Khamis, Jun 24, 2010

Antara Masuk UMNO dengan Tuduhan Pengganas....

Salam buat semua rakan dan teman...,
Agak menarik juga berita yang ditulis dalam Malaysia kini, Dr Asri akan masuk UMNO bersama dengan 100 orang ulama lain. Jika benar berita ini, rasanya nak juga saya bertanya apakah yang mendorong sahabat lama saya ini berbuat demikian?
Dalam pada itu rakan saya seorang lagi ada juga buat banyak kenyataaan, yang terbaru melabelkan Dr Asri termasuk juga Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan beberapa orang ulama lagi sebagai terrorist / pengganas.
Kedua-dua berita dan kenyataan ini memang amat menarik, kerana ia mendapat publisiti yang agak meluas di blog-blog dan media massa.
Berkenaan tindakan masuk UMNO, jika ia benar....rasanyaa elok dibuat kaji selidik terlebih dahulu. Dulu sebelum 1978, Pas dah pun masuk BN...tetapi tiada apa yang BN beri pada semua tuntutan Pas termasuk undang-undang Islam, juga di kalangan alim ulama yang masuk UMNO seperti Us Nakhaie Hj Ahmad pun gagal juga mengubah UMNO dari dalam.....adakah Dr Asri, kalau benar berita tersebut, mampukah sahabat lama saya ini mengubah UMNO dari dalam ? soalan itu agak subjektif...
Rakan saya yang sorang lagi ni, entah apa yang mendorong dia membuat tuduhan begitu pedih didengari oleh mereka yang kasihkan tuan guru, rasanya tak pernah pulak saya dengar TGHH bercakap sesuatu tentang dia, atau jauh sekali TGHH menuduh beliau.....kita tahu TGHH seorang yang sibuk dengan jawatannya sebagai seorang Presiden yang berusaha untuk menegakkan negara Islam di Malaysia ini, sepatutnya kita bantu TGHH, bukannya menambahkan masalah.
Semoga rakan-rakan kita ini memandang ke belakang seketika, lihat apa yang telah ditinggalkan oleh orang yang telah mendahului kita....kerana pada sejarah itu ada contoh dan teladan yang boleh kita ambil dan contohi, dan kadang-kadang juga sebagai penentu benar atau tidak setiap tindakan kita.
Masa di Universiti dulu samada di Yarmouk atau di Urduniah, kita ada belajar tentang "Asalib Da'wah".....adakah apa yang dilakukan ini benar-benar berdasarkan perhitungan ilmu dan tawadhu' setiap da'i, ataupun sekurang-kurangnya dilihat kesan-kesannya kepada masyarakat, serta kesan kepada perjalanan da'wah itu sendiri....apakah untungnya da'wah dengan tindakan oleh teman-teman kita ini? Mudah-mudahan Allah memberi taufiq dan hidayah-Nya supaya kita semua teruskan perjuangan dengan mengurangkan masalah di jalanan da'wah...amin.

Sabtu, Jun 19, 2010

Pembangunan Kota Mekah

Alhamdulillah......setelah berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah, dari 9 Jun hingga 16 Jun 2010, 18 Jun 2010 jam 2.00 pagi saya selamat sampai di Ampang. Terurailah rindu pada anak-anak dan isteri tercinta.
Kali ini saya juga ke Mekah melalui Istanbul. Agak bertuah juga tahun ini, kerana sempat melihat Turki dalam suasana marah pada Israel dengan kematian beberapa warganya dalam konvoi kebajikan / kemanusia. Kelihatan kemarahan mereka membuak-buak, terasa betapa hebatnya kalau Kerajaan Othmaniah kembali berinteraksi dengan dunia, kembali menunjukkan kekuatannya yang selama ini telah dipendamkan oleh Kamal Atartuk sejak 1924 lagi.
Bila sampai di Mekah, kelihatan pembangunan kota mekah yang amat hebat, antaranya Zam Zam Tower.
Semasa bercakap dengan seorang yang agak banyak maklumat tentang pembangunan kota Mekah, ada sedikit maklumat mengenai Menara Zam zam ini. Katanya, harga jam yang terbesar di dunia ini ialah 400 juta euro (dalam 1.2 billion Ringgit Malaysia). Boleh dilihat dari jarak 7 KM lagi. Orang Malaysia yang sedang berkeja memasang jam ini.....
Bila mendengar bilangan duit yang begitu banyak, terasa juga bahawa tanda kiamat yang pernah disabdakan baginda sollahu alaihi wasallam.
(أن تلد الأمة ربتها، وأنت ترى الحفاة العراة العالة رعاء الشاء يتطاولون في البنيان)
(Maksud : dan Apabila ibu-ibu melahirkan tuan-tuannya, dan kamu melihat orang yang telanjang / fakir miskin membina bangunan-bangunana tinggi...)
Gambar si sebelah adalah lukisan penulis yang memberi gambaran jam tersebut, sehingga saya meninggalkan Mekah, boleh dikatakan 2 keping dari jam tersebut telah dipasang, apabila saya berada agak jauh dari Mekah, kelihatan menara itu masih lagi jelas.
Pembangunan ini membuktikan betapa benarnya perkatan baginda sollahu alaihi wasallam. Amat ramai orang kaya di Mekah, harta mereka terhasil dari perniagaan yang timbul dari para Ummar dan Hujjaj yang datang ke Mekah dan madinah.

Selasa, Jun 01, 2010

Lakonan Amerika & PBB




 

Assalamualaikum
Seharian kita dengar kutukan dan penghinaan kepada Israel. Malaysiapun melalui PM, sejak pagi lagi disiarkan dalam berita. Amerikapun berkokok jugak...Obama sedih dengan pembunuhan. Lakonan yang hebat.....
Tidakkah kita sedar, semasa Israel mengistiharkan penubuhan negara Israel, kedengaran juga penghinaan dan kutukan....tetapi akhirnya, banyak negara mula mengiktiraf kewujudannya satu demi satu.
Agak-agaknya, dengan kutuk adakah Israel akan berundur, atau sekurang-kurangnya meminta maaf. Pada pandangan saya berdasarkan kerja-kerja datuk nenek moyang mereka sejak dulu, mereka tidak mungkin akan berundur walau setapakpun, mereka tidak mungkin akan memohon maaf.

Semasa kedatangan nabi-nabi dan rasul-rasul, mereka membunuh utusan Allah itu, mereka juga mendustai segala risalah yang di bawa oleh para utusan ini. Merekalah yang membunuh Nabi Yahya, Nabi Zakaria dan lain-lain.

Berdasarkan rekod mereka yang amat banyak dalam al Quran, tidak mungkin mereka akan berundur....
Alangkah baiknya setiap negara Islam, terutama negara-negara Arab yang kaya raya, yang berada di sekeliling Palestin memberi ancaman serangan kepada Israel, tetapi setakat ini tiada kuasa atau negara Islampun yang sanggup memberi amaran serangan kepada Israel.
Apakah yang akan berlaku kepada penduduk seagama kita di Gaza?????

Ya Allah selamatkanlah konvoi ke Palestin

Assalamualaikum
Saya amat terharu dengan ketinggian semangat serta kesungguhan yang tiada batasan yang ditunjukkan oleh sukarelawan kita yang menyertai konvoi kapal ke Ghazzah....berita yang diperolehi hari ini amat mendukacitakan kita....meskipun kita tidak mampu menyertai sama secara jasadian, namun jiwa dan perasaan kita tetap bersama mereka.
Paling mengagumkan saya, apabila ada juga yang bukan Islam sanggup membahayakan diri mereka...walaupun bukan kerana Islam, tetapi kerana simpati yang lahir dari rasa peri kemanusiaan.
Sepatutnya kita orang Islam mempunyai perasaan yang lebih dari itu, kita saudara seagama..bantulah wahai teman-teman, doalah..kalau mampu ayuhlah kia memburu syahid...ALLAHU AKBAR.