun dah banyak kali ke Mekah dan Madinah, namun hati tetap rindu dengan ka'bah, tetap rindukan Rasulullah. Bila masuk sahaja tahun baru, rasa tak sabar menunggu bulan 5 setiap tahun, kerana masa itulah saya akan ke Mekah.
Saya rasa sesiapa yang pernah ke Mekah memang mempunyai perasaan macam saya rasa sekarang. Memang ka'bah memberikan nostalgia yang tidak pernah padam di lubuk hati, itulah dia kesan-kesan bandar yang menjadi tempat kelahiran nabi mulia sollahu alaihi wasallam. ..... sekadar renungan.

Isnin, Mei 25, 2009

Pembangunan Kota Suci Mekah


Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan yang melihat dan membaca blog saya. Inilah gambar plan Masjidil Haram yang dihantar oleh teman saya Us Wan Zamri dari al Quds Travel semalam. Katanya bajet yang diperuntukkan ialah sebanyak 60 billion. Hebat pembangunan ini. Tengok saja gambarnya dah rasa hebat. Cuma ka'abahnya jadi begitu kecil sekali. Agaknya itulah yang disebut oleh Rasulullah bahawa apabila bangunan-bangunan di keliling Ka'abah telah melampau Ka'abah itu sendiri, itulah tandanya kiamat sudah terlalu hampir. Sekadar renungan bersama. Wasallam.

Khamis, Mei 21, 2009

Tanda Berkat itu ialah cahaya putih ???


Selalu kita dengan tentang keberkatan. Di antara tanda keberkatan yang wujud pada sesuatu seperti makanan ialah mencukupi untuk dimakan umpamanya di makan untuk sekeluarga. Juga bermaksud makananan untuk dua orang cukup untuk tiga orang begitulah seterusnyanya.
Dalam gambar ini kelihatan cahaya pada Masjid Nabawai di Madinah. Gambar ini diambil oleh dua orang angkasawan Amerika yang mengambilnya dari setelite mereka. Semua tempat gelap jika diteropong dari atas, melainkan Masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Seandainya benar kenyataan ini benarlah bahawa keberkatan itu boleh dilihat dengan warnanya yang berkilauan.
Allah sahajalah yang lebih mengetahui sebenarnya maksud keberkatan itu.

Laut Beku




Firman Allah Ta'ala :
Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi dan supaya menjadilah dia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin.
Assalamualaikum buat teman-teman, kali ini saya tunjukkan gambar laut beku di Pantai Taganrog, Rusia. Kebesaran Allah yang berguna bagi orang-orang yang berfikir serta berjaya menggunakan ni'mat akal yang dikurniakan Allah. Agaknya boleh kita tegaskan bahawa kiamat itu terlalu hampir sehingga semua yang pelik dan ajaib didedahkan Allah untuk dilihat oleh manusia. Mudah mudahan kita sama-sama mendapat menafaat.

SAI BABA ADALAH DAJAL ?


Gambar di sebelah kiri ini adalah seorang lelaki bernama Sai Baba yang mempunyai ciri-ciri menyamai ciri-ciri Dajjal. Banyak persamaan yang terdapat pada diri Sai Baba menyamai Dajjal yang disabdakan Rasulullah :

Persamaan antara DAJJAL dan SAI BABA:
1.Dajjal seorang laki yang berpostur pendek, gempal, berambut kerinting, berkaki bengkok (agak pengkor).
Persamaan: Sai Baba seorang yang berpostur pendek dan berambut kerinting.

2.Dajjal memiliki mata yang buta.
Persamaan: Sai Baba pernah mengalami kebutaan semasa muda kemudian sembuh kembali.
3.Dajjal datang dan bersamanya ada gunung roti dan sungai air.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan mengeluarkan vibhuti (tepung suci) dari udara melalui tangannya.

4.Dajjal memiliki kemampuan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dengan cepat dan kecepatannya seperti hujan badai atau secepat awan yang ditiup angin kencang.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan berjalan menjelajahi bumi dalam hitungan kerlipan mata.

5.Dajjal mempunyai pengikut yang sangat banyak, bahkan di akhir zaman nanti banyak manusia yang berangan-angan untuk berjumpa dengan Dajjal.
Persamaan: Sai Baba memiliki pengikut yang jumlahnya puluhan juta manusia dari berbagai macam suku, bangsa, negara dan agama.

6.Dajjal akan muncul dengan mengaku sebagai orang bijak/baik, sehingga ramai sekali orang yang tertarik untuk mengikutinya.
Persamaan: Sai Baba mengaku sebagai orang yang bijak yang membawa misi perdamaian, cinta kasih menghapuskan segala persengketaan dengan bijaksana.

7.Dajjal akan muncul dan sebagai nabi.
Persamaan: Sai Baba meletakkan dirinya sebagai nabi kepada pengikut2nya.
8.Dajjal akan menggunakan nama Al-Masih.
Persamaan: Sai Baba mengaku akan menjelma sebagai Isa Al-Masih setelah tahun 2020.

9.Dajjal akan mengaku sebagai Tuhan.
Persamaan: Sai Baba mengakui bahwa dirinya adalah Tuhan penguasa alam semesta.

10.Dajjal akan mendakwahkan agama Allah.
Persamaan: Dalam banyak majlis darshanya, Sai Baba banyak berbicara tentang Islam, Al-Qur’an dan keharusan untuk memahaminya.

11.Dajjal mampu menghidupkan orang mati dan menyembuhkan orang sakit.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan menghidupkan orang mati juga menyembuhkan penyakit kanser.

12.Dajjal dapat menurunkan hujan.
Persamaan: Sai Baba memiliki kemampuan menurunkan hujan dan mendatangkan air untuk irigasi (di NTT sedang di bangun projek Sai Baba untuk pengairan di daerah yang kering).

13.Dajjal berupaya mengeluarkan perbendaharaan (perhiasan dan harta) dari bangunan yang roboh, lalu perbendaharaan itu akan mengikuti ratunya.
Persamaan: Sai Baba mampu menciptakan patung emas, kalung emas, injil mini dan berbagai bentuk medalai berlafadz ALLAH dalam tempoh yang singkat.

14.Dajjal akan membunuh seseorang dan menghidupkannya kembali.
Persamaan: Sai Baba mampu menghidupkan orang yang sudah meninggal dunia.

15.Dajjal berupaya berpindah raga dan tempat dari satu bentuk ke bentuk lainnya.
Persamaan: Sai Baba bisa berpindah dari satu jasad ke jasad lainnya yang merupakan bentuk reinkarnasi (reincarnation) dirinya.

16.Dajjal berupaya membesarkan tubuhnya.
Persamaan: Sai Baba memliki kemampuan berjalan di udara dan membuat kemukjizatan pada sebuah pesawat terbang.

17.Dajjal biasa keluar masuk pasar dan makanan.
Persamaan: Sai Baba juga manusia biasa yang makan dan minum sebagaimana manusia lainnya, ia juga berupaya berjalan ke pasar, rumah sakit, projek irigasi dan tempat lain yang biasa dikunjungi manusia.

18.Dajjal bisa memerintahkan bumi untuk mengeluarkan tumbuh2an dan air.
Persamaan: Sai baba mampu mengeluarkan air dengan hentakan kakinya.

19.Dajjal tidak memliki anak.
Persamaan: Sai Baba mandul, ia tidak beranak dan tidak berkeluarga (tidak menikah).

20.Dajjal memimpin orang yahudi.
Persamaan: Sai Baba memiliki misi menyebarkan teologi zionis.

21.Dajjal muncul di zaman pertikaian.
Persamaan: Sai Baba mengakui bahwa dia datang dari masa banyak pertikaian dan persengketaan, serta kedatangannya untuk menegakkan kebenaran dan membinasakan kejahatan.

Salah satu tanda akhir zaman yang akhir-akhir ini cukup menarik perhatian adalah kehadiran seorang bernama Sai Baba, dia lahir dan tinggal di Desa Nilayam Puthaparti, wilayah timur Khurasan, iaitu India Selatan. Telah bersabda Rasulullah S.A.W., bahawasanya Dajjal akan keluar dari bumi ini dari kawasan bahagian timur yang bernama Khurasan (Jamiu At-Tirmidzi).
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
“Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya.”
Adalah tidak mustahil bahawa Sai Baba ini adalah salah satu dari 30 dajal-dajal kecil yang akan membuka jalan bagi munculnya Al-Maseh Al-Dajjal.
Mudah-mudahan Allah lindungi kita dari fitnah Dajjal ini dengan diberikanNya kekuatan kepada kita untuk menghadapinya.

Rabu, Mei 20, 2009

Dajjal Siri 2 - Kecepatan Perjalanannya

Assalamualaikum
Dalam siri 1 kita dijelaskan tentang besarnya fitnah dajjal ini. Kali ini pula kita akan ketahui cara dajjal bergerak. Amat laju seperti angin, sabda Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam :

قلنا يا رسول الله وما إسراعُهُ في الارض ؟ قال : كالغيثِ استدبرتْهُ الريح
Ertinya :
Kami bertanya "Wahai Rasulullah! bagaimana kecepatan perjalanannya di atas muka bumi ini ? Nabi sollallahhu 'alaihi wasallam menjawab "kecepatan perjalanannya adalah seperti kecepatan "al-Ghaist" bermaksud hujan atau awan yang dipukul angin yang kencang - Riwayat Imam Muslim.
Hadis ini menjelskan tentang keadaan dajjal yang mampu berjalan dengan cepat serta laju. Dajjal mampu sampai di sesuatu tempat dengana cepat dan laju, tidak menjadi halangan baginya untuk merantau dari negeri ke negeri, dari kampung ke kampung dalam waktu yang amat singkat. Inilah dia kemampuan dajjal.

Doa Penyembuh



Doa di sebelah ini saya salin dari laman web Darussyifa. Semoga sama-sama mendapat manafaatnya Insya' Allah.

Doa Segala Penawar


Ini juga antara doa-doa yang boleh diamalkan. Sila kunjungan laman web darussyifa.

Doa Dari Wabak

Assalamualaikum
Bagi rakan-rakan yang akan ke luar negara dan tak dapat elak, terpaksa juga tunaikan hasrat hati untuk menziarahi keluarga di mana-mana bahagian di Eropah atau di USA, maka perlulah berhati-hati dalam suasana merebaknya "selsema babi" ini. Antara doa yang boleh dibaca ialah sebagaimana berikut :

اللهم اكشِفْ عَنِّي الوباء والبلاء والفحشاء ما لا تكشفُ غيرَعُ
(Ya Allah, lindungilah aku dari wabak penyakit, bala bencana dan sebarang kekejian yang tiada perlindungan selain-Nya.

Doa ini sebagai satu cara dan usaha untuk kita mohon perlindungan dari sebarang wabak penyakit. Meskipun begitu, Rasulullah pernah menyarankan agar kita tidak keluar dari tempat yang kena wabak dan tidak masuk ke tempat yang terkena wabak.
Wabak ini petanda kepada kebenaran Islam yang meletakkan binatang babi ini sejenis binatang yang banyak mudharatnya serta banyak masalahnya. Allah sahaja yang mengetahui penawar yang paling mujarab.
Bala ALlah datang ke dunia tidak pernah memilih sesiapa yang jahat sahaja sebagai mangsanya, Allah berfirman :
واتقوا فتنة لا تصيبن الذي ظلموا منكم خاصة
(Takutlah kamu kepada fitnah/bala yang tidak mengenai orang-orang yang jahat sahajat...tetapi juga mengenai orang baik)
Setiap muslim dan mukmin mestilah beristighfar kepada ALlah sentiasa, agar musibah tertolak dengan permohonan taubat itu.
Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat pengajaran.

Ahad, Mei 17, 2009

Selamat hari guru.....2009

Salam buat semua guru
Kepada semua yang berada dalam bidang pendidikan termasuk ustaz-ustaz yang mengajar di surau masjid. saya ucapkan :
"SELAMAT HARI GURU"
Jasamu tetap dikenang, Allah sahaja yang membalas jasamu.

Jumaat, Mei 15, 2009

TSUNAMI KE 2


Salam sejahtera buat semua rakan-rakan pembaca
Saya ada sebut kepada rakan-rakan yang mendengar kuliah saya di PLUS awal bulan baru-baru ini, untuk menyiarkan satu gambar jangkaan tsunami ke 2. Gambar yang di siarkan adalah sebagaimana di atas. Peta/gambar ini dikirim oleh adik saya di Kuantan. Apapun yang bermain di fikiran kita, samada ia benar atau tidak, ia sekadar peringatan untuk kita. Sebagaimana nabi kita memberikan amaran tentang hari Kiamat. Ramai juga orang yang amat takut dengan peristiwa tsunami yang lalu, tetapi mereka yang gerun dan takut ini tidak semesti juga gerun kepada hari kiamat yang lebih dahsyat dari tsunami itu lagi. Ambil pengi'tibaran apabila sesuatu diberitahu kepada kita.

Selasa, April 21, 2009

Guru Minta Tukar Ke Negeri Asal

Assalamualaikum
semalam adik ipar saya datang ke rumah dari negeri sembilan. Beliau tengah mengandung. Terkejut jugaklah kerana datangnya secara mengejut. Katanya, nak ke Putrajaya, hantar borang pertukaran ke Kelantan. Adik ipar saya ni, dah hampir dua tahun berkhidmat sebagai guru di Negeri Sembilan. 2 anaknya ditinggalkan di Kelantan bersama suaminya, juga seorang guru. Agaknya dia dah tak sanggup berulang alik dari nogori ke kelantanlah yang menyebabkan akhirnya dia ke pejabat kementerian pelajaran untuk mohon pertukaran.
Masa adik saya ni ke kaunter untuk hantar borang pertukarannya....pegawai yang menerima orang tersebut kata, payah ni, ngajar tak sampai 3 tahun...kalau awak ada kabel tebal okalah, kenal dato' ke, orang besar ke, menteri ke..barulah permohonan ni dilayan. Pegawai tu pulak senyumpun tidak, caranya agar kasar, boleh menyebabkan orang berasa hati.
Adik saya tu dalam keadaan mengandung...memang cukup letih. Layanan pulak tak elok, inilah agaknya yang dihadapi oleh ramai guru-guru yang berhadapan dengan masalah di posting ke merata tempat, berpisah dengan suami, isteri dan anak-anak. Kalau ye pun tak boleh tukar, berilah layanan yang baik dan menyenangkan hati. Rasanya Islam menyuruh hamba-hamba ALLAH bersikap dan berakhlak mulia. Agaknya kalau ada orang besar berpangkat, tentu pegawai ini akan bersikap lemah lembut. Memanglah, orang yang tidak kenal sesiapa memang tidak ada sebab dihormati...betullah agaknya....Allah Maha Mengetahui kesusahan adik ipar saya ini...dan DIA lebih mengetahui apa yang telah dikatakan oleh pegawai itu.....alangkah baiknya kalau berikan sebuah senyuman yang melegakan semua orang....

Selasa, April 14, 2009

Nak Senang Akhirat Atau Dunia ?

Assalamualaikum
Lama dah tak menulis, agak sibuk minggu ni. Kali ni nak kongsi dengan teman-teman semua tentang satu perkara. Masa saya ke UM jumpa beberapa pensyarah, rakan-rakan lama ketika menuntut di Jordan dulu. Ada jugak salah seorang yang bekerja sebagai hakim Mahkamah Syariah. Semasa sedang berbual-bual, keluarlah cerita tentang kerja masing-masing. Saya tanya "kerja apa yang paling mudah urusan?". Salah seorang pensyarah tanya balik "Mudah akhirat ke, mudah dunia?". Spontan soalan saya itu dijawab dengan soalan lain. Begitu cepat jawapan diberikan. Jawapan yang diberikan itu rengkas tetapi menjelaskan betapa sibuknya di dunia, betapa susahpun di dunia, susah lagi di akhirat.
Kerja-kerja yang kita lihat menerima tekanan dan tanggungjawab besar, akan banyaklah soal jawabnya di akhirat nanti, kalau kerja-kerja yang agak mudah dan kurang tanggungjawabnya agaknya kuranglah soal jawabnya di akhirat.
Rasulullah sendiripun pernah berdoa "YA Allah, masukkan aku dalam golongan orang miskin!", mendengar doa baginda ini isteri baginda Siti Aisyah ingin sedikit penjelasan mengenainya. Baginda menjawab "kerana orang miskin lebih dulu masuk syurga dari orang kaya!". Jawapan ini menampakkan kepada kita betapa susahnya perhitungan terhadap orang kaya kerana hartanya.
Begitulah juga dengan tanggungjawab kerja, kalau orang itu hakim, maka tanggungjawab di sebalik hukuman yang diputuskannya amat besar dan mempunyai kaitan dengan akhirat. Kerja sebagai guru dan pensyarah juga besar juga tanggungjawabnya, silap didikan yang diberikan, kita akan menanggungnya di akhirat. Berat tu. Memang semeua perkara yang kita lakukan di atas muka bumi ini akan dipertanggungjawab oleh ALlah, kita kena jawap dan jelaskan. Kalau hal-hal kecil seperti masalah kencingpun di tanya, bagaimana pulak hal-hal besar seperti politik ke, ekonomi ke, undi ke dan sebagainya. Allah berfirman dalam surah Luqman :
"Apapun jua yang dilakukan walaupun sebesar biji sawi, lalu perlakuan itu disembunyikan di dalam batu besar atau di langit atau di dalam bumi, perbuatan itu tetap akan dibawa di hadapan Allah untuk dihitung".
Saya merasakan jawapan sahabat saya itu perlu dikongsi bersama dalam blog ini, agar kita semua merasai akan perhitungan Allah di akhirat adalah sesuatu yang hebat dan dahsyat. Semoga Allah menyelamatkan kita dari perhitungan yang lama dan panjang, dan moga-moga Allah menyelamatkan kita dari api neraka. Wallahu a'lam.

Isnin, April 06, 2009

KESAKITAN RASULULLAH SEBELUM WAFAT

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : خطب رسولُ الله صلى الله عليه وسلم الناسَ وقال : "إن الله خيّر عبدا بين الدنيا وما عندَ الله فاختارُ ذلك العبدُ ما عندَ الله" قال : فبكى أبو بكر فعجبنا ببكائه أن يُخبَر رسول الله صلى الله عليه وسلم عن عبدٍ خير. فكان رسول الله صلى الله عليه وسلم هو المُخيرَّ وكان أبو بكر أعلمنا
Dari Abi Saeed al-Khudri katanya : Rasulullah berceramah kepada manusia dengan katanya "Sesungguhnya ALLAH telah memberi pilih kepada seorang hamba di antara dunia dengan apa yang di sisi ALLAH, lalu hamba itu memilih apa yang di sisi ALLAH", mendengar ceramah nabi itu lalu menangislah Saidina Abu Bakar, apabila baginda memberitahu tentang pilihan hamba itu. Orang yang diberi pilih itu ialah baginda Sollahu 'alaihi wasallam.
Hadis ini ialah adalah isyarat kepada hampirnya baginda Sollahu 'alaihi wasallam meninggal dunia, akan tetapi maksud perkataan baginda ini hanya difahami dan di tangkap maksudnya oleh Saidina Abu Bakar.
Kata Al-Hafiz Ibnu Al-Hajar : Adalah Abu Bakar faham tanda kepada isyarat yang nabi cuba nyatakan, yang mana baginda akan gering hingga wafat baginda, sebab itulah yang menyebabkan Abu Bakar menangis.
Bersambung Insya ALLAH.

Bagaiman Allah Melayani Orang yang Bersedekah

من تَصَدَّقَ بِعَدْلِ تَمْرٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ ولا يَقْبَلُ اللهُ إلا طيبا فإنَّ اللهَ يَأْخُذُهَاْ بِيَمِيْنِهِ فَيُرَبِّيْها لَهُ كما يُرَبِّي أَحَدُكُم فَلْوَهُ حتى تكونَ مثلَ الجبلِ

Sesiapa yang bersedekah sebarat sebiji kurma dari rezki yang baik yakni halal, sedang Allah Ta’ala tiada menerima melainkan yang baik sahaja, maka sesungguhnya Allah akan menerima sedekah itu dengan penuh kemegahan, lalu dia memelihara (menyimpannya) umpama seseorang kamu memalihara anak kuda yang baru lahir, sehingga akhrnya sedekah itu membesar seperti sebuah gunung.

Melihat hadis diatas, terasa macam kita ni tidak mengambil peluang dari pahala dan ganjaran besar yang diberikan ALLAH kepada penderma. Oleh itu, saudara sekelian cubalah jadikan amalan sedekah/derma ini sebagai amalan harian kita. Di kiri kanan kita ada orang yang memerlukan bantuan kita. Kenapa kita tidak gunakan peluang beramal yang besar ganjarannya ini. Ayohlah saudaraku, mendermalah.

5 YANG DICINTAI 5 YANG DILUPAI

وقال النبي صلى الله عليه وسلم
سَيأْتِي زمانٌ على أُمتي يُحِبُّونَ خمساً وينسَوْنَ خمساً : يحِبُّونَ الدنيا وينْسَونَ العُقْبَى يُحِبُونَ الدُّور ويَنْسَونَ القبور ويحبون الْمال وينْسَونَ الحساب ويحبون العيال وينسَونَ الحق ويحبون النفس وينسونَ الله هم مني رَراءٌ وأنا منهم بريءٌ

Akan datang zaman terhadap umatku di mana mereka cintakan lima melupai lima yang lain :

Mereka cintakan dunia lupakan Akhirat;
Mereka cintakan istana/kediaman mereka melupai kubur;
Mereka cintakan harta dengan melupai hitungan/hisab;
Mereka cintakan keluarga melupai kebenaran;
Mereka cintakan diri melupai Allah;

Mereka dengan-KU melepaskan dirinya dari-Ku, dan Aku lepaskan diriku dari mereka.

Selasa, Mac 31, 2009

SIFAT-SIFAT HARI KIAMAT


Rakan-rakan sekelian, perbincangan kita kali ini ialah mengenai sifat-sifat kiamat yang perlu diketahui oleh orang muttaqin :
1. Hari tidak diterima syafaat tanpa izin ALLAH, Rujukan : al-Baqarah 48 (ولا يُقْبَلُ منها شفاعةٌ) Bermaksud : (Dan tidak diterima sebarang syafaat);
2. Hari yang tiada sebarang pertolongan Rujukan : al-Baqarah 48 (ولا هم يُنْصَرُونَ), bermaksud : (dan mereka tiada penolong);
3. Hari yang sangat panjang masanya, sehari menyamai seribu tahun hitungan masa dunia. Rujukan : al-Baqarah ayat 281 (وإنَّ يوما عندَ ربِّكَ كألفِ سنةٍ مِمَّا تَعُدُّون) Bermaksud : dan sesungguhnya hari yang mana di sisi Allah seumpama seribu tahun tengah hari-hari mereka hitungkan);
4. Hari dikembalikan kepada pemilik sebenar dan disempurnakan semua balasan, Rujukan : al-Baqarah 48 : (يوما تُرجَعون فيه إلى الله ثم تُوَفّى كُلُّ نفسٍ ما كسبتْ), bermaksud : (Hari dikembali padanya kepada ALLAH kemudian dimatikan setiap jiwa)
Kesemua empat sifat hari kiamat ini adalah gambaran betapa dahsyatnya hari yang dijanjikan Allah itu. Kita akan pergi ke sana, tak lama lagi, entah petang ini, malam ini atau esok. Kita pasti akan ke sana....mahu atau tak mahu, tetap juga kita akan ke sana. Daripada pergi tanpa redha dalam keadaan tiada persiapan, sebaiknya kita pergi dengan redha dan dengan persiapan.
Insya' ALLAh kalau ada kesempatan, akan disambung lagi sifat-sifat hari kiamat yang lain pula, semoga mendapat manafaat jua.
Wassalam.

Jumaat, Mac 20, 2009

Kisah Solat Isya' Qosar Dengan Imam Tamam



Salam sejahtera buat teman-teman sekelian......kali ini nak kongsi pula tentang solat isya' untuk musafir. Masa balik ke kampung baru-baru ni, sempatlah singgah di satu masjid yang besar atas bukit, bawahnya banyak kedai tempat menjamu selera. Bila dengar azan bergegaslah saya ke masjid untuk solat isya', sempatlah pada raka'at ke 2. Tak berapa lama datang 2 orang yang memulakan solatnya pada raka'at ke 3, tapi yang peliknya 2 orang sahabat kita ni beri salam bersama imam, manakala saya sambung lagi satu raka'at kerana tak cukup lagi, saya tadi masbuq. Tengah solat tu rasa tak khusyu' kerana duk mikirkan 2 sahabat kita ni. Selepas sahaja beri salam dengan imam 2 sahabt kita tadi tu terus solat maghrib, agaknya solat maghrib jama' ta'khir. Itulah kisahnya.......

Saya ni terasa benar kesilapan yang dilakukan ini, tapi tak berupaya menegurnya, kerana mereka cepat keluar dahulu dari saya. Lama juga fikirkan kemungkinan ada ulama' yang menulis dan membenarkan cara begini, saya mentelaah jugalah sikit-sikit, nak cari kalaulah ada alim ulama' yang membenarkannya, ilmu tak banyak, tulah yang kena mencari pandangan dan komentar ulama mu'tabar. Masa mencari tu, kebetulan sempat tenguk kitab Sayyid Sabiq (Fiqhussunnah), tak nampak pandangan beliau tentang boleh berimamkan orang solat tamam (Orang muqim - Solat Isya' penuh 4 rakaat), setakat yang saya rujuk, tak jumpa pula perbincangan syeikh Sayyid Sabiq tentang isu yang sedang saya kemukakan ini.

Melalui kitab Ibnu Rusydi al-Hafid berjudul Bidayatul "Mujtahid wa nihatul Muqtasid", tidak ada pula terjumpa sepanjang bacaan saya tentang perkataan membenarkan perbuatan 2 lelaki di atas. Kitab ke 3 saya rujuk ialah kitab Dr Wahbah Zuhaily "Fiqhul Islami Wa Adilatuhu", jenuh jugalah mencarinya, orang cetek ilmu gitulah, mesti merujuk...sayangnya saya juga tak jumpa perbincangan Syeikh Wahbah Zuhaily mengenainya, agaknya nak kena membaca banyak lagi. Tinggal satu lagi kitab yang ada dalam rak saya iaitu "Majmu'" karangan al-Imam an-Nawawi. Banyak nak kena baca tu, saya sedang membacanya...cuma tak dapatlah menulis mengenai pandangan as-Syeikh an-Nawawi, kena tunggu masalah juga.

Macamanapun, kita pasti bahawa tidak mungkin orang yang tidak sempat takbiruatul ihram dengan imam siap bersama dengan imam melainkan kalau dia sempat ruku' dengan imam pada rakaat yang pertama dengan sekadar jangkamasa sebutan "subanALLAH", maka bolehlah dia beri salam bersama imam. Tetapi kalau dah memang tak sempat dengan imam, dah tu pulak memang tak cukup rakaat pula, di tambah lagi dengan keadaan dia takbiratul ihram semasa imam solat isya' pada rakaat ke 3....macamana kita nak kata perbuatan sahabat kita 2 orang tu sah dan boleh diterima. Rasanya itulah khulasahnya....kalau teman-teman ada pandangan dan ada pernah terbaca mana-mana pandangan, maka sudilah kiranya berikan pada saya mengenainya, saya mengaji tak banyak, dan memang tak banyakpun membaca, dah tu pulak memang tak sempat dengar kuliah-kuliah ustaz2 kita kerana masa ustaz2 mengajar, saya mengajar jugak.

Di bawah ini saya berikan sedikit nota mengenai solat jama' & qosar :

Panduan Solat Qasar Dan Jama'
Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:
1.0 Solat Qasar
1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak bolehdiqasarkan.
1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

2.0 Solat Jama’
2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.2.2 Syarat Solat Jama’
2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya’.ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.

ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

2.3 Contoh Niat
2.3.1 Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى

(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala

Ahad, Mac 15, 2009

Tanda Akhir Kiamat

MATAHARI TERBIT DARI BARAT


‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ ‏ ‏وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ‏ ‏وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ ‏ ‏قَالُوا حَدَّثَنَا ‏ ‏إِسْمَعِيلُ يَعْنُونَ ابْنَ جَعْفَرٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏الْعَلَاءِ وَهُوَ ابْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِيهِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا فَإِذَا طَلَعَتْ مِنْ مَغْرِبِهَا آمَنَ النَّاسُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ فَيَوْمَئِذٍ ‏
‏لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ‏

Hadis Abu Hurairah r.a:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah matahari terbit dari arah barat. Seandainya seluruh manusia beriman kepada Allah s.w.t ketika matahari terbit dari arah barat, maka pada waktu itu

Yang bermaksud: Tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya atau tidak berusaha melakukan kebaikan terhadap imannya
Penjelasan An Nawawi dalam syarahnya :

‏قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( لَا تَقُوم السَّاعَة حَتَّى تَطْلُع الشَّمْس مِنْ مَغْرِبهَا فَإِذَا طَلَعَتْ مِنْ مَغْرِبهَا آمَنَ النَّاس كُلّهمْ أَجْمَعُونَ فَيَوْمَئِذٍ لَا يَنْفَع نَفْسًا إِيمَانهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْل أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانهَا خَيْرًا ) ‏‏قَالَ الْقَاضِي عِيَاض رَحِمَهُ اللَّه : هَذَا
الْحَدِيث عَلَى ظَاهِره عِنْد أَهْل الْحَدِيث وَالْفِقْه وَالْمُتَكَلِّمِينَ مِنْ أَهْل السُّنَّة خِلَافًا لِمَا تَأَوَّلَتْهُ الْبَاطِنِيَّة

Setelah matahari terbit dari arah barat, maka berimanlah manusia semuanya sedang ketika itu tidak memberi guna iman seseorang yang tidak beriman sebelumnya. Berkata Qodhi 'Iyadh, hadis ini pada zahirnya di sisi ahli hadis, ahli fekah, Al mutakallimin dan kalangan ahli sunnah, bersalahan dengan penjelasannya secara dalamnya.
Tanda kiamat ini adala antara tanda besar kiamat. Mengikut kajiana ahli falak dan saintis barat, memang matahari sedang beredar sedikit demi sedikit dari arah tempatnya yang asal. Menjadi satu masalah besar ialah taubat tidak akan diterima setelah berlaku perubahan tempat naik ini, dan yang lebih dahsyat lagi ialah iman seseorang tidak diterima jika seseorang itu beriman selepas berlakunya perubahan tampat naik ini....wallahu 'alam.




. ‏

Sabtu, Mac 14, 2009

Tanda-tanda Kecil Kiamat

Inilah dia tanda-tanda kiamat yang kebanyakannya telah keluar dan berlaku di sekitar kita:Penaklukan BaitulmuqaddisDari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
Zina bermaharajalela
Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
Bermaharajalela alat muzikPada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka
bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya)
bulan sabit." - Riwayat Thabrani
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan beritaPada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim
Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari
Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai
Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
Orang akan melakukan homoseksual.
Akan terdapat ramai anak luar nikah.
- Abdullah Ibn Mas'ood (R.A.)

Berkurangnya sifat amanahTerasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)
Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta
zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi
Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakanMendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
Memandang rendah kepada darah
Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang boodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan
al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad
Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya)
hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad
Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat IslamApabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri
Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah
Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari
[2] dan Muslim
Banyaknya berlaku gempa bumi[2]

Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku
gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari[2]

Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.