Rabu, Mei 29, 2019

Makalah Ke 20 - Dikira Bersama dengan Allah - Ms 120


Makalah Ke 20
عن بعضِ الحُكماء حين سُئِلَ كيف أنت؟ فقال : انا معَ المَوْلى على المُوافَقَةِ ومع النفسِ على المُخالفةِ ومعَ الخَلقِ على النصيحة ومع الدنيا على الضرورة
Sebahagian ulama ahli hikmah ketika ditanya ; “Bagaimana keadaamu?” jawapannya :

a.       Aku ada bersama Allah, apabila memenuhi perintahnya.
b.       Aku bersama nafsu apabila aku memeranginya.
c.       Aku bersama dengan orang lain dalam keadaan saling menasihati.
d.       Aku bersama dunia ketika dalam keadaan darurat.


Makalah ke 27 Kemulian Umat Muhammad - Ms 128


Makalah ke 27

عن سَعدِ بنِ هلالٍ رحمه الله إنَّ العبدَ إذا اذنَبَ مِنَ اللهِ تعالى مَنَّ الله عليه بأربعِ خصالٍ : لا يَجُبُ عنهُ الرِّزقَ ولا يَجُبُ عنهُ الصحةَ ولا يُظْهِرُ عليه الذنبَ ولا يُعاقِبُهُ عاجِلاً
Saad bin Hilal ra mengatakan bahawa apabila manusia berbuat dosa, maka Allah memberikan anugerah kepadanya :

  • a.    Dia tidak dihalangi untuk mendapat rezeki.
  • b.    Dia tidak terhalang untuk sihat.
  • c.    Allah tidak memperlihatkan dosanya.
  • d.    Allah tidak menyiksanya di dunia


Hikayat

Keluhan Nabi Adam alaihissalam Dengan Membandingkan Dirinya Dengan Umat Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam...

Diceritakan bahawa Nabi Adam alaihissalam berate, “sesungguhnya Allah memberi 4 macam kemulian kepada umat Muhammad yang tidak Allah berikan kepadaku, iaitu :

a.    Penerimaan taubatku ketika aku di Mekah, sedangkan umat Muhammad bias taubat di sembarangan tempat.

b.    Aku berpakaian ketika aku berdosa, kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, meskipun ia derhaka kepada Allah dalam keadaan telanjang.

c.    Ketika aku berbuatdosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam di kaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah) sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isterinya.

d.    Aku berbuat dosa di syurga lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia, sedangkan umat Muhammad berbuatdosa di luar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat.

Selasa, Mei 28, 2019

Makalah Ke 4 - 5 Kegelapan & 5 Lampunya Ms 143


Abu Bakar As Siddiq ra mengatakan bahawa kegelapan ada 5 dan lampunyapun ada 5, iaitu :
عن أبي بكر الصديق رضي الله عنه الظُّلُمُماتُ خمسٌ و السُّرْجُ لها خمسٌ :
حُبُّ الدُّنيا ظُلمَةٌ والسِّرَاْجُ لَها التقوى والذَّنبُ ظُلمَةٌ  والسِّرَاْجُ له التوبة والقبرُ ظُلمَةٌ والسِّرَاْجُ له لاإله إلا الله محمدٌ رسول اللهِ والآخرةُ ظُلمَةٌ  والسِّرَاْجُ لها العَمَلُ الصالحُ والصَّراطُ ظُلمَةٌ والسِّراجُ لهُ اليقين
a.    Cinta akan dunia adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah taqwa.
b.    Dosa adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah taubat.
c.    Kubur adalah kegelapan dan lampu penerangnya adalah bacaan kalimah
لا إله إلا الله
d.    Akhirat adalah kegelapan dan lampu penerangnya adalah amal soleh.
e.    Sirat al Mustaqim adalah suatu kegelapan dan lampu penerangnya adalah keyakinan
Keterangan

CINTA DUNIA

Tentang mencintai dunia sesuai dengan sabda Nabi sollahu alaihi wasallam :
حبُّ الدنيا رأسُ كُلِّ خَطِيْئةٍ – رواه البهيقي
Cinta akan dunia adalah sumber kesalahanmu
Imam Al Ghazali mengomentari hadis tersebut dengan mafhum mukhalafahnya sebagai berikut :
وكَما أنَّ حُبها رأسُ كُلِّ خَطِيْئةٍ فبُغضُها رأسُ كُلِّ حَسَنَةٍ
Sebagaimana dikatakan bahawa mencintai dunia itu adalah sumber segala kesalahan, maka membenci dunia adalah sumber segala kebaikan.

DOSA

Dikemukakan oleh Al Hassan Basri bahawa hal itu juga sesuai dengan hadis berbunyi :

إنَّ العبدَ إذا اخطَأَ خطيئةً نُكِتَتْ في قلبِهِ نُكتَةٌ سَوداءُ فإذا هو نَزَعَ واسْتَغْفَرَ وتابَ صَقُلَ قلبُهُ وإنْ عادَ زِيْدَ فيها حتى تَعْلُ على قلبِهِ هو الرانُ الذي ذكَرَهُ اللهُ تعالى كلا بَلْ رانَ على قلوبِهم ما كانو يكسبون
Apabila seseorang hamba melakukan dosa satu kali, maka hatinya diberi titik noda (hitam). Apabila dia mencabutnya dan memohon ampun serta bertaubat, maka bersihlah hatinya. Apabila ia kembali lagi (berbuat dosa), maka bertambah hitamlah titit noda itu, hingga memenuhi hatinya. Sedang dia (doa itu menutupinya), sesuai dengan apa yang dikatang Allah dalam ayat

كلا بَلْ رانَ على قلوبِهم ما كانو يكسبون
Sekali-kali tidak, bahkan dosa yang telah mereka kerjakan dapat menutupi hati mereka (HR. Ahmad, Turmudzi, Ibnu Majah, Nasa’I, Ibnu Hibban dan Hakim.

KUBUR

Di antara sekian banyak fadhilah membaca kalimah tayyibah, iaitu
لا إله إلا الله
Antara lain :
Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda :

قال النبي صلى الله عليه وسلم إنَّ الله حرَّمَ على النارِ مَنْ قال لا إله إلا الله يبتغي بها وجهَ الله تعالى
Sesungguhya Allah telah mengharamkan untk masuk neraka kepada orang yang membaca kalimat
لا إله إلا الله
Dengan niat mencari keredhaan Allah (HR Bukhari dan Muslim)

قال النبي صلى الله عليه وسلم : من قال لا إله إلا الله مُخْلِصا دخلَا الجنة قالوا : يا رسولَ الله فما اِخلاصُها ؟ قال : أن تَحْجُزَكُم عن كُلِّ ما حَرَمَ اللهُ عليكم – رواه الخطيب
Barang siapa yang membaca kalimat
لا إله إلا الله
Dengan niat ikhlas, tentu ia masuk syurga, lalu para sahabat bertanya “wahai Rasullah, apa keikhlasan bacaan tersebut?! Nabi bersabda “bacaan
لا إله إلا الله
Mencegahmu dari sesuatu yang telah diharamkan Allah HK Al Khatib.
Dikatakan ada 7 macam yang dapat menerangi alam kubur :
a.    Ikhlas dalam beribadah
الاخلاص في العبادة
b.    Berbakti baik kepada ibubapa
برُّ الوالدين
c.    Silaturrahim
صلة الرحيم
d.    Tidak mensia-siakan usia dalam kemaksiatan
أن لا يُضيعَ عُمرُهُ في المعصية
e.    Tidak mengikuti kehendak hawa nafsu
أن لا يتَّبِعَ هواه
f.     Bersungguh-sungguh dalam taat
أن يجْتَهِدَ في الطاعة
g.    Memperbanyak zikir kepada Allah
أن يُكْثِرَ ذكرَ الله
Keterangan

Amal soleh meliputi                                                            
عزِيْمة
dan
رُخْصَة
Azimah suatu keharusan, rukhsah dispensasi.
Contohnya solat zohor wajib 4 rakaat bagi mereka yang bepergian, tapi bagi mereka yang dalam perjalanan jauh diberi rukhsah untuk mengqasarkan solat zohor tersebut menjadi 2 rakaat dan yang paling baik dalam salat 4 rakaat bagi mereka yang berpergian jauh adalah mengambik RUKHSAH iaitu solat 2 rakaat sebagai dispensasi dari Allah. Hal ini berdasarkan hadis Nabi sollahu alaihi wasallam :
إنَّ الله يُحِبُّ أن يُؤخَذَ بِرُخْصِهِ كَما يُحِبُّ أنْ يُؤخَذَ بِعَزَأئِمهِ إنَّ الله بعَثَنِي بالحنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ دِيْنِ إبراهيم - رواه ابن عساكر
Sesungguhnya Allah mencitai orang yang mengambil / melakukan dispensasi darinya, sebagaimana Allah mencintai orang yang melaksanakan keharusannya. Sebab, Allah telah mengutuskan dengan ajaran agama yang mudah (elastis) iaitu agama Nabi Ibrahim as _ HR Ibnu Asakir

Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda :
قال النبي صلى الله عليه وسلم اَدُّوا العَزَائِمَ واقْبَلوا الرخصةَ ودَعُوا الناسَ فقد كُفِتُمُوهم
Kerjakanlah keharusan-keharusan (azimah) terimalah rukhsah (keringanan) dari Allah seperti solat qosar / jama’. Tinggalkanlah orang-orang yang tidak mengerjakan aimah dan tidak menerima rukhsah. Sesungguhnya kamu telah diberi kecukupan atas mereka - HR Al Khatib.

Nabi Sollahu alaihi wasallam bersabda :
قال النبي صلى الله عليه وسلم مَنْ لا يَقبَلْ رُخصةَ اللهِ عليه منَ الإثم مِثْلُ جبَلِ عَرَفَةَ – رواه أحمد
Barang siapa tidak menerima rukhsah dari Allah, maka baginya dosa sebesar gunung Arafah – HR Ahmad.
Yang disebut yakin berhubungan dengan
الصراط
Pada nasihat di atas adalah.
تحقِيقُ التَّصديقِ بالغَيبِ بإزالةِ كُلِّ رَيْبٍ
Menyatakan apa yang telah dibenarkan oleh hati atas hal yang ghaib dengan menghilangkan segala keraguan.

Isnin, Mei 27, 2019

Makalah 16 : 4 Tanda Kemuliaan Iman


Makalah ke 16 Muka surat 111 - 115

عن بعضِ الحُكَمَاءِ أنَّ شَعَاْئِرِ الإِيْمَانِ اربعةٌ : التقوى والْحَيَاْءُ والشُّكرُ والصَّبرُ
Sebahagian ahli hikmah mengatakan bahawa tanda-tanda iman (kepada Allah) itu ada 4, iaitu : Taqwa, Haya’, Syukur ni’mat dan Sabar
Definasi takwa di antaranya adalah :
وقيلَ : مُحَافَظَةُ ءادابِ الشَّريْعَةِ
Memelihara aturan-aturan syariat/agama
الاقتِداءُ بالنبي صلى الله عليه وسلم قولا وفعلا
Mengikuti jejak langkah Nabi sollahu alaihi wasallam dalam ucapan dan perbuatan.
Tambahan

TAQWA

Taqwa ialah :
حُسنُ الشُّكرِ فيما نَالَ به و حُسنُ التَّوَكَّلِ فيما لم يَنَلْ بِهِ وحُسنُ الصبرِ فيما فات به
Bersyukur kepada Allah atas apa yng telah ia terima dan bertawakal atas apa yang belum ia peroleh, serta bersabar atas kegagalan yang ia alami.
حبًّ الخَلِيلِ وبُغْضُ القَلِيْلِ واتباعُ التَّنْزِيْلِ
Cinta kepada Allah benci akan dunia, serta mengikuti petunjuk Al Quran
وقال بعبضُ الحُكماء
Sebahagian ahli hikmah mengatakan
Kata-kata تقوى   terdiri dari 4 huruf
Mengandungi makna
ت - تَضَرُّع
Mengandungi makna … Yakni merendahkan diri di hadapan Tuhan dan sopan santun terhadap sesame manusia.
ق - قناعة
Mengandungi makna …. yakni sederhana / apa adanya
و - وَرَعٌ
Mengandungi makna …. Yakni hati-hati memelihara diri dari hal-ha yang makruh
ي – يقِيْنٌ
Mengandungi makna … yakin menyakini kebenaran Islam
Jadi, orang yang taqwa itu hidupnya merendahkan diri di hadapan Allah sopan santun terhadap sesame makhluk hidup, hidup qana’ah, dan yakin terhadap qadha’ dan qadhar Allah.
Adapun definisi takwa yang telah memasyarakat adalah :
امتِثالُ اوامِرِ الله واجْتِنَابُ نَوَاْهِيهِ
Melaksanakan pereintah Allah dan menjauhi laranganNya.

HAYA’

PENGERTIAN Haya adalah sebagai berikut. Haya terbahagi kepada dua :
حياءٌ نَفْسَانِيٌّ وهو الذي خَلَقَهُ اللهُ تعالى النُّفُوس كُلِّها كالحياءِ مِنْ كَشْفِ العَورةِ والجِماعِ بين الناس
Haya’ Nafsani – iaitu rasa malu yang dijadikan Allah kepada setiap manusia, seperti rasa malu kelihatan aurat, atau bersenggama di hadapan orang lain.
حياءٌ اِيمانيٌ وهو أنْ بمنَعَ المُؤمنُ من فعلِ المعَاصي خوفا منَ اللهِ
Haya Imani – iaitu mencegah diri dari perbuatan maksiat kerana takut oleh Allah.

SYUKUR

Pengertian Syukur adalah sebagai berikut :
الثّناءُ على المُحْسِنِ بذِكرِ احْسانِهِ
Memuji Allah yang selalu memberi kebaikan dengan menyebut-nyebut kebaikannya.

SABAR

Sedang definisi sabra antara lain :
تَرْكُ الشّكْوَى مِنْ اَلَمٍ البَلْوى لِغَيْرِ الله تعالى
Meninggal syikayah kepada selain Allah.
Catatan
Syikayah ialah, mengeluh atau mengadu/bersedih hati.
Untuk itu hendaklah kita berdoa dengan doa yang biasa dibaca oleh Tamim Ad Dari bin Habib. Doa ini diajarkan kepadanya oleh Nabi Khidir, inilah doanya :

اللهم فَنِّعْنَا بِما رَزَقْتَنَا وَاعْصِمْنَا مِنْ حَيثُ نَهَيْنَا نُخَوِّجْنَا إلى مَنْ اَغْنَيْتَهُ عَنَّا واحْشُرْنا في زُمْرَةِ أُمَّةِ سَيِّدِنا محمدٍ صلى الله عليه وسلم وبِكَأْسِهِ فاسْقِنا ومِنْ مَعَاصِيْكَ جَنِّبْنَا وعلى التقوى اَمِتْنَا ولِلذِّكْرِ اَلْهِمْنَا ومِن وَرَثَةِ جنةِ النَّعِيم فاجْعَلنا و اَسْعَدْنَا و لا تُشْقِنا يا ذا الجلالِ والاكرام
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang qana’ah (sederhana / hidup apa adanya) dengan apa yang telah Engkau rezekikan kepada kaim, dan peliharalah kami dari apa yang telah Engkau larang, janganlah Engkau jadikan kami orang yang membutuhkan pertolongan orang yang telah Engkau jadikan dia kaya, dan himpunlah kami ke dalam golongan umat Nabi Mhammad saw, dan dengan gelasnya semoga Engkau memberi minuman, semoga Engkau menjauhkan kami dari perbuatan maksiat, dan semoga Engkau mematikan kami dalam ketakwaan, serta berilah kami ilham. Jadikanlah kami sebagai ahliwaris syurga Naim, bahagiakanlah kami dan semoga Engkau tidak menjadikan kami celaka, wahai Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia
.
ورُوِيَ أنَّهُ صلى الله عليه وسلم قال : ذِرْوَةُ الإيمانِ اربعُ خلالٍ : الصبرُ للحُكمِ والرضى بالقدر والإخلاصُ للتَّوَكُّلِ والإسْتِسلامُ للرَّب – رواه ابو نعيم)
Diriwayatkan bahawa Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda, puncaknya keimanan ada 4, iaitu sabar terhadap hukum, senang terhadap qadar, ikhlas kerana tawakkal dan menyerah kepada Tuhan.

Isnin, Mei 13, 2019

HATI-HATI POKET BOCOR



BOCOR PAHALA WUDHU’

" تتوضأ أحسن وضوء " لكــن. .. تسرف في الماء' كيس مثقْوب
Engkau telah berwudhu' dgn sebaik-baik wudhu' akan tetapi engkau boros memakai air, (itu sama dengan) poket bocor
Firman Allah ;
إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا ﴿٢٧﴾
“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.” (QS: al-Isra’ ayat 27).

Had Air Ketika Berwudhu’
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnadnya, secara marfu’, dan lafazhnya dari riwayat Jabir, dia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
يُجْزِىءُ مِنَ الْغُسْلِ الصَّاعُ، وَمِنَ الْوُضُوءِ الْمُدُّ.
“Satu shaa’ cukup untuk mandi, sedangkan untuk wudhu’ satu mudd.”[5]

Hikmah Berwudhu’
Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

« إِذَا تَوَضَّأَ الْعَبْدُ الْمُسْلِمُ – أَوِ الْمُؤْمِنُ – فَغَسَلَ وَجْهَهُ خَرَجَ مِنْ وَجْهِهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ نَظَرَ إِلَيْهَا بِعَيْنَيْهِ مَعَ الْمَاءِ – أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ – فَإِذَا غَسَلَ يَدَيْهِ خَرَجَ مِنْ يَدَيْهِ كُلُّ خَطِيئَةٍ كَانَ بَطَشَتْهَا يَدَاهُ مَعَ الْمَاءِ – أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ – فَإِذَا غَسَلَ رِجْلَيْهِ خَرَجَتْ كُلُّ خَطِيئَةٍ مَشَتْهَا رِجْلاَهُ مَعَ الْمَاءِ – أَوْ مَعَ آخِرِ قَطْرِ الْمَاءِ – حَتَّى يَخْرُجَ نَقِيًّا مِنَ الذُّنُوبِ ».

“Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhu, kemudian dia membasuh wajahnya maka akan keluar dari wajahnya bersama air itu -atau bersama tetesan air yang terakhir- segala kesalahan yang dia lakukan dengan pandangan kedua matanya. Apabila dia membasuh kedua tangannya maka akan keluar dari kedua tangannya bersama air itu -atau bersama tetesan air yang terakhir- segala kesalahan yang dia lakukan dengan kedua tangannya. Apabila dia membasuh kedua kakinya maka akan keluar bersama air -atau bersama tetesan air yang terakhir- segala kesalahan yang dia lakukan dengan kedua kakinya, sampai akhirnya dia akan keluar dalam keadaan bersih dari dosa-dosa.” (HR. Muslim dalam Kitab at-Thaharah)

BOCOR PAHALA SEDEKAH
 " تتصدق عَلى الفقراء بمبلغ ثم .. تذلهم وتضايقهم *كيس مثقْوب.
Engkau bersedekah kepada fakir miskin kemudian engkau menghina dan menyusahkan mereka, (itu seperti) poket bocor

Al-Baqarah Ayat 264
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُمْ بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنْفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
264. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.

Ad-Duha Ayat 9
فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
9. Sebab itu, terhadap anak yatim janganlah kamu berlaku sewenang-wenang.

Surat Ad-Duha Ayat 10
وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ
10. Dan terhadap orang yang minta-minta, janganlah kamu menghardiknya.

Merahsiakan Sedekah Lebih Baik

Al-Baqarah Ayat 274
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
274. Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.

Bersedekah Mendapat Gandaan Pahala

Al-Baqarah Ayat 261
مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
261. Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Bersedekah Sesuatu Yang Disukai

Ali 'Imran Ayat 92
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّىٰ تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
92. Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya

BOCOR PAHALA QIYAMULLAIL PUASA DAN KETAATAN YANG LAIN
 تقوم الليل وتصوم النهار وتطيع ربك" لكــن. .. قاطع الرحم كيس مثقْوب
Engkau solat malam hari, puasa di siang hari dan mentaati Tuhanmu, tapi engkau memutuskan (tali) silaturrahim, (jelas itu adalah) poket bocor

Sambung Yang Putus Bukan Semata-mata Baiki
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لَيْسَ الْوَاصِلُ بِالْمُكَافِئِ وَلَكِنَّ الْوَاصِلَ الَّذِي إِذَا انْقَطَعَتْ رَحِمُهُ وَصَلَهَا
]التخريج: سنن الترمذي , كتاب البر والصلة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم , باب ما جاء في صلة الرحم , عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه , وقَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ[
Dari Abdullah bin ‘Amr, dari Nabi Solllahu alaihi wasallam sabda baginda : bukanlah sambung itu dengan menunaikannya, akan tetapi penyambung itu ialah ketika putus silaturrahim maka ia menyambungnya

Kelebihan Bersedekah Kepada Sesama Kaum Kerabat

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

الصَدَقةُ عَلى اْلمِسْكِيْن: صَدَقٌة، وَعَلى ذِي الرَحْم اِثنَتَانِ: صَدَقٌة وَصِلَّة.
(سنن الدارمي)

Maksudnya: “Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.” (Sunan ad-Darimi)

Jangan Ungkit-ungkit Selepas Bersedekah Terutama Kepada Kerabat

Allah ta’ala mengingatkan kita dalam firman-Nya :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالأذَى كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْداً لاَّ يَقْدِرُونَ عَلَى شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُواْ وَاللّهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir . “ (Al Baqarah:264)

 
BOCOR PAHALA SABAR DALAM PUASA

 تصوم وتصبر عَلى الجوع و العطش" لكـن .. تسب وتشتم وتلعن كيس مثقْوب
Engkau berpuasa dan sabar dengan haus dan lapar, tapi engkau menghina dan mencaci, (sama dengan) poket bocor

Orang Muflis
عن أبو هريرة رضى الله عنه عن الرسول صلى الله عليه وسلم قال: ( أتَدرونَ ما المُفلِسُ؟ إنَّ المُفلسَ من أُمَّتي مَن يأتي يومَ القيامةِ بصلاةٍ وصيامٍ، وزكاةٍ، ويأتي وقد شتَم هذا، وقذَفَ هذا، وأكلَ مالَ هذا، وسفكَ دمَ هذا، وضربَ هذا، فيُعْطَى هذا من حَسناتِه، وهذا من حسناتِه، فإن فَنِيَتْ حَسناتُه قبلَ أن يُقضَى ما عليهِ، أُخِذَ من خطاياهم، فطُرِحَتْ عليهِ، ثمَّ طُرِحَ في النَّارِ) [ صحيح الجامع].

 “Tahukah anda siapa sebenarnya muflis? Sahabat sahabat menjawab: ‘Muflis sepanjang pengetahuan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta. (Nabi SAW bersabda: ‘Bukan muflis harta aku maksudkan) tetapi muflis pahala pada hari Kiamat. Sebahagian umatku pada hari itu datang membawa amalan-amalan solat, puasa dan zakat. Pada masa sama juga dia membawa dosa-dosa mengutuk orang, memfitnah orang, mengambil harta orang, membunuh orang dan memukul orang. Penyelesaian pada hari itu adalah dengan mengambil amal kebajikannya lalu diberi kepada orang yang dizaliminya. Andainya amal kebajikan yang dibawanya belum cukup, akan diambil dosa-dosa mangsa yang dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya, kemudian dicampaknya ke dalam neraka.”

BOCOR PAHALA MENUTUP AURAT

 " تلبسين الطرحه والعباية فوق الملابس "لكـن .. العطر فواح كيس مثقْوب
Engkau memakai penutup muka dan baju labuh , tapi minyak wangi baunya menyengat, (itu) poket bocor

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Ada dua golongan dari penduduk neraka yang belum pernah aku lihat: [1] Suatu kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan [2] para wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggak-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Wanita seperti itu tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya, walaupun baunya tercium selama perjalanan sekian dan sekian.” (HR. Muslim no. 2128)

Wanita Dikira Mencetuskan Suasana Zina

Al-Imam al-Munawi Rahimahullah menyebutkan:
والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فقد هيجت شهوة الرجال بعطرها وحملتهم على النظر إليها، فكل من ينظر ‏إليها فقد زنا بعينه، ويحصل لها إثمٌ لأنها حملته على النظر إليها وشوشت قلبه، فإذن هي سببُ زناه بالعين، فهي أيضاً زانية
Maksudnya: dan perempuan jika mengenakan wangian lalu melewati satu majlis (yang padanya terdapat lelaki-lelaki) maka ia mampu menaikkan syahwat lelaki-lelaki dan mendorong untuk memandang kearahnya, maka setiap yang memandang kearahnya, maka matanya telah melakukan zina. Perempuan itu mendapat dosa kerana telah memancing pandangan kearahnya dan menjadikan hati lelaki tidak tenang. Makanya, ia adalah sebab berlakunya zina mata dan ia termasuk penzina. [Lihat Faydh al-Qadir. Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, 5/27]

BOCOR PAHALA MEMULIAKAN TETAMU

 تكرم ضيفك وتحسن إليه لكـن .. بعد خروجه تغتابه وتخرج مساوئه كيس مثقْوب
Engkau memuliakan tamumu dan berbuat baik kepadanya, tapi setelah dia pergi engkau mengumpatnya, (sungguh itu) poket bocor



 أخيرا ً لا تجمعوا حسناتكم في كيس مثقْوب . تجمعوها بصعوبة من جهة .. ثم تسقط بسهولة من جهه أخرى.. يا رب اسألك لي ولأحبتي الهداية والغفران .
Pada akhirnya engkau hanya mengumpulkan kebaikanmu dalam poket bocor, satu sisi engkau mengumpulkan dengan susah payah kemudian engkau menjatuhkannya dengan mudah di sisi lain. Ya Rabb, kami mohon hidayah dan ampunan atas kami dan orang-orang yg kami cinta