Khamis, Januari 15, 2015

7 WASIAT MALAIKAT JIBRIL AS



وعن جابر بن عبد الله الأنصاري رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه قال :
ما زال يوصيني جبرائيل بالجار حتى ظننت أنه يجعلُهُ وارثا, وما زال يوصيني بالنساء حتى ظننت أنه سيحرم طلاقهن, وما زال يوصينى بالمملوكين حتى ظننت أنه يجعل لهم وقتا يعتقون فيه,  وما زال يوصيني بالسواك حتى ظننتُ أنه فريضة, وما زال يوصيني بالصلاةِ  في الجماعة حتى ظننت أنه لا يقبلُ الله تعالى صلاة إلا في الجماعة, وما زال يوصيني بقيام الليل حتى ظننتُ أنه لا نوم بالليل, وما زال يوصيني بذكر الله حتى ظننت أنه لا ينفع قول إلا به
Dari Jabir bin Abdullah Al Ansari ra, daripada baginda Sollahu alahi wasallam, sabda baginda :
*      Malaikat Jibril selalu berpesan keapdaku mengenai jiran tertangga, sehingga saya mengira bahawa Jibril menjadikannya sebagai orang yang dapat mewarisi harta pesakanya.
*      Tidak henti-henti Jibril berwasiat kepadaku tentang wanita atau isteri, sehingga saya mengira bahawa dia akan mengharamkan untuk menceraikannya.
*      Jibril sentiasa berpesan kepadaku tentang hamba sahaya, hingga saya mengira dia akan memberikan batas waktu untuk memerdekakan mereka.
*      Selalu saja Jibril berpesan kepadaku untuk bersiwak, hingga saya mengira bahawa bersiwak itu fardhu.
*      Jibril selalu berwasiat kepadaku tentang solat berjemaah, hingga aku mengira bahawa Allah Ta’ala tidak akan menerima solat kecuali solat yang ditunaikan dengan berjemaah.
*      Selalu saja Jibril berpesan kepadaku tentang qiyamullail, hingga saya mengira tidak ada kesempatan tidur di malam hari.
*      Jihril selalu berpesan kepadaku agar berzikir, hingga saya mengira tidak ada perkataan yang bernafaat selain zikir.

Rabu, Januari 14, 2015

PERSAMAAN TOLIBAN DENGAN IS

Assalamualaikum...
Kemelut yang berlanjutan berlaku di timur tengah terutama di Syria. Kemunculan IS yang tiba-tiba sahaja kedengaran, menjadi satu persoalan yang ditimbulkan oleh ramai orang. Untuk memberikan satu andaian mengenai IS ini, terlebih dahulu kita cuba melihat ke Afghanistan terlebih dahulu, in shaa Allah jawapan kepada IS akan ditemui. Namun kita juga bimbang kita terjebak dengan permainan licik US dan kuasa-kuasa Barat yang cuba mengotorkan nama baik pejuang-pejuang Islam. Maka kajian secara terperinci perlu dilakukan dengan cermat. Sukar untuk mendapatkan maklumat benar dalam kemelut peperangan, melainkan jika ada mana-mana yang terlibat dengan perang ini datang dan mendedahkannya.

Gulbudin Hekmatyar
Satu ketika dulu apabila kemelut berlaku di Afghanistan, sebelum zahirnya nama Toliban, terdapat beberapa kumpulan yang berjuang menentang Rusia di bumi Afghanistan. Tetapi setelah keluarnya Toliban semua kumpulan ini telah lenyap, tiada lagi Ghulbudin Hikmatiyar dan yang lain-lainnya. Semua kumpulan itu lenyap seolah-olah mereka tidak pernah wujud. Toliban dikenali selepas itu dan prestasinya cukup hebat sehingga dapat menawan Afghanistan. Kepimpinannya yang terkenal iaitu Usamah bin Ladin adalah ikon terkenal menjadi sebutan orang.

Usamah bin Laden
Setelah kemaraan Toliban ini memberi kesan besar peperangan yang sedang berlaku, US perlu buat sesuatu untuk membolehkan mereka masuk ke Afghanistan. Untuk masuk ke Afghanistan begitu sahaja, tentu sahaja akan menimbulkan kemarahan Rusia. Lalu satu peristiwa besar buatan US berlaku. WTC telah dilanggar kapalterbang, kononnya ramailah yang mati. Bagaimanakah US mengaitkannya dengan Toliban agar mereka boleh masuk ke Afghanistan? Usamah bin Ladinlah yang berperanan membantu US secara sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, dengan mengisytiharkan bahawa WTC meletup kerana perbuatan Toliban. Maka dengan itu sempurnalah perancangan US untuk masuk ke Afghanistan, alasannya logik dan boleh diterima dunia.

Cuma persoalan kita ialah siapakah dia Usamah bin Ladin sebenarnya? Ada desas desus yang mengatakan bahawa Usamah adalah agen CIA yang memang dilatih oleh US. Adakah kenyataan ini benar? ini adalah satu soalan yang sukar cari jawapannya.

Perbandingan Wajah Usamah
Di antara kecurigaan yang paling ketara kelihatan kepada pembunuhan Usamah, mayatnya dilempar ke laut tanpa dipertontonkan kepada umum, malah tidak ramai wartawan yang melihat mayat beliau secara dekat. Menjadi satu perkara pelik US yang begitu gah dengan kehebatannya membuang mayatnya begitu sahaja, padahal ianya merupakan satu bukti kebenaran US bahawa Usamah telah mati. Semua ini menimbulkan tanda tanya kepada ramai orang.

Berbalik kita pula kepada isu IS, rasanya keadaan Toliban dan kumplan2 Jihadi Islami sebelumnya mempunyai satu situasi yang sama. Apabila semua kumpulan yang berjuang di Syria seperti FSA, Jabhah Nusroh dan lain-lain gagal dibendung oleh Basyar, US pula bimbang akan zahirnya kerajaan Al Mahdi. Maka mereka berusaha untuk menyekat kemaraan pejuang-pejuang Islam ini.

Di tengah-tengah kemenangan kumpulan-kumpulan Islam di Syria, timbullah IS dengan menggabungkan perjuangan mereka Syria dan Iraq. Selepas timbulnya IS, kurang kedengaran peranan kumpulan2 yang lain. Jadi jawapannya ialah siapa IS? dan siapakah pula Toliban? Selari dengan itu dikeluarkan gambar-gambar yang mencerminkan betapa ganasnya IS, gambaran bagaimana pejuang IS ini membunuh orang awam sambil terikat tangan mereka. Semua ini menimbulkan persoalan dan pertanyaan, tambahan pula terdapat gambar yang mendedahkan lokasi penggambaran yang dibuat iaitu di dalam sebuah studio.