Sabtu, September 20, 2014

13 KATA "JANGAN MENUNGGU" YANG PERLU DIHINDARI...


1. Jangan menunggu bahagia baru tersenyum, tapi tersenyumlah, maka kamu akan bahagia.
2. Jangan menunggu kaya baru bersedekah, tapi bersedekahlah, maka kamu semakin kaya.
3. Jangan menunggu termotivasi  baru bergerak, tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi.
4. Jangan menunggu dipedulikan orang baru kamu peduli, tapi pedulilah dengan orang lain! Maka.  akan dipedulikan ….
5. Jangan menunggu orang memahami kamu. baru kamu memahami dia, tâpi fahamilah orang itu, maka orang itu akan faham dengan kamu.
6. Jangan menunggu terinspirasi baru menulis.tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu.
7. Jangan menunggu projek, baru bekerja, tapi bekerjalah, maka projek akan menunggumu.
8. Jangan menunggu dicintai baru mencintai, tapi belajarlah mencintai, maka kamu akan dicintai.
9. Jangan menunggu banyak wang baru hidup tenang, tapi hiduplah dengan tenang. Percayalah bukan sekadar wang yang datang tapi juga rezeki yang lainnya.
10. Jangan menunggu contoh baru bergerak mengikuti, tapi bergeraklah ke arah kebaikan, maka kamu akan menjadi contoh yang akan diikuti.
11. Jangan menunggu berjaya baru bersyukur tapi bersyukurlah, maka kita akan berjaya.
12. Jangan menunggu boleh, baru melakukan, tapi lakukanlah! Maka kamu pasti boleh!
13. Jangan menunggu waktu luang utk Tuhan,
Tapi luangkan waktu utk Tuhan,
Dan… Jangan menunggu lama lagi untuk share tulisan ini kepada semua orang yang anda kenal…
Sehingga kita semua tersedar dari lena yg panjang dan berjaya bersama....


Isnin, September 15, 2014

INFO BAHTERA NABI NUH AS

Berikut ialah sedikit info mengenai Nabi Nuh a.s dan Bahtera yang dibina olehnya. Dalam kisah-kisah para anbia yang selalu kita baca, Allah memerintahkan Nabi Nuh a.s untuk membuat bahtera. Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh a.s mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang di tanam selama 40 tahun. Melalui wahyu-Nya, Allah SWT membimbing Nabi Nuh membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan ribut taufan dan banjir besar. Bahtera yang dibina Nabi Nuh a.s juga dikatakan telah memegang beberapa rekod dunia, seperti berikut..
1. Nabi Nuh Merupakan Nahkoda Tertua Di Dunia (berusia 600 thn).
Ibnu Abbas menceritakan bahawa Nabi Nuh diutus kepada kaumnya ketika berumur 480 tahun. Masa kenabiannya adalah 120 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Dia mengharungi banjir ketika beliau berumur 600 tahun dan kemudian setelah banjir beliau hidup selama 350 tahun.
2. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Terbesar Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
Ibnu Abbas menceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa menghidupkan Ham bin Nuh dan bertanya kepadanya kenapa rambutnya beruban, dia menjawab dia meninggal pada usia muda kerana ketakutannya terhadap banjir. Ia berkata bahawa panjang kapal Nabi Nuh a.s adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan.
3. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia.
Allah mengajar Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Bahtera Nabi Nuh a.s dianggap sebagai alat pengangkutan laut pertama di dunia.
4. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Alat Pengangkutan Laut Pertama Di Dunia Yang Diperbuat Daripada Kayu.
Bersama para pengikutnya, Nabi Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang beliau tanam selama 40 tahun.
5. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Bertingkat Pertama Di Dunia (3 tingkat).
Panjang kapal Nabi Nuh adalah 1200 Kubit dan lebarnya 600 Kubit dan mempunyai 3 lapisan. Tingkat pertama diletakkan binatang-binatang liar dan yang sudah dijinakkan, tingkat kedua ditempatkan manusia dan tingkat ketiga untuk burung-burung.
6. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Kapal Belayar Yang Tertinggi Dari Dasar Laut.
Menurut Al Qur’an, bahtera Nuh telah mendarat di Bukit Judi. Ada pendapat yang menunjukkan suatu gunung di wilayah Kurdi atau tepatnya dibahagian selatan Armenia, ada pendapat lain dari Wyatt Archeological Research, bukit tersebut terletak di wilayah Turkistan Iklim Butan, Timur laut pulau yang oleh orang-orang Arab disebut sebagai Jazirah Ibnu Umar (Tafsir al-Mishbah).
7. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Anti-Taufan Dan Banjir Pertama Di Dunia.
Allah membimbing Nabi Nuh a.s membuat bahtera yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir.
8. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Pertama Yang Berlayar Tanpa Kompas.
Setelah bahtera itu disiapkan, Kitab Kejadian (buku pertama di dalam AlKitab dan Taurat) menggambarkan bahawa air menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut.
9. Bahtera Nabi Nuh Dinakhodai Oleh Bukan Ahli Laut.
Nabi Nuh adalah seorang nabi yang diceritakan dalam Taurat, Al-kitab, dan Al-Quran. Nabi Nuh a.s diangkat menjadi nabi sekitar tahun 3650 SM. Dikatakan beliau tinggal di wilayah Selatan Iraq moden.
10. Bahtera Nabi Nuh Adalah Satu-Satunya Kapal Dengan Penumpang Paling Sedikit Pertama Di Dunia.
Ibnu Thabari menceritakan setelah kapal berlabuh di pegunungan Ararat, ia kemudian membangunkan satu kota di daerah Ararat (Qarda) disebuah kawasan termasuk Mesopotamia dan menamakan kota tersebut sebagai Themanon (Kota delapan Puluh) kerana kota tersebut dibangunkan oleh orang yang beriman berjumlah 80 orang.
11. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengangkut Binatang Berpasangan Terbanyak Di Dunia.
Nuh memiliki 4 anak laki-laki: Kan’an, Sem, Ham, dan Yafet. Menurut kitab Kejadian, pada waktu terjadinya air bah yang menutupi seluruh bumi; hanya beliau sekeluarga (isterinya, ketiga anaknya, dan ketiga menantunya) dan binatang-binatang yang ada di dalam bahtera Nuh yang selamat dari air bah tersebut.
12. Bahtera Nabi Nuh Merupakan Satu-Satunya Kapal Yang Mendarat Di Gunung.
Berdasarkan foto yang diambil dari gunung Ararat, menunjukkan sebuah perahu yang sangat besar dikatakan memiliki luas 7.546 kaki dengan panjang 500 kaki, lebar 83 kaki dan tinggi 50 kaki dan masih ada tiga tingkat lagi diatasnya.
13. Bahtera Nabi Nuh Adalah Kapal Yang Mengharungi Banjir Paling Lama Di Dunia.
Kitab Kejadian menggambarkan bahawa air yang menenggelamkan bumi selama 150 hari lamanya dan setelah itu air mulai surut. Nuh menunggu hingga bumi benar-benar kering sebelum membuka pintu bahtera.
Disalin dari :  http://ooomedianetwork.blogspot.com/2014/09/13-rekod-dunia-yang-dipegang-oleh.html#

Ahad, September 14, 2014

HADIS MENGENAI PERANG ARMAGEDDON



(حديث مرفوع) حَدَّثَنِي أَبِي , قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ ، قَالَ : حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنِي حَسَّانُ بْنُ عَطِيَّةَ ، قَالَ : مَالَ مَكْحُولٌ إِلَى خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ وَمِلْنَا مَعَهُ ، فَحَدَّثَنَا , عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ ، أَنَّ ذَا مُخْبِرِ بْنَ أَخِي النَّجَاشِيِّ حَدَّثَهُمْ ، أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : " سَتُصَالِحُونَ الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا حَتَّى تَغْزُوا أَنْتُمْ وَهُمْ عَدُوًّا مِنْ وَرَائِهِمْ ، أَوْ مِنْ وَرَائِكُمْ ، فَيَنْتَصِرُونَ وَتَسْلَمُونَ وَتَغْنَمُونَ ، حَتَّى يَنْزِلُونَ بِمَرْجٍ ذِي تُلُولٍ ، فَيَقُولُ قَائِلٌ مِنَ الرُّومِ : غَلَبَ الصَّلِيبُ ، وَيَقُولُ قَائِلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ بَلِ اللَّهُ غَلَبَ ، فَيَتَدَاوَلُونَهَا سَاعَةً وَصَلِيبُهُمْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ غَيْرُ بَعِيدٍ ، فَيَثُورُ إِلَيْهِ رَجُلٌ فَيَدُقُّهُ ، فَيَثُورُونَ إِلَى كَاسِرِ صَلِيبِهِمْ فَيَضْرِبُونَ عُنُقَهُ ، وَيَثُورُ الْمُسْلِمُونَ إِلَى أَسْلِحَتِهِمْ فَيَقْتَتِلُونَ ، فَيُكْرِمُ اللَّهُ تِلْكَ الْعِصَابَةَ بِالشَّهَادَةِ فَيَأْتُونَ مَلِكَهُمْ فَيَقُولُونَ : كَفَيْنَاكَ حَدَّ الْعَرَبِ ، فَيَجْتَمِعُونَ لِلْمَلْحَمَةِ ، فَيَأْتُونَ تَحْتَ ثَمَانِينَ رَايَةً ، تَحْتَ كُلِّ رَايَةٍ اثْنَا عَشَرَ أَلْفًا
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Hadis ini menjelaskan tentang satu peperangan yang dinamakan Perang Armageddon yang akan berlaku di satu lembah yang bernama Lembah Magiddo.

Sabtu, September 13, 2014

SEJARAH PEMBINAAN KA'ABAH




Kaabah ialah Baitullah al-Haram dan ia merupakan kiblat bagi umat Islam. Allah s.w.t. telah menjadikan baginya beberapa kelebihan seperti hubungannya dengan dua Rukun Islam, iaitu solat dan haji. Tidak sah seseorang Muslim sekiranya dia tidak menghadapkan muka ke arahnya dan tidak sah haji seseorang sekiranya dia tidak melakukan tawaf mengelilinginya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud ”Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk manusia (sebagai tempat beribadat) ialah Baitullah yang berada di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi manusia.
Tidak ada khilaf (perselisihan pendapat) dalam kalangan ulama bahawa rumah ibadat yang pertama didirikan untuk manusia ialah Kaabah. Ini berdasarkan hadis Abi Zar al-Ghifari r.a., ketika beliau bertanya Rasulullah s.a.w.: “Wahai Rasulullah, apakah masjid yang paling awal dibina?” Jawab Rasulullah” “Masjidilharam.” Kemudian beliau bertanya lagi: “Selepas itu?” Jawab Rasulullah: “Masjidil Aqsa.” Beliau bertanya: “Berapakah jarak masa antara kedua-duanya?” Jawab Rasulullah s.a.w.: “Empat puluh tahun.”
Maksud “jarak masa 40 tahun” ialah jarak di antara pembinaan tapak asas kedua-duanya. Ini menunjukkan bahawa orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Kaabah bukan Nabi Ibrahim a.s. dan orang yang mula-mula meletakkan asas pembinaan Baitul Maqdis bukan Nabi Sulaiman a.s.
Hal itu kerana jarak masa antara kedua-duanya adalah lebih daripada seribu tahun. Mereka berdua ialah orang yang memperbaharui binaan kedua-duanya, wallahu a’lam.
Tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah pembinaan kaabah dan Masjidilharam. Kisah pembinaan Kaabah sebenarnya bermula sebelum Allah s.w.t. menjadikan bumi dan segala isinya. Perkara ini berdasarkan kepada maklumat yang disebut dalam kitab-kitab sejarah.
Terdapat hadis sahih yang menyebutkan bahawa nabi s.a.w. telah bersabda dalam khutbah pembukaan kota Makkah yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah s.w.t. yang mengharamkan Makkah pada hari penciptaan langit dan bumi.”
Makkah tidak dipilih sebagai Tanah Haram jika tidak kerana kewujudan Kaabah padanya.
Perkara yang menjadi khilaf dalam kalangan ulama ialah penentuan siapakah orang yang pertama membinanya, khasnya binaan sebelum Nabi Ibrahim a.s. Walaupun ia disebut oleh ahli-ahli sejarah tetapi riwayat tersebut memerlukan penelitian dan kajian yang terperinci untuk menentukan kesahihannya.
Menurut riwayat Abu al-Walid al-Azraqi r.h. dalam kitabnya Akhbar Makkah, Ka’ab al-Ahbar telah berkata bahawa Kaabah ialah buih yang terapung di atas air selama empat puluh tahun sebelum Allah s.w.t. menjadikan langit dan bumi dan daripadanya dihamparkan kejadian bumi.
Mujahid r.hm.: “Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menjadikan tapak rumah ini (Kaabah) 2000 tahun sebelum dijadikan bumi dan asas (tapak) binaannya berada di lapisan bumi yang ketujuh.
Pembinaan Kaabah telah melalui beberapa peringkat. Riwayat tentang pembinaan ini sebahagiannya telah sabit dengan dalil yang terang dan jelas dan sebahagiannya pula hanya berdasarkan catatan ahli sejarah. Berikut akan disebut secara ringkas mengenai sejarah pembinaan Kaabah.
Pertama: Binaan Malaikat
Al-Azraqi meriwayatkan kepada Muhammad al-Baqir bin Ali Zainal Abidin bin al-Husain r.hm., beliau berkata bahawa Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat: “Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi.” Kemudian para malaikat bertanya: “Adakah Tuhan kami hendak menjadikan di bumi orang yang akan melakukan kerosakan?”
Setelah itu mereka berasa bersalah dan takut dimurkai oleh Allah s.w.t., lalu mereka bertawaf di sekililing Arasy untuk memohon ampun kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. menjadikan di bawah Arasy sebuah rumah iaitu Bait al-Ma’mur dan Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat agar bertawaf di rumah itu dan bukan lagi di Arasy. Kemudian Allah s.w.t. telah mengutus para malaikat supaya membina baitullah di bumi supaya makhluk di bumi dapat melakukan tawaf sebagaimana makhluk di langit bertawaf di Bait al-Ma’mur.
Kedua: Binaan Nabi Adam a.s.
Al-Azraqi meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a. bahawa beliau berkata: “Semasa Adam a.s. diturunkan dari syurga dan sampai ke bumi, baginda telah berkata: “Wahai Tuhan, mengapa aku tidak mendengar lagi suara malaikat?” Allah s.wt. berfirman: ‘Semuanya kerana kesalahan engkau wahai Adam.’ Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan supaya baginda membina Kaabah dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana malaikat mengelilingi Arasy. Adam berjalan menuju ke tapak pembinaan Kaabah.
Bumi telah dikecilkan oleh Allah dan tempoh perjalanannya menjadi pendek. Setiap tempat dipijak oleh Adam akan dijadikan oleh Allah s.w.t. sebagai kawasan yang subur dan berpenghuni. Apabila sampai di Makkah, malaikat Jibrail a.s. memukul dengan sayapnya di tapak pembinaan Kaabah dan malaikat membawa batu kepadanya untuk dibina Kaabah. Bahan binaannya terdiri daripada batu yang diambil daripada lima gunung iaitu gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Juudi dan Hira’. Sementara konkritnya pula dibuat daripada batu pejal hitam.
Kata Ibn Abbas: “Adam ialah manusia pertama yang mengasaskan al-Bait (Kaabah). Baginda menunaikan solat serta bertawaf di situ.”
Imam al-Syafi’i r.hm. meriwayatkan daripada Muhammad bin Ka’ab al-Qurazi katanya: “Sewaktu Adam a.s. menunaikan fardu haji, baginda telah berjumpa dengan malaikat. Mereka berkata kepadanya “Sempurnakan haji engkau wahai Adam. Kami telah melakukan haji sebelum daripada engkau semenjak 2000 tahun yang lalu.”
Ketiga: Binaan Syith bin Adam
Binaan ketiga oleh Syith ialah selepas hilangnya kesan binaan Adam a.s. Al-Azraqi telah meriwayatkan daripada Wahab bin Munabbih bahawa beliau berkata apabila diangkatkan khemah yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Adam a.s. daripada perhiasan syurga untuk diletakkan di tapak Baitullah di Makkah selepas wafatnya Adam a.s., anak-anaknya pun membina di tempat itu sebuah rumah daripada tanah dan batu. Mereka dan generasi-generasi seterusnya sentiasa memakmurkan rumah itu sehinggalah ia musnah dalam banjir yang berlaku pada zaman Nabi Nuh a.s. Apabila tiba zaman Nabi Ibrahim a.s., Allah s.w.t. telah memerintahkan baginda supaya membina semula rumah itu.
Perhatian: Tidak terdapat dalil yang sahih tentang tiga peringkat binaan ini. Kata Syeikh Husain Ba Salamah r.hm., telah datang beberapa riwayat daripada sahabat dan tabiin tentang binaan Kaabah oleh malaikat, Adam dan Syith. Semuanya menyebut tentang peristiwa yang berlaku tanpa menyatakan sumber riwayat tersebut sama ada ia daripada Nabi s.a.w. atau Bani Israil (ahli kitab).
Oleh itu, ramai ulama tafsir berpegang dengannya serta mencatatkan dalam kitab tafsir mereka kecuali al-Hafiz Imaduddin ibn kathir r.hm.. Beliau telah mengkritiknya dan menyatakan bahawa riwayat tersebut sumbernya daripada bani Israil (al-Israiliyyat).
Keempat: Binaan Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s.
Binaan Nabi Ibrahim a.s. bersama anaknya Ismail a.s. telah di ceritakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran dan terdapat banyak riwayat yang sahih dalam kitab-kitab hadis mengenainya. Antaranya ialah:
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan ingatlah, ketika Nabi Ibrahim meninggikan (membina) asas-asas Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Dan ingatlah, ketika Kami (Allah) menyediakan kepada Ibrahim tempat Baitullah (dengan mengatakan) janganlah engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu pun dan sucikanlah RumahKu ini untuk orang yang tawaf dan orang yang beribadat dan orang yang rukuk dan sujud.
Pembinaan Kaabah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Ismail a.s. ialah berdasarkan perintah daripada Allah s.w.t., iaitu selepas beberapa kali Nabi Ibrahim a.s. datang menziarahi isteri dan anaknya Ismail a.s. di Makkah. Pada kedatangan kali yang ketiga, baginda telah diperintahkan agar membina Kaabah. Ketika itu Ismail a.s. telah berumur dua puluh tahun dan ibunya telah meninggal dunia.
Sewaktu Nabi Ibrahim a.s. tiba, anaknya ismail a.s. sedang duduk di bawah pokok berdekatan dengan telaga zamzam sambil mengasah anak panah. Nabi Ibrahim a.s. memberi salam dan duduk bersamanya. Baginda berkata kepada Ismail: “Wahai ismail! Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memerintahkanku supaya membina Kaabah.” Ismail mewnjawab: “Taatlah perintah Allah itu.” Lalu bapanya berkata lagi: “Allah juga memerintahkan agar engkau membantuku dalam pembinaan ini.” Ismail berkata: “Di manakah tempatnya?” Nabi Ibrahim a.s. menunjukkan tempat yang telah ditunjukkan kepadanya oleh malaikat yang mengiringinya. Selepas itu, mereka mula menggali tapak asas binaan serta berdoa: “Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Baqarah: 127)
Maqam Ibrahim
Nabi Ibrahim a.s. membina Kaabah dengan dibantu oleh anaknya nabi Ismail a.s. yang membawa batu di atas tengkuknya dan menghulurkannya kepada bapanya. Setelah binaan tersebut semakin tinggi, Nabi Ibrahim a.s. tidak sampai untuk membinanya, lalu Nabi Ismail a.s. mendekatkan batu kepadanya lantas Nabi Ibrahim a.s. berdiri di atas batu tersebut dan meneruskan pembinaannya. Batu itulah yang dikenali dengan nama Maqam Ibrahim yang ada sekarang.
Hajarulaswad
Apabila sampai di tapak Hajarulaswad, Nabi Ibrahim a.s. meminta agar ismail a.s. mengambil seketul batu yang boleh dijadikan sebagai tanda tempat permulaan tawaf. Tiba-tiba datang malaikat Jibrail membawa Hajarulaswad dari syurga atau dari Bukit Abi Qubais. Setelah Ismail datang, baginda terkejut lalu bertanya: “Dari mana bapa mendapat batu ini?” Jawab Nabi Ibrahim a.s.: “Jibrail yang membawanya kepadaku.”
Hijr ismail
Hijr ismail ialah sebuah lingkungan yang terletak di utara Kaabah. Bentuknya ialah separa bulatan. Hijr Ismail dijadikan oleh nabi Ibrahim a.s. sebagai sebuah bangsal tempat berteduh di tepi Kaabah dan ia menjadi kandang kambing kepunyaan Nabi Ismail a.s.
Riwayat ini menunjukkan bahawa hijr Ismail tersebut tidak termasuk dalam binaan Kaabah, sebaliknya ia merupakan kandang yang terletak di luar daripadanya. Namun begitu, semasa kaum Quraisy membina Kaabah, mereka telah mengecilkannya di bahagian utara kerana kekurangan belanja. Mereka mengurangkan sebanyak enam hasta (3 meter) menurut riwayat yang sahih dan memasukkannya ke dalam Hjir Ismail.
Abdullah bin al-Zubair pada zaman pemerintahannya telah memasukkan kesemuanya ke dalam binaan Kaabah.
Walau bagaimanapun, apabila Hajjaj memerintah beliau telah membinanya semula menurut binaan Quraisy dan demikianlah keadaannya hingga sekarang.
Oleh yang demikian, tidak sah tawaf di dalam Hijr kerana ia termasuk dalam Kaabah dan sesiapa yang inigin bersolat di dalam Kaabah, dia boleh melakukan solat di dalam Hijr kerana sebahagian daripadanya ialah Kaabah.
Kata Sayidatina Aishah r.ha: “Suatu hari, saya ingin memasuk kaabah untuk bersolat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. pun memegang tangan saya lalu membawa saya masuk ke dalam Hijr dan bersabda (maksudnya):
“Solatlah dalam Hijr ini kalau kamu mahu masuk ke dalam Kaabah kerana ialah sebahagian daripada Kaabah, tetapi kaummu (Quraisy) kekurangan belanja ketika membinanya maka mereka pun mengeluarkannya daripada binaan Kaabah.”
Berkata Abdullah bin Abbas r.a.: “Bersolatlah ditempat solat orang yang terpilih dan minumlah minuman orang yang baik.” Orang ramai bertanya Ibn Abas: “Dimanakah tempat solat itu?” Jawabnya: “Di bawah Mizab (saluran emas).” “Dan apakah minuman itu?” Jawabnya: “Air zamzam.”
Ukuran binaan Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s. adalah seperti berikut: Tingginya ialah Sembilan hasta, panjang bahagian pintunya tiga puluh hasta, panjang bahagian belakangnya (Rukun Iraqi) ialah tiga puluh satu hasta, panjang bahagian saluran emas ialah dua puluh dua hasta dan panjang Rukun Yamani ialah dua puluh hasta. Tapaknya terletak di atas bumi dan ia tidak berpintu.
Setelah selesai membina Kaabah, malaikat Jibrail a.s. memperlihatkan Nabi Ibrahim a.s. tempat manasik (ibadat haji). Kemudian, Allah s.w.t. memerintahkan agar nabi Ibrahim a.s. menyeru manusia supaya datang mengerjakan haji. Nabi Ibrahim a.s. menjawab: “Suaraku tidak sampai kepada mereka.” Allah s.w.t. berfirman: “Tugas engkau ialah menyeru dan Kami akan menyampaikannya.” Maka Nabi Ibrahim a.s. pun naik ke atas Maqam dan menyeru: “Wahai manusia, Allah s.w.t. telah memfardukan ke atas kamu ibadat haji.” Maka semua yang berada di dalam sulbi lelaki dan rahim perempuan mendengarnya dan semua yang beriman serta mereka yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. untuk mengerjakan haji menjawab: “Labbaikallahumma Labbaik.”
Kelima: Al-Amaliq
Amaliq ialah satu suku kaum yang berasal dari Yaman. Setelah mereka mengetahui bahawa terdapat sumber air di makkah dan kabilah Jurhum telah berpindah ke Makkah, mereka turut berpindah ke Makkah dan tinggal di jiyad iaitu kawasan bahagian bawah Makkah (al-Masfalah). Setiap pedagang yang datang dari Yaman yang memasuki kawasan ini akan dikenakan cukai 10 peratus. Ketua kabilah ini bernama al-Sumaida’ bin Hud bin Hadr bin Mazin. Kabilah ini sentiasa berperang dengan kabilah Jurhum. Setelah mereka mendapat kemenangan, hak menjaga Kaabah telah jatuh ke tangan mereka.
Sewaktu di bawah penjagaan mereka, telah berlaku kerosakan pada Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s., lalu mereka membaikinya mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s. tanpa sebarang tambahan.
Keenam: Jurhum
Jurhum ialah kabilah yang pertama datang menumpang air zamzam Siti hajar. Mereka berkampung di Bukit Qu’aiqi’an, iaitu bukit yang bertentangan dengan Bukti Abi Qubais atau istana al-Safa. Mereka menguasai kawasan atas Makkah (al-Ma’la). Setiap pedagang yang memasuki kawasan mereka akan dikenakan cukai 10 peratus.
Kabilah ini diketuai oleh al-Harith bin Mudhad. Beliau ialah orang pertama dari suku ini yang menjaga kaabah setelah menewaskan kabilah Amaliq. Pemerintahan mereka berterusan selama 300 tahun.
Semasa pemerintahan mereka, telah berlaku kejadian banjir di Makkah. Air memasuki kawasan Kaabah dari sebelah atas sehingga meruntuhkan setengah binaan Kaabah. Kemudian, Jurhum membinanya semula berdasarkan asas binaan Nabi Ibrahim a.s. tetapi mereka meninggikan sedikit binaannya dan menjadikan pintunya berdaun dua serta dikunci.
Lama kelamaan, kabilah Jurhum tidak lagi mengambil berat tentang kesucian Kaabah, sehingga berlaku beberapa kejadian maksiat yang tidak pernah terjadi sebelumnya.
Antaranya ialah perbuatan zina antara Asaf dan Nailah di dalam Kaabah. Allah s.w.t. telah menukarkan kedua-duanya kepada batu sebagai pengajaran dan peringatan kepada manusia. Kemudian kedua-duanya dikeluarkan dari Kaabah dan Asaf diletakkan di atas bukit Safa manakala Nailah di atas Marwah. Kemudain, kabilah Jurhum telah bertawaf di antara kedua-duanya.
Antara kejadian yang tidak baik ialah percubaan untuk mencuri harta yang dihadiahkan kepada Kaabah dan pelbagai kejahatan lain lagi.
Ketujuh: Qusai Datuk Nabi
Selepas Jurhum, Makkah dikuasai pula oleh kabilah Khuza’ah. Kemudian makkah diperintah oleh datuk Nabi s.a.w. iaitu Qusai bin Kilab. Pada masa pemerintahannya, beliau telah mengumpul harta yang halal dan meruntuhkan Kaabah untuk dibina semula dengan satu binaan baru yang tidak pernah dibuat oleh orang sebelumnya.
Tinggi binaannya berukuran berukuran 25 hasta dan ia mempunyai atap daripada batang kayu ‘Dum’ (seperti batang nibung dan besar seperti batang kelapa) yang kukuh dan pelapah tamar. Asasnya masih seperti binaan Nabi Ibrahim a.s.
Semasa pembinaan ini, Hajarulaswad telah hilang dan tidak ada sesiapa yang mengetahui tempat ia berada. Setelah disiasat, Qusai diberitahu tempat bahawa kabilah Iyad semasa dihalau keluar dari Makkah oleh anak-anak Mudhar bin izar telah mengambilnya dan menanamnya di salah sebuah bukit di Makkah.
Peristiwa ini disaksikan oleh seorang perempuan. Qusai lalu pergi berjumpa dengan perempuan tersebut dan merayu agar beliau menunjukkan tempat tersebut.
Akhirnya Hajarulaswad ditemui kembali lalu disimpan oleh Qusai selama turun-temurun sehinggalah ke zaman Quraisy.
Kata Imam al-Mawardi rahimahullah: “Qusai bin Kilab ialah orang pertama dalam kalangan Quraisy yang membina Kaabah selepas Nabi Ibrahim a.s. dan beliau juga merupakan orang yang pertama membina atap Kaabah.”
Perhatian: Berkata sesetengah ulama: Selepas daripada binaan Qusai inilah, Abdul Muttalib membina pula Kaabah iaitu sebelum pembinaan oleh Quraisy. Sekiranya maklumat ini benar, Abdul Muttalib bolehlah dianggap sekadar membaiki kerosakan yang berlaku pada binaan Qusai, wallahu a’lam.
Kelapan: Binaan Quraisy pada tahun 591M
Kaabah yang dibina, sekali lagi menghadapi kerosakan. Sebagaimana yang diceritakan, seorang perempuan telah menyalakan api untuk membakar kemenyan bagi mewangikan Kaabah. Tiba-tiba bara api yang dibakarnya telah tercampak atau terpercik mengenai kelambu Kaabah dan menyebabkan berlakunya kebakaran ke atas Kaabah yang menyebabkan binaannya menjadi tidak kuat lagi. Selepas itu, berlaku pula banjir yang melanda Kaabah yang menyebabkan berlaku keruntuhan pada sebahagian Kaabah.
Selepas berlakunya peristiwa itu, para pemimpin Quraisy telah bermesyuarat untuk membina semula Kaabah yang telah runtuh sebahagiannya. Kebetulan pada masa yang sama, sebuah kapal dagang kepunyaan saudagar Rom telah pecah di lautan Jeddah. Bersama mereka ada seorang tukang kayu yang mahir bernama Yaqum. Quraisy telah membeli kayu dari kapal tersebut untuk dijadikan binaan atap dan tiang Kaabah.
Pihak Quraisy telah berazam untuk meruntuhkan semua binaan yang tinggal dan membinanya semula dengan asas yang baru kerana asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. telah terlalu lama.
Menurut al-Sinjari jarak antara binaan Nabi Ibrahim a.s. dengan binaan Quraisy ialah 2645 tahun.
Di dalam Kaabah, terdapat sebuah telaga yang di dalamnya tersimpan harta-harta yang dihadiahkan kepada Kaabah. Dalam telaga itu, ada seekor ular berbisa yang berwarna hitam di atas belakangnya, putih di bawah perutnya dan berkepala seperti kepala seekor kambing.
Ular ini telah berada di situ selama lima ratus tahun iaitu sejak zaman Jurhum lagi. Ular tersebut bertindak sebagai pengawal harta Kaabah kerana banyak berlaku kecurian ke atas harta Kaabah pada waktu itu.
Ketika kaum Quraisy berada dalam ketakutan untuk meruntuhkan Kaabah, ular itu sentiasa keluar menzahirkan dirinya. Oleh itu, mereka pun berkumpul di Maqam Ibrahim dan salah seorang pemimpin Quraisy bernama al-Walid bin al-Mughirah telah menyampaikan khutbah kepada kaumnya.
“Bukankah kamu semua mahukan kebaikan untuk membina Kaabah,” Mereka menjawab: “ya!”
Kata al-Walid: “Allah tidak akan membinasakan orang yang ingin melakukan kebaikan. Tetapi ingatlah, jangan sekali-kali kamu memasukkan perbelanjaan untuk membina rumah Tuhan kamu ini kecuali harta yang baik hasil usaha kamu. Jangan kamu masukkan harta riba, judi, pelacuran dan semua yang tidak baik dari harta kamu kerana sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menerima kecuali harta yang baik.”
Kemudian mereka pun berdoa: “Wahai Tuhan, sekiranya apa yang kami lakukan ini mendapat keredaan Engkau maka jauhkanlah ular ini daripada kami.”
Selepas itu datang seekor burung dari langit menuju kea rah ular yang sedang berada di atas dinding Kaabah dan menyambar kepalanya serta mencampaknya kearah kawasan Jiyad.
Namun, perasaan takut akan dimurka dan ditimpa azab oleh Allah s.w.t. masih menebal dalam diri mereka sehingga al-Walid sekali lagi berkata: “Aku akan mula meruntuhkannya. Aku telah tua. Sekiranya aku mati maka ia di sebabkan ajal yang sudah tiba.”
Beliau pun mengambil pemukul dan mula meruntuhkannya. Tetapi dengan tiba-tiba batu di bawah kakinya bergerak. Lantas beliau pun berdoa: “Wahai Tuhan, janganlah engkau menakuti kami, sesungguhnya kami ingin membaikinya dan kami tidak melakukannya kecuali untuk kebaikan.”
Kemudian beliau terus meruntuhkan Kaabah di bahagian dua rukun pada hari itu. Manakala orang lain hanya memerhatikan sahaja dan tidak menyertainya, bahkan mereka terus menunggu apakah akibat yang akan menimpa ke atas al-Walid pada hari itu.
Setelah tidak ada apa-apa yang berlaku, pada keesokan harinya ramailah yang bersama-sama meruntuhkan binaan Kaabah yang masih tinggal, sehingga sampai kepada asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. yang berupa sebuah batu besar yang berwarna hijau yang berbentuk bonggol-bonggol unta. Untuk mengangkat seketul batu tersebut, memerlukan 30 orang lelaki.
Al-Walid pun memasukkan cangkulnya di celah dua batu lalu menggoncangkannya hingga tercabut seketul batu dan dengan pantas Abu Wahab al-Makhzumi cuba mengambilnya tetapi batu itu terlepas dari tangannya dan terus kembali ke tempat asalnya.
Tiba-tiba suatu cahaya seperti kilat terpancar dari bawah batu tersebut dan bumi Makkah terus bergoncang. Mereka serta-merta berhenti memecahkan batu tersebut dan menjenguk ke bawahnya mereka dapati asas Kaabah terletak di situ.
Setelah itu, mereka pun mengumpulkan bahan binaan asal lalu mengeluarkan harta yang mereka kumpul untuk membina Kaabah tetapi ia tidak mencukupi untuk membiayai pembinaannya mengikut binaan asal.
Oleh itu mereka pun berbincang dan membuat keputusan akan membina mengikut kadar perbelanjaan yang mereka mampu dengan mengecilkan binaan asal Kaabah sepanjang enam hasta sejengkal (3 meter) di bahagian Hijr ismail. Ia ditanda dengan lingkungan separa bulatan supaya orang ramai melakukan tawaf di bahagian belakangnya sahaja. Tempat ini dikenali dengan nama “Hijr Ismail” atau “Hatim”.
Mereka menambah ketinggiannya sebanyak Sembilan hasta mkenjadi 18 hasta, dan membina siap dengan enam batang tiang. Pintunya pula dijadikan satu sahaja dan diangkat untuk menahan daripada dimasuki air ketika banjir dan untuk mengawalnya daripada dimasuki oleh orang yang mereka tidak sukai.
Semasa pembinaan ini, Rasulullah s.a.w. menyertainya dengan mengangkat batu bata untuk binaan Kaabah. Pada waktu itu, Rasulullah s.a.w. berumur 35 tahun. Setiap kabilah diberikan satu bahagian daripada penjuru Kaabah.
Apabila tiba masa untuk meletakkan Hajarulaswad, mereka mula berbantah. Setiap kabilah mendakwa mereka lebih berhak meletakkannya sehingga sebahagiannya bersumpah untuk berperang sekiranya mereka tidak dapat meletakkannya.
Bani ‘Abd al-Dar telah membawa satu bekas darah dan mereka bersumpah bersama Bani ‘Adi akan mepertahankannya sehingga mati. Darah itu dinamakan “La’aqah al-Dam”. Puak Quraisy menangguhkan pembinaan selama empat atau lima hari. Kemudian mereka berkumpul di masjid dan bermesyuarat.
Orang yang paling tua dalam kalangan Quraisy iaitu Abu Umayyah Huzaifah bin al-Mughirah al-Makhzumi berkata: “Orang yang akan memustuskan perkara ini ialah orang yang pertama memasuki masjid dari pintu Bani Syaibah.” (Ia salah satu pintu Masjidilharam di kawasan rumah orang Quraisy, terletak di belakang Maqam Ibrahim. Untuk memperingatinya, pintu no.26 di sebelah tempat sa’i dinamakan dengan Bab Bani Syaibah).
Mereka pun bersetuju di atas perkara tersebut. Orang yang pertama memasuki pintu tersebut ialah Rasulullah s.a.w. Setelah melihatnya mereka pun bersetuju untuk menjadikan Baginda hakim dan mereka memberitahu masalah tersebut kepada Nabi s.a.w. yang pada ketika itu berumur 35 tahun, dan terkenal dengan gelaran “al-Amin”.
Rasulullah s.a.w. mengambil sehelai kain dan meletakkan Hajarulaswad di atasnya. Kemudian Baginda mengarahkan setiap kabilah melantik seorang wakil untuk mengangkatnya hingga ke tempatnya. Lalu Rasulullah s.a.w. mengambilnya dengan tangannya yang mulia dan meletakkan Hajarulaswad di tempatnya.
Dalam al-Rahiq al-Makhtum disebutkan: “Kaabah yang dibina oleh Quraisy adalah berbentuk empat persegi, tingginya 15 meter, lebar di bahagian Hajarulaswad dan yang bertentangan dengannya 10 meter. Hajarulaswad tingginya dari lantyai 1.50 meter, bahagian pintu dan yang bertentangan dengannya 12 meter. Tinggi pintunya dari lantai 2 meter, dilingkungi tapak bawahnya dengan binaannya dengan batu setinggi 0.25 meter dan lebarnya 0.30 meter dan dinamakan dengan Shazarwan, ia dari tapak asal (binaaan Nabi Ibrahim a.s.) tetapi Quraisy mengeluarkannya kerana kekurangan nafkah.”
Kesembilan: Binaan Abdullah bin al-Zubair r.a.
Pada tahun 64 Hijrah bersamaan dengan tahun 683 Masihi daripada Aishah r.ha. katanya: “Nabi s.a.w. telah bersabda kepadanya yang *bermaksud: “Wahai Aisyah! Kalaulah kerana kaummu (Quraisy) yang masih baru meninggalkan suasana jahiliah (kufur) nescaya aku akan mengarahkan supaya diruntuhkan Kaabah dan dibina semula dengan memasukkan bahagian yang telah dikeluarkan oleh Quraisy dan merendahkan binaan (pintunya) di atas tanah, mengadakan baginya dua pintu, satu di bahagian timur dan satu lagi di bahagian barat, binaannya menurut asas yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s.”
Kata al-Bukhari: “Bersandarkan kepada hadis ini Ibn al-Zubair r.a. meruntuhkan Kaabah dan membinanya semula menurut apa yang dicita-citakan oleh Rasulullah s.a.w.
Setelah berlaku kepungan terhadap Abdullah bin al-Zubair serta pengikutnya di makkah, mereka telah berselindung di alam Masjidilharam. Tentera yang datang dari Syam di bawah pimpinan al-husain bin Numair telah menyerang mereka. Akibat daripada beberapa serangan tersebut, kebakaran telah berlaku lalu terkena Kaabah.
Terdapat pula riwayat yang mengatakan bahawa kebakaran itu berpunca daripada api yang dinyalakan oleh salah seorang dalam kalangan mereka yang sedang berlindung di dalam Masjidilharam.
Setelah Ibn al-Zubair r.a. bermesyuarat dengan beberapa orang sahabat tentang aabah, Abdullah bin Abbas r.a. mencadangkan agar dibaiki bahagian-bahagian yang rosak sahaja dan setelah beberapa hari selepas kejadian itu Ibn al-Zubair memustuskan untuk membina semula Kaabah berdasarkan haids Aishah. Lalu kaabah diruntuhkan dan beliau membinanya semula mengikut binaan Nabi Ibrahim a.s.
Kesepuluh: Binaan al-Hajjaj, tahun 74H / 693M
Apabila Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi serta tenteranya mengakhiri kepungan terhadap Abdullah bin al-Zubair r.a. dan membunuhnya beliau mengutus surat kepada khalifah Abdul Malik bin Marwan memberitahunya bahawa Ibn al-Zubair telah menambah binaan Kaabah dengan memasukkan Hijr Ismail ke dalam binaan Kaabah dan mengadakan pintu kedua.
Seterusnya Hajjaj meminta izin daripada khalifah untuk mengembalikan Kaabah kepada binaan asal yang dibuat oleh Quraisy. Setelah mendengarnya, khalifah memberi persetujuan dengan cadangan tersebut, kerana pada sangkaannya Ibn al-Zubair telah menambahnya mengikut kemahuannya. Maka ditutupnya pintu kedua sebelah barat, diangkat pintu sebelah timur dan dikembalikan kedudukan Hijr Ismail.
Selepas itu, Abdul Malik bin Marwan bertemu dengan al-Harith bin Abdullah, lantas beliau memberitahu khalifah bahawa apa yang dibuat oleh Ibn al-Zubair ialah berdasarkan hadis yang didengarnya daripada ibu saudaranya Siti Aushah r.ha. Setelah mendengarnya, khalifah terdiam sejenak lalu berkata: “Kalaulah saya tahu hadis ini sebelum membina semula Kaabah sudah tentu saya tidak akan mengubahnya.”
Perhatian: Sewaktu pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid, baginda telah bertanya kepada Imam Malik r.hm. tentang hasratnya untuk mengembalikan binaan Kaabah mengikut binaan Ibn al-Zubair r.a. kerana binaan tersebut bertepatan dengan hasrat Rasulullah s.a.w.
Jawab Imam Malik: “Saya berseru kepada Tuan Amirul Mukminin kerana Allah, jangan Tuan jadikan Baitullah ini sebagai permainan pemerintah. Setiap orang akan meruntuh dan membina mengikut kehendaknya, dengan itu akan hilang kehebatannya daripada hati-hati orang Mukmin, wabillahit taufiq.”
Kesebelas: Sultan Murad Khan 4, tahun 1040H / 1630M
Selepas binaan Hajjaj, Kaabah kekal dengan binaannya hinggalah zaman pemerintahan Sultan Murad 4, iaitu pada 19 Sya’ban tahun 1039H, apabila berlaku banjir besar yang melanda Makkah dan menyebabkan runtuhnya dinding Kaabah.
Oleh itu, Sultan Murad telah memerintahkan agar dibina kembali Kaabah mengikut binaan asal yang dibuat pada zaman Hajjaj. Kerja-kerja pembinaannya siap pada bulan Ramadan tahun 1040H.
Kedua belas: Arab Saudi
Kaabah dan Masjidilharam kekal berada dalam keadaan tersebut lebih kurang 400 tahun lamanya sehinggalah zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Aziz. Beliau telah melancarkan projek pembesaran dan pembinaan semula Masjidilharam dan Kaabah yang bermula pada tahun 1375H dan disambung pula dengan projek perluasan tempat tawaf dan system pengaliran air Masjidilharam pada 1398H. Kemudian diikuti oleh projek-projek pembaikan berikut:
Pertama: Pada 18 Rejab 1377H bersamaan 1957M, pada zaman pemerintahan Raja Sa’ud bin Abdul Aziz, telah berlaku keretakan pada dinding Kaabah dan beberapa kerosakan di bahagian atap Kaabah. Raja Sa’ud telah memerintahkan agar memperbaikinya.
Kedua: Pada tahun 1417H bersamaan 1996M, iaitu pada zaman pemerintahan Khadimul Haramain Raja Fahd bin Abdul Aziz. Kaabah sekali lagi mengalami kerosakan kesan daripada keadaan binaan yang terlalu lama yang dibuat oleh Sultan Murad. Oleh itu, Khadimul Haramain telah mengarahkan agar memperbaharui binaan Kaabah sepenuhnya.
Wallahualam...
Suka
Suka ·  · 

Jumaat, September 12, 2014

PANDUAN JIKA HILANG IC

Assalamualaikum

Dua minggu yang lalu anak saya kehilangan kad pengenalannya di sekolahnya. Saya dan isteri terus ke JPN dengan membawa anak saya, untuk tujuan membuat kad pengenalan baru.

Maklumat yang saya dapat ialah, jika umur bawah 18 tahun, report polis tak perlu terus saja dapat buat IC di JPN. Tapi perlu diingat bahawa apabila kita berbuat begini kita akan dikenakan denda RM80.00 kerana kelalaian.

Untuk mengelakkan kita daripada didenda RM80.00, elok ke balai polis untuk report kehilangan IC, selepas itu barulah bawa report tersebut ke JPN dan buat IC baru, in shaa Allah tiada sebarang denda dikenakan. IC sementara akan diberikan sementara menunggu IC baru siap. Biasanya selepas 2 minggu IC baru akan siap.

Sekadar perkongsian.