Jumaat, Mei 28, 2010

Judi sepatutnya dihalang dan ditegah....bukan ceramah/kuliah tanpa tauliah..

Assalamualaikum
Sehari dua ni banyak sangat komentar dilontarkan ke sana dan ke sini mengenai judi bola yang bakal/telah diluluskan oleh kabinet. Semua pihak mengambil bahagian dalam memprotes, cuma golongan berauoriti agama sahaja yang belum serius dalam memberikan komentar.
Namun...dalam waktu yang sama ada juga masalah lain iaitu mengenai tauliah yang menjadi isu hangat juga kepada warga masjid dan surau di sekitar Selangor. Sampai ada yang memberi ancaman dan ugutan akan memecat serta mengambil tindakan.
Saya pelik, kerana orang masjid dan surau biarpun tiada tauliah, kuliaah dan ceramah tetap berdasarkan al Quran dan hadis nabi sebagai sumber rujukannya...dan di masjid dan surau tu semuanya orang baik-baik, rasanya tak perlulah dipantau sebegitu rupa....yang perlu dipantau ialah orang Islam yang berjudi, yang lulus judi bola, yang masuk karoeke, yang ke pub-pub, atau yang tengah maghrib main bola lagi tak hiraukan azan maghrib, ataupun ambillah tindakan kepada orang yang makan minum di restauran ketika orang solat jumaat...itukan lebih baik dari duk susah-susah bercakap pasal tauliah....org yang mengajar tu setengahnya ada ba, sarjana malah phdpun ada...kalau tersasar sikit, beri je nasihat.
ni tidak.....macamlah orang mengajar tanpa tauliah itu buat kesalahan besar, buat dosa besar....fikirlah saudara2 semua.
Tidakkah nanti..dengan tindakan menekan pihak2 tertentu dengan tauliah ini akan memperlahankan aktiviti ilmu di masjid dan surau...atau sebenarnya memang pihak2 tertentu inginkan supaya aktiviti surau masjid diperlahankan???? agaknyalah tu?

Khamis, Mei 27, 2010

Azan Isya' ditinggalkan kerana ada ustaz mengajar...

Assalamualaikum
beberapa hari lepas, ada rakan2 yang datang untuk mengadakan sedikit perbincangan, antaranya ialah mengenai azan isya' yang sering tidak berkumandang kerana ketika itu ada ustaz yang sedang mengajar. Kata rakan kita ini, walaupun lewat, elok diazankan jugak.
Isu ini sebenarnya telahpun dibincangkan oleh Al Marhum Dato' Ishak Baharom ketika berkuliah di Masjid I'tisam, Taman TTDI Jaya satu ketika dulu di waktu al Marhum masih hidup. Al Marhum tanya jemaah, diantara azan dan kuliah, mana satukah yang wajib. Jawapannya tentulah kuliah itu yang wajib, dan azan itu sunat. Jawapannya jelas.
Mungkin isu ini boleh dibincangkan....agaknya setiap masjid perlu memaklumkan setiap ustaz mengenai masa azan, jika seandainya ustaz yang mengajar ketika itu tidak benarkan, maka teruskan dengan kuliah, bila sampai waktu iqomah sahaja. Kerana ada sesetengah ustaz yang tidak mampu memberhentikan kuliahnya jika sedang rancak mengajar.
Jadi isu ini terserah kepada ustaz tersebut.
Sekadar perbincangan dan idea.

Khamis, Mei 20, 2010

Kisah bunuh diri yang saya tahu

semasa saya bertugas di satu tempat 10 tahun dulu...ada satu kisah yang amat menyentuh hati. Sebenarnya di kawasan saya bertugas ini, memang banyak jugak kisah bunuh diri, tetapi yang ini saya kira lebih hebat dari kisah-kisah yang lain.
Sewaktu seorang lelaki sedang menguruskan kedai kainnya, anaknya yang berumur 2 tahun bermain-main dengan kotak buah, sambil ia menyepak-nyepak kotak itu....tiba-tiba keluarlah beribu-ribu ekor tebuan tanah dari tanah betul-betul di bawah kotak kayu yang disepak anak penjual tadi...apa lagi, lebah itu mengerumuni si anak malang itu, sehingga tidak nampak rupa budah itu, keseluruhan badannya ditutupi dengan tebuan tanah. Semua yang melihat tidak mampu buat apa-apa....sehinggalah dua orang pemuda bertekad terus menyambar budak ini dan melarikannya dengan motor..kelihatan tebuah tanah terbang mengejar kedua-dua budak muda ini, alhamdulillah akhir dua orang pemuda ini berjaya melepaskan diri dari kumpulan tebuan tadi.....
Budak kecil tadi terus di bawa ke Hospital berdekatan, keadaan budak tersebut memang amat parah, keadaannya amat mengejutkan pihak hospital...doktor yang merawat berusaha untuk menyelamatkan, namun apa kan daya...kalau kena sengat oleh dua ekor tebuah sahaja dah dikira sukar untuk diselamatkan, inikan pulak beribu-ribu ekor. Selepas dua hari budak kecil yang malang itu meninggal.....
Kisah selanjutnya mengenai ibu budak ini...ibunya dalam pantang, baru melahirkan adik kepada remaja yang terkorban tadi. Bila mendengar berita kematian anaknya yang amat mengharukan itu, ibu tadi jadi tidak menentu....
Pada satu pagi sebelum subuh, suaminya terdengar tangisan anak kecilnya, oleh kerana kuatnya tangisan menyebabkan si ayah terkejut dari tidurnya....dia mencari isterinya, didapur tiada, di tandas tiada, dibilik anak-anak tiada..lalu dia ke bahagian hadapan tempat jemur kain-kain yang banyak...dicelah-celah kain itulah kelihatan sekujur jasad isterinya....isterinya menggantung dirinya sendiri hingga mati...berjuntai kakinya lemah tidak bernyawa.
Betapa sedihnya suaminya, tidak disangka begitu nekad isterinya justeru kesedihan kehilangan anaknya dua hari lepas kerana disengat tebuan. Ramai teman-teman yang membuat komentar bahawa ibunya menggantung diri ketika dalam keadaan tidak sedar...kerana dia dalam pantang...sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Kisah ini adalah kisah yang sentiasa saya ingati sepanjang hidup saya, bahawa kasih ibu itu terlalu hebat!!

Bayaran tunai untuk anak derhaka....insaflah

Assalamualaikum....marilah sama-sama kita baca kisah yang saya ambil dari blog YB Titiserong. Benar atau tidak itu soalan yang tidak berapa penting, yang penting keinsafan yang lahir darinya.
Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada tengah hari itu. 1September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n kepala.

Pasti ada sesuatu yang 'besar' sedang mereka bincangkan, kata saya di dalam hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

" Bincang apa tu? Serius aku tengok," saya menyapa.
" Haaa...Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari kubur emak dia? " kata Jaimi, kawan saya.
" Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah," jawab saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan itu.

" Macam ni," kata Jaimi, lalu menyambung, " di kubur kat kampung Batu 10 tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas itu dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu. Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia... tapi belum boleh lagi ".

" Kenapa jadi macam tu? " saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan tahun itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

" Bukannya banyak, RM 20 aja mak! " gadis itu membentak.
" Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu," jawab ibunya perlahan. Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

" Maaak... kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak," kata gadis itu.
" Yalah, mak tau... tapi mak tak ada duit," balas ibunya.
" RM 20 aja! " si gadis berkata.
" Tak ada," jawab ibunya.
" Emak memang kedekut! " si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

" Bukan macam tu ta..." belum pun habis ibunya menerangkan, gadis tersebut menyanggah, katanya,
" Ahhh...sudahlah emak! Saya tak mau dengar! "
" Kalau emak ada du... " ibunya menyambung , tapi belum pun habis kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
" kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! "

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
" Saida.. Sai.. dddaaa.." katanya perlahan sambil mengurut dada. Wajahnya berkerut menahan sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik, dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar, suasana sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah terkejutnya dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan tangan dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya, tapi tidak bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui jiran-jiran, kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; " Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30 tadi. Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak dimasukkan ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat 10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya sendiri pun tak dapat bantu."

" Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi kubur."

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad. Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula cemas.

" Kenapa ni ayah? " kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
" Apa pasal," Si ayah bertanya.
" Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! " balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi seorang menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

" Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat.... ... tak boleh nak naik," gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya keluar, juga tidak berhasil.

" Ayah...kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah.." si gadis menangis memandang ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cuba menariknya beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak di tanah. Tangisannya bertambah kuat.

" Tolong saya ayah, tolong saya.......kenapa jadi macam ni ayah? " kata si gadis sambil meratap.
" Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun tak tau nak buat macam mana," jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan anaknya itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

" Emak...ampunkan Saida emak, ampunkan Saida..." gadis itu menangis. Sambil itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh diempang lagi.
" Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal... Saida menyesal.... .. Ampunkan Saida emak," dia menangis lagi sambil memeluk jenazah ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik keluar. Beramai-ramai orang cuba mengeluarkannya namun kecewa. Apabila terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur tersebut perlu dikambus.

" Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi. Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja... kalau hujan macam mana? " kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

" Habis anak saya ?" tanya si bapa.
" Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan," balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan, upacara pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya. Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk menimbus keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

" Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat. Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi. Nak tengok apa yang terjadi," kata Jaimi.

" Aku pun nak pergilah," kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur yang dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di depan kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan adalah kenalan saya.

" Pssstt...Raie. ...Raie..Psstt, " saya memanggil, Raie yang perasan saya memanggilnya mengangkat tangan.
" Boleh aku tengok budak tu? " saya bertanya sebaik saja diadatang ke arah saya.

" Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh," jawabnya perlahan-lahan seperti berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang yang tahu.
" Sekejap aja. Bolehlah..." saya memujuk.....

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke pusara yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya ke arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat gadis berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak. Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
"Emak... ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida menyesal, Saida menyesal.... .."

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah ibunya. " Emak...lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan saya,"
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk menyelamatkan gadis berkenaan.

" Sudahlah tu Saida...makanlah sikit nak ," rayu bapanya sambil menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya terus meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita datuk dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa menderhakai ibu bapa akan di balas 'tunai'.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 - 15 minit saja kerana Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak mahu, terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap " Ampunkan saya emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku insaf..."

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu. Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak dibenarkan.

Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis, permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba. Saida masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak henti-henti meratap meminta keampunan. Saya pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi oleh bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal dunia. Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari pada waktu siang dan kesejukan di malam hari. Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana terlalu sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung...sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan seperti mayat-mayat lain.

Kuburnya kini di penuhi lalang. Di bawah redup daun kelapa yang melambai-lambai, tiada siapa tahu di situ bersemadi seorang gadis yang derhaka.

WaALLAHu'alam. .

Sabtu, Mei 15, 2010

Tiada akan papa orang yang bersedekah!


Seorang raja pada masa silam telah berkata kepada rakyatnya: “Sesiapa yang bersedekah dengan sesuatu nescaya saya akan potong kedua tangannya!” Maka datang seorang lelaki kepada seorang wanita lalu berkata: “Bersedekahlah kepadaku.” Wanita itu menjawab: ” Bagaimana aku akan bersedekah sedangkan raja akan memotong tangan orang yang bersedekah.” Dia lalu berkata: “Aku memohon kepada engkau demi Wajah Allah agar bersedekah kepadaku.” Wanita itu pun bersedekah dengan dua keeping roti dan akhirnya raja mengetahui akan kejadian tersebut. Raja pun menghantar orang kepada wanita itu lalu memotong kedua tangannya.
Tidak berapa lama kemudian raja menyatakan hasrat kepada ibunya agar menunjukkan kepadanya seorang wanita cantik untuk dikahwininya. Ibunya pun menyebut tentang seorang wanita yang kecantikannya tiada taranya namun dia memilki suatu kecacatan yang teruk iaitu kedua tangannya telah terpotong. Raja pun pergi untuk melihat wanita tersebut dan apabila dia melihatnya dia menjadi kagum lalu terus melamarnya. Wanita itu bersetuju dengan lamaran tersebut lalu mereka pun berkahwin. Raja pun tidur dan melakukan hubungan dengan wanita tersebut. Apabila tiba keadaan perang dan raja pun pergi berperang dengan musuh maka orang yang dengki telah mengadu kepada raja bahawa isterinya telah curang lalu melahirkan seorang anak. Raja lalu mengutus surat memerintahkan agar wanita tersebut dipukul, dihalau dan ditinggalkan bersama anaknya di padang pasir. Semasa lalu di sebuah sungai dan ingin minum maka bayi itu terjatuh daripadanya ke dalam sungai lalu lemas. Wanita itupun menangis dan ketika itu datang dua orang lelaki yang berkata kepadanya: “Apa menyebabkan kamu menangis?” Dia berkata: “Anak saya telah jatuh ke dalam air lalu lemas.” “Adakah kamu suka jika kami mengeluarkannya bagi kamu?” ujar kedua lelaki tersebut. “Ya. Demi Allah,” jawab wanita tersebut. Maka mereka berdua berdoa kepada Allah dan anaknya pun keluar daripada air tersebut lalu mereka berkata: “Adakah kamu ingin kami kembalikan tangan kamu?” “Ya,” jawab wanita itu lalu mereka berdua berdoa kepada Allah dan tangannya pun kembali seperti sediakala lalu berkata, “Adakah kamu tahu siapa kami?” “Tidak,” jawab wanita tersebut. Mereka berkata: “Kami adalah dua roti yang kamu bersedekah dengannya.”

Rabu, Mei 12, 2010

BINATANGPUN SAYANGKAN ANAKNYA

Cerita burung merbah mengingatkan saya tentang kisah seekor ibu itik dan beberapa ekor anaknya yang sedang berjalan menuju ke sebuah kolam pada suatu hari. Anak-anak itik tersebut kelihatan begitu gembira sekali mengikut ibu mereka. Tiba-tiba ibu itik telah ternampak seekor musang tidak jauh dari situ. Musang itu sedang mengintai ibu itik dan anak-anaknya. Ibu itik segera menyuruh anak-anaknya cepat-cepat bergerak masuk ke dalam kolam. Ibu itik mula mengembangkan sedua-dua belah sayapnya sambil menyeret ke tanah. Dia berjalan terhuyung hayang seolah-olah dia tercedera.

Apabila musang melihat keadaan ini, dia rasa sangat suka, dia berkata pada dirinya “nampaknya ibu itik kesakitan dan tak dapat terbang, sudah tentu senang akau menangkapnya dan memakannya” Musang segera menerkam ke arah ibu itik itu, Musang menyangka ibu itik itu kepenatan dan dia semakin menghampiri ibu itik tersebut. Apabila musang itu telah hampir, sepantas kilat, ibu itik mengembangkan sayapnya dan terbang ke udara. Ibu itik terbang mendapatkan anak-anaknya yang berada di tengah-tengah kolam. Musang seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dialaminya. Dia tidak dapat menangkap ibu itik dan anak-anaknya yang berada di tengah kolam tersebut.
Ibu itik lari menjauhi anak-anaknya. Musang itu masih lagi mengejar ibu itik tersebut. Anak-anak itik itu telah berada jauh daripada musang tersebut. Mereka telah terselamat dan sedang menuju ke kolam. Ibu itik itu berhenti berlari dan menarik nafas lega bila melihat anak-anaknya telah berada di dalam kolam.

Binatang pun tahu sayangkan anak-anak dan berusaha sedaya upaya untuk melindungi mereka dari segala bahaya. Tapi hairan, manusia yang Allah bagi akal untuk berfikir, sampai hati pula mencampakkan anak merata-rata..dalam tong sampah, dalam sungai, dalam tandas, dalam longkang dan sebagainya. Entah di mana letaknya perasaan kasih dan sayang terhadap darah daging sendiri. Jika manusia tidak tahu kasih kepada anak sendiri, di mana letaknya taraf mereka..tentu lebih rendah dari binatang. Betapa malunya manusia kepada binatang...
*****Article ini dipetik dari blog cikgu izzuddin.

Selasa, Mei 11, 2010

Akhirnya isterilah yang .....

Salam sejahtera buat rakan dan teman yang menatap blog saya yang serba kekurangan ini. Kali ini saya nak kongsi cerita seorang teman saya yang kaya raya. Beliau mempunyai banyak rumah sewa, kilang simen dan pasaraya. Dalam waktu yang sama, beliau juga orang yang kuat ibadahnya, tidak tinggal solat berjemaah serta sentiasa bersedekah.
Satu hari, datang seorang pelanggan perempuan ke kilang simennya. Perempuan ini membeli banyak simen dari rakan saya ini. Sewaktu perempuan ini keluar dari kilangnya, dia mengajak rakan saya tadi untuk keluar makan. Kawan saya tadi mmenerima pelawaan pelanggannya itu. Perempuan itu mengajak makan di satu restauran yang agak mahal. Sekadar makan sahaja...bukan apa-apa, tiada apa-apa yang berlaku.
Selepas tarikh itu, kata kawan saya, dia mengidap sakit belakang yang amat sangat. Dicarinya tukang urut di merata tempat, namun sakit belakangnya tidak juga sembuh.
Minggu ini masuk minggu ke 2 sakit belakangnya berterusan. Pening kepala cuba difikirkan sebab musabbabnya, hingga akhirnya dia terfikir, agaknya makan dengan perempuan pelanggannya itulah puncanya.....kerana dia rasa dia telah curang kepada isterinya, walaupun dia tidak buat apa-apa dengan pelanggannya, tetapi pelanggannya itu perempuan, tentu tidak manis untuk makan bersama.
Masuk minggu ke tiga, satu malam...teman satu tadi menjelaskan segala-galanya, isterinya faham, malah isterinya kenal suaminya. Teman saya minta supaya isterinya mengurut belakangnya......lalu isteri teman saya pun mengurut dari tengkuknya hingga ke punggungnya...terus saja sakit belakangnya hilang..hilang selamanya, sampailah sekarang setelah berlalu kisah ini 5 tahun.....
Pengajarannya ialah.....jangan cuba lakukan maksiat walaupun seringan manapun, dan ingatlah bahawa jika seseorang itu dikasihi Allah, maka Allah akan lindungi dari dari maksiat dan mungkar.....sekadar kongsi cerita.

TAUBAT MALIB BIN DINAR DENGAN SEBAB MIMPINYA


 

Assalamualaikum. Buat mereka yang berdosa dan sukar melepaskan dosanya daripada berulang, maka bacalah kisah taubat Malik bin Dinar ini, saya petik dari blog Ba'lawi....mohon dari tuannya untuk saya naqalkan ke dalam blog saya.
Ibnu Al-Jauzi meriwayatkan dalam Kitab At-Tawwabin(orang-orang yang bertaubat), daripada Malik Bin Dinar bahawa beliau ditanya mengenai sebab taubatnya, lalu beliau menjawab: “Dahulunya aku adalah seorang polis (di zamannya) dan aku pernah membeli seorang hamba wanita yang cantik. Dia amat sesuai bagiku. Lalu, dia melahirkan seorang anak untukku dan aku pun amat kasih padanya. Ketika mana dia mula berjalan, maka bertambahlah kasih sayangku buatnya dalam hatiku. Dia bermesra denganku dan aku pun bermesra dengannya. Setelah dia berumur 2 tahun, dia meninggal dunia dan kesedihannya itu pedih buatku.”

“Pada satu malam iaitu malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam Jumaat. Aku terlihat di dalam mimpiku seolah-olah telah berlakunya hari kiamat. Sangkakala pun telah ditiup dan para penghuni kubur pun dibangkitkan. Lalu semua makhluk pun dihimpunkan dan aku juga bersama mereka. Maka aku pun terdengar satu pergerakan, aku memalingkan pandanganku.

Tiba-tiba ianya adalah seekor ular besar berwarna hitam kebiruan. Ia telah pun membuka mulutnya dan mengejarku. Aku berlari-lari di hadapannya tergesa-gesa. Dalam perjalananku, aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang bersih pakaiannya serta berbau wangi. Maka aku pun memberi salam kepadanya. Dia menjawab salam kepadaku.

Aku pun berkata: “Wahai lelaki tua, selamatkanlah aku dari ular ini dan semoga Allah menyelamatkanmu jua.” Lelaki itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah dan ianya (ular) pula lebih kuat dariku. Berlarilah dengan segera. Semoga Allah merupakan buatmu sesuatu yang menyelamatkanmu darinya.” Lalu, aku pantas berlalu terus ke hadapan. Lalu aku pun naik ke atas satu anjung daripada anajung-anjung hari kiamat itu. Lalu aku pun melalui di tepi beberapa tingkatan api neraka dan aku hampir-hampir terjatuh ke dalamnya disebabkan pergelutanku itu.

Maka satu suara menjerit: “Berundurlah kamu! Kamu bukan daripada ahlinya.” Lalu aku berasa senang dengan kata-katanya itu dan aku pun berundur. Ular itu juga kembali mengejarku. Maka aku pun kembali semula kepada orang tua itu dan aku berkata: “Wahai orang tua! Aku sudah pun memintamu supaya menyelamatkanku dari ular itu, tapi kamu tidak melakukannya.” Lalu orang tua itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah. Tetapi, kamu berlarilah kepada bukit itu. Di sana terdapat tinggalan orang-orang Islam. Jikalau kamu ada tinggalan di sana, ianya dapat membantumu.”

Aku pun melihat ke arah sebuah bukit yang dikelilingi oleh perak. Padanya terdapat lubang dindingnya yang menembusi di belakangnya, terdapat dua daun pintu diperbuat dari emas merah, diselangi dengan batu delima dan diliputi oleh permata. Pada setiap daun pintu terdapat tirai dari sutera. Setelah mana aku melihat ke arah bukit itu, aku pun berlari-lari ke arahnya dan ular itu masih di belakangku.

Sehinggalah aku mendekatinya, beberapa malaikat A.S menjerit: “Angkatlah tirai, bukalah daun pintu dan perhatikanlah!, moga-moga terdapat simpanan buat orang putus asa ini dalam kalanganmu semua yang dapat menyelamatkannya dari musuhnya itu.” Setelah mana dibuka daun-daun pintu itu dan mereka memerhatikanku, aku dapati ramai kanak-kanak seumpama bulan-bulan. Ular itu pun mendekatiku dan aku tercengang. Beberapa orang dari kanak-kanak itu menjerit: “Dengarlah kamu semua! Kesemua kamu perhatikannya! Musuhnya telah pun menghampirinya.” Mereka itu pun datang memerhatikan sekumpulan demi sekumpulan.

Tiba-tiba anak perempuanku memerhatikan aku, menangis dan berkata: “Demi Allah ini adalah ayahku!” Lalu dia pun melompat kepadaku dalam satu bekas diperbuat dari cahaya jalan seperti anak panah sehinggalah dia berada di sisiku. Dia pun menghulurkan tangan kirinya ke arah tangan kiriku. Maka aku pun berpaut kepadanya. Dia juga menghulurkan tangan kanannya ke arah ular itu sehinggalah ia melarikan diri. Kemudiannya, anakku itu meletakkan aku dan dia duduk dalam pangkuanku. Dia meletakkan tangan kanannya ke atas janggutku sambil berkata: Wahai ayahku!


“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah?”(Surah Al-Hadid: 16).

Lalu aku pun menangis dan berkata: “Wahai anakku! Kamu semua tahu tentang Al-Quran?” Maka dia pun berkata: “Wahai ayahku! Kami semua lebih mengetahui tentangnya berbanding kamu semua.” Aku berkata: “Beritahulah kepadaku tentang si ular yang hendak membinasakanku itu.” Si anak itu menjawab: “Itulah amalan burukmu yang telah engkau menguatkannya. Ianya hendak menghumbankanmu ke dalam neraka Jahannam.” Aku bertanya: “Lelaki tua yang aku berjumpa dengannya itu?” Dia menjawab: “Itulah amalan solehmu yang engkau telah melemahkannya sehingga ianya tidak lagi mampu mengalahkan amalanmu yang buruk itu.” Maka aku pun berkata: “Wahai anakku, apakah yang kamu semua lakukan di bukit ini?” Dia menjawab: “Kanak-kanak orang Islam telah tinggal di dalamnya sehinggalah ke hari kiamat. Kami pula menantikan kamu semua datang kepada kami, maka kami dapat membantu kamu semua.” Malik bin Dinar pun berkata: “Maka aku pun terjaga dalam keadaan takut dan gementar. Maka aku pun memecahkan kesemua alat-alat yang digunakan dalam menentang Allah. Aku juga telah meninggalkan kesemua itu. Aku jua telah mengikatkan taubatku dengan Allah Taala, iaitu Taubat Nasuha. Maka Allah pun menerima taubatku itu.”