Selasa, Oktober 29, 2019

Mujaddid Setiap 100 Tahun

DIUTUSKAN MUJADDID SETIAP SERATUS TAHUN

Rasulullah sollahu alaihi wasallam pernah bersabda tentang kedatangan Mujaddid yang bermaksud pembaharu agama pada setiap hujung seratus tahun, hadisnya sebagaimana berikut.

Dari Abu Hurairah ra., telah meriwayatkan dari Rasulullah saw bahawa baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا

Sesungguhnya Allah mengutus untuk umat ini, pada setiap akhir seratus tahun, orang yang memperbaharui untuk umat agama mereka

(HR Abu Dawud no. 4291, Disahihkan oleh as-Sakhawi di al-Maqâshid al-Hasanah (149) dan al-Albani di as-Silsilah ash-Shahîhah no. 599)

Dalam pada itu terdapat juga hadis yang lain yang agak sama dengan hadis tersebut, Kata Ahmad bin Hambal, diriwayatkan dari Rasulullah Sollahu alaihi wasallam :

إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُقَيِّضُ فِي رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُعَلِّمُ النَّاسَ دِينَهُمْ

Sesungguhnya Allah membatasi pada penghujung setiap seratus tahun orang yang mengajarkan masyarakat agama mereka.

Seorang mujaddid tentunya orang yang sangat berpengaruh pada masanya, ia mesti memiliki syarat khusus sebagaimana yang disebutkan Ibnu Ziyâd dalam kitab Ghayah Talkhis al-Murâd fî Fatawa Ibn Ziyâd, yaitu:

ومن شروط المجدد أن تمضي المائة … وينصر السنة في كلامه، وأن يكون جامعاً لكل فنّ، وكونه فرداً كما هو المشهور في الحديث وعند الجمهور.

“Di antara syarat-syarat seorang mujaddid yaitu melampaui seratus tahun, menolong sunnah serta kalamnya, menguasai seluruh fann ilmu, dan dia tunggal sebagaimana pendapat yang masyhur dalam hadis menurut jumhur ulama.”


LIMA PERINGKAT PEMERINTAHAN SEJAK DARI ZAMAN RASULULLAH SOLLAHU ALAIHI WASALLAM

Dua hadis di atas yang menyebut tentang tempoh seratus tahun boleh pula di kaitkan dengan hadis lima peringkat pemerintahan yang pernah disabdakan baginda sollahu alaihi wasallam. Sabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam :

أخبر رسول الله صلى الله عليه وسلم عن فترات الحكم في حياة المسلمين فقال: تكون النبوة فيكم ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء الله أن يرفعها ثم تكون ملكا عاضا فيكون ما شاء الله أن يكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون ملكا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة ثم سكت.

Telah mengkhabarkan Rasulullah SAW telah : “Telah berlaku zaman pemerintahan Nubuwwah ke atas kamu, maka berlakulah zaman pemerintahan nubuwwah sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu seperti yang Dia kehendaki.” Kemudian belakulah zaman pemerintahan Khulafa’ Ar Rasyidin yang berjalan sepertimana zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah - keamiran / beraja / zaman kesultanan) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman (Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian Rasulullah SAW pun diam....(Kiamat)

(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal R.H dari Sahabat Rasulullah Nuaman bin Basyir R.A dari Huzaifah R.A di dalam kitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273. Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.)

Pemerintahan Pertama Hingga Ke 3

Dalam hadis di atas memaklumkan bahawa tiga pemerintahan telahpun berlalu, iaitu pemerintahan nubuwwah, pemerintahan Khulafa’ Ar Rasyidin dan pemerintahaan yang menggigit.

Pemerintahan Nubuwwah bermaksud pemerintahan baginda Rasulullah sollahu alaihi wasallam yang berakhir dengan kewafatan baginda pada tahun 11 Hijrah.

Pemerintahan Ke 2 ialah pemerintahan sahabat yang empat, iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Ali rodiyallahu anhum ajma’in. Pemerintahan ini berakhir dengan Khalifah Ali Rodiyalah anhu.


Pemerintahan Ke 3, ialah pemerintahan yang menggigit. Erti menggigit ialah menggigit al Quran, bermaksud pemerintah-pemerintah di peringkat ini masih lagi memerintah negara masing-masing dengan undang-undang al Quran. Tempohnya hingga jatuhnya kerajaan Othmaniyah pada tahun 1924.


Pemerintahan Keempat & Kelima

Pemerintahan keempat yang digelar dalam hadis tersebut pemerintahan yang menyombong. Digelar dengan gelaran tersebut kerana pemerintah-pemerintah peringkat ini meninggalkan perlaksanaan hukum-hukum Al Quran dan As Sunnah.

Peringkat keempat ini sedang berlangsung sekarang, ramai juga ulama yang mengatakan peringkat keempat ini bermula dari jatuhnya Khilafah Othmaniah di Turki iaitu dari tahun 1924 hingga sekarang ini. Jika dikaitkan dengan hadis 100 tahun di atas, maka jumlahnya tahun 2024.

Berdasarkan hadis 100 tahun di atas menunjukkan bahawa tempoh pemerintahan ke 5 sudah sangat hampir. Juga memberi kita satu fahaman bahawa Mujaddid bagi hujung 100 tahun ketika zaman kita ini bakal datang dalam masa terdekat, dan kemungkinan mujaddid tersebut ialah Imam Mahdi.