Khamis, Disember 27, 2007

Pengembaraan ILMU 3

Assalamualaikum, selamat berjumpa lagi ...............
Untuk siri kali ini, saya nak perkenalkan sahabat-sahabat saya ketika belajar di Jordan. Kami semuanya sembilan orang. Saya sendiri, Ustaz Harun Sulaiman sekarang Pengetua Sekolah Agama di Lalang Pepuyu Kelantan, Dr Adnan sekarang orang kuat KUIS, Dr Khairul Anuar sekarang Pensyarah UPM, Ust Fadli tak dapat dikesan kemana, Ust Wan Aziz guru di Johor, Ust Nik Rahim guru di Darul Anuar Kelantan, 2 orang lagi tak ingat. Semuanya sekarang mempunyai kerjaya masing-masing. Saya mengharapkan agar rakan-rakan saya yang membaca blogspot saya ini menghubungi saya. Nanti kita kongsi lagi ......

Selasa, Disember 25, 2007

Pengembaraan ILMU 2

Salam buat semua .....
Untuk siri kali ini, saya nak kongsi tentang senarai guru-guru saya di Jordan. Untuk makluman semua, sesampai saya di Jordan dalam bulan September 1997, tempat penginapan kami ialah di satu pekan bernama 'SUWEILEH", terletak dalam 2 KM dari Universiti Jordan, jauh dari bandar Amman lebih kurang 8 KM. Sewaktu pertama kali sampai di Suwaileh kami menemui 3 orang malaysia yang telah lama belajar di situ.
Guru berbangsa arab yang pertama kami temui ialah Syeikh Dr Solah Abdul Fatah Al Kholidi, orangnya warak, amat mengambil berat tentang kami. Kitab pertama yang kami belajar dengannya ialah Tafsir Kalbi.
Kumpulan kami seramai 9 orang, semuanya mempunyai latar belakang Bahasa Arab melainkan saya sahaja. Dr. Solah tetap menyuruh kami membaca, bila saya baca ramai yang tersipu-sipu kerana banyak sangat salah, tetapi Dr. Solah tetap menyuruh saya baca, memang dia cukup sabar dalam mengajar kami. Di raut mukanya ternampak akan keikhlasan beliau, payah nak carai guru macam ni. Beliau juga mendapatkan seorang guru untuk mengajar bacaan Al Quran.
Syeikh Solah ini amat meminati As Syahid Syed Qutb. Thesis PHD beliau berasaskan kitab Fi Zilalil Quran karangan Syed Qutb ketika dalam penjara. Banyak juga buku-buku yang beliau karang, antaranya "Kisah-kisah umat terdahulu dalam 3 jilid", buku ini amat saya minati dan sering menjadi rujukan ketika membentangkan kisah-kisah nabi-nabi di kuliah-kuliah saya di Selangor dan Kuala Lumpur, juga buku beliau berjudul "taswibat fi ilmi quran", juga memberikan suatu suntikan hebat kepada ilmu al quran.
Pernah satut ketika, bila kami menyewa rumah di Suwaileh, agak hampir dengan Masjid Abdur Rahman bin Auf, tempat beliau bertugas sebagai imam. Penyewa rumah itu menipu kami, deposit dia ambil tetapi akhir menghalau kami tanpa mengembalikan wang deposit, Syeikh Solah menemui tuan rumah itu sendiri, akhir tuan rumah itu mengembalikan wang deposit. Syeikh Solah cukup mengambil berat pada kami. Bilangan kami ketika itu 9 orang.
Kita sambung dalam pengembaran ilmu yang lain pula.

Ahad, Disember 23, 2007

Pengembaraan ILMU 1


Assalamualaikum
Untuk makluman rakan-rakan semua, latar belakang pengajian saya di peringkat SPM ialah akademik biasa sahaja dalam aliran perdagangan. Sekolah saya agak terkenal juga di Kuala Terengganu iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, panggilan pendek biasa digelar dengan "SS".

Bagaimana saya boleh berpindah ke aliran Arab, itulah yang ingin saya kongsi dengan rakan-rakan semua. Ianya bermula dari satu ceramah seorang penceramah dari Mesir yang bernama Professor Muhammad Al Wakeel. Ucapan beliau yang menggunakan bahasa Arab fushah menyebabkan jiwa saya terpikat dengan Bahasa Arab. Dari sinilah saya mulai mencari-cari cara mempelajari bahasa Al Quran ini.

Pencarian ini akhirnya menyampaikan saya ke bumi Anbiya iaitu Jordan. Saya ke Jordan pada bulan September 1987. Dari sini bermulalah pengajian Bahasa Arab saya, bukannya suatu yang senang bagi orang macam saya untuk belajar Bahasa Arab yang amat asing bagi saya, selama ini hanya boleh baca AL Quran sahaja, tanpa mengetahui maknanya....agaknya bagaimana cara saya belajar ..Insya' ALLAH akan saya sambung dalam keluaran akan datang.

Pengalaman ILMU 2 - KATA SAIDINA ABU BAKAR

Kata Saidina Abu Bakar As Siddiq yang saya petik dari kitab "Persiapan Hari Yang Dijanjikan" Muallif (Pengarang)nya ialah Ibnu Hajar Al asqolani, Kata Saidina Abu Bakar As Siddiq "Kegelapan itu ada lima, yang menerangkannya juga lima, iaitu; (1) Cintakan dunia ialah kegelapan, cahayanya ialah Taqwa, (2) Dosa itu kegelapan, yang menerangkannya ialah Taubat, (3) Kubur itu ialah kegelapan, yang menerangkannya ialah kalimah syahadah, (4) Akhirat itu kegelapan, yang menerangkannya ialah amal soleh dan yang ke (5) ialah titian sirath itu juga kegelapan, yang menerangkannya ialah Keyakinan.

Pengalaman ILMU 1



Sewaktu kita sedang menunggu perisytiharan HARI RAYA AIDIL ADHA masyarakat kita agak terkejut kerana pergeseran maklumat yang agat ketara, ini berlaku apabila Kerajaan Saudi Arabi telah mengisytiharkan wukuf di Padang Arafah ialah pada 18 Disember yang menyamai 9 Zulhijjah, juga bersamaan dengan hari Selasa. Ini bermakna Hari Raya Aidil Adha ialah pada hari Rabu, kerana Raya Haji mestilah sehari selepas wukuf. Tetapi kerajaan kita mengisytiharkan kita berhari raya haji pada hari khamis bersamaan 20 Disember. Pengisytiharan inilah yang menjadi perbualan ramai orang di Malaysia.
Agaknya pandangan ini menyamai hari raya aidil fitri. Tetapi hari raya haji memang agak berlainan dari adil fitri, kerana dia berasaskan hari Wukuf di Padang Arafah. Persoalannya mengapa kita tidak boleh menyamakan tarikh tersebut dengan kerajaan Saudi Arabia kerana memandangnya ia berasaskan hari wukuf ? ini suatu persoalan yang perlu dijelaskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan agar masyarakat Islam tidak confuse dan tidak timbul sebarang pertikaian dalam penetapan hari raya haji ini.
Kita perlu juga memikirkan bahawa, bukan sekadar solat hari raya yang terlewat jika dibandingkan dengan Saudi Arabia, tetapi juga sembelihan, yang mana jika dilakukan pada hari ke 3 di Malaysia, tariknya di Saudi ialah 14 Zulhijjah?!!!, kerajaan kita perlu lakukan sesuatu agar permasalah ini diselesai kan dengan cara baik dan menyakinkan. Semoga sesiapa yang membaca blogspot ini yang mempunyai authority dalam bidang ini memberikan responnya agar dapat menyedapkan hati kita Insya ALLAH. Sekian sahaja untuk kali ini.

RENUNGAN 1


Salam buat semua rakan-rakan yang suka melayari internet dan mencari blogspot yang memberi manafaat. Dalam ruangan RENUNGAN1 ini, ingin saya berkongsi satu hadis Rasulullah sollahu 'alaihiwasallam yang saya petik dari kitab karangan Syeikh Ibnu Hajar Al 'asqolani, sabda Rasulullah "Enam perkara yang pelik jika berada pada enam tempat, (1) Masjid yang cantik dan mahal amat pelik kerana tiada orang bersembahyang di dalamnya, (2) Mashaf Al Quran pelik kerana berada di rumah seseorang, tetapi tidak dibacanya, (3) Pelik dengan Al Quran yang berada dalam mulut orang yang zalim, (4) Pelik dengan seorang perempuan yang solehah bersuamikan lelaki yang buruk akhlaknya, (5) Pelik dengn seorang lelaki yang beristerikan dengan perempuan yang buruk akhlaknya dan ke (6) Si alim yang menyampaikan ilmu pelik kerana tiada orang yang mendengarnya, sabda Rasulullah lagi ALLAH berlepas diri dari semua golongan ini, dan DIA tidak melihat dengan penglihatan Rahmat." Semoga hadis ini mampu memberikan kita suatu peringatan terhadap perkara yang sedang berlaku di sekitar kita sekarang ini. Mudah-mudahan ALLAH memberikan kita keimanan yang berkekalan Amin.

Sabtu, Disember 22, 2007

Salam pertemuan



Assalamualaikum kepada semua yang sudi melayari blogspot saya ini. Tujuan utama melancarkan blogspot ini ialah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, agar setiap huruf ilmu yang saya pelajar dapat disebarkan, biarpun ia tidak banyak dan banyak kelemahan, namun usaha-usaha meninggikan martabat ilmu masyarakat adalah suatu usaha yang perlu dilakukan tanpa penat lelah, tanpa rasa kecewa.
Nama saya Shukri Harun, orang panggil juga dengan Ustaz Shukri. Sekarang berumur 42 tahun lebih kurang. Beristeri dan mempunyai 5 orang anak permata hati, 4 perempuan 1 lelaki, Harapan agar anak-anak ini mampu menyambung lidah dakwah yang saya terokai sekarang ini secara sepenuh masa. Berasal dari Negeri tepi pantai iaitu Terengganu. Amat sensitif dengan isu-isu pendidikan, ini adalah kerana saya seorang guru. Pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Teknik Johor Baharu, juga lama berkhidmat sebagai guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, di Jengka Pahang, pernah menjadi Pengetua Kolej Sains & Teknologi AL Quran di Besut, singkatannya KOSTAQ, pernah menjawat jawatan sebagai Guru Besar Kafa Integrasi di Kafa Integrasi Masjid TTDI Jaya, juga pernah menjawat jawatan sebagai Guru Besar di Sekolah Rendah Islam Masjid Darul Ehsan SRIIMDE) dan sekarang memegang jawatan Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) ILMI di Ampang.
PENDIDIKAN & KELULUSAN
Berkelulusan dari Universiti Yarmouk, Jordan dalam bidang Fekah & Pengajian Islam pada tahun 1995, memperolehi Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah dalam bidang Bahasa Arab di Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit (MPKTBR) dalam tahun 1996, dan sekarang sedang menyambung pengajian ke peringkat Sarjana di Universiti Malaya dalam bidang Pendidikan Islam, di Fakulti Pendidikan.
Banyak kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah saya hadiri di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang, bagi mematangkan ilmu serta menambahkan pengalaman ilmu, agar mampu diterima orang dan digunakan orang.