Isnin, April 22, 2019

Musibah Kerana Membelakangi Ulama


قال رسول الله صلي الله عليه و آله و سلم: «سيأتي زمان على اُمّتي يفرّون من العلماء كما تفرّ الغَنَم من الذئب ، فإذا كان كذلک ابتلاهم الله تعالى بثلاثة أشياء: الأوّل : برفع البركة من أموالهم ، والثاني : يسلّط عليهم سلطاناً جائراً، والثالث : يخرجون من الدنيا بلا إيمان »[287]
Nabi sollahu alaihi wasallam bersabda “Akan datang suatu masa kepada umatku, di mana mereka lari dari (ajaran) para ulama dan fuqaha, maka Allah akan menurunkan bala (musibah) kepada mereka dengan tiga macam musibah iaitu :
1.   Allah menghilangkan berkat  dari usaha-usahanya.
2.   Allah menjadikan raja yang zalim buat mereka.
3.   Allah akan mengeluarkan mereka dari dunia (mati) tanpa iman.

Mencampurkan Puasa Dengan Ibadat Yang Lain


Lihatlah bagaimana keutamaan Abu Bakr Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu yang menggabungkan antara memberi makan dengan amalan lainnya. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ صَائِمًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ تَبِعَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ جَنَازَةً قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ أَطْعَمَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مِسْكِينًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا قَالَ فَمَنْ عَادَ مِنْكُمْ الْيَوْمَ مَرِيضًا قَالَ أَبُو بَكْرٍ أَنَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا اجْتَمَعْنَ فِي امْرِئٍ إِلَّا دَخَلَ الْجَنَّةَ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya (kepada para sahabat), 

“Siapakah di antara kalian yang pada hari ini berpuasa?” Abu Bakar berkata, “Saya.”

Beliau bertanya lagi, “Siapakah di antara kalian yang hari ini sudah mengiringi jenazah?” Maka Abu Bakar berkata, “Saya.”

Beliau kembali bertanya, “Siapakah di antara kalian yang hari ini memberi makan orang miskin?” Maka Abu Bakar mengatakan, “Saya.”

Lalu beliau bertanya lagi, “Siapakah di antara kalian yang hari ini sudah mengunjungi orang sakit.” Abu Bakar kembali mengatakan, “Saya.”

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun bersabda, “Tidaklah ciri-ciri itu terkumpul pada diri seseorang melainkan dia pasti akan masuk surga.” (HR. Muslim, no. 1028).



Sabtu, April 20, 2019

Soalan Iman Kepada Hassan Basri


سأل رجل #الحسن_البصري -رحمه الله - فقال :
Seorang lelaki bertanya kepadanya Syeikh Hassan Basri:
يا أبا سعيد : أمؤمن أنت ؟
Wahai Aba Sai’d : apakah kamu beriman?

فقال له : الإيمان إيمانان،فإن كنت تسألني عن الإيمان بالله وملائكته وكتبه ورسله والجنة والنار والبعث والحساب،فأنا به مؤمن،
Lalu Syeikh Hassan Basri menjawab : Iman itu adan dua perkara.
Seandainya kamu bertanya tentang iman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, syurga, neraka, hari kebangkitan dan perhitungan, sesungguhnya aku beriman.
وإن كنت تسألني عن قول الله تعالى :
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا ۚ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
(yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka
Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. (al Anfal 2 – 4)
فوالله ما أدري أنا منهم أم لا ...
Demi Allah aku tidak tahu apakah aku tergolong dari mereka atau tidak
ذكره القرطبي في تفسيره .

الحسن البصرى يقول هذا
فماذا نقول نحن؟!!!
 سلم يارب ،،
#منقول

Disebut oleh Qurtubi dalam tafsirnya. Hassan Basri yang berkata, oleh itu apa pula yang kita mahu kata


Khamis, April 18, 2019

Ahli Ibadah Yang Bermain-Main Dgn Ibadat



PERTAMA

Seorang sahabat Nabi bernama Abdullah ibn Mas’ud pernah menegur beberapa ahli ibadah dari Kufah yang menyisihkan diri dari masyarakat. Apabila ditanya mengapa berbuat sedemikian? Mereka menyatakan bahawa mereka ingin mengelakkan diri dari hiruk pikuk dunia dan beribadah. Abdullah ibn Ma’sud lantas berkata:

 لَوْ أَنَّ النَّاسَ فَعَلُوا مِثْلَ مَا فَعَلْتُمْ ، فَمَنْ كَانَ يُقَاتِلُ الْعَدُوَّ ؟ وَمَا أَنَا بِبَارِحٍ حَتَّى تَرْجِعُوا
Andai semua melakukan seperti yang kalian lakukan (hanya sibuk beribadah), siapa yang akan berjuang melawan musuh Islam? Aku tidak akan berganjak selagi kamu tidak pulang (kembali menyumbang untuk Islam). (Ibn al-Mubarak, Kitab al-Zuhud).

KEDUA

Pendekatan yang sama dilakukan oleh Abdullah ibn Mubarak, seorang tokoh tabi’en dan ilmuan hadith. Abdullah ibn Mubarak menegur seorang tabi’en yang masyhur iaitu Fudayl ibn Iyad yang menyibukkan diri beribadah di Tanah Haram. Abdullah ibn Mubarak menulis beberapa rangkap syair yang mengguris hati Fudail. Kata Abdullah:

 يا عابدَ الحرمين لو أبصرتْـَنا ... لعلمتَ أنَّكَ في العبادةِ تلعبُ مَنْ كانَ يخضبُ خدَّه بدموعِه ... فنحورنُـا بدمـائِنا تَتَخْضَبُ أوكان يتعبُ خيله في بـاطل ... فخيـولنا يوم الصبيحة تتعبُ ريحُ العبيرٍ لكم ونحنُ عبـيرُنا ... رَهَجُ السنابكِ والغبارُ الأطيبُ
“Wahai ahli ibadah tanah haram, sekiranya engkau menyaksikan (jihad) kami, maka engkau akan tahu bahawa ibadahmu hanyalah bermain-main. Mereka (ahli ibadah) membasahi pipi mereka dengan air mata sedang tengkung-tengkuk kami dibasahi darah (pertempuran). Tubuhmu harum dengan wangian sedang minyak wangi kami adalah peluh dan debu di medan.”

Membaca syair yang dikirimkan ini, Fudail menangis lalu membenarkan apa yang diucapkan oleh Abdullah ibn Mubarak.

KETIGA

Al-Imam al-Zahabi merekodkan kata-kata Yunus ibn Ubaid, seorang tabi’en yang terkenal. Yunus didapati menangis sebelum meninggal dunia. Apabila ditanya mengapa engkau menangis wahai Yunus? Dia berkata: Aku melihat kedua kakiku dan kakiku ini tidak pernah tersentuh debu-debu di medan jihad. Sedangkan Rasulullah ﷺ bersabda:

 ما اغبرت قدما عبد في سبيل الله فتمسه النار

Dua kaki yang tersentuh debu di jalan Allah tidak akan disambar api neraka. (HR al-Bukhari)

KEEMPAT

Dunia hari ini penuh dengan cabaran pemikiran yang merosakkan kefahaman ummah tentang Islam. Idea-idea berteraskan kerangka pemikiran liberalisme, sekurlarisme, dan pelbagai lagi rencam pemikiran telah meracuni pemikiran ummah.

KELIMA

Andai tiada yang peduli, siapa lagi yang akan membantu berjuang memperbaiki keadaan ummah. Menyisihkan diri dari pergelutan pemikiran ini bukanlah pendekatan yang terbaik. Moga setiap kita berperanan dalam membantu memuliakan syariat Allah.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Selasa, April 09, 2019

3 Sampul Agama



عن حامد اللقَّاف رحمه الله أنهُ اَتاه رجلٌ فقال لهُ : اَوْصِنِى فقال : اجعلْ لدينك غلافاً كغِلافِ الصُحُفِ قيل لهُ : ما غلافُ الدينِ ؟ قال لهُ : تَرْكُ الكلامِ إلا ما لا بُدَّ مِنهُ وتركُ الدنيا إلا ما لا بُدَّ منهُ وتركُ مخَاْلَطَةِ النَّاسِ إلا ما لا بُدَّ منهُ
Dari Hamid Al Laqqaf, ketika dia diminta seseorang untuk memberikan wasiat, maka dia berkata dalam wasiatnya, sebagai berikut “Kamu harus menjadikan sampul untuk agamamu seperti sampul mushaf.”

Dia ditanya lagi “apakah sampul agama itu?” Beliau menjawab “tidak berbicara kecuali pembiaraan yang penting, meninggalkan dunia selain keperluan yang tidak boleh tidak, dan tidak bergaul dengan manusia, selain dalam pergaulan yang penting.”

3 Huruf Ucapan Zuhud


عنِ ابنِ عباس رضي الله عنه أنه قال : الزاهِدُ ثلاثةُ احرفٍ الزَّايْ وهادٌ ودالٌ فالزايُ زادٌ للمَعادِ الهاءُ هدى للدين والدالُ دوامٌ على الطاعةِ

Ibnu Abbas ra berkata bahawa ucapan zuhud terdiri atas tiga huruf, iaitu :

§  Zai, bererti Zaadun Li Ma’aad (bekalan menunggu akhirat, iaitu takwa kepada Allah)

§  Ha’, bererti hidayah atau petunjuk agama, yakni menambah jaan yang dapat bersambung untuk sampai kepada keredhaan Tuhan sebagaimana yang diajarkan Nabi Muhammad sollahu alaihi wasallam.

§  Dal. Mengandungi pengertian dawaam alat tho’ah (konsisten dalam melakukan ketaatan)

Muka Surat 61 - 62

3 Perkara Penyebab Merasa Damai Bersama Allah


Daripada At Tsauri ra bahawa dia pernah ditanya tentang apa dan bagaimana boleh merasa damai bersama Allah? Lalu dia menjawab :

عن سفيانَ الثوري رحمه الله تعالى أنهُ سُئِلَ عنِ الأُنْسِ بالله تعالى ما هو ؟ فقال : أن لا تَستَأْنِسَ بكُلِّ وجهٍ صَبِيْحٍ لا بِصوتٍ طَيِّبٍ و لا بلِسانٍ فصِيحٍ

Janganlah anda merasa selesa terhadap setiap wajah yang ceria; tidak pula terhadap setiap suara manis (yang terdengar merdu dan menyenangkan hati); dan tidak pula dengan lisan dan muut yang manis.

Mukasurat 61

Rabu, April 03, 2019

Musibah

 Bagi mengkaji serba sedikit tentang musibah yang pasti mengenai setiap insan, maka kita datangkan sedikit penjelasan tentangnya dengan beberapa ayat atau hadis in shaa Allah. Kita mulakan dengan firman Allah Ta’ala

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu –11 At Thabun
Segala hal dan perkara yang dinamakan musibah tidak akan terkena kepada seseorang melainkan hanyalah dengan izin Allah semata. Bagi sesiapa yang terpilih merima sebarang musibah maka hendaklah merasai bahawa Allah sedang menguji keimanannya serta. Juga beri makna bahawa insan tersebut sentiasa mendapat perhatian Allah berbanding insan yang lain.

Pembahagian Ujian Allah

Setiap ujian yang datang kepada manusia kadang-kadang berbentuk kesusahan dan kadang-kadang berbentuk kesenangan. Kedua-dua bentuk ujian ini sentiasa bersilih ganti mengenai seseorang, Cuma kadang-kadang dilebihkannya pada kesenangan dan kadang-kadang dilebihkannya pada kesusahan, berdasarkan kemampuan seseorang, kemampuan seseorang pula bukan dinilai oleh manusia itu sendiri, tetapi dinilai oleh Allah yang Maha Mengetahu apa yang sesuai untuk setiap insan, firman Allah Ta’ala :

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami – 286 Al Baqarah

Dalam kitab al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an dinyatakan, bahwa bala’ itu memiliki tiga bentuk; ni’mat (kenikmatan), ikhtibaar (cobaan atau ujian), dan makruuh (sesuatu yang dibenci) (Syihâb al-Dîn Ahmad, al-Tibyân fi Tafsîr Gharîb al-Qur’an, juz 1, hal. 85).

Di dalam al-Quran, kata bala’ disebutkan di enam tempat, dengan makna yang berbeda-beda; (Qs. al-Baqarah [2]: 49; Qs. al-A’râf [7]: 141; Qs. al-Anfâl [8]: 17; Qs. Ibrahim [14]: 6; Qs. ash-Shafât [37]: 106; Qs. ad-Dukhân [44]: 33). Ada yang bermakna cobaan dan ujian yang dibenci manusia. Ada pula yang berarti kemenangan atau kenikmatan (bala’ hasanan).

Musibah Dalam Berbagai Keadaan

Dalam ayat 155 hingga 157 Surah Al Baqarah, Allah menggariskan jenis-jenis musibah yang dikenakan kepada manusia, firmanNya :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ () الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ () أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ

“Benar-benar Kami akan menguji kalian dengan sedikit rasa takut, kelaparan, serta kekurangan harta, lenyapnya nyawa, dan sedikitnya buah-buahan. Dan berikanlah kabar gembira bagi orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila tertimpa musibah mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya kami ini adalah milik Allah, dan kami juga akan kembali kepada-Nya’. Mereka itulah orang-orang yang mendapatkan pujian dari Rabb mereka dan curahan rahmat. Dan mereka itulah orang-orang yang diberikan petunjuk.” (Qs. al-Baqarah: 155-157)

Musibah boleh datang dalam bentuk ketakutan Juga boleh hadir dalam suasanan kelaparan. Begitu juga ia mampu datang dengan ujian kepada harta serta kematian orang yang dikasihi. Malah musibah juga boleh datang melalui kerosakan tanam tanaman.

a.    Ujian Kesenangan

Allah pernah menguji Nabi Sulaiman Alaihissalam dengan kemampuan salah seorang orang wara’ yang bertugas dengannya membawa singgahsana Permaisuri Balqis ke Palestin, firman Allah Ta’ala :

قَالَ الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ هَٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari Al Kitab: "Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip". Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: "Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia" – 40 An Naml

Nabi Sulaiman alaihissalam telah berkata ini adalah ujian Allah yang ingin memastikanku bersyukur atau mengkufurinya, ternyata baginda alaihissalam telah berjaya mengharungi ujian kesenangan ini dengan sentiasa bersyukur di atas ni’matNya. Penegasan dalam ayat tersebut ialah pahala orang yang bersyukur terhadap segala ni’mat Allah yang diperolehinya akan memberi manafaat kepada dirinya sendiri. Sesiapa yang bersyukur tiada menambahkan kekayaan Allah, juga sekiranya tidak bersyukur langsung tidak memberi kurang kepada kekayaan Allah sedikit juapun.

b.    Ujian Kesusahan

Berkenaan dengan ujian berbentuk kesusahan, jelas kelihatan keadaannya dan jenis-jenisnya sebagaimana terdapat dalam satu sabda baginda sollahu alaihi wasallam yang berbunyi :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ

Daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya." (Hadith riwayat al-Bukhari, No : 5641, Muslim, No : 2573, at-Tirmizi, No : 966, Ahmad, No : 7684, 8070, 10714)

Dalam hadis di atas dinyatakan bahawa sesiapa sahaja dari kalangan orang Islam yang ditimpakan dengan kesusahan-kesusahan jika ditangani dengan penuh kesabaran serta keinsafan maka dosa-dosanya akan diampuni Allah.

Inilah yang terdapat dalam satu hadis baginda sollahu alaihi wasallam berkaitan dengan seorang muslimah habasyiah yang ditimpa sakit sawan,

قصة المرأة السوداء التي اشتكت من الصرع إلى الرسول محمد صلى الله عليه وسلم ... عن عطاء بن أبي رباح قال: قال لي ابن عباس رضي الله عنهما ألا أريك امرأة من أهل الجنة فقلت بلى قال هذه المرأة السوداء أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت إني أصرع وإني أتكشف فادع الله تعالى لي قال إن شئت صبرت ولك الجنة وإن شئت دعوت الله تعالى أن يعافيك فقالت أصبر فقالت إني أتكشف فادع الله أن لا أتكشف فدعا لها متفق عليه .

Kisah seorang perempuan berkulit hitam mengadu tentang sakit sawannya kepada Rasulillah sollahu alaihi wasallam. Riwayat hadis dari ‘Atho’ bin Abi Robah katanya, terlah berkata kepadaku Ibnu Abbas ra “mahukah kamu aku tunjukkan seorang perempuan dari ahli syurga?” Jawabku “bahkan aku mahu!”, inilah seorang perempuan berkulit hitam datang menemui Nabi sollahu alaihi wasallam sambil berkata “aku ini sakit sawan, dan setiap kali datang sakitku maka terdedahlah auratku, doakan kesembuhanku dengan Allah!” Nabi bersabda “jika kamu mahu bersabarlah dan untukmu syurga tetapi jika engkau mahu ku doakan juga untuk kesembuhan aku akan doakan?” lalu perempuan tersebut berkata “baikalah, aku akan bersabar dengan sakitku ini, Cuma doakanlah supaya ketika datang sakitku auratku tidak terdedah!” Nabipun mendokan.

Bayangkan bagaimana perempuan yang gelap kulitnya ini mendapat kemuliaan dengan mendapat jaminan syurga oleh baginda sollahu alaihi wasallam, suatu jaminan yang jarang-jarang diperolehi oleh manusia yang lain.

Di samping itu juga, dapat kita suatu maklumat tambahan tentang betapa muslimat habasyiah ini sangat menjaga auratnya, walaupun secara adatnya tentu sekali muslimah ini bukanlah sesorang wanita yang cantik.

Begitu dengan satu lagi kisah yang menceritakan tentang Rasulullah sollahu alaihi wasallam telah menemui seorang muslimah yang kematian anaknya di tanah perkuburan.

وَعَنْ أَنَسٍ رضي الله عنه قَالَ: مَرَّ النَّبِيُّ ﷺ بِامْرَأَةٍ تَبْكِي عِنْدَ قَبْرٍ فَقَال: اتَّقِي الله وَاصْبِرِي فَقَالَتْ: إِلَيْكَ عَنِّي، فَإِنِّكَ لَمْ تُصَبْ بمُصِيبتي، وَلَمْ تعْرفْهُ، فَقيلَ لَها: إِنَّه النَّبِيُّ ﷺ، فَأَتتْ بَابَ النَّبِّي ﷺ، فلَمْ تَجِد عِنْدَهُ بَوَّابينَ، فَقالتْ: لَمْ أَعْرِفْكَ، فقالَ: إِنَّما الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الأولَى متفقٌ عَلَيهِ.

Hadis dari Anas katanya, Nabi sollahu alaihi wasallam melalui di tepi seorang perempuan yang sedang menangis di satu tanah perkuburan sambal baginda bersabda “sabarlah!” Lalu perempuan itu berkata “Jauhlah dariku, kamu tidak merasai dengan apa yang aku rasai dari musibah, ternyata perempuan ini tidak mengenali baginda!” lalu perempuan itu diberitahu oleh seseorang itulah Rasulullah. Kemudian perempuan tersebut terus ke kediaman baginda, bila sampai di pintu didapatinya tiada pengawal yang menjaga rumah baginda, kata perempuan itu kepada baginda “saya tidak kenal Rasulullah!” Bersabda baginda “sesungguhnya sabar itu pada permulaan musibah!”

Cara Menghadapi Musibah
Apabila musibah menimpa maka sifat yang mesti ada pada seseorang muslim ialah bersabar. Sifat sabar tidak akan wujud melainkan dengan hadirnya musibah, seolah-olah sabar dan musibah adik beradik kembar. Sabar bertunjangkan keimanan, jika hilang sabar maka hilang iman, sabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam :

الصَّبْرُ مِنَ الإِيمَانِ بِمَنْزِلَةِ الرَّأْسِ مِنَ الْجَسَدِ ، فَإِذَا ذَهَبَ الصَّبْرُ ذَهَبَ الإِيمَانُ.

“Sabar bagi keimanan laksana kepala dalam tubuh. Apabila kesabaran telah lenyap maka lenyap pulalah keimanan.” Diriwayatkan bahwa Ali bin Abi Thalib radhiyallahu’anhu mengatakan, (HR. Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannafnya [31079] dan al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman [40],

1.    Menerima Kedatangan Musibah Dengan Redha Serta Tenang

Setiap musibah mestilah tidak dapat tidak diterima oleh setiap muslim, seperti dalam firman Allah dalam Surah At Taubah Ayat 51 :

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ

Katakanlah: "Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami, dan hanya kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal".

Bukan sekadar yakin setiap musibah datang dari Allah, malah ditentukannya juga had serta tempoh kedatangan musibah. Musibah tiada lebih dan tiada kurang melainkan sebagaimana yang ditakdirkan oleh Allah Ta’ala.
Sabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam

من سعَادَةِ ابنِ أدم رِضاهُ بما قضى الله ومِن شَقَاْوةِ ابنِ أدم سَخَطُهُ بما قضى الله لَهُ

Sebahagian dari kebahagian anak Adam ialah redha dengan apa yang ditentukan oleh Allah manakala kecelakaan bagi anak Adam apabila ia marah di atas ketentuan Allah terhadapnya – Riwayat Turmizi dan al Hakim dari Saad bin Abi Waqqas

2.    Mengajar Lisan Untuk Mengulang-ulang Penerimaan Musibah Allah

Allah mengajar manusia beriman supaya menerima segala ketentuanNya dengan mengulang-ulang kalimah redha seorang hamba kepada Rabbnya, sebagaimana firman Allah Ta’ala dalam Surah Al Baqarah Ayat 156 :

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"

3.    Bersabar Pada Permulaan Musibah
فقالَ: إِنَّما الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الأولَى

Bersabda Rasulullah : sesungguhnya sabar di ketika permulaan kedatangan musibah.
Sabar mestilah pada permulaan setiap musibah, bukannya di tengah-tengah musibah dan bukan juga di akhir-akhir musibah. Inilah yang disebut serta diingatkan Rasulullah sollahu alaihi wasallam kepada muslimah yang ditemui baginda di tanah perkuburan.

4.    Menerima Musibah Dengan Perbuatan Serta Tindakan

Inilah yang telah ditunjukkan oleh muslimah habasyiah yang sanggup menanggung musibah sakit sawan yang dideritainya, sebagaimana yang telah ada dalam dialog antaranya dengan Rasulillah sollahu alaihi wasallam.
Rasulullah sollahu alaihi wasallam telah menyatakan kepada muslimat habasyiah dengan sabda baginda :

قال  إن شئت صبرت ولك الجنة وإن شئت دعوت الله تعالى أن يعافيك

Sabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam : kalau kamu ingin bersabar (tanpa aku doakan kesembuhan) untukmu terjamin balasan syurga, sebaliknya jika kamu mahu ku doakan kepada Allah kesembuhan maka akan ku doakan....

Sangat jelas dari kalam baginda ini suatu jaminan mendapat syurga, lalu muslimah ini tidak melepaskan peluang keemasan ini, maka dijawab oleh muslimah habasyiah ini :

فقالت أصبر

Aku akan bersabar

Muslimah habasyiah ini sempat memperlihatkan akan kesanggupannya menguruskan musibahnya agar jaminan syurga tersebut terus kekal hingga dia benar-benar mendapatkannya kelak. Kata Muslimah Habasyiah ini :

فقالت إني أتكشف فادع الله أن لا أتكشف فدعا لها

Setiap kali datang sawanku ini akan terdedah auratku, oleh itu doakanlah agar auratku tidak terdedah ketika datang sakitku itu

Kedudukan Orang Yang Ditimpa Musibah

Justeru kehebatan musibah menimpa manusia, maka sudah tentu ganjarannya juga sehebat namanya. Ganjaran yang diberikan mencakupi dua tempat iaitu di Akhiran serta di dunia.

1.    Mendapat Balasan Syurga
Bagai orang yang bersabar dengan musibah yang ditimpa keatasnya, maka sudah tentu dikurniakan syurga. Seperti dalam hadis Qudsi :

وَعَنْ أَبي هَرَيرَةَ رضي الله عنه  أَنَّ رَسُولَ اللَّه ﷺ قالَ: يَقولُ اللَّهُ تَعَالَى: مَا لِعَبْدِي المُؤْمِنِ عِنْدِي جَزَاءٌ إِذَا قَبضْتُ صَفِيَّهُ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا ثُمَّ احْتَسَبهُ إِلاَّ الجَنَّة رواه البخاري.

Bersabda Rasulullah sollahu alaihi wasallam, bahawa Allah berfirman : Tidaklah bagi hambaKu yang mukmin balasan ketika Aku mengambil kekasih dari pendudukan dunia ke sisiKu melainkan baginya syurga.

2.    Diberikan Hidayah Pada Hati

Setiap penerima musibah serta bersabar dengannya akan dibimbing hatinya ke jalan yang benar serta berada dalam kebenaran secara berkekalan ketika di atas muka bumi.

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ وَمَنْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ يَهْدِ قَلْبَهُ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ

“Tidaklah menimpa suatu musibah kecuali dengan izin Allah. Barang siapa yang beriman kepada Allah maka Allah akan berikan petunjuk ke dalam hatinya.” (Qs. at-Taghabun: 11)
Sa’id bin Jubair dan Muqatil bin Hayyan sempat menafsirkan ayat 11 surah AT Tahgabun ini dengan katanya, “Yaitu Allah akan menunjuki hatinya, sehingga mampu mengucapkan istirja’ yaitu Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.”


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ

“Barangsiapa yang membebaskan satu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah Azza wa Jalla akan melepaskannya dari satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan akhirat. Barangsiapa memberikan kemudahan kepada orang yang kesulitan, maka Allah Azza wa Jalla akan memudahkan dia di dunia dan akhirat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim, maka Allah Azza wa Jalla akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat. Dan Allah Azza wa Jalla akan selalu menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya [7]. [Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih-nya].