Khamis, April 28, 2011

PENGISIAN ILMU

PENGISIAN 1
رُوِيَ عنِ النَّبِيِّ  أَنَّهُ قال
خَصْلَتَاْنِ لا شَيءَ أفضَلُ مِنْهُمَاْ : الإِيْمَاْنُ باللهِ وَ النَّفْعُ لِلْمُسْلِمِيْنَ و خَصْلَتَاْنِ لا شَيءَ أَخْبَثُ مِنْهُما :
الشِّرْكُ باللهِ والضَّرُّ بِالْمُسْلِمِيْنَ
Diriwayatkan dari Nabi sollahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
Dua perkara tiada yang lebih baik dari kedua-duanya, iaitu Iman dengan Allah dan memanafaat diri untuk kepentingaa orang-orang Islam.
Dan dua perkara yang amat buruk dari kedua-duanya, iaitu Syirik kepada Allah dan memudharatkan orang-orang Islam.

PENGISIAN 2
وقال :
علَيْكُم بِمَجَاْلِسَةِ العُلَمَاء وَاسْتِمَاْعِ كَلاَمَ الحُكَمَاْء فَإِنَّ اللهَ تَعَاْلَى يُحْيِيْ الْقَلْبَ الْمَيْتَ بِنُوْرِ الحِكْمَة كَمَاْ
يُحْيِيْ الأرْضَ الْمَيْتَةَ بِمَاْءِ الْمَطُر
Dan bersabda baginda Sollahu ‘alaihiwasallam :
Biasakanlah diri dengan majlis alim ulama’ serta mendengar percakapannya, kerana Allah menghidupkan jiwa yang mati sebagaimana bumi yang mati dihidupkan oleh air hujan.
وعَنْ عُثمَاْنَ بن عَفَّاْن :
هَمَّ الدُّنْيَاْ ظُلْمَةٌ في الْقَلْبِ هَمَّ الآخِرَة نُوْرٌ في القَلْبِ

Dan dari Uthman bin Affan, katanya :
Bercita-cita dunia adalah kegelapan dalam hati,
Manakala bercita-citakan Akhirat menerangi hati seseorang.

PENGISIAN 3
وعَنْ عِلِي :
مَنْ كَاْنَ في طَلَبِ العِلْمِ كانَتْ الجُنَّةُ في طَلَبِهِ وَمَنْ كَاْن في طلَبِ الْمَعْصِيَة كانَتْ النَّاْرُ في طَلَبِهِ
Dari Ali, katanya :
Sesiapa yang menuntut ilmu, syurga adalah dalam tuntutannya,
Dan sesiapa yang menuntut kemaksiatan adalah neraka dalam tuntutannya

PENGISIAN 4
وقيلَ :
إن الشَّهْوَةَ تُصيِّرُ المُلوك عبيداً والصَّبْرُ يصيِّرُ العبيدُ ملوكا ... ألا تَرى إلى قصةِ يوسف وزليخا
Dikatakan:
Sesungguhnya syahwat menjadikan seseorang raja itu hamba,
Manakala sabar itu menjadikan hamba itu raja…..
Tidakkah kamu lihat kepada kisah Nabi Yusof dengan Zulaikha, Yusof alaihissalam sabar dalam menghadapi ujian maka dia menjadi orang paling hebat. Manakala Zulaikha mengikut hawa nafsu yang menjatuhkan martabat manusia.


PENGISIAN 5
رُوِيَ عنِ النبي  أنه قال :
منْ أصبحَ وهو يشْكُو ضيقَ المَعاْشِ فكأنما يشكو رَبَّهُ ومَنْ أصبحَ لأُمورِ الدنيا حزينا فقدْ أصبحَ ساخِطاً
على اللهِ ومَنْ تَوَاْضَعَ لِغَنيٍّ لِغِنَاْهُ فقد ذهَبَ ثُلُثا دِيْنُهُ
Diriwayatkan dari Nabi  dengan sabdanya :
Sesiapa yang pada paginya mengadu tentang kesempitan hidupnya,
seperti ia mengadu kepada Tuhannya.
Sesiapa yang setiap pagi merasa sedih di atas urusan-urusan dunianya
maka jadilah ia mendapat kemurkaan Allah,
Sesiapa yang rendahkan dirinya kepada orang kaya sesungguhnya
telah pergi sepertiga agamanya.

PENGISIAN 6

وعن كعبِ الأحبار رضي الله عنهُ قال :
الحُصونُ للمؤمنين ثلاثٌ : المسجدُ حُصْنٌ وذِكرُ اللهِ حُصنٌ وقراءةُ القرءان حُصنٌ

Daripada Ka’bul Ahbar, katanya : Kubu untuk para mukminin tiga.
Masjid adalah kubu mukmin.
ZikrulLah adalah kubu orang mukmin
Bacaan al-Quran juga adalah kubu orang mukmin.

PENGISIAN 7


وعن أَبي هُريرةَ أنه قال :
قال النبي  ثلاثُ الكفارات فإسباغُ الوضوءِ في السَّبُورات ونَقْلُ الأقدامِ إلى الجماعات وانتِظارُ
الصلاة بعدَ الصلاة
Dari Abi Hurairah, Bersabda Nabi  tiga perkara yang boleh menebus dosa seseorang,
iaitu meratakan air sembahyang walaupun dalam keadaan kesusahan seperti
kesejukan, mengatur tapak kaki ke masjid untuk solat berjemaah dan menunggu
solat ke solat yang lain.

Ahad, April 17, 2011

FITNAH DALAM AL QURAN

Assalamualaikum....
Semasa berkuliah di Masjid Kota Damansara, ada satu soalan yang dikemukakan melalui sma, menanyakan tentang bahagian-bahagian fitnah. Dalam al Quran, kalimah 'FITNAH' memberikan beberapa maksud, sebagaimana berikut :
1) Ayat 15 surah At Thaghabun, Firman Allah Subhanu wata'ala :
إنما أموالُكُم وأولادُكم فتنةٌ واللهُ عندهُ أجرٌ عظيمٌ
(Maksudnya : Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi 'Ujian', dan di sisi Allah jualah pahala yang besar)
Fitnah yang diamksudkan dalam ayat ini ialah, ujian terhadap seseorang itu datang melalui keturunannya dan harta bendanya. Kedua-dua ujian ini boleh menyebabkan si muslim kurang komitmentnya dengan agamanya.
2) Ayat 63 Surah as Sofaat, Firman Allah Subhanu wata'ala :
إنا جعلنا فتنةَ للظالمين
(Maksudnya : Sesungguhnya Kami jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan azab seksa bagi mereka di akhirat)
Fitnah dalam ayat ini membawa maksud balasan azab kepada orang yang menjadi ahli neraka, buah zaqqum adalah satu balasan yang paling layak untuk mereka yang dahulu di dunia mendustai ayat-ayat Allah, serta melakukan kejahatan dan kebejatan.
3) Ayat 20 Surah al Furqan, Firman Allah Subhanu wata'ala :
وما أرسلنا قبلِكَ منَ المُرسلين إلا إنهم ليأكلون الطعامَ ويمشُون في الأسواق وجعلنا بعضَكُم لبعضٍ فتنة أتصبِرون وكان ربُّكَ بصيرا
(Maksudnya : Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapt bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makluknya).
Fitnah dalam ayat ini adalah suatu perkara yang memperlihatkan dua puan, satu puak menekan puak yang lain dan satu lain bertahan dengan bersabar dan menanganinya dengan baik dan tenang...dan akhirnya dengan fitnah ini lahir golongan yang kental kesabarannya.
4) Ayat 85 Surah Yunus, Firman Allah Subhanu wata'ala :
فقالو على اللهِ توَكَّلنا ربَّنا لا تجعلنا فتنةً للقوم الظالمين
(Maksudnya : Lalu mereka berkata, kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaran bagi kaum yang zalim ganas)
Fitnah dalam ayat ini dalam keadaan adanya sesuatu kaum atau individu yang menggunakan orang lain untuk kepentingan dirinya atau kumpulan mereka sendiri.
Saudara.....
Setakat ini dulu 4 ayat yang mencakupi 4 suasana dan keadaan, untuk menjadi pengiktibaran bagi orang-orang yang mahu berfikir. Firman Allah Subhanahu wata'ala :
كذلك يُبَيِنُ اللهُ لكمُ الآياتِ لعلكم تتفكرون
(Maksudnya : Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).
2)

Selasa, April 05, 2011

ROTAN CARA MENDIDIK ANAK-ANAK


Seandainya setiap ibubapa memahami kepentingan rotan kepada anak-anak, serta mengetahui bahawa rotan ini adalah dari anjuran Rasulullah sollallahu alaihi wasallam maka sudah tentu cara ini diamalkan sepanjang masa dan ketika.

Assalamualaikum
Ramai pakar motivasi yang tidak bersetuju dengan penggunaan rotan untuk mengajar anak-anak. Apakah puncanya pakar-pakar motivasi ini memandang rotan secara negatif. Sememangnya tentu ada sebabnya yang tertentu.....namun bagi kita, Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam ada menyebut tentang rotan ini dalam hadis-hadis baginda, misalnya :

رَحِمَ اللهُ عَبداً عَلَّقَ في بيتِهِ سَوطاً يُؤَدِّبُ أَهْلَهُ
(رواية الأمام السيوطي)
(Rahmat Allah kepada seseorang hamba yang menggantungkan di dalam rumahnya rotan, dengan tujuan mengajar adab dengannya akan keluarganya)

Dalam hadis baginda yang lain ada dinyatakan :
لَأَنْ يُؤَدِّبُ أحَدُكُم ولَدَهُ بسَوطٍ خيرٌ لهُ من أن يتصدَّقَ عنه صاعٍ
ابن حجر في تحرير المقال
(Bahawa mengajar adab seseorang terhadap anaknya dengan memukulnya dengan rotan, terlebih baik dari berbuat sedekah dengan satu gantang zakat fitrah)

Manakala hadis yang selalu kita dengar dibaca orang ialah :
مُروا الصبِيَّ بالصلوات إذا بلغَ سَبْعَ سنين وإذا بلغَ عشرَ سنين فاضرِبوا عليها
رواه أبو داود والطبراني في الكبير
(Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang)
Berdasarkan 3 hadis di atas, anak-anak yang agak degil dengan solat ini perlu serba sedikit diadabkan dengan rotan, agar mereka sedar bahawa meninggalkan solat itu amat besar dosanya.

Rasulullah menyuruh kita mengajar adab dan akhlak dengan pemantauan secara berotan, jika kelihatan anak-anak itu dari kalangan manusia yang patuh dan taat, maka rotan tidak perlu digunakan. Namun menggantungkan rotan di rumah masih-masing adalah tanda untuk memperingatkan anak-anak agar sentiasa ingatkan solat serta berakhlak tinggi.
Maka kesannya, sudah tentu anak-anak dapat diajar sejak dari kecil dan diadabkan dengan cara yang benar-benar mengikut aturan agama.

Namun, rotan yang dianjurkan Islam sebenarnya bukanlah rotan yang boleh mendatangkan luka atau parah. Ia adalah rotan yang bertujuan mendidik.
Pakar-pakar motivasi perlu melihat dalam ruangan yang amat positif, agar kaedah rotan ini menjadi salah satu cara terbaik yang mampu mengadabkan anak-anak.

Isnin, April 04, 2011

10 Perkara Yang Mematikan Hati

سئل ابراهيم بن ادهم رحمه الله عليه: مابالنا ندعو ولا يستجاب لنا؟ قال:ماتت قلوبكم من عشره اشياء: عرفتم الله ولم تؤدوا حقه
عرفتم النار ولم تهربوا منها
عرفتم كتاب الله ولم تعملوا به.
تدفنون موتاكم ولا تعتبرون.
انشغلتم بعيوب غيركم وتركتم عيوب انفسكم.
عرفتم الجنه ولم تعملوا لها.
عرفتم ان الموت حق ولم تستعدوا له.
ادعيتم عداوه الشيطان وواليتموه.
تأكلوا رزق الله ولا تشكرونه.
ادعيتم محبه الرسول صلى الله عليه وسلم وتركتم سنته واثره

Ditanya orang kepada Ibrahim bin Adham, apakah gerangan sebab doa-doa kita tidak di maqbulan, kata Ibrahim kerana hati kamu mati kerana 10 perkara :
1. Kamu mengenali Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
2. Kamu kenal api neraki, tetapi kamu tidak melarikan diri darinya.
3. Kamu kenal kitab Allah, akan tetapi kamu tidak beramal dengannya.
4. kamu mengemebumikan jenazah-jenazah, akan tetapi kamu tidak mengambil pengajaran.
5. Kamu sentiasa sibuk dengan keaiban orang, akan keaiban kamu kamu biarkan.
6. Kamu kenal syurga, akan tetapi kamu tiddak beramal untuknya.
7. Kamu tahu mati suatu yang benar, akan tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
8. Kamu mendakwan bermusuh dengan syaitan, akan tetapi kamu menjadikannya teman.
9. Kamu makan rezeki Allah, akan kamu tidak mensyukuri-Nya.
10. Kamu mendakwa cintakan Rasulullah akan tetapi kamu meninggalkan sunnahnya.
Katan Ibrahim bin Adham disebabkan 10 perkara inilah, menyebabkan doa-doa seseorang tidak kabulkan. Mohon dijauhkan Allah dari penyebab yang 10 ini.