Selasa, Februari 26, 2008

...buat pengundi negeriku yang tercinta Terengganu

Assalamualaikum
Rasanya perlu diberikan peringatan kepada pengundi/rakyat terengganu bahawa pemerintah BN di terengganu ialah selama 44 tahun. Manakala PAS memerintah terengganu sekitar 4 tahun lebih sahaja. Sepanjang pemerintahan selama 4 tahun lebih itu, PAS telah menghapuskan cukai pintu, menghapuskan tol di Jambatan Sulatan Mahmud dan yang paling ketara ialah pemberian tanah kepada rakyat yang sejak 70 an lagi telah diberhentikan oleh kerajaan BN.
Susah juga ye, ada pengundi yang nak bayar cukai pintu, pelik juga ye. Begitu juga dengan pinjaman kenderaan yang telah menyelamatkan kakitangan kerajaan daripada riba, tetapi rakyat juga pilih BN dalam p/raya ke 11, agaknya rakyat nak bayar riba...yelah tu agoknya.
Wahai rakyat terengganu fikir-fikirkanlah.

TOLAK ISLAM HADHARI DGN PRU12 INI

Assalamualaikum
Kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Islam perlu ingat bahawa 10 atau 11 tahun nanti agama Islam yang mulia ini akan bertukar dengan Islam Hadhari sekiranya mereka tidak bertindak sesuatu sewaktu diberi peluang mengubahnya ketika Pilihanraya.
Mengapa Islam Hadhari perlu ditolak. Mudah sahaja, antaranya.
Dari Segi Namanya
Dalam Al Quran Islam disebut sebagai agama yang sebenarnya yang diutuskan-NYA, Firman Allah ta'ala :
إن الدينَ عند الله الاسلام
(Sesungguhnya Agama di sisi Allah ialah Islam)
Nama Islam ini diberikan oleh Allah, tapi nama Islam hadhari itu siapa yang berikan.
Dari Segi Lengkap :
Islam yang kita anuti ini sekarang dah amat lengkap dan tak perlu lagi sebarang penjenamaan yang lain serta suatu modul yang lain yang menjadikan umat Islam sendiri keliru. Firman Allah taala :
اليوم أكملتُ لكم ديكم وأتممتُ عليكم نعمتي ورضيتُ لكمُ الاسلام دينا
(Pada hari ini (Hajjaul Wada') telah KU sempurnakan untukmu agamamu, dan telah ke cukupkan ni'mat-KU atasmu dan telah KU redahi Islam sebagai anutan (cara hidupmu)
Dari Segi Asasnya :
Islam yang kita anuti ditegakkan di atas 5 Rukun Islam serta 6 Rukun Iman, kedua-dua rukun ini amat lengkap. Sedangkan asas Islam Hadhari 10, yang mana satu yang nak dipakai. Ini juga suatu kekeliruan. Islam Hadhari itu ke yang lengkap atau Islam yang mempunyai 11 rukun ini yang lengkap. Sabda Rasulullah sollahu 'alahi wasallam :
بُنشَ الاسلام على خمسٍ
(Dibina akan Islam itu di atas lima perkara, iaitu rukun ISlam)
Islam di asaskan oleh Aqidah yang sebenarnya, dan sumber seluruh rukun-rukun ini dari sumbernya yang asal iaitu dari Allah dan Rasulnya, Rasul kita Muhammadlah yang telah menggariskan semua rukun-rukun ini.
Tetapi apakah sumber yang diambil oleh Islam Hadhari?
Dari Segi Kekeliruan :
1) Satu hari nanti semua masyarakat Islam akan ditanya oleh anak-anak mereka, apakah beza Islam dengan Islam hadhari ? ini timbul kerana giatnya kerja-kerja kerajaan mengetengahkan Islam hadhari tanpa mengetengahkan Islam yang sebenarnya.
2) Kemanakah perginya hukum dan undang-undang jenayah Islam yang merupakan tonggak untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dari sebarang gejala? rasanya dalam Islam hadhari tak ada dinyatakan ????
Marilah sama-sama kita fikirkan, kalau tidak kita akan berdosa kerana telah memperkenalkan islam hadhari berbanding Islam yang diturunkan ALLAH.

Khamis, Februari 21, 2008

CERITA SI TEMPANG DENGAN SI BUTA


Dalam kitab Tafsir Ibnu Kastir ada dibawa satu cerita......

cerita bagaimana pemimpin dan rakyat di bawa di hadapan ALLAH untuk dihitung amalannya, maka di saat mereka telah diputuskan masuk neraka, rakyatpun menyalahkan pemimpin kerana menyesatkan mereka, pemimpin membela diri bahawa mereka bukan menyuruh rakyat mengikut mereka. Kedua-dua pihakpun bertengkaran di hadapan ALLAH......salah menyalah antara satu sama lain.

Bagi menyelesaikan pertengkaran mereka itu, ALlah menyuruh Malaikat menyelesaikannya. Lalu Malaikat itupun bercerita kepada pemimpin dan rakyat, bahawa ada seorang buta yang masuk dalam satu kebun bukan miliknya, si buta itu tercium bau buah-buahan yang sedang masak dan berusaha mengambil tetapi tidak mampu, tidak berapa lama masuk pula ke dalam kebun itu seorang yang tempang kakinya. Kata si tempang "hai buta! kenapa kau tak ambik buah-buah yang sedap ni?", kata si buta "kan aku ni buta manalah nak nampak!" Kalau macam tu, aku naik atas bahu engkau dan petik buahnya, kerana mata aku tak buta, tak berapa lama buah-buah yang ranum telah mereka kecapi keenakkannya, sedang kebun itu adalah kebun orang, bukan milik mereka berdua.

Malaikat bertanya kepada pemimpin dan rakyat "dalam kes ini, siapakah yang salah si buat atau si tempang?" spontan pemimpin dan rakyat menjawab "kedua-duanyalah yang salah!!!, jadi kata Malaikat kamu pemimpin salah, dan kamu rakyat yang beri kuasa pada pemimpin pun salah juga, jadinya kamu semua masuk neraka.

Hah! rakan-rakan semua, ada tak di kalangan rakan-rakan yang nak jadi pemimpin sebegitu ataupun rakyat yang sebegitu????

Kalau saya....saya gerun pada api neraka tu!.

lagi-lagi pilihanraya

Assalamualaikum

Marilah sama-sama kita fikirkan duhai semua pengundi yang budiman......juga kepada sesiapa yang amat terkesan dengan imannya....

Cuba kita tengok gambar ini :


Gambar ini adalah kilang arak yang besarnya menyamai 10x masjid, ataupun mungkin lebih lagi. Siapakah yang bertanggungjawab menjadikannya kekal sehingga sekarang ? Jawapan itu perlu semua pengundi tanya pada diri sendiri.

Jawapannya, bukan saya, saya cuma pangkah beri kuasa sahaja! tidakkah dengan memberi kuasa secara pangkah itu menyebabkan kerajaan sedia ada dapat meneruskan pemerintahannya dan meneruskan agenda kilang arak ini ??????? kalau begitu boleh tak dikatakan bahawa sesiapa yang memangkah ialah memberi kuasa, dan dengan kuasa itu kilang arak itu dikekalkan di bumi Malaysia, maknanya semua pengundi yang memberikan kuasa itu sebenarnya juga sedang mengekalkan kilang araknya itu???? adakah anda setuju.... ataupun anda mahu nafikan.

Itu tak sebut lagi, tempat nombor ekor, tempat jualan arak, karoke, rumah urut, tempat judi berlesen, dan lain-lain lagi. Kalau sesiapa yang pernah ke genting, cuba tengok puas-puas apa ada di atas sana, bukankah itu tempat judi ........ adakah anda semua yang membinanya? tidakkah gamaknya !!! tapi tidakkah anda yang beri undi sampai kerajaan yang ada mampu membinanya, maknanya andalah yang membinanya?????? gamaknya salah jugak tu....

Dah tu....agaknya ALLAH tanya tak usaha-usaha tangan kita yang kita duk pangkah setiap kali datang pilihanraya.

Saya gerun dengan neraka ALLAH.

Selasa, Februari 19, 2008

....tentang pilihanraya

Salam
Pelik juga ye rakan-rakan sekelian, bila tengok tv sehari dua ni rase jemu tak menentu, sekejap tayang tentang imtiaz di terengganu, sekejap tayang tentang peningkatan jenayah di kelantan. Dalam benak duk terfikir, negeri lain tak ada jenayah agaknya? dan di terengganu sahaja ke yang maju setakat ini di malaysia, negeri lain tak kut ye ? susah nak fikir, kadang-kadang fikir tak berapa logik sangat!
Saya pernah jugak tengok dan dengar kejayaan Ma'had Muhammadi di kelantan. Kejayaan sekolah sains agama di kelantan juga, tapi tak pulak ditayang dalam tv. Pelik jugak tu. Rasanya orang kelantan tahu benar pasal kelantan, malah orang luar yang sering berulang alik ke kelantanpun tahu kemajuan kelantan sehingga ke hari ini.
Bila saya lalu federal highway terpandang kilang arak besar di sebelah kiri, agaknya itukah dia kejayaan ????? susah nak kate tu ye. Bila naik pesawat mas, tengok orang tonggang arak, banyak pulak tu...tertanya jugak benak ni.....mestikah ada arak dalam pesawat kita ? tak ada arak tak maju ke ?
Dah tu bila tengok tv, terpandang pulak cerita-cerita pelik yang menyuburkan nafsu manusia, artis-artis melalak-lalak tak tentu pasal, anak-anak muda yang melonjak-lonjak kerana kagumkan artis pujaan mereka. Elok ke macam tu.
Apekah yang dilakukan oleh orang yang ada kuasa, yang ada kebendaan yang banyak, mana jabatan agama, mana institusi mufti, mana dia kadi-kadi, mana dia insitusi agama....tak nak tegur ke?
APAKAH SEMUA INI PERLU DIKEKALKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA YANG TERPELAJAR.......fikir-fikirkanlah, kan kita ada kuasa mengubah tanpa rasa segan silu, tanpa rasa terancam apa-apa, tanpa perlu menumpahkah darah......kenapa tak serahkan kuasa kepada sesiapa yang mampu buat Islam, memerintah cara Islam, mentadbir cara Islam, menghukum cara Islam dan semuanya cara Islam.
Kan Islam dah memang sempurna, dah memang lengkap, dah memang terbukti sejak zaman berzaman dulu.
Semoga kita benar-benar beriman.

HARAPAN PILINRAYA KE 12

Salam
Tuan/puan harapan kita daripada Pilihanraya ke 12 ini menyaksikan pengharaman arak dan penghapusan program-program TV yang melampau. Adakah kerajaan baru yang akan dibentuk selepas pilihanraya ke 12 ini mampu melakukannya? kuasa di tangan anda.

Khamis, Februari 14, 2008

HUKUM DI SEBALIK PILIHANRAYA

Assalamualaikum.
Oleh kerana pilihanraya ini adalah satu-satu cara untuk melaksanakan hukum dan perundangan Islam, maka sudah tentu hukum mengundi adalah sesuatu yang amat dituntut, dengan ertikata lain hukumnya 'wajib aini' (Fardhu 'ain) terhadap setiap individu Muslim di Malaysia. Tidakkah dengan kuasa politik yang diberikan semasa pilihanraya dapat membolehkan sesuatu parti/kumpulan itu melaksanakan undang-undang ALLAH ? dan tidakkah sesiapa yang memberikan undinya kepada sesuatu parti yang memerintah secara Islam secara sendirinya juga telah melaksanakan Islam dalam ertikata sebenarnya ? dan tidakkah memberikan undi kepada parti yang tidak memerintah dengan Islam yang lengkap bermakna menolak perlaksanaan undang-undang Islam yang lengkap ? Oleh itu renunglah ayat di bawah semoga mendapat penjelasan yang sebenarnya.

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah (Al Maidah - 50)
Dalil tentang ketaatan kepada pemerintah yang sering dibaca ialah sebagaimana ayat di bawah yang menjelaskan status ketaatan terhadap pemimpin dan kaitannya dengan ketaatan kepada ALLAH dan RasulNya.
يأيها الذين ءامنوا أطيعوا اللهَ وأطيعوا الرسول واولي الأمر منكم - النساء 56
Wahai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah dikalangan kamu.
Perhatikan ayat di atas, pada kalimah pemerintah (ulilAmri) tidak terdapat kalimah "athiu", yang bermaksud "taatilah", ini menjelaskan bahawa setiap pemerintah yang ingin dipatuhi mestilah terlebih dahulu mematuhi ALLAH dan rasulNya, barulah pemerintah tersebut boleh dipatuhi.
Oleh itu ingatlah bahawa undi anda memberikan dua kesan, samada menjamin Islam yang lengkap dapat dilaksanakan, ataupun undi anda sedar atau tidak sedang menentang keinginan melaksanakan Islam.

BAGAIMANA INGIN SELAMAT DARI FITNAH

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,
"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba.
Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.
(Cara Penyelesaiannya ialah) Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
Hadis riwayat : Abu Daud dan Tirmizi

HARI KIAMAT HAMPIR TIBA


Assalamualaikum.

Marilah sama-sama kita ikuti cerita ini yang saya dapati dalam satu laman web, kisah kelahiran bayi mulut tertutup, apabila dibedah mulutnya dijumpai satu kertas, dan terdapat mesej pelik pada kertas kecil itu........apa dia? nak tahu bacalah.
Begini ceritanya... . Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakatuntuk membedah bayi Cina tersebut. Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut... ... ... ... .. Nak tahu ape dia ??Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang di dalam kandungannye bertulis dalamtulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia, sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebutmemang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat..Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita keranatelah memberi maklumat tersebut...Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini, cuba kita renungkan pada zaman Rasullulahs.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi. Contonhnye lelaki kawin sama lelaki. Begitulah sebaliknye. Dan di dalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda-tanda hari kiamat ialah apabila orang Islam sendiri yang membenci Islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di Negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila... ... ... ..Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini. Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ! ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia... ..untuk menanti ketibaan hari kiamat... ... ... ... ... ... ..Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaituakan berlaku gempabumi di tiga tempat ... .timur tengah, barat dan timur. Waktu itu baru Turki dan Taiwan. Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan... bukt! inya jelas makin nyata dari hari ke hari... .sabarlah menanti... ..sekianIni adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakankepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Cina)"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"(Sabda Rasulullah SAW).

Rabu, Februari 13, 2008

PEMBUBARAN PARLIMEN

Assalamualaikum untuk semua,
Hari ini telah terjawap desas desus tarikh pembubaran parlimen apabila PM mengistiharkan tengah hari tadi. Pengistiharan ini menjelaskan spekulasi yang dibuat oleh banyak pihak selama ini.
Setiap warganegara bertanggungjawap untuk mengundi pemimpin yang mereka sukai. Nasihat kepada semua pengundi, beringat-ingatlah bahawa setiap perbuatan tangan kita itu akan disaksikan oleh ALLAH. Apa yang kita pilih, apa yang kita pangkah akan ditanya di padang Mahsyar.
Kalaulah masalah buang air kecil yang tidak sempurnapun akan ditanya, malah ada yang diazab dalam kubur kerana masalah tersebut, ini kan pula pilihanraya yang menentukan hala tuju negara samada mahu menuju kepada Keredhaan ALLAH, atau sebaliknya....maka sudah tentu lebih-lebih lagi akan ditanya dan dihitung.
Beringat-ingatlah supaya apa yang kita pilih mampu menyelesaikan masalah yang sedang berleluasa sekarang. Cara untuk menyelesaikan masalah ialah kembali kepada ALLAH dan RasulNYA, oleh itu pilihlah yang akan menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat. Saya kira rakan-rakan semua telah mengetahui pilihan dan telah menentukan pilihan masing-masing.
Sekian shja.

Rabu, Februari 06, 2008

NI'MAT ALLAH TA'ALA

Assalamualaikum rakan-rakan yang dikasihi,
Semalam saya sempat hadir di majlis kuliah di Surau Gombak Tengah, Taman Hamonis. Memang di sini saya akan datang sebulan sekali, setiap selasa pertama. Kitab yang saya gunakan ialah PENAWAR BAGI HATI.
Semasa sedang bincang tentang topik Ni'mat Syukur, datang suatu idea tentang betapa ALLAH memberikan ni'mat yang amat banyak untuk kita. COntoh ni'mat ialah 'NI'MAT ISTERI', kerana adanya isteri kita terhindar dari dosa zina. Tidakkah itu suatu ni'mat yang tidak terhingga nilainya yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita selama ini? Juga kerana ada kerja yang halal yang juga ni'mat yang hebat dari ALLAH, tidak kerja itu menghindarkan kita dari dosa mencuri, menyamun, menipu dan lain-lain lagi. Sama-samalah kita fikirkan.