Khamis, Ogos 27, 2015

JENIS BINATANG & UMUR BINATANG QURBAN

JENIS HAIWAN YANG BOLEH DIJADIKAN QURBAN
    Description: http://www.tayibah.com/eIslam/ular.jpg
  • Ulama' bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan qurban hanyalah binatang yang diketegorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan atau betina.
UMUR BINATANG QURBAN
  1. Unta - berumur 5 tahun masuk ke 6 tahun.

  2. Lembu/kerbau/kambing - 2 tahun masuk ke 3 tahun.

  3. Biri-biri/kibas - Setahun masuk kedua atau sudah bersalin gigi hadapan walaupun belum cukup setahun tetapi melebihi 6 bulan.

Isnin, Ogos 17, 2015

Penjelasan Kalimah "Masy'aril Haram " Dalam Ayat 199 Surah Al Baqarah

Pertanyaan:
Di dalam kitab Mafâhîm halaman 50 dinyatakan: “Banyak masyâ’ir al-hajji seperti thawaf mengelilingi ka’bah, menyentuh hajar aswad, menciumnya, sa’iy antara Shafaa dan Marwah …”. Kata masyâ’ir juga dinyatakan di tempat-tempat lainnya seperti itu.
Bukankah yang benar dikatakan “banyak sya’â`ir al-hajji dan bukan masyâ’ir al-hajji? Jika hal itu benar, apakah bisa dilakukan koreksi “masyâ’ir” menjadi “sya’â`ir” dan dinyatakan di dalam buku tersebut?

Jawab:
  1. Kata sya’îrah adalah bentuk tunggal dari sya’â`ir dan kata mas’ar adalah bentuk tunggal dari masyâ’ir. Keduanya dinyatakan dalam makna yang sama. Hanya saja penggunaan yang lazim kata masyâ’ir untuk alamat-alamat haji seperti Shafaa, Marwah, Muzdalifah, ‘Arafah dan Jumrah…
Dan penggunaan kata sya’â`ir untuk aktifitas-aktifitas dan manasik haji seperti sa’i, thawaf, wukuf di ‘Arafah dan melempar jumrah…
  1. Akan tetapi adalah benar bahwa makna keduanya saling menggantikan:
Allah SWT berfirman:
إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ
Sesungguhnya Shafaa dan Marwah adalah sebahagian dari syi`ar Allah… (QS al-Baqarah [2]: 158)
Di dalam ayat ini dinyatakan kata sya’â`ir menunjuk alamat-alamat haji. Bukan untuk menunjuk sa’i antara Shafaa dan Marwah.

Dan Allah SWT juga berfirman:
فَإِذَا أَفَضْتُمْ مِنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِنْدَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ
Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu. Maka apabila kamu telah bertolak dari `Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy`arilharam… (QS al-Baqarah [2]: 198)

Di sini kata al-masy’ar menunjuk pada Muzdalifah, yaitu menunjuk pada alamat-alamat haji.
Dinyatakan di dalam kitab-kitab bahasa:

Di dalam al-Qâmûs al-Muhîth, I/434 dinyatakan:
Syi’âr al-hajj adalah manasik dan alamatnya. Dan asy-sya’îrah wa asy-sya’ârah wa al-masy’ar: sebagian besarnya.

Di dalam al-Muhîth fî al-Lughah, I/43:
Sya’â`ir al-hajj adalah aktifitas-aktifitas dan alamat-alamat haji, bentuk tunggalnya sya’îrah.

Di dalam Lisân al-‘Arab, IV/410 :
Syi’âr al-hajj adalah manasik, alamat, pengaruh dan aktifitas-aktifitas haji. Bentuk jamak dari sya’îrah… dan asy-sya’îrah wa asy-sya’ârah wa al-masy’ar seperti asy-syi’âr

Al-Lihyani berkata: sya’â`ir al-hajj adalah manasik haji. Bentuk tunggalnya sya’îrah… Dan al-masyâ’ir adalah al-ma’âlim (ajaran) yang disunahkan oleh Allah dan diperintahkan untuk dilakukan. Dari situ disebut al-masy’ar al-harâm.

Az-Zujaj berkata: sya’â`irilLâh artinya semua ibadah kepada Allah yang disimbolkan oleh Allah yaitu dijadikan sebagai tanda-tanda untuk kita… Semua simbol yang digunakan untuk beribadah disebut sya’â`irKarena itu tanda-tanda (simbol-simbol) yang merupakan peribadatan kepada Allah disebut sya’â`ir

Al-Azhari mengatakan: “saya tidak tahu masyâ’ir al-hajj kecuali dari posisi isy’âr adalah informasi dan asy-syi’âr adalah al-‘alâmah (simbol). Maka masyâ’ir al-hajj adalah ‘alâmât (simbol-simbol) haji..
  1. Jelaslah bahwa sya’â`ir dan masyâ’ir maknanya saling menggantikan. Hanya saja seperti yang kami sebutkan di awal, yang lebih terkenal penggunaan kata masyâ’ir untuk simbol-simbol haj seperti Sofa , Marwah, Muzdalifah, ‘Arafah dan Jumrah… Sedangkan penggunaan kata sya’â`ir untuk perbuatan-perbuatan dan manasik haji seperti sa’i, thawaf, wukuf di ‘Arafah dan melempar jumrah…
  2. Adapun masalah koreksi, jika jelas bagi kita bahwa penggunaan seperti itu membingungkan, dan cocok dilakukan koreksi, maka pada waktu itu kami akan melakukannya, insya Allah.

Khamis, Ogos 13, 2015

BILA CINTAKAN 5, MAKA DATANGLAH 5 KEBURUKAN



قال رسول الله صلي الله علية وسلم :
يأتي زمان علي أمتي يحبون خمس وينسون خمس ... يحبون الدنيا وينسون الآخرة يحبون المال وينسون الحساب يحبون المخلوق وينسون الخالق يحبون القصور وينسون القبور يحبون المعصية وينسون التوبة
فإن كان الأمر كذلك ابتلاهم الله بالغلاء ..... والوباء.....  والموت الفجأة..... وجور الحكام، وأسأل الله لكم السداد والتوفيق وجزاكم الله خير
Rasulullah sollahu alaihi wasallam bersabda : Akan datang menemui umatku 5 perkara yang dicintainya dan melupai 5 yang lain :
Cintakan dunia lupakan Akhirat, cintakan harta lupakan perhitungan, cintakan makhluk lupakan khaliq, cintakan istana lupakan kubur, cintakan maksiat lupakan taubat.

5 SIFAT NEGATIF DALAM MENGUMPULKAN HARTA
قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن في جمعِ المالِ خمسةَ أشياءَ العَناءَ في جَمعِهِ والشغُلَ عن ذكر اللهِ تعالى بإصلاحِهِ والخوفَ مِن سالِبِهِ وسارِقِهِ واحْتِمَالَ اسمِ البَخِيْلِ لنفسِهَ ومُفارَقَةَ الصَّاْلِحِينَ مِنْ اَجْلِهِ
Nabi bersabda sesungguhnya mengumpulkan harta itu memiliki 5 suasana negatif : payah dalam mengumpulkannya, lupakan Allah justeru sibuk menguruskan harta, takut kepada rompakan dan kecurian, mendapat gelaran orang bakhil atau kikir dan menjauhi orang soleh justeru terlalu sibuk dengan harta.

5 KEBURUKAN HARTA DAN DUNIA
وفي تَفْرِيْقِهِ خمسةُ أشياءَ راحةَ النفسِ من طَلَبِهِ والَراغَ لذِكرِ الله من حِفظِهِ والأمنَ من سالِبِه وسارِقِهِ واكتِسَابَ اسمِ الكريمِ لنفسِهِ ومُصاحَبَةَ الصالحين لفِرَاقِهِ
عن سفيان الثوري رضي الله عنه, لا يجتمعُ في هذا الزمان لأحدٍ مالٌ إلا وعندَه خمسُ خصال : طولُ العملِ وحِرصٌ غالبٌ وشُحٌّ شديدٌ وقلَّةُ الوَرَعِ ونيسانُ الآخرةِ
Kata Sufian as Thausry, tidak akan berkumpul harta pada zaman sekarang ini bagi seseorang, kecuali ia memiliki 5 hal, iaitu :
Panjang lamunan atau pengharapan, tamak yang mengalahkan semua perkara, terlalu kedekut, sedikit waraknya dan melupakan akhirat.
ORANG BAKHIL DICINTAI IBLIS
Berkata Abdul Qodir Jailani bahawa Nabi Isa alaihissalam bertanya Iblis “Siapakah makhluk yang paling kamu suka?” Jawab Iblis “Mukmin yang bakhli!” Isa bertanya lagi “Siapa yang paling engkau benci?” Jawab Iblis “Orang fasiq yang dermawan!” Isa bertanya “kenapa?” Jawab Iblis “Kerana aku berharap orang mukmin yang bakhil agar kebakhilannya menjerumuskannya ke dalam maksiat, dan akau takut keburukan orang fasiq yang dermawan itu dilindungi oleh sifat dermawannya
الراغب في الدنيا مَلُومٌ وطالِبُ فُضُلِها مَذْمُومٌ
Orang yang mencintai dunia tercela, sedangkan orang yang mencari kelebihan dari ukuran cukup dalam uruan dunia adalan hina.
ليسَ خيرُكُم مَنْ تَرَكَ الدنيا للآخرةِ ولا الآخرةَ للدنيا ولكن خيرُكم مَن أخذَ مِن هذه وهذه
Orang yang paling baik di antara kamu bukanlah orang yang meninggalkan dunia kerana akhiratnya, dan bukan pula orang yang meninggalkan akhirat kerana dunianya, akan tetapi orang paling baik di antara kamu adalah orang yang mengambil dunia dan akhirat kedua-duanya.

SEBAIK-BAIK HARTA
قال بعضُ الفصحاءِ أيضا : خيرُ الأموالِ ما استَرَق حُراً وخيرُ الأعمالِ ماستحَقَّ شُكرا
Berkata sebahagaian pakar bahasa, sebaik-baik harta adalah yang dapat mengubah hamba menjadi merdeka dan sebaik-baiknya amal adalah amal yang membangkitkan rasa syukur kepada Allah.
قال بعضُ الفصحاء : جُودُ الرجُلِ يُحبُهُ إلى اضداده وبُخلُهُ يُبغِضُهُ إلى أولادِهِ
Kemurahan hati seseorang menyebabkan ia dicintai lawannya, sedangkan kekiran seseorang menyebabkan ia dibenci oleh anak-anaknya.

ALANGKAH BAIKNYA KALAU IA BANYAK... BAHARU.... PENUH/SEMPURNA 
مرة كان أحدهم على فراش الموت فأخذ يقول يا ليتها كانت كثيرة يا ليتها كانت الجديدة يا ليتها كانت كاملة فسألوا أولاده عن الذي يقوله الرجل
فأجابوهم :
-
أما عن قوله يا ليتها كانت كثيرة فكان له جارٌ أعمى و كان ياخذه في كل يوم إلى المسجد فعندما وجد ثواب هذا العمل عند دنو أجله قال يا ليتها كانت كثيرة أي ياليت هذه الخطوات التي خطاها برفقة جاره الاعمى كانت كثيرة لتكون حسنات هذه الخطى أكبر .
- أما عن يا ليتها كانت الجديدة فقالوا أنه كان لديه خفّين أحدهما قديم و الآخر جديد فتبرع بالقديم فعندما وجد ثواب هذا العمل عند دنو أجله قال‎ ‎يا ليتها كانت الجديدةفلو كانت الجديدة لكان الثواب أكبر و أعظم .
- ‏ ‏أما عن يا ليتها كانت كاملة فقالوا أنه كان يتصدق في كل يوم بنصف رغيف فعندما وجد ثواب هذا العمل عند دنو أجله قال‎ ‎يا ليت تلك الأرغفة كانت كاملة .

Selasa, Ogos 11, 2015

KISAH BALA YANG DIKENAKAN KEPADA KAUM AAD KAUM NABI HUD ALAIHISSALAM

Kisah kaum Nabi Hud alaihissalam yang ditimpa bala oleh Allah Azzawajalla sangat hebat sehingga memecah gegendang telingan bila terdengar perkhabaran tentangnya. Ayat berkaitan dengan bala ini ialah dari surah al Ahqaf pada ayat 24 :

Awan tebal yang berarak merupakan permulaan azab kepada kaum Aad. Mereka berada dalam keadaan kemarau yang agak lama. Oleh itu, mereka sangat memerlukan hujan bagi mengairi semula ladang-ladang mereka. Disebabkan itulah mereka menyangka apabila awan hitam datang, hujan yang mereka perlukan telah datang, padahal yang datang 
itu bukannya hujan rahmat tetapi adalah hujan bala, sebagaimana dalam firman Allah pada ayat 24 surah Al Ahqaf.
Pernyataan Allah ini sebenarnya adalah jawapan kepada kesombongan kaum Aad yang pernah berkata "Bawalah azab kepada kami, kalau kamu wahai Hud adalah dari kalangan orang benar!". Ucapan sombong ini adalah punca dan titik mula kebinasaan mereka.

Al Imam Ahmad bin Ishak mengatakan, apabila kaum Aad menolak seruan atau dakwah Nabi Hud alahissalam, Allah menahan hujan dari turun selama 3 tahun berturut-turut, sehingga kehidupan mereka menjadi kacau bilau dengan suasana kering kontang yang menimpa bumi tempat kediaman mereka.
Mereka cuba menyelesaikan masalah kemarau ini dengan menghutuskan 70 orang dari kalangan mereka ke Tanah Haram dengan tujuan berdoa memohon hujan. Ketika itu Tanah Haram didiami oleh kaum atau bangsa Mamaliq, pemimpin Mamaliq bernama Mu'awiyah bin Bakr, beliau berasal dari keturunan Aad melalui aliran ibunya.

Berbalik kepada 70 orang tadi, apabila menghampiri Mekah mereka bertemu dengan Mu'awiyah, mereka telah berbuat jahat selama 30 hari atau sebulan dengan berpesta dengan minum arak sambil bergelak ketawa dan tarian dengan memukul gendang. Bagai memudahkan mereka berpesta ini, mereka menutup mulut Muawiyah dengan menghiburkannya dengan wanita-wanita cantik. Mereka telah lupa tujuan mereka ke bumi Mekah, mereka berpoya-poya sambil bergembira sedang bumi Aad kering kontang memerlukan air, doa mereka diperlukan.

Keadaan ini menyebabkan kaum Mu'awiyah marah dan ingin mengusir 70 orang kaum Aad ini dari bumi mereka,  Mu'awiyah cuba mengingatkan Kaum Aad tentang tujuan asal kedatangan mereka ke Mekah dengan syairnya :

kenapa engkau tidur di tengah hari
bangunlah, sambil merenung
barangkali Allah akan menghapus dukacita kita
lalu menyirami bumi Aad
Aad benar-benar telah gila
ucapannya tidak dapat dimengertikan
akibat dahaga yang mencekik
kami tidak punya harapan kepada pemimpin besar kami
bukan pula kepada sorang pembantu
kaum wanita mereka asalnya baik
sekarang jadi gila
binatang buas mendatangi mereka
tanpa takut ancaman lembing
sementara itu kamu di sana
bersuka cita sepanjang hari dan malam
teruk amat utusanmu sebgai utusan bangsa
mereka tanpa memperoleh ucapan salam dan selamat

apabila mendengar akan peringat berbentuk syair ini, kaum Aad mula ingat kembali tujuan kedatangan mereka. Mereka meninggalkan tempat pesta itu dan menuju ke Mekah. Apabila sampai di Ka'abah mereka terus berdoa meminta hujan dari Allah, mereka dipimpin oleh Aail bin 'Unuz. Setelah selesai berdoa, Allah mengirimkan awan berwarna-warni, sebahagian berwarna putih, merah dan sebahagian lagi berwarna hitam. Selepas itu kedengaran satu seruan"pilihlah awan mana yang kamu suka untuk kaummu dari tiga warna awan ini.

Qail bin 'Unuz berpandangan bahawa awan berwarna hitamlah yang berisi air yang banyak, lalu dia memilih awan berwarna hitam. Terdengar pula seruan sabaik sahaja Qail membuat pilihannya, kata seruan itu "engkau telah memilih kehancuran seluruhnya, tiada yang akan selamat orang tua atau kanak-kanak, semua akan binasa kecuali Bani al Luziyah!". 

Lalu Allah mengarahkan awan hitam menuju kepada kaum Aad, di dalamnya terdapat penyakit dan seksaan, dengan arahan dari PENCIPTAnya, awan awan terus berkumpul dan menebal, kaum Ad yang mendiami lembah al Mughaith keluar dari kediaman mereka apabila melihat awan tebal mendatangi mereka, mereka menyangkakan bahawa awan hitam dan tebal itu akan memberikan hujan kepada mereka, lalu Allah menjelaskan :
46:24
Maka apabila mereka melihat azab itu sebagai awan yang menghala ke lembah-lembah mereka, mereka berkata: "Ini ialah awan yang akan membawa hujan kepada kita!" (Mendengarkan kata-kata yang demikian, Nabi Hud berkata): "Tidak! Bahkan itulah (azab) yang kamu minta disegerakan kedatangannya, iaitu angin yang membawa azab seksa yang tidak terperi sakitnya; - 24 & 25 al Ahqaf

Manusia pertama yang perasan dengan isi kandungan awan ini ialah seorang perempuan Kaum Aad bernama Mahdu, dia sedar awan ini adalah sangat awan yang membawa bala yang dahsyat, katanya "Aku melihat gumpalan angin yang menyerupai bola api raksasa, di hadapannya berdiri seorang lelaki lagaknya seperti panglima.

Gumpalan angin itu diperintah Allah menghentam mereka selama 7 malam 8 hari sebagaimana firman Allah Ta'ala :69:7
Yang diarahkannya menyerang mereka tujuh malam lapan hari terus-menerus; (kalaulah engkau menyaksikannya) maka engkau akan melihat kaum itu bergelimpangan mati, seolah-olah mereka: batang-batang pohon kurma yang (tumbang dan) lompang. 

Ketika berlakunya serangan bala Allah itu, Nabi Hud alaihissalam dan orang mukmin beredar dari tempat tersebut menuju ke Hazhirah. Semuanya selamat dari bencana atau bala itu.

Kesan buruk yang berlaku ialah radang kulit dan sesak nafas pada peringkat permulaan kemudian hilang, selepas itu ribut taufan dengan angin panas yang kencang menimpa mereka bertalu-talu hingga memusnahkan keseluruhan penduduk itu. 

Ambil pengarajan dari kisah ini, jika manusia terlalu sombong sehingga mencabar Allah Ta'ala, maka sudah pasti mereka akan dibinasakan.

Jumaat, Ogos 07, 2015

5 LEBIH MENJADI 5 YANG LEBIH BURUK



عن يحيى بن معاذ الرازي مَنْ كَثُرَ شَبْعُهُ كَثُرَ لَحْمُهُ ومن كَثُرَ لحمُهُ كَثُرَتْ شهوَتَه ومن كَثُرَتْ شهوتَهُ كَثُرَتْ ذُنُوْبُهُ ومن كَثُرَتْ ذُنُوبُهُ قَسَا قَلْبُهُ ومن قَسَا قَلبُهُ غَرَقَ في آفَاْتِ الدُّنيا وزِيْنَتِها
Yahya Ar Razi berkata : (1) Barang siapa banyak kenyangnya, maka banyak dagingnya, (2) barang siapa banyak dagingnya, maka besar syahwatnya (nafsu kelaminnya), (3) barang siapa besar nafsu kelaminnya, maka banyak dosanya, (4) barang siapa banyak dosanya, maka keras hatinya, dan (5) barang siapa yang keras hatinya maka ia tenggelam dalam lautan bahaya dan kemewahan dunia.

Isnin, Ogos 03, 2015

Kisah Ibrahim B Adham Dengan Pencari Unta & Manusia Hodoh

Ibrahim bin Adham atau nama asalnya ialah Abu Ishak Ibrahim bin Adham dilahirkan daripada keluarga bangsawan Arab yang kaya raya. Beliau terkenal sebagai seorang raja Balkh yang sangat luas wilayah kekuasaannya. Ke mana saja pergi, beliau akan diiringi empat puluh bilah pedang emas dan empat batang tongkat kebesaran emas diusung di depan dan belakangnya. Nama beliau berada dalam tinta sejarah daripada seorang raja yang masyhur kepada ahli sufi yang terkenal.

Bermulanya perubahan kehidupan Ibrahim bin Adham apabila pada suatu malam ketika baginda tertidur di bilik istananya, langit-langit di biliknya bergerak seolah-olah ada seseorang yang sedang berjalan di atas atap. Ibrahim terjaga dan berseru: “Siapakah itu?”

“Saya adalah seorang sahabat, untaku hilang, aku sedang mencarinya di atas atap ini.” Terdengar sahutan dari atas.

“Bodoh, tidak ada orang mencari unta di atas atap!” Ibrahim menengkingnya.

“Wahai manusia yang lalai, apakah engkau hendak mencari Allah Subhanahu wata’ala dengan berpakaian sutera dan tidur di alas tilam emas?” Jawab suara itu penuh simbolik.

Kata-kata ini sangat menggetarkan hati Ibrahim. Ia sangat gelisah dan tidak dapat meneruskan tidurnya sehingga pagi. Seperti kebiasaannya, di sebelah siang Ibrahim berada di atas singgahsananya untuk mendengar pengaduan dan masalah rakyat jelata. Tetapi hari itu keadaannya berlainan, dirinya gelisah dan banyak termenung.

Para menteri, pembesar istana dan rakyat yang hadir merasa hairan melihat perubahan yang terjadi dengan tiba-tiba kepada raja mereka.

Tiba-tiba masuk seorang lelaki berwajah menakutkan ke dalam ruangan perjumpaan itu. Tidak seorangpun di antara askar dan pengawal istana yang berani menanyakan sesuatu dan menghalangnya masuk. Kejadian berlaku begitu pantas, semua lidah menjadi kelu. Lelaki itu melangkah ke depan Ibrahim Adham.
“Apakah yang engkau inginkan daripada aku?” Tanya Ibrahim.
“Aku baru sahaja sampai, bagilah aku rehat dulu”, jawab lelaki itu.
“Ini bukan tempat persinggahan kafilah. Ini istanaku. Lagak engkau seperti orang gila saja!” Ibrahim menengking.
“Siapa pemilik sebenar istana ini sebelum engkau?” Tanya lelaki itu.
“Ayahku!” Jawab Ibrahim pendek.
“Sebelum ayahmu?” 
“Datukku!”
“Sebelum dia?”
“Datuk kepada datuk-datukku!”
“Ke manakah mereka sekarang ini?“ Tanya lelaki itu.
“Mereka telah meninggalkan dunia ini”, jawab Ibrahim.
“Jika demikian, tidakkah ini sebuah persinggahan yang diduduki oleh seseorang kemudian ditinggalkannya dan diganti oleh yang lain pula?” Kata lelaki itu.

Tersentak juga hati Ibrahim mendengar kata-kata lelaki itu. Belum sempat Ibrahim menjawab, lelaki itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba ghaib di tengah orang ramai. Banyak para alim ulama membuat tafsiran sesungguhnya lelaki itu adalah Nabi Khidhir ‘Alaihissalam yang sengaja datang mengetuk hati raja Ibrahim bin Adham yang semakin lalai dengan tipu daya dunia.

Kegelisahan Ibrahim semakin menjadi-jadi sejak kejadian tersebut. Ia dihantui oleh bayangan dan suara lelaki itu sejak peristiwa di istananya. Akhirnya kerana tidak tahan lagi Ibrahim memerintah pengawalnya: “Persiapkan kudaku yang terbaik! Aku hendak pergi berburu. Ya, Allah! Bilakah semua ini akan berakhir?”

Ibrahim bin Adham dan rombongan terus merentasi padang pasir yang luas saujana mata memandangnya. Baginda memacu kudanya begitu laju sehingga akhirnya terpisah dengan rombongan tersebut. Dalam mencari jalan keluar baginda terlihat seekor rusa. Tiba-tiba Ibrahim ghairah hendak memburu rusa itu. Belum sempat berbuat apa-apa rusa itu berkata kepadanya: “Wahai manusia yang lalai, aku disuruh oleh Allah Subhanahu wata’ala memburumu. Engkau tidak dapat menangkapku. Bertaubatlah, untuk inikah engkau diciptakanNya?”

Ibrahim yang di dalam ketakutan itu tiba-tiba terkejut dengan kata-kata itu. Baginda langsung tidak terfikir selama ini untuk apa baginda dicipta ke dunia. Sekarang keyakinan serta keimanannya telah tertanam di dalam dadanya. Seluruh pakaian dan tubuh kudanya basah oleh cucuran air mata penyesalannya selama ini. Dengan sepenuh hati Ibrahim bertaubat kepada Allah Subhanahu wata’ala. Dalam keadaan panas terik itu, baginda meninggalkan kudanya dengan berjalan kaki yang akhirnya baginda bertemu dengan seorang penggembala yang sedang menjaga sekumpulan kambing-kambingnya.

Tiba-tiba Ibrahim meminta keizinan untuk menyerahkan bajunya yang bersulam emas serta topinya yang bertatahkan batu-batu permata yang sangat mahal harganya. Sebaliknya baginda mengenakan pakaian dan topi gembala itu yang diperbuat daripada kulit dan bulu kambing. Gembala kambing itu melihat kelakuan Ibrahim itu dengan penuh kehairanan. Semua malaikat menyaksikan perbuatan Ibrahim itu dengan penuh kekaguman sehingga salah satu malaikat berkata: “Lihat, betapa megahnya kerajaan yang diterima putera Adham sebelum ini, akhirnya telah mencampakkan pakaian dunia yang kotor dan menggantinya dengan jubah kesedaran.”

Dengan berjalan kaki Ibrahim mengembara merentasi gunung dan menyusuri padang pasir yang luas sambil menginsafi dosa-dosa yang pernah dilakukannya. Akhirnya sampailah baginda di sebuah gua. Ibrahim yang dulunya seorang raja yang hebat akhirnya menyendiri dan berkhalwat di dalam gua selama sembilan tahun. Selama di dalam gua itulah Ibrahim betul-betul mengabdikan dirinya kepada Allah Subhanahu wata’ala. Setiap hari Khamis baginda ke pekan bernama Nishapun untuk menjual kayu api. Setelah sembahyang Jumaat baginda pergi membeli roti dengan wang yang diperolehinya. Roti itu separuh diberikan kepada pengemis dan separuh lagi untuk berbuka puasa. Demikianlah yang dilakukannya setiap minggu.

Akhirnya baginda mengambil keputusan keluar dari gua tersebut untuk merantau lagi merentasi padang pasir yang terbentang luas itu. Baginda tidak tahu lagi ke mana hendak ditujui. Setiap kali baginda berhenti di sebuah perkampungan, baginda kumpulkan orang-orang setempat untuk memberitahu betapa kebesaran Allah terhadap hambaNya dan azab yang akan diterima oleh sesiapa yang mengingkarinya. Justeru itu banyaklah orang yang akrab dengannya dan ada yang menjadi muridnya. Baginda mengharungi padang pasir itu empat belas tahun lamanya. Selama itu pula baginda berdoa dan merendahkan dirinya serta tawaddhu’ kepada Allah Subhanahu wata’ala. Nama Ibrahim pula mula disebut-sebut orang; dari seorang raja berubah menjadi seorang ahli sufi yang merendah diri.

Pernah dalam perjalanannya baginda diuji. Disebabkan kewara’an baginda itu ada seorang kaya datang menemuinya untuk mengambil tabarruk ke atas baginda dengan memberi wang yang sangat banyak kepada Ibrahim. “Terimalah wang ini, semoga berkah”, katanya kepada Ibrahim.

“Aku tidak mahu menerima sesuatupun daripada pengemis”, jawab Ibrahim.

“Tetapi aku adalah seorang yang kaya”, pintas orang kaya orang itu.

“Apakah engkau masih menginginkan kekayaan yang lebih besar daripada apa yang telah engkau miliki sekarang ini?” tanya Ibrahim.

“Ya, kenapa tidak?” Jawabnya ringkas.

“Simpanlah wang ini kembali, bagi aku, engkau adalah ketua para pengemis di sini. Bahkan engkau bukan seorang pengemis lagi tetapi seorang yang sangat miskin dan meminta-minta.” Tegur Ibrahim.

Kata-kata Ibrahim itu membuatkan orang kaya itu tersentak seketika. Penolakan pemberiannya oleh Ibrahim disertai dengan kata-kata yang sinis lagi pedas itu turut meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya. Dengan peristiwa tersebut orang kaya itu bersyukur kepada Allah kerana pertemuan dengan Ibrahim itu membuatkan dirinya sedar akan tipu daya dunia ini. Beliau lalai dengan nafsu yang tidak pernah cukup daripada apa yang perolehinya selama ini.

Suatu ketika sedang Ibrahim bin Adham menjahit jubah buruknya di tepi sungai Tirgis baginda ditanya oleh sahabatnya: “Engkau telah meninggalkan kemewahan kerajaan yang besar. Tetapi apakah yang engkau telah perolehi sebagai imbalannya?”

Disebabkan soalan yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut sahabatnya sendiri maka dengan tiba-tiba jarum di tangannya terjatuh ke dalam sungai itu.

Sambil menunjukkan jarinya ke sungai itu Ibrahim berkata, “Kembalikanlah jarumku!”

Tiba-tiba seribu ekor ikan mendongakkan kepalanya ke permukaan air. Masing-masing ikan itu membawa sebatang jarum emas di mulutnya.

Ibrahim berkata: “Aku inginkan jarumku sendiri.”

Seekor ikan kecil yang lemah datang menghantarkan jarum besi kepunyaan Ibrahim di mulutnya.

“Jarum ini adalah salah satu di antara imbalan-imbalan yang ku perolehi, kerana meninggalkan kerajaan Balkh. Sedangkan yang lainnya belum tentu untuk kita, semoga engkau mengerti.” Kata Ibrahim Adham dengan penuh kiasan.

Begitulah kehidupan seorang raja Balkh yang bernama Ibrahim bin Adham yang luas pemerintahannya dan hidup di dalam kemewahan, tetapi akhirnya berkelana menjadi ahli sufi yang terkenal. Baginda menemui Allah Subhanahu wata’ala pada tahun 165H/782M di negeri Persia. Taubat Ibrahim itu merupakan sebuah kisah yang sangat unik bagi umat Islam yang merintis kehidupan yang penuh dengan tipu daya di dunia ini. Wallahu ‘alam.

Dipetik dari Tazkirat al-Aulia karangan Farid ad-Din Attar, Mukhtashar ar-Raudah ar-Rauyyahin Fi Manaqib as-Salihin karangan Abu Mazaya al-Hafiz