Selasa, Julai 27, 2010

Kumpulan Kata-kata Hikmat

Assalamualaikum,
Kata-kata hikmat ini saya petik dari blog Saudara Hairul Hafiz bin Baharudin, semoga mendapat manafaat bersama. Semoga Allah mengurniakan pahala yang besar kepada Saudara Hairul Hafiz.
■"Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya…..."
(Imam Ghazali)
■Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan berbalah.
■"...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta didahulukan."
(AnNahl:61)
■bukan senang nak jadi senang bukan susah nak jadi susah
■Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri.
■....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa….meratah keimanan kita satu persatu….kekadang rasanya tak mampu…. kadang-kadang mahu beralah…..tapi di sana ada kebahgiaan hakiki….
■Redha Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa .
■Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan.
■Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya.
■Ilmu mu yang manfaat,sedekah mu yang ikhlas dan orang yang soleh,itulah syarat yang dituntut di ALAM BAKA….
■God be with you, be happy and keep up the rituos live
■Wanita adalah hiasan dunia,seindah hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga didalam rumahtangga.
■Sebaik-baik manusia adalah orang yang belajar dan mengajar Al-QURAN
■Kesabaran itu menguji ketabahan seseorang. Setiap kesabaran yang disusuli dengan keikhlasan akan menjanjikan ganjaran yang lumayan di akhirat.
■Sayangi diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain.
■Jadikanlah apa yang dilihat oleh mata itu untuk kita berfikir, dari berfikir itu rasakan dalam hati kebesaran Penciptanya.
■Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.
■Wanita adalah hiasan dunia, sabaik-baik hiasan adalah wanita solehah yang akan membahagiakan syurga di dunia
■Kejayaan Jin dan Manusia itu terletak pada agama. Sejauh mana dia dapat taat pada perintah Allah dan mengikut sunnah Rasulullah itu yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
■Sebaik-baik manusia adalah manusia yang menghafal AL-QURAN
■Janganlah kamu merasa lemah dan berdukacita… Sesungguhnya kau adalah yang kuat seandainya kau beriman kepada Allah
■Kejayaan, kemenangan hanyalah milik orang yang berusaha.
■Jaga diri, hiasi peribadi.
■Cinta pada bunga,bunga akan layu
Cinta pada manusia,manusia akan mati
TAPI Cinta pada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi.
■Orang yang mendapat pertolongan daripada Allah adalah orang yang bertakwa dan selalu ingat kepadaNya.
■Cita-cita tanpa usaha ibaratkan mimpi yang indah dan membawa kegagalan dan kekesalan di dalam diri kelak.
■Manusia Hawa diciptakan daripada rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijunjungi, dan bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalas, tetapi dari sisinya, untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi, dan dekat dengan hatinya untuk dicintai.
■Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang kamu kehendaki.
■Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam
■Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat
■Don’t ask what you demand for life but ask what life demands from you.
■Kejari cita-cita sebelum mengejari cinta.
■Cinta itu suci, jangan cemari cinta itu dengan jiwa yang lara
■Keikhlasan cermin kesucian hati sabar itu penahan derita ketenangan hati tanda redhanya jiwa
■Hidup tak selalunya indah tetapi hidup ini akan menjadi indah seandainya kita bersyukur dan bertaqwa kepada Allah.
■Rakan yang paling jujur adalah seseorang yang bergelar musuh
■Menghormati orang lain seperti anda menghormati diri anda sendiri. Menghormati diri lebih memberi kepercayaan pada kita dan hendaklah kita jaga diri kita dengan menghiasi perbadi kita.
■Kejayaan dicipta oleh insan biasa yang berusaha secara luar biasa.
■Fikirkan dosa dan pahala ..lalu laksanakan yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa.
■Tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu.
■Perjalanan yang jauh itu, dimulai dengan langkah pertama.
■Jika mengharapkan suami sehebat Saidina Ali Karramallahu Wajhah maka, jadikanlah diri anda semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra.
■Apabila banyak berkata-berkata, maka banyak lahirnya tipu daya.
■Sesungguhnya sedekah yang paling baik ialah sedekah amalan kita.
■Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.
■Tuhan menciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi kenapa Tuhan hanya menciptakan sekeping hati??? Kerana Tuhan mengamanahkan pada kita untuk mencarinya.
■Gadisku. Jadilah seorang yang solehah kepada mujahid yang kau sayangi…..ingatilah akan kejadianmu yang unik dan simbolik itu…..hargailah masa mudamu dan renungilah masa tuamu itu…..Insya-Allah kau akan diberkati Illahi.
■Kejayaan hari esok bermula dengan usaha hari ini.
■Cinta yang kekal abadi adalah cinta Illahi.
■Cinta yang berlandaskan suci tidak pernah memungkiri janji.
■Membaca membentuk keperibadian,Menulis membentuk kesempurnaan….
■Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan…
■Solat itu ibarat tiang agama,Jika kukuh tiang itu maka kukuhlah solatnya…..
■Hidup ini sementara….Jadikanlah ia penuh bermakna…..
■Tragedi yang paling dahsyat dalam hidup seseorang adalah dia tidak kenal siapa penciptanya, siapa dirinya, apa tujuan hidupnya dan di manakah destinasi terakhir yang akan menjadi persinggahannya.
■Sabda Rasullulah s.a.w : Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. maka ia lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah atas kamu.
( riwayat al-Bukhari & Muslim )
■Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang.
■Ilmu dunia jika digunakan untuk kebaikan maka baiklah jadinya dan jika dihalakan pada kejahatan maka jahatlah jadinya.
■Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.
■Carilah ilmu itu sehingga jangan lupa beribadat,dan beribadatlah sehingga jangan lupa mencari ilmu.
■Kita tidak boleh hanya berjaya dalam akademik,tetapi sahsiah juga haruslah cemerlang.
■Tuturkata yang lemah lembut itu lebih berkesan dari yang kasar dan tidak sopan.
Cakap orang tidak semestinya dipedulikan tetapi nasihat dari seseorang mesti diberi perhatian.
■Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang….tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh…
■Tiada apa yang paling berharga di dunia ini selain dari kebahagiaan..tiada apa yang paling memilukan selain dari kesedihan.
■" Barangsiapa yang mendedahkan walau sehelai bulu romanya(auratnya), sesungguhnya dia telah membina sebuah mahligai untuk ibubapanya di NERAKA…"

Kita sering lupa apabila diuji dengan nikmat daripada diuji dengan bala.

Tiada pengorbanan tanpa darah dan air mata.pegorbanan menuntut darah dan air mata….
■Sesuatu kehidupan itu amat berharga.Janganlah disia-siakan ,melainkan pada apa yang terbaik
■Kejayaan bermula dengan impian di fikiran .Menulisnya adalah langkah kedua. Melakukan sesuatu untuk merealisasikan merupakan langkah ketiga.
■Tidak berbuat apa-apa ialah kubur kehidupan. HIdup tanpa bekerja ialah hidup tanpa kebahagiaan.
■Disiplin adalah ramuan tersembunyi di mana menukar seseorang yang biasa kepada orang yang penting.
■.Setiap kali bangun dari tidur, berfikirlah tentang kehidupan anda yang baru bermula.
■Orang yang hina adalah sentiasa mencela orang lain, manakala orang yang mulia adalah sentiasa mencela dirinya.
■Kita boleh mengubah diri kita dengan mengubah pemikiran, sikap dan amalan.
■Meninggi suara merendahkan kuasa. Orang yang berlagak sahaja yang pandai berkata-kata. Orang yang bijak sentiasa mendengar dahulu.
■Tingkah laku diri mencerminkan peribadi lebih daripada apa yang kita katakan tentang diri sendiri.
■Cinta itu unik dan bermakna jika pandai menilainya.
■Kecantikan itu terletak pada peribadi seseorang dan bukan pada rupa parasnya.
■Tuhan manciptakan kita 2 mata untuk melihat, 2 tangan untuk memegang, 2 kaki untuk berjalan tetapi Tuhan hanya mencipta sekeping hati??? kerana Tuhan mengamanahkan kepadad kita untuk mencarinya.
■Basahkan selalu lidahmu dengan zikrullah dan sucikan hatimu dengan kalamullah.
■Orang yg berjaya akan membuka peluang kepada orang yg gagal.
■Hiburan hanya hiburkan anda sekarang…masa depan bukan bergantung kepada hiburan…berusahalah demi masa depan.
■MINDA KECIL berbicara tentang MANUSIA
MINDA SEDERHANA berbicara berkaitan PERISTIWA
MINDA BESAR berbicara tentang IDEA
■Sabar terbahagi kepada dua iaitu sabar dalam mengawal daripada apa yang kamu tidak kehendaki dan sabar dalam mengejar apa yang dikehendaki.
■Mendiamkan diri lebih baik daripada membuka mulut….
■Ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah.
■Jatuh kita pada hari ini bukan untuk mematahkan semangat dan harapan tapi pendorong kita dihari kemudian.
■Jangan lari dari masalah kalau tidak anda kan menjadi orang bermasalah seboleh-bolehnya cubalah selesaikannya. Disitulah bermulanya kematangan seseorang.
■Orang yang sering tidak mempercayai orang lain, dia sendiri tidak boleh dipercayai….
■Kita sering berdoa supaya diberi ketabahan dan kekuatan, bila diuji dengan masalah kenapa kita mengeluh….???
■Sesungguhnya siang yang menjelma itu lebih baik dari malam yang gelap. Cari seberapa banyak Hikmah yang ada di siang hari . Jika inginkan sesuatu pastikan ianya menjadi kenyatanan yang akan dikenang buat selamanya.
■Kejayaan yg diperoleh dpt membantu: keluarga seseorang, kawan-kawan karib dan diri seseorang, jadi hendaklah kita berusaha dari sekarang untuk mencapai apa yang diingini…...
■Kebiasaan yang selalu diamalkan akan menjadi tabiat dan sesungguhnya amatlah sukar kepada individu mengikis sesuatu yang dipanggil tabiat.
■.Fikirkanlah! Guru sebagai pintu ilmu, namun demikian pelajarlah yang membukanya.

Ahad, Julai 18, 2010

Kenapa Tak Rogol Saya ?........

ASSALAMUALAIKUM
Kisah ini saya salin dari FB Tuan Haji Mat Jusoh, Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Ilmi. Semoga dapat manafaat bersama.
Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Jumaat, Julai 16, 2010

Fitnah di sebalik perkataan Malaikat......

Assalamualaikum
Salam bahagian buat teman-teman dan rakan-rakan yang sering mengunjungi blog saya. Buat pengisian kali ini, saya akan tulis satu hadis Nabi Sollahu alaihi wasallam mengenai satu keadaan yang menyebabkan berlakunya fitnah besar di sebalik kalimah yang diucapkan oleh Malaikat Allah. Sabda baginda Sollahu alaihi wasallam :

معه ملكان منَ الملائكةِ يُشبهان نبيين من الأنبياء لو شئتُ لسمَّيتُهما بأسمائهما وأسماء أبائهما, واحد منهما عن يمينه والآخر عن شِمَالِهِ وذلك فتنةٌ فيقولُ الدجالُ "ألستُ بِربكم؟ ألستُ أٌحيِي وأُميتُ؟ فيقولُ أححدُ الملكين : كذبتُ! ما يسمعُهُ أحدٌ من الناسِ إلا صاحبُهُ فيقول له صدقتَ فيسمعُهُ الناسُ فَيَظُنُّون إنما يُصدِّقُ الدجالَ وذلك فتنة
(Bersama dengan Dajjal itu ada dua Malaikat yang menyerupai dua orang nabi. Kalau nak kusebutkan nama tentu sekali aku dapat menyebutnya beserta dengan ayah ibu merekaa. Salah satu Malaikat akan berada di sebelah kanan dajjal, manakala Malaikat yang kedua berada di kirinya. Kehadiran mereka suatu ujian dari Allah. Lalu dajjal berkata kepada orang ramai "Bukankah aku ini tuhan kamu?, bukankah aku dapat menghidup dan mematikan? Lalu jawab salah seorang malaikat tadi "bohong engkau!", akan tetapi ucapan Malaikat pertama ini tidak didengari oleh orang ramai, melainkan Malaikat yang kedua. Selepas itu Malaikat kedua menjawab ucapan sahabatnya, "benar engkau!". Amat malang, ucapan malaikat kedua ini didengari oleh semua yang hadir, lalu orang menyangka bahawa Malaikat itu menyokong perkataan dajjal...inilah dia fitnah atau ujian...Riwayat Ahmad bin Hanbal)
Fitnah ini amat hebat.....sukar kita nak menentukan posisi kita ketika itu. Kerana ramai yang mendengar pengakuan Malaikat yang berupa seorang nabi, tentang kebenaran dajjal. Sedangkan malaikat kedua mengiakan perkatan malaikat pertama, bukannya ia mengiakan percakapan dajjal.
Bayangkanlah kalau kita berada di tempat itu ketika itu......Mohonlah perlindungan Allah dari fitnah ini.

Ahad, Julai 11, 2010

Hari Al Kholash

Assalamualaikum
APakah yang dinamakan "yamul Kholash" atau maksudnya hari penapisan. Hari penapisan adalah satu hari di mana Madinah al Munawwarah bergeger sebanyak 3 kali. Tujuan gegeran ini ialah untuk memuntahkan semua orang munafiq di dalamnya.
Ketika gegeran ini Dajjal dan pengikutnya sedang berkhemah di sekitar bumi Madinah. Dajjal tidak mampu memasuki Kota Madinah kerana setiap pintu masuk Madinah dikawal ketat oleh Malaikat Allah.
Inilah hari yang amat berat bagi setiap orang mukmin. Apabila Dajjal bermaharajela, dan apabila pengikut-pengikut dajjal makin bertambah, mereka melakukan keganasan dan kekacauan di merata tempat.Seluruh orang mukmin amat dukacita dengan keadaan ini, mereka menunggu kedatangan pertolongan Allah.
Sabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam :
‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ يَحْيَى ‏ ‏قَالَ قَرَأْتُ عَلَى ‏ ‏مَالِكٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏نَافِعٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ ‏
‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏أَرَانِي لَيْلَةً عِنْدَ ‏ ‏الْكَعْبَةِ ‏ ‏فَرَأَيْتُ رَجُلًا ‏ ‏آدَمَ ‏ ‏كَأَحْسَنِ مَا أَنْتَ رَاءٍ مِنْ أُدْمِ الرِّجَالِ لَهُ ‏ ‏لِمَّةٌ ‏ ‏كَأَحْسَنِ مَا أَنْتَ رَاءٍ مِنْ اللِّمَمِ قَدْ ‏ ‏رَجَّلَهَا ‏ ‏فَهِيَ تَقْطُرُ مَاءً مُتَّكِئًا عَلَى رَجُلَيْنِ أَوْ عَلَى ‏ ‏عَوَاتِقِ ‏ ‏رَجُلَيْنِ يَطُوفُ ‏ ‏بِالْبَيْتِ ‏ ‏فَسَأَلْتُ مَنْ هَذَا فَقِيلَ هَذَا ‏ ‏الْمَسِيحُ ابْنُ مَرْيَمَ ‏ ‏ثُمَّ إِذَا أَنَا بِرَجُلٍ ‏ ‏جَعْدٍ ‏ ‏قَطَطٍ ‏ ‏أَعْوَرِ الْعَيْنِ الْيُمْنَى كَأَنَّهَا عِنَبَةٌ ‏ ‏طَافِيَةٌ ‏ ‏فَسَأَلْتُ مَنْ هَذَا فَقِيلَ هَذَا ‏ ‏الْمَسِيحُ الدَّجَّالُ ‏

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: Pada suatu malam aku bermimpi berhampiran Kaabah, aku melihat seorang lelaki berkulit sawa matang, sebagaimana engkau pernah melihat seorang lelaki tampan berkulit sawa matang, dia berambut ikal sebagaimana engkau pernah melihat seorang lelaki tampan berambut ikal. Dia menyikat rambutnya yang masih basah. Dia bersandar kepada dua orang atau kepada bahu dua orang sambil melakukan Tawaf di Baitullah. Lalu aku bertanya: Siapakah lelaki ini? Ada yang menjawab: Dia adalah Al-Masih bin Mariam. Kemudian aku melihat pula seorang lelaki berambut kerinting, mata kanannya buta seperti buah anggur yang masak ranum iaitu matanya terkeluar. Lalu aku bertanya: Siapa pula lelaki ini? Ada yang menjawab: Dia adalah Al-Masih Dajal - Sohih Muslim.

Rabu, Julai 07, 2010

Kecoh Pasal Solat Ghaib

Assalamualaikum....buat teman dan rakan yang selalu meneropong ilmu menerusi internet. Kali saya ingin kongsi dengan saudara2 semua mengenai satu pertelingkahan yang berlaku di satu tempat yang hebat dan dikenali ramai. Kekecohan berlaku apabila seorang ustaz mengisytiharkan kepada jemaah yang baru selesai solat zohor untuk sama-sama solat 'ghaib' kepada seorang teman mereka yang telah meninggal. Bila mendengarkan pengumuman ini, ustaz yang mengajar kuliah zohor tadi melarang didirikan solat 'ghaib' ini kerana kata ustaz tadi perbuatan itu menyalahi sunnah Rasulullah. Berlaku sedikit kekecohan.......
Saya berpendapat bahawa, isu yang kecoh ini adalah satu masalah khilafiah di kalangan para kibar al Ulama. Antara yang mengharuskannya ialah Ibnu Hazm dalam kitabnya al Muhalla. Kata Ibnu Hazm "tiada seorangpun para sahabat mengingkarai perbuatan solat ghaib ini". Imam Malik bin Anas mengatakan ianya khusus untuk Rasulullah sollahu alahiwasallam sahaja. Manakala Imam Ibnu Taimiyyah mengharuskannya, tetapi menjelaskan hanya untuk jenazah Islam yang tidak disolatkan kerana mungkin mati di kalangan orang kafir, sebagaimana Raja Najasyi.
Apapun yang dibincangkan....ia adalah satu perbuatan yang khilaf di kalangan ulama, bagi saya siapapun yang ingin menggunakan mana-mana pendapat, mereka bebas...dan tidak ada orang yang boleh melarang.
Tetapi dari segi sunnah Nabi, cara teguran hingga memalukan orang itulah yang salah dan boleh juga dikatakan suatu kerja bid'ah, kerana tidak meraikan cara dan sunnah Nabi sollahu 'alaihi wasallam.
Firman Allah Ta'ala :

أدعوا إلي سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

(Maksudnya : dan serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan contoh terbaik dan jika kamu berdebat dengan mereka, maka gunalah cara yang terbaik)
Semoga kita semua melihat isu khilaf ini sebagai suatu rahmat untuk masyarakat, bukannya dijadikan suatu perkara yang diperbalahkan. Sabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam "khilaf di kalangan umat adalah suatu rahmat". Semoga mendapat manafaat bersama. wallahu a'lam.

Jumaat, Julai 02, 2010

Us Hassan Shukri Tokoh Yang Disegani

Assalamualaikum
Saya menerima berita kepergian Ust Hassan Shukri ketika di Mekah. Agak tergamam dan terkejut juga dengan berita ini. Bila mengenangkan tokoh yang banyak jasa ini, saya teringat tentang setiap ucapan yang pernah disampaikannya ketika belajar di Jordan dulu. Banyak kali juga Us Hassan datang ke Jordan, biasanya mengiringi al Marhum Us Fadhil Nor.
Banyak perkara dalam setiap ucapannya kepada pelajar-pelajar, setiap patah kalimah yang keluar dari bibirnya memberikan bimbingan kepada pejuang-pejuang muda yang sedang dilatih dan dikaderkan. Memang menjadi tanggungjawab pemimpin, mengunjungi pejuang-pejuang muda ini, tujuannya agar kepergian pemimpin akan ada pengantinya.
Tidak segan saya nyatakan bahawa ramai tokoh-tokoh ilmuan kita sekarang yang terkenal di Malaysia, mendapat pendidikan dan bimbingan dari beliau.
Saya terbaca satu article yang ditulis oleh rakan saya Ustaz Nik Md Nasri, yang mengimbau ucapan Us Hassan mengenai "3K", Us Hassan sering beri cabaran kepada pejuang-pejuang muda, iaitu halangan perjuangan iaitu 'kerja', 'kahwin' dan 'keluarga'. 3k inilah yang menyebabkan kurangnya tenaga-tenaga dakwah apabila balik ke Malaysia nanti.
Terbukti perkataan beliau ini benar, tidak dinafikan memang pemimpin yang matang dan telah lama dalam jalanan dakwah mengetahui selok belok tribulasi perjuangan, antaranya yang paling berkesan menyerang para pelapis perjuangan ialah 3k ini.
Kerja juga adalah musuh yang paling berkesan menyerang pejuang-pejuang ini, amat ramai yang kecundang, ramai yang gagal menempuh halangan ini.
Us Hassan juga adalah kawan rapat ayah saya, banyak juga kisah-kisah suka duka ayah saya dengan Us Hassan dalam perjuangan mereka sejak puluhan tahun dulu. Kata ayah saya Us Hassan adalah orang paling mahir dalam penghuraian perlembagaan pas. Umur ayah saya dan Us Hassan tak jauh bezanya. Kerana itulah, ada kenyatan yang menyebutkan bahawa Us Hassan adalah kamus Pas. Rasanya tiada orang yang menafikan hal ini, memang beliau tempat rujukan pas. Semoga Allah merahmatinya serta menempatkan beliau di antara golongan syuhada', amin.