Selasa, April 21, 2009

Guru Minta Tukar Ke Negeri Asal

Assalamualaikum
semalam adik ipar saya datang ke rumah dari negeri sembilan. Beliau tengah mengandung. Terkejut jugaklah kerana datangnya secara mengejut. Katanya, nak ke Putrajaya, hantar borang pertukaran ke Kelantan. Adik ipar saya ni, dah hampir dua tahun berkhidmat sebagai guru di Negeri Sembilan. 2 anaknya ditinggalkan di Kelantan bersama suaminya, juga seorang guru. Agaknya dia dah tak sanggup berulang alik dari nogori ke kelantanlah yang menyebabkan akhirnya dia ke pejabat kementerian pelajaran untuk mohon pertukaran.
Masa adik saya ni ke kaunter untuk hantar borang pertukarannya....pegawai yang menerima orang tersebut kata, payah ni, ngajar tak sampai 3 tahun...kalau awak ada kabel tebal okalah, kenal dato' ke, orang besar ke, menteri ke..barulah permohonan ni dilayan. Pegawai tu pulak senyumpun tidak, caranya agar kasar, boleh menyebabkan orang berasa hati.
Adik saya tu dalam keadaan mengandung...memang cukup letih. Layanan pulak tak elok, inilah agaknya yang dihadapi oleh ramai guru-guru yang berhadapan dengan masalah di posting ke merata tempat, berpisah dengan suami, isteri dan anak-anak. Kalau ye pun tak boleh tukar, berilah layanan yang baik dan menyenangkan hati. Rasanya Islam menyuruh hamba-hamba ALLAH bersikap dan berakhlak mulia. Agaknya kalau ada orang besar berpangkat, tentu pegawai ini akan bersikap lemah lembut. Memanglah, orang yang tidak kenal sesiapa memang tidak ada sebab dihormati...betullah agaknya....Allah Maha Mengetahui kesusahan adik ipar saya ini...dan DIA lebih mengetahui apa yang telah dikatakan oleh pegawai itu.....alangkah baiknya kalau berikan sebuah senyuman yang melegakan semua orang....

1 ulasan:

tajudin berkata...

ye dapat dibayangkan betapa tidak friendly nya pegawai dan suasana ketika itu.

kadang-kadang tertanya, apa yang susah sangat untuk senyum dan meluangkan masa untuk memberi sedikit simpati dan memebri ruang permohonan itu...