Selasa, Januari 28, 2014

Hari Hijab Sedunia (WAJIB Baca)

Untuk tujuan melebarkan skop bacaan kepada pembaca2 saya di blog saya, maka saya salin makalah ini dari http://rusukiri.blogspot.com/2013/02/hari-hijab-sedunia-wajib-baca.html


Pernah dengar tentang Hari Hijab Sedunia? Sungguh ka ada Hari Hijab Sedunia? Bagaimana para muslimah seluruh dunia tidak mengetahui tentang Hari Hijab Sedunia ini? Tapi, sebelum tu bagi wanita-wanita Islam yang masih 'free-hair' di luar sana, anda wajib berasa malu dengan wanita-wanita non-muslim ini. Semoga anda beroleh hidayah suatu hari nanti.
Aku terjumpa satu laman web yang memaparkan artikel mengenai pemakaian hijab oleh wanita-wanita non-muslim di negara-negara Barat. I have to admit, it's a good start for non-muslims to know more about beautiful Islam.

Subhanallah! Rupa2nya Hari Hijab Sedunia ini benar-benar wujud terutama di negara-negara Barat. Diasaskan oleh Nazma Khan dan disertai oleh beratus-ratus perempuan  bukan Muslim memakai tudung, Hari Hijab Sedunia disambut pada 1 Februari lalu. “Saya tidak diajar menggunakan apa yang anda sebut sebagai tudung. Anda tinggal memasukkannya ke kepala anda. Tetapi saya mendapati bahawa kelebihannya sangat luas “


Itu yang dikatakan Jess Rhodes, 21 tahun, seorang mahasiswi dari Norwich di England. Dia sangat ingin untuk mencuba penutup kepala, tetapi sebagai seorang bukan islam dia tidak pernah berfikir bahawa itu merupakan sebuah pilihan.
Jadi ketika temannya memberikan peluang untuk memakai tudung, dia menerimanya.
“Dia meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu menjadi Muslim, ini hanya soal kesopanan, walaupun dikaitkan dengan Islam. Jadi saya fikir, mengapa tidak? “
Rhodes merupakan salah seorang daripada beratus-ratus bukan Islam yang mengenakan jilbab dalam peringatan pertama Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.
Peringatan yang dianjurkan oleh seorang perempuan berasal dari New York, Nazma Khan, dan disebarkan melalui laman web jejaring sosial telah menarik perhatian Muslim dan bukan Muslim lebih dari 50 negara di seluruh dunia.
Bagi kebanyankan orang, hijab merupakan simbol penindasan dan perbezaan dan menjadi perdebatan di negara-negara Barat.
Hari Hijab Sedunia dirancang untuk meredakan kontroversi itu dan mendorong perempuan bukan Muslim (atau perempuan Muslim yang tidak mengenakannya) untuk menggunakan dan mengalami seperti apa memakai tudung, sebagai sebahagian daripada usaha untuk saling memahami.
“membesar di Bronx, di NYC, saya mengalami diskriminasi yang besar kerana hijab saya,” kata penganjur, Khan, yang pindah ke New York dari Bangladesh pada usia 11 tahun. Dia merupakan salah seorang pemakai tudung di sekolahnya.
“Di sekolah menengah saya merupakan ‘Batman’ atau ‘ninja,” kata dia.
“Ketika saya kuliah tidak lama selepas peristiwa 9/11 (11 September 2001), mereka memanggil saya Osama bin Laden atau ‘pengganas”. Itu sangat mengerikan, “kata beliau.

“Saya berfikir satu-satunya cara untuk menamatkan diskriminasi adalah jika kita meminta rakan kita untuk merasakan sendiri pengalaman berhijab.”
Khan tidak menyangka akan mendapat sokongan dari seluruh dunia. Dia telah dihubungi oleh puluhan orang dari pelbagai negara, termasuk Britain, Australia, India, Pakistan, Perancis dan Jerman. Maklumat mengenai kumpulan ini telah diterjemahkan ke dalam 22 bahasa.
Melalui jejaring sosial ini, Jess Rhodes terlibat. Rakannya Widyan Al Ubudy tinggal di Australia dan meminta rakan Facebooknya untuk turut terlibat.
“Mereka khuatir saya akan diserang di jalanan kerana adanya jurang toleransi.”
Rhodes juga bimbang dengan reaksi ini, tetapi selepas lapan hari menggunakan tudung dia terkejut dengan situasi positif yang dialaminya.
“Saya tidak dapat menjelaskan tetapi ramai yang membantu, terutama di kedai-kedai,” kata dia.
Esther Dale, 28 tahun, yang tinggal di negara bahagian California AS, merupakan seorang perempuan bukan Muslim yang cuba memakai tudung pada hari tersebut.
Ibu dari tiga anak ini diberitahu oleh seorang rakannya yang merupakan seorang pemakai tudung.
Sebagai penganut Mormon, Dale faham pentingnya keyakinan dalam kehidupan sehari-hari, dan tuduhan yang diperolehi kerana pakaian yang dikenakan.
Dia mengetahui stigma terhadap penutup kepala dan berharap peluang ini boleh digunakan untuk memadamnya.
“Saya mengetahui mengenai kesantunan dalam perilaku, tidak hanya pakaian dan ini hanya merupakan andaian yang salah bahawa perempuan menggunakannya jika mereka dipaksa, terutama di AS,” ujarnya.
“Ini merupakan peluang yang baik untuk mendidik orang bahawa anda tidak dapat memberikan tuduhan yang tepat mengenai seseorang berdasarkan apa yang mereka kenakan,” kata Dale.-Source
Subhanallah! sedangkan non-muslim pun mengambil inisiatif untuk memahami Islam dan peraturannya supaya dapat saling memahami antara satu sama lain. Bagaimana pula dengan kita yang dilahirkan Islam? Subhanallah! ini merupakan satu permulaan yang baik bagi wanita-wanita non-muslim untuk lebih mendekati Islam.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah jua. Namun, semangat beginilah yang kita mesti pupuk dalam diri dan masyarakat supaya Islam lebih mudah difahami dan diterima oleh masyarakat beragama lain.
Dan buat wanita-wanita non-muslim yang merasakan pemakaian hijab ini suatu pengalaman yang baik dan mesti diteruskan, aku doakan semoga kamu diberikan hidayahNya. Allahuakbar!

Jessica Rhodes Masuk Islam Kerana Cetusan Tudung

Makalah ini saya salin dari http://ini-kalilah.blogspot.com/2013/10/bongkar-wanita-britain-memeluk-islam.html.... bagaimana tudung boleh menarik seseorang wanita yang bukan Islam kepada Islam.
 
BONGKAR!!! Wanita Britain Memeluk Islam Kerana Hari Hijab Sedunia [SAKSIKAN...]
LONDON – Pengalaman memakai hijab ketika Hari Hijab Sedunia pada setiap 1hb Februari telah menarik minat seorang gadis Inggeris untuk lebih mempelajari tentang Islam dan tak lama kemudian ia memeluk Islam.
Jessica Rhodes (21) yang telah mendapat petunjuk dan HIDAYAH Allah mengatakan kepada Muslim Mirror bahawa dia mengambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia dengan memakai tudung selama sebulan.
“Saya ambil bahagian dalam Hari Hijab Sedunia pertama dan mencabar diri saya sendiri untuk memakai hijab selama sebulan,” katanya.

“Kemudian Saya mula membaca Al-Quran dan kalimat-kalimat di dalam Al-Quran kelihatan tampak logik dan jelas, daripada dalam Bible di mana mereka cenderung banyak omong kosong,” tambahnya.

Gadis yang berasal dari Norway tersebut adalah satu di antara beberapa non-Muslim di seluruh dunia yang turut mengenakan pakaian Muslimah dalam acara Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.

Acara tersebut bermaksud untuk memperkenalkan tudung kepada dunia, bahawa pakaian Muslimah itu bukanlah simbol penindasan tetapi justeru untuk menjaga kehormatan.

Setelah pengalaman memakai tudung itu, Rhodes mula membaca lebih banyak tentang Islam untuk lebih memahami agama yang lurus ini.
 
“Saya juga melakukan beberapa pemerhatian tentang Islam secara keseluruhan dan merasakan bahawa ini (Islam) adalah sebuah agama yang inklusif yang boleh memberikan saya jawapan-jawapan yang saya cari-cari selama ini,” katanya.

Ketika memutuskan memeluk Islam, Rhodes menghadapi pelbagai reaksi daripada orang-orang terdekatnya. Ibu bapa tidak suka, walaupun menerimanya.

“Ibu bapa saya tidak senang tetapai mereka menerima keputusan saya. Tetapi ipar-ipar saya menyokong menyokong “kata Rhodes.

Sebahagian kawan-kawan Rhodes senang atas keputusannya menjadi Muslimah, sebahagian yang lain cuba membanntah sementara sebahagian yang lain menjauhi Rhodes, situasi yang hampir semua muallaf mengalaminya.

Muallaf di Britain terus meningkat. Menurut kajian terbaru, di Inggeris selama 6 tahun terakhir, jumlah umat Islam telah berkembang sebanyak 37% dan jumlah masjid sudah mencapai hampir 1,500, termasuk banyaknya surau. Berdasarkan data dari British Institute of Gatston, rata-rata, ratusan warga Inggeris masuk Islam setiap bulan, demikian Al Jazeera melaporkan.

Jumlah muallaf sangat sangat ketara di penjara dan di sekolah-sekolah. Al-Jazeera mendapati bahawa diantara sejumlah muallaf terdiri daripada remaja, termasuk mereka yang berasal dari Brazil, Luxembourg, dan Sweden.

Menurut laporan, setiap tahun sekitar 5000 orang Inggeris masuk Islam. Subhanallah.

Isnin, Januari 27, 2014

Mayat Syuhada Uhud Terkeluar Disebabkan Banjir


Mati syahid adalah suatu kurniaan Allah yang sangat besar diberikan kepada hamba-hambaNya yang ikhlas untuk agama Islam. Kurniaan yang besar ini adalah suatu galakan untuk para pejuang Islam terus istiqomah dalam perjuangannya menegakkan agama. Mati syahid adalah suatu ganjaran yang lebih besar dari harta seisi dunia, orang yang mati syahid diberikan kemudahan untuk masuk syurga tanpa hisab. Ketika matinya sebagai pahlawan dan perwira agama, mereka tidak perlu dimandikan, tidak perlu dikafankan dan tidak perlu dimandikan, ini adalah kerana mereka masih hidup, adakah perlu dimandikan, dikafankan dan disolatkan bagi orang yang masih hidup, firman Allah Ta’ala :
وَلاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ أَمْوَاتاً بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ

“Janganlah sekali kali kamu mengira bahwa orang orang yang gugur di jalan Allah itu mati, tetapi mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki .” (QS. Al Baqarah, 169)

Orang mati syahid akan bangkit di hari kiamat nanti dengan darah berceceran, rupanya rupa darah tapi baunya bau kasturi, sabda Rasulullah sollahu alahi wasallam :

عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا يكلم أحد في سبيل الله والله أعلم بمن يكلم في سبيله إلا جاء يوم القيامة اللون لون الدم والريح ريح المسك قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح وقد روي من غير وجه عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسل
(Tiada seseorang yang mengisahkan tentang orang-orang yang berjihad fi sabilillah, sesungguhnya Allah sahajalah yang mengetahui dan Dia sahaja yang mampu mengkhabarkan akan kelebihan orang berjuang fisabilillah, melainkan orang mati syahid akan datang pada hari kiamat dengan warna darah tetapi baunya bau kasturi)
Dalam siri peperangan yang dihadiri oleh Rasulullah saw dan para sahabat baginda, ramai yang telah berjaya menemui SYAHID ini. Antara peperangan yang menyaksikan sahabat-sahabat terkorban sebagai syahid ialah Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dan lain-lain.
Satu khabar yang sangat menggemparkan, tentang Syuhada’ Uhud yang bersemadi di dalam pagar batu di Bukit Uhud, mereka sering dilawati oleh jemaah Haji dan jemaah Umrah. Ketika berlaku banjir pada tahun lepas 2013, maka kebanyakan jenazah para syuhada’ ini telah terkeluar.
Bilangan syuhada’ Uhud berjumlah 70 orang semuanya, senarainya adalah seperti berikut :

1. Hamzah bin Abdul Muththalib bin Hasyim
2. Abdullah bin Jahsyi
3. Mus’ab bin ‘Umair
4. Shammas bin ‘Utsman
5. ‘Amru bin Mu’adz bin An-Nu’man
6. Al-Harits bin Anas bin Rafi’
7. ‘Imarah bin Ziad
8. Salamah bin Tsabit bin Wahsyi
9. ‘Amru bin Tsabit bin Wahsyi
10. Tsabit bin Wahsyi
11. Rifa’ah bin Wahsyi
12. Husail bin Jabir (Bapa kandung Huzaifah Al-Yaman)
13. Saifi bin Qaizhi
14. Habbab bin Qaizhi
15. ‘Abbad bin Sahli
16. Al-Harits bin Ans bin Mu’adz
17. Iyas bin Aus
18. ‘Ubaid bin At-Taihan
19. Habib bin Yazid bin Taimi
20. Yazid bin Hathib bin Umaiyah bin Rafi’
21. Abu Sufian bin Al-Harits bin Qais bin Zaid
22. Hanzalah bin Abu ‘Amir (Syahid yang dimandikan oleh Malaikat)
23. Unais bin Qatadah
24. Abu Habbah bin ‘Umar bin Tsabit
25. ‘Abdullah bin Jabair bin An-Nu’man (Ketua Batalion Pemanah)
26. Abu Sa’ad Khaitsamah bin Khaitsamah
27. ‘Abdullah bin Salamah
28. Subai’ bin Hathib bin Al-Harits
29. ‘Amru bin Qais
30. Qais bin ‘Amru bin Qais
31. Tsabit bin ‘Amru bin Zaid
32. ‘Amir bin Mukhallid
33. Abu Hurairah bin Al-Harits bin ‘Alqamah bin ‘Amru
34. ‘Amru bin Muthraf ‘Alqamah bin ‘Amru
35. ‘Aus bin Tsabit bin Al-Mudzir (Adik-beradik Hussan bin Tsabit)
36. Anas bin An-Nadhri (Bapa saudara Anas bin Malik, Khadam Nabi saw)
37. Qais bin Mukhallid
38. Kaisan (Hamba kepada Bani An-Najjar)
39. Salim bin Al-Harits
40. Nu’man bin ‘Abdu ‘Amru
41. Kharijah bin Zaid bin Abu Zuhair
42. Saad bin Ar-Rabi’ bin ‘Amru bin Abu Zuhair
43. Aus bin Al-Arqam
44. Malik bin Sinan dari Bani Khadrah (Bapa kandung Abu Sa’id Al-Khudri)
45. Sa’id bin Suwaid
46. ‘Utbah bin Rabi’
47. Tsa’labah bin Sa’ad bin Malik
48. Saqaf bin Farwah bin Al-Budai
49. ‘Abdullah bin ‘Amru bin Wahab
50. Dhamrah (Halif bagi Bani Tharif)
51. Naufal bin ‘Abdullah
52. ‘Abbas bin ‘Ubadah
53. Nu’man bin Malik bin Tsa’labah
54. Al-Mujdar bin Ziad Dikebumikan dalam satu kubur
55. ‘Ubadah bin Al-Hashas
56. Rifa’ah bin ‘Amru
57. ‘Abdullah bin ‘Amru (dari Bani Haram) Dikebumikan dalam satu kubur
58. ‘Amru bin Al-Jamuh (dari Bani Haram)
59. Khallad bin ‘Amru bin Al-Jamuh
60. Abu Aiman, Maula ‘Amru bin Al-Jamuh
61. Salim bin ‘Amru bin Hadidah
62. Antarah (Maula Salim)
63. Sahal bin Qais bin Abu Ka’ab
64. Dzakwan bin ‘Abdu Qais
65.’Ubaid bin Al-Mu’alla
66. Malik bin Tumailah
67. Harits bin ‘Udai bin Khursyah
68. Malik bin Iyas
69. Iyas bin Udai
70. ‘Amru bin Iyas


waktu berlaku banjir di Madinah, kubor 70 orang ditenggalami air banjir sehingga menyebabkan mayat syuhada' Uhud keluar, dan kelihatan masih utuh serta segar lagi dan masih berdarah. Sayangnya, hanya dua mayat sahaja yang dikenali iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib kerana terdapat tembus dadanya kerana telah dikeluarkan jantungnya oleh Hindun, badanya tegap dan agak tinggi, tangan Hamzah masih menutup lukanya di lambungnya yang terkena lembing yang dilontar oleh Wahsy, bekas terkena lembing itu masih lagi berdarah biarpun mayat itu melalui masa ribuan tahun.

Mayat kedua yang dikenali ialah Saidina Abdullah bin Jahsy kerana di kenali dari kuping dan hidungnya yang terpotong-potong kerana diikat benang. Kedua-dua sahabat ini sahaja yang diletak nisan, manakala yang lainnya tidak dikenali, dikebumikan semula tanpa nisan. Jika kita menziarahi syuhada' Uhud sekarang ini, akan kelihatan dua nisan tersebut.

Sebuah “Kesaksian”


Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang berharga, “Qisshatun Nihayah”, yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebagian ulama dalam penguburan ulang sebagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.
Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahwa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut.“Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang dari kalangan ulama besar untuk pemakaman ulang para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud, pekuburan yang terkenal. Karena diterjang banjir, maka sebagian jasadnya muncul ke permukaan. Para ulama diundang untuk mengubur ulang para sahabat tersebut.
Beliau berkata” Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya diatas perutnya. Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.”
Dr Thariq As-suwaidan berkata,” ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah menyampaikan kita semua ke derajat para syuhada. Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah.”
Subhanallah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau. Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.
Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib paman Rasulullah SAW

Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan

Jabir bin Abdillah bercerita, Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW. Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur. Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang nyaman membiarkan ayahku membagi lubang kubur bersama orang lain. 


Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (HR. Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )Petikan hadist di atas membuktikan dimana ayah Jabir terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur berantakan. Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh di kerubungi larva. Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman)

CATATAN KAKI:
- Dalam buku sejarah bencana banjir pertamakali terjadi pada tahun 46 Hijriah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang cerita nya mirip, yaitu jasad jasad mereka mengapung.
- Dalam cerita DR. Thariq ini saya tidak tahu banjir yang keberapa dan tahun berapa.


Ahad, Januari 26, 2014

Kalimah Allah Mengikut Pandangan Dr Yusof Qaradhawi

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi.
Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama. 

Beliau menambah :“Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)
Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”. Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). 

“Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. 

Beliau berkata :“Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”

Sabtu, Januari 25, 2014

10 PINTU IBLIS MASUK



Pintu-pintu ini tidak boleh terbuka kecuali jika seseorang mengetahui pintu-pintu tadi. Syaitan tidak boleh terusir dari pintu tersebut kecuali jika seseorang mengetahui cara syaitan memasukinya.
Pada masa ini kami akan menunjukkan pintu-pintu tersebut yang merupakan pintu terbesar yang setan biasa memasukinya. Semoga Allah memberikan kita pemahaman dalam permasalah ini serta melindungi kita dari terbuka pintu-pintu ini untuk syaitan memasukinya.
PINTU 1 HASAD DENGKI
Ini adalah pintu terbesar yang akan dimasuki syaitan iaitu hasad (dengki) dan tamak. Jika seseorang begitu tamak pada sesuatu, ketamakan tersebut akan membutakan, membuat tuli dan menggelapkan cahaya kebenaran, sehingga orang seperti ini tidak lagi mengenal jalan baik atau buruk.
Begitu pula jika seseorang memiliki sifat hasad, syaitan akan menghias-hiasi sesuatu seolah-olah menjadi baik sehingga disukai oleh syahwat padahal hal tersebut adalah sesuatu yang mungkar.
Tambahan :
Rasulullah SAW bersabda,
ثَلاَثٌ لاَ يَخْلُوْ مِنْهُنَّ أَحَدٌ : اَلْحَسَدُ , وَ الظَّنُّ , وَ الطِّيَرَةُ . أَفَلاَ اُنَبِّئُكُم بِالْمَخْرَجِ مِنْ ذَللِكَ : إذَا حَسَدْتَ فَلاَ تَبْغِ وَ إذَا ظَنَنْتَ فَلاَ تُحَقِّقِ , وَ إذَا تَطَيَّرْتَ فَامْضِ
“Tiga perkara yang tidak akan terlepas seseorang dari padanya, sifat dengki, prasangka buruk dan memandang sial terhadap sesuatu. Maukah engkau kutunjukkan jalan keluarnya. Jika engkau mendengki, jangan melampaui batas. Jika engkau berprasangka buruk, jangan engkau benarkan. Dan jika anda merasa sial, maka teruskanlah1.”
PINTU 2 MARAH
Iaitu marah. Ketahuilah, marah dapat merosak akal. Jika akal lemah, pada masa itulah tentara syaitan akan melakukan serangan. Mereka akan mentertawakan manusia jika manusia terbawa amarah. Pada keadaan kita seperti ini, segeralah berwudhu kerana marah terjadi akibat hembusan api jahanam, padamkan dengan air wudhu.
Tambahan :
Hakikat marah menurut Islam ialah marah yang terpuji dan marah yang tercela. Kemarahan yang ditujukan untuk mempertahankan diri, agama, kehormatan, hak atau untuk menolong orang yang dizalimi adalah marah yang dituntut. Sebaliknya yang selain daripada itu adalah marah yang datang daripada sifat-sifat syaitan yang dikeji oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya.
PINTU 3 MENGHIAS TEMPAT TINGGAL
Iaitu sangat suka menghias-hiasi tempat tinggal, pakaian dan segala perabot yang ada. Orang seperti ini sungguh akan sangat rugi kerana umurnya hanya dihabiskan untuk tujuan ini.
PINTU 4 KENYANG
Iaitu kenyang kerana telah makan banyak makanan. Keadaan seperti ini akan menguatkan syahwat dan melemahkan untuk melakukan ketaatan pada Allah. Kerugian lainnya akan dia dapatkan nanti di akhirat.
Tambahan :
IBLIS menampakkan diri kepada Yahya bin Zakariya a.s. Dia melihat berbagai macam pengait pada tubuh iblis.
Yahya bertanya, “Hai iblis, pengait-pengait apakah yang ada di tubuhmu itu?”
“Ini adalah syahwat yang aku gunakan untuk menjerat manusia.”
“Apakah aku juga dapat dicelakakan dengan pengait itu?”
“Barangkali dengan cara dibuat kenyang, sehingga kamu merasa berat untuk mendirikan shalat dan dzikir.”
“Ada lagi selain melalui kekenyangan?”
“Tidak ada.”
“Demi Allah, aku takkan pernah mengisi perutku hingga kenyang.”
Iblis pun bersumpah, “Demi Allah, aku takkan pernah memberikan nasihat lagi kepada seorang muslim pun.” (Abu Ainun/”Pengalaman Ruhaniah Kaum Shufi” -kisuta.com)*
PINTU KE 5 TAMAK
Iaitu tamak pada orang lain. Jika seseorang memiliki sifat seperti ini, maka dia akan berlebih-lebihan memuji orang tersebut padahal orang itu tidak memiliki sifat seperti yang ada pada pujiannya.
Akhirnya, dia akan mencari muka di hadapannya, tidak mahu memerintahkan orang yang disanjung tadi pada kebajikan dan tidak mahu melarangnya dari kemungkaran.
PINTU 6  SIFAT TERGESA-GESA
Iaitu sifat selalu tergesa-gesa dan tidak mahu bersabar untuk perlahan-lahan. Padahal terdapat sebuah hadits dari Anas, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sifat perlahan-lahan (sabar) berasal dari Allah. Sedangkan sifat ingin tergesa-gesa itu berasal dari syaitan.” (Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Ya’la dalam musnadnya dan Baihaqi dalam Sunanul Qubro. Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shoghir mengatakan bahwa hadits ini hasan)
Tambahan :
Pepatah ada menyatakan :
"  Sikap berhati-hati akan membawa keselamatan manakala sikap terburu-buru biasanya akan membawa penyesalan".
Walaubagaimanapun ada 5 perkara yang perlu dilakukan tindakan segera yang telah digariskan oleh Islam.Lima perkara tersebut ialah :

1) Mengkubur jenazah.
Bilamana berlaku kematian, Islam menetapkan agar jenazah dapat diuruskan dengan segera. Sebaik-baik tempat  pengkebumian ialah di tempat berakhirnya nafas si mati. Ini berpanduakan contoh dari kewafatan Rasulullah s.a.w di mana Rasulullah s.a.w walaupun di lahirkan di Mekah tetapi dikebumikan di Madinah tempat baginda menghembuskan nafas terakhir.

2) Mengahwini anak perempuan.
Menjaga anak perempuan bukanlah suatu tugas yang mudah. Pepatah ada mengatakan "menjaga anak perempuan sama seperti menjaga seratus ekor anak kambing". Pepatah ini menunjukkan bertapa sukarnya ingin menjaga anak-anak perempuan yang mudah terdedah kepada kerosakan dan bahaya. Oleh kerana itulah anak perempuan perlu dikahwini segera setelah cukup baligh dan mempunya calon yang sesuai serta beriman. Dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Pahang ada menetapkan bahawa umur minimum untuk berkahwin bagi anak perempuan ialah 16 tahun.

3) Membayar hutang Kewajipan membayar hutang tidak akan terlepas selagi  penghutang tidak menjelaskan keseluruhan hutangnya walaupun telah melakukan pelbagai ibadah besar yang lain. Kecuali di halalkan oleh pemberi hutang.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud :

”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”.

Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya :  

“Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”.
   
Oleh yang demikian bersegeralah membayar hutang apabila mampu agar memudahkan perjalanan roh kita bertemu Allah s.w.t setelah kematian kita nanti.

4) Menghidangkan makanan kepada tetamu yang musafir.
Dalam kehidupan kita sering menerima tetamu-tetamu sama ada di rumah mahupun di tempat kerja. Bagi tetamu yang dalam perjalanan ke tempat lain (musafir) perlu disegerakan menghidangkan hidangan. Musafir yang menjadi tetamu kita biasanya lebih keletihan dan mungkin juga kelaparan. Oleh itu menyegerakan hidangan dapat memberi kegembiraan kepada tetamu selain memuliakan mereka.

5) Bertaubat apabila berdosa.
Imam Al-Ghazali ada menyatakan : "Seorang mukmin umpama cermin , manakala dosa-doasa yang dilakukan umpama debu-debu. Jika debu yang bertempel tidak dibersihkan segera maka debu itu akan mengotorkan cermin. Semakin banyak debu semakin kotorlah cermin dan boleh menyebabkan karat. Karat debu akan menyukarkan lagi proses pembersihan cermin tersebut"

Oleh itu setiap kali berdosa dan melakukan maksiat bersegeralah bertaubat agar cermin tidak kotor dan sentiasa cantik bersinar. Jika kita melewatkan taubat, bimbang-bimbang kita tidak sempat bertaubat apabila ajal menjengah kita.

PINTU 7 – HARTA DUNIA
Iaitu cinta harta. Sifat seperti ini akan membuat berusaha mencari harta bagaimana pun caranya. Sifat ini akan membuat seseorang menjadi bakhil (kedekut), takut miskin dan tidak mahu melakukan kewajiban yang berkaitan dengan harta.
Tambahah :
مَن كَانَ يُرِيدُ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيْهِمْ أَعْمَالَهُمْ فِيهَا وَهُمْ فِيهَا لاَ يُبْخَسُونَ
Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia ini tidak akan dirugikan.
أُوْلَـئِكَ الَّذِينَ لَيْسَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ إِلاَّ النَّارُ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواْ فِيهَا وَبَاطِلٌ مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
Itulah orang-orang yang memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah yang telah mereka kerjakan" (Hud: 15-16).
 PINTU 8 – TA’ASSUB KEPADA MAZHAB
Iaitu mengajak orang awam supaya ta’ashub (fanatik) pada madzhab atau golongan tertentu, tidak mahu beramal selain dari yang diajarkan dalam madzhab atau golongannya.
PINTU 9 - MEMIKIRKAN ZAT ALLAH
Iaitu mengajak orang awam untuk memikirkan hakIkat (kaifiyah) dzat dan sifat Allah yang sukar dicapai oleh akal mereka sehingga menjadikan mereka menjadi ragu dalam masalah paling penting dalam agama ini iaitu masalah aqidah.
Tambahan :
Melihat Allah ada dua jenis: Pertama melihat sifat keindahan Allah yang sempurna secara langsung di akhirat’ dan satu lagi melihat sifat-sifat ketuhanan yang dipancarkan ke atas cermin yang jernih kepunyaan hati yang tulen di dalam kehidupan ini. Dalam hal tersebut penyaksian kelihatan sebagai penzahiran cahaya keluar daripada keindahan Allah yang sempurna dan dilihat oleh mata hati yang hakiki.
مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَى
“Hati tidak menafikan apa yang dia lihat”. (Surah Najmi, ayat 11).
PINTU 10 - BURUK SANGKA SESAMA MUSLIM
Iaitu selalu berburuk sangka terhadap muslim lainnya. Jika seseorang selalu berburuk sangka pada muslim lainnya, pasti dia akan selalu merendahkannya dan selalu merasa lebih baik darinya.