Selasa, Mac 24, 2015

Bahlul Sebenarnya Nama Orang Cerdik Zaman Khalifah Harun Ar Rasyid

Perkataan 'Bahlul' sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat setempat terutamanya untuk menyatakan seseorang itu bodoh atau lurus bendul. Tapi tahukah anda asal usul perkataan Bahlul itu sendiri? Tahukah anda yang sebenarnya asal-usul orang-orang terdahulu melemparkan perkataan 'Bahlul' kepada seseorang itu adalah sebagai satu doa yang baik?
Bahlul merupakan satu perkataan yang berasal dari arab dan ia berasal dari satu nama jolokan yang diberikan kepada seseorang yang bernama Wāhab ibn Amr. Wahab ibn Amr atau Bahlul hidup pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyidin. Sebenarnya Wāhab ibn Amr terkenal sebagai seorang hakim dan juga ilmuan Islam pada zamannya. Dia dikenali sebagai Bahlul kerana dia telah meninggalkan kekayaannya dan hidup dengan gaya yang selekeh.
Terdapat banyak kisah-kisah yang memaparkan kebijaksanaan Bahlul sendiri. Disini kami paparkan tiga cerita berkenaan bahlul.
Cerita 1
Pada suatu hari, Khalifah Harun Al-Raysid bersama isterinya lalu dihadapan Bahlul yang sedang membuat rumah dari tanah liat. Maka Harun berlakukan dialog antara Al-Rasyid, isterinya dan Bahlul.
Harun : Hey Bahlul, kau buat apa?
Bahlul : Aku sedang buat rumah rumah syurga.
Isteri Harun : Boleh aku beli?
Bahlul : Boleh..
Isteri Harun : Berapa?
Bahlul : 10 Dirham
Isteri Harun membayar jumlah tersebut kepada Bahlul.
Harun : Kau dah kena tipu hidup-hidup dengan Bahlul.

Pada malamnya Harun Al-Rasyid bermimpi satu rumah besar yang tersangat cantik yang tertulis nama isterinya, Siti Zubaidah di dalam syurga. Harun cuba untuk masuk ke dalam rumah itu tetapi dihalang oleh pengawal di rumah itu.

Harun : Ini rumah isteri aku.
Pengawal : Memanglah, tapi ini bukan rumah kau.

Bagun pada pagi berikutnya Harun Al-Rasyid bangun dan kelam kabut pergi mencari Bahlul.

Harun : Bahlul, aku nak beli rumah kau.
Bahlul : Boleh.
Harun : Berapa?
Bahlul : 10,000 Dirham.
Harun : Eh, kenapa semalam 10 Dirham?
Bahlul : Semalam kau tak nampak..Hari ni kau dah nampak!

Cerita 2
 
Pada suatu hari, Harun Al-Rasyidin memberikan Bahlul sebatang kayu dan berkata, "Batang kayu ini ya Bahlul, milik seorang lelaki yang paling bodoh atas muka bumi ini. Jika kamu terjumpa dengan seorang lelaki yang lebih layak memiliki kayu ini lebih dari kamu, berikanlah kepadanya". Dan Bahlul menjadi bahlul mengambil batang kayu tersebut.

Beberapa tahun selepas itu, Harun Al-Rasyid jatuh sakit dan tak ada sebarang ubat-ubatan yang boleh menyembuhkannya. Bahlul datang untuk melawan Harun Al-Rasyid untuk bertanya khabar dan terjadi satu perbualan yang menakjubkan.

Harun : Tak ada apa yang boleh menyembuhkanku!
Bahlul : Kau mahu ke mana?
Harun : Aku akan pergi ke dunia lain.
Bahlul : Kedunia lain? Berapa lama kau akan pergi? Bila kau akan balik?
Harun : O Bahlul! Tak ada siapa yang akan kembali selepas ke dunia itu.
Bahlul : Jadi kau mesti dah buat persiapan rapi untuk perjalanan ini. Perjalanan yang kekal. Kau dah siapkan tentera untuk tunggu kedatangan kau? Sebagai persiapan apabila kau sampai disana?
Harun : Tak ada yang pergi dengan kau Bahlul. Dan aku tak membuat sebarang persiapan.
Bahlul : Ya Amirul Mukminin, sebelum ini kau menghantar tentera sebagai persiapan rapi untuk satu perjalanan yang hanya berjumlah sehari dua! Dan kini kau akan pergi ke satu tempat yang kau akan tinggal disitu selamanya. Dan kau tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapinya?
Bahlul : Nah ambil batang kayu ini. Nampaknya aku dah jumpa seseorang yang lebih layak untuk memilikinya.

Cerita 3
Berikut pula adalah kisah Bahlul dengan Sheikh Junid, seorang ulama sufi dan juga wali Allah. Satu hari Syeikh Junid Al-Baghdadi bertemu Bahlul lalu meminta nasihat. Bahlul lalu bertanya:

Bahlul: Bagaimana kamu makan?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan Sunnah dan doa2 makan)
Bahlul: Bagaimana kamu berpakaian?
Junid: (Menerangkan adab2 makan berdasarkan sunnah dan doa berpakaian)
Bahlul: Bagaimana kamu tidur?
Junid: (Menerangkan adab2 tidur mengikut sunnah dan doa2 tidur)
Bahlul: Sebenarnya jawapan2 kamu tidak tepat. Sekiranya kamu makan mengikut adab dan doa sekalipun tapi sekiranya makanan itu dari sumber yang haram buat apa? Sekiranya kamu berpakaian dengan adab dan doa tapi tidak menutup aurat serta sumbernya adalah haram buat apa? Sekiranya kamu tidur dengan adab dan doa tapi di hatimu masih menyimpan dendam dan kebencian sesama Muslim buat apa?


Menurut dari tiga cerita ini jelas sekali Bahlul bukanlah seorang yang bodoh atau lurus bendul. Dia sebenarnya bijak dan juga sarkastik. Sedangkan Sheikh Junaid sendiri pun datang mengadap Bahlul untuk mendapatkan nasihat dan dari cerita yang ketiga jelas Bahlul ini seorang wali Allah.

Suatu ketika Khalifah Harun al Rasyid yang sedang meminum arak, bertanya kepada Bahlul al Majnun yang datang berkunjung kepadanya mengenai arak. 
Sang Khalifah bertanya kepada Bahlul, “Apakah haram memakan anggur?” Bahlul menjawab, “Tidak”

Sang Khalifah bertanya lagi, “Bagaimana jika, setelah memakan anggur, seseorang itu meminum air?” Bahlul menjawab, “Tidak ada masalah”
“Setelah memakan anggur dan meminum air, seseorang itu berjemur di bawah mentari?” tanya Sang Khalifah lagi. Bahlul menjawab, “Tidak ada masalah”
Sang Khalifah kembali bertanya, “Lalu, mengapa apabila anggur dicampur air yang dibiarkan di bawah mentari bagi tempoh tertentu menjadi haram?” 

Bahlul kembali bertanya kepada Sang Khalifah, “Apabila tanah diletakkan di atas kepala seseorang, apakah ada bahayanya?” Sang Khalifah menjawab, “Tidak”
Bahlul menyambung lagi pertanyaannya, “Setelah itu, air disiram ke atas tanah di kepala itu, apakah akan mengakibatkan kesakitan?” Sang Khalifah menjawab, “Tidak”

Bahlul lalu menyoal lagi, “Dan jika tanah itu digaul dengan air untuk dibuat bata, lalu dilontarkan ke kepala seseorang, apakah akan menyebabkan kesakitan?” Sang Khalifah menjawab, “Benar, bahkan akan mencederakan kepalanya”

Bahlul lalu menjelaskan, “Sepertimana tanah dan air yang diadun untuk menjadi bata bisa mencelakai seseorang, begitulah juga campuran anggur dan air yang menjadi sesuatu yang memudharatkan yang oleh syariah dilarang dan ditetapkan sebagai tidak suci. Meminum arak membawa kemudharatan dan peminumnya wajib dihukum”.

Sang Khalifah berasa sangat tertekan dengan jawaban Bahlul, lalu mengarahkan pelayannya membawa pergi arak tersebut.

Hari ini penggunaan perkataan bahlul telah disalah ertikan oleh masyarakat yang menggunakanan perkataan itu untuk menyatakan seseorang itu bodoh. Sebenarnya perkataan itu dilemparkan oleh orang-orang tua kepada seseorang seperti ibu kepada anak adalah sebagai satu doa yang baik. Mengharapkan orang itu menjadi seperti Bahlul. Namun apabila lama kelamaan perktaan itu disalah ertikan oleh masyarakat kita. Wallahualam.. -

Selasa, Mac 10, 2015

Jenazah & Keranda Masih Sempurna

Article ini dicopy paste dari : http://dakwahtablighmalaysia.blogspot.com/2015/02/penggali-kubur-terkejut-beruk.html

ALOR SETAR – Beberapa penggali kubur terkejut apabila menemui keranda dan jenazah masih sempurna walaupun sudah dikebumikan hampir 15 tahun lalu ketika kerja menggali kubur dilakukan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Irfan, Derga di sini, pada Selasa.

Penggali kubur, Mansor Ahmad, 57, berkata, mereka mendapat arahan dari pihak pengurusan untuk menggali kubur bagi mengebumikan jenazah baru yang meninggal dunia kerana sakit jantung, bersebelahan kubur berkenaan.

“Selepas menggali tanah sedalam satu meter, tiba-tiba tanah bersebelahan runtuh dan kami dapati sebuah keranda yang masih sempurna di dalamnya. Kami terkejut kerana keranda itu sudah dikebumikan 15 tahun lalu.

“Bagaimanapun keranda itu masih sempurna seperti baharu sahaja dikebumikan. Tambah pelik, keranda itu berada dalam ruang yang kosong dan tanah tidak pula menutupinya,” kata Mansor kepada Sinar Harian.

Kain kafan masih putih

Mansor berkata, bagi memastikan keadaan jasad terbabit, dia membuka keranda dan melihat jenazah masih lagi sempurna dan tilam yang ada di dalam bagi melapik jenazah masih lagi kelihatan seperti baru.

“Oleh kerana kerja menggali kubur terpaksa dilakukan, saya memegang jenazah dan menolak keranda itu masuk ke dalam dan merasai jasad terbabit seperti baru dikebumikan,” katanya.

Kain kafan jenazah juga masih lagi putih dan tidak berbau.

“Pengalaman itu merupakan kali kedua saya alami sejak menjadi penggali kubur hampir 40 tahun di tanah perkuburan ini.

“Sebelum ini, pada 1980-an, saya serta beberapa rakan pernah terdengar ketukan sesuatu dari dalam kubur hingga menyebabkan imam terpaksa dipanggil bagi menyelesaikannya,” katanya.

Menurutnya, jenazah masih sempurna ditemui itu ialah seorang guru, Mohd Najib Abdullah yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Mersing, Johor dan jenazah dibawa pulang dari Mersing dan dikebumikan di situ.

Syukur kebesaran ALLAH SWT

Sementara itu, bapa Allahyarham, Abdullah Omar, 75, dari Kampung Alor Melong di sini, berkata, semasa keluarganya mendapat tahu tentang keadaan jenazah anaknya itu, dia sungguh terharu dan bersyukur dengan kebesaran ALLAH SWT.

Katanya, semasa kerja menggali kubur dilakukan, seorang daripada anaknya turut berada di situ dan terkejut apabila melihat jenazah abang sulung mereka masih sempurna.

“Pada masa itu, semua yang ada tergamam melihat kubur yang sekian lama itu masih lagi sempurna apatah lagi keranda itu seperti berada di dalam gua.

“Anak saya bersyukur kerana inilah pengalaman pertamanya melihat jenazah lama yang masih lagi sempurna apatah lagi darah daging sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, semasa arwah dikafankan serta dibawa pulang dengan kenderaan jenazah dahulu, pemandu kenderaan terbabit memaklumkan kepadanya bahawa sepanjang perjalanan dari Mersing, dia sentiasa terhidu bau wangi di dalam kenderaan sehinggalah tiba di kampungnya.

“Bagaimanapun pada masa itu pakcik hanya mendengar sahaja dan berdiam.

“Tetapi dengan peristiwa ini, sekali lagi ALLAH SWT menunjukkan kebesaran terutama kepada kita yang masih hidup ini,” katanya.

Al-Quran jadi teman rapat

Menurutnya semasa meninggal dunia, anaknya itu berusia 29 tahun dan dia seorang yang pendiam serta tidak banyak bercakap tetapi suka menolong saudara-mara dan rakan-rakan.

“Dia tidak pernah ingkar arahan jika diberikan tanggungjawab malah kerap membantu ibunya di dapur. Sebelum menjadi guru, dia pernah tinggal di Maahad Tahfiz Al-Quran Derga selama beberapa bulan dengan bekerja sebagai warden di situ.

“Selain itu, arwah anak saya mengajar akademik kepada pelajar tahfiz di situ serta turut menjadi imam. Al-Quran merupakan teman rapatnya walaupun dia tidak menghafalnya,” katanya.

Mansor berkata, semasa arwah anaknya itu menetap di maahad terbabit, pelajar di situ sangat sukakannya sehingga setiap kali tiba musim cuti persekolahan, dia akan pulang melawat pelajar serta sentiasa prihatin dengan pengajian mereka.

“Di antara anak didiknya di maahad terbabit ialah bekas Adun Bukit Lada, arwah Ahmad Izzat Shauki,” katanya, lapor Sinar Harian.

9 JENIS TINGKATAN ORANG BERIBADAH



وقال أبو بكرالصديق  رضي الله عنه : العباد ثلاثة أصناف, لكل صنف ثلاث علامات يعرفون بها :
1)               صنف يعبدون الله تعالى على سبيل الخوف
2)               وصنف يعبدون الله تعالى على سبيل الرجاء
3)               وصنف يعبدون الله تعالى على سبيل الحب
فللأول ثلاث علامات :
1)               يسحقر نفسه
2)               ويستقل حسناته
3)                ويستكثر سيئاته
وللثاني ثلاث علامات :
1)               تكون قدوة الناس في جميع الحالات,
2)               ويكون أسخى الناس كلهم بالمال في الدنيا,
3)               ويكون أحسن الظن بالله في الخلق كلهم
وللثالث ثلاثة علامات :
1)               يعطي ما يحبه ولا يبالي بعد أن يرضى ربه,
2)               ويعمل بسخط نفسه بعد أن يرضى ربه,
3)               ويكون في جميع الحالات مع سيده في أمره ونهيه

Kata Saidina Abu Bakar As Siddiq :
Orang-orang dapat dibahagikan kepada tiga (3) golongan. Dari ketiga-tiganya pula tiga (3) ciri khas sebagai tanda yang dapat dikenali :
GOLONGAN PERTAMA
Orang yang beribadah kepada Allah kerana takut (Khauf) kepadaNya.
Tandanya Ialah :
(1)      Memandang hina terhadap dirinya sendiri
(2)      Memandang sedikit kebaikan-kebaikannya
(3)      Memandang banyak kesalahan-kesalahannya.
GOLONGAN KEDUA
Orang yang beribadah kepada Allah kerana berharap (Raja’) rahmat daripadaNya.
Tandanya Ialah :
(4)      Segala hal ehwalnya menjadi ikutan bagi manusia
(5)      Dia menjadi manusia yang lebih dermawan dan zuhud di dunia
(6)      Berbaik sangka dengan Allah mengenai segala perkara yang terjadi pada makhluk.
GOLONGAN KETIGA
Orang yang beribadah kepada Allah kerana Kasih (Hubb) kepadaNya.
(1)      Beredia memberikan apa yang dia cintai dan setelah mendapat keredhaan Allah, dia tidak lagi peduli apa yang terjadi.
(2)      Mengerjakan apa yang dibenci nafsunya.
(3)      Tidak sudi lagi melayani kemahuan nafsunya setelah mendapatkan redha Tuhannya.


Jumaat, Mac 06, 2015

Kisah Berlaku Baik Kepada Ibubapa



https://www.facebook.com/KasihIbumu/posts/281408385330591

Kisah Ini dicopy paste dari FB di atas…..

ABU HURAIRAH RODHIYALLAHU 'ANHU

Di bawah ini kami suguhkan beberapa gambaran para ulama salaf terdahulu dalam berbakti kepada kedua orang tua mereka.
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu

Dari Abu Murrah Maula Ummu Hani’ binti Abu Thalib, bahwasanya ia pernah bersama Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu menuju kampungnya di al ‘Aqiq. 

Apabila masuk halaman rumahnya ia berteriak: “Alaikissalam wa rahmatullah wa barakatuhu wahai bundaku.”

Ibunya menjawab: “Wa’alaikissalam wa rahmatullahi wa barakatuhu.”
Abu Hurairah berkata: “Semoga Allah merahmatimu sebagaimana engkau telah mendidikku sewaktu kecil.”

Ibunya berkata: “Demikian pula engkau wahai ananda, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan dan meridhaimu sebagaimana engkau berbakti kepadaku setelah dewasa.” [HR.al Bukhari di al Adab al Mufrad, No.14, al Albani berkata: Hasan isnadnya]

Dan di antara bakti Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu kepada ibunya adalah antusias beliau agar ibunya dapat memeluk agama Islam, yang mana sebelumnya ibunya bergelimang dengan kesyirikan, dan doa beliau agar ibunya di cintai oleh kaum mukminin.

Ia bercerita: “Dahulu aku mengajak ibuku untuk masuk Islam ketika ia masih berbuat kesyirikan. Dan pada suatu hari aku mengajaknya, tapi ia berbicara tentang Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dengan ucapan yang aku benci, maka itu aku mendatangi Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam sambil menangis.

Aku berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku pernah mengajak ibuku untuk masuk Islam, namun ia enggan menerima ajakanku. Dan pada hari ini aku mengajaknya lagi, tapi dia malah berkata tentangmu dengan ucapan yang aku tidak sukai, maka itu doakanlah ibu Abu Hurairah agar mendapat hidayah.’

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Ya Allah, bukakanlah pintu hidayah bagi ibu Abu Hurairah.”

Lalu aku keluar dengan senang hati lantaran doa Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Ketika datang aku langsung mendekati pintu rumahku yang masih tertutup, dan ibuku mendengar suara langkah kakiku, ia berkata: “Tetaplah disitu, wahai Abu Hurairah.” Dan aku mendengar kucuran air.

Ia melanjutkan: “Ternyata ia mandi, kemudian ia mengenakan baju kurung dan memakai jilbab, lalu membuka pintu. Ia berkata: “Wahai Abu Hurairah, aku bersaksi bahwa tiada illah yang hak kecuali Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan Allah.”

Ia berkata: “Aku pun langsung kembali menemui Rasulullah sambil menangis karena saking gembiranya. Aku berkata: “Ya Rasulullah, kabar gembira bagimu, sungguh Allah telah mengabulkan doamu dan Dia telah memberi hidayah kepada ibu Abu Hurairah.”

Lalu beliau memuji dan menyanjung Allah dan berkata dengan perkataan yang baik. Aku berkata lagi: “Wahai Rasulullah, memohonlah kepada Allah untuk menjadikan aku dan ibuku dicintai oleh hamba-hamba-Nya yang beriman dan menjadikan mereka dicintai oleh kami.”

Maka beliau berdoa: “Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini –yakni Abu Hurairah- dan ibunya dicintai oleh hamba-hamba-Mu yang beriman dan jadikanlah mereka dicintai olehnya.”

Tidaklah diciptakan seorang mukmin yang mendengar tentang diriku meskipun ia tidak melihatku kecuali ia pasti mencintaiku. [HR.Ahmad, al Bukhari di al Adab Mufrad, no.34 dan Muslim no.2491]


ILYAS BIN MU'AWIYAH ROHIMAHULLAH

Tatkala ibunya meninggal dunia ia menangis. Seseorang bertanya kepadanya: “Apa yang membuatmu menangis?”

Ia menjawab: “Sebelumnya aku mempunyai dua pintu yang terbuka untuk menuju surga dan sekarang salah satunya telah tertutup.”

ABU HANIFAH ROHIMAHULLAH

Bahwasanya bonda Abu Hanifah bersumpah dengan suatu sumpah lalu ia melanggarnya. Maka itu ia meminta fawa kepada Abu Hanifah dan beliau pun berfatwa untuknya.

Ibunya berkata: “Aku tidak ridha kecuali dengan ucapan Zur’ah al Qash.” Kemudian Abu Hanifah membawa ibunya untuk menemui Zur’ah. 

Zur’ah berkata: “Apakah aku berfatwa untukmu sementara itu engkau bersama ahli fikih kota Kufah (yakni Abu Hanifah)?!”
 
Abu Hanifah berkata kepadanya: “Berilah fatwa kepadanya demikian dan demikian.”

Lalu Zur’ah memberi fatwa kepada ibunya dan akhirnya ia ridha dengan fatwa itu.

Abu Yusuf, sahabat Abu Hanifah pernah berkata: “Aku pernah melihat Abu Hanifah membawa ibunya di atas keledai menuju majlis Umar bin Dzar sebab ia disuruh ibunya untuk bertanya sesuatu kepadanya.”

MANSYUR BIN AL MU'TAMAR ROHIMAHULLAH

Muhammad bin Bisyr as Sulami rahimahullah pernah berkata: “Tidak ada seorang pun di kota Kufah yang lebih berbakti daripada manshur bin al Mu’tamar dan Abu Hanifah, dahulu Manshur biasa membelai rambut ibunya dan mengepangnya.”

IBNU ASAKIR ROHIMAHULLAH

Imam Ibnu Asakir pernah ditanya perihal keterlambatannya ketika datang ke kota Asfahan, beliau menjawab: “Ibuku tidak mengizinkanku.”

HAYWAH BIN SYURAIH RAHIMAHULLAH

Pernah pada suatu hari beliau duduk di halaqoh ta’lim untuk mengajar para hadirin, tatkala itu ibunya berkata: “Bangkit ya Haywah, beri makan ayam kita dengan gandum ini.”
Lalu beliau berdiri dan meninggalkan ta’lim tsb.

IMAM AZZAHABI ROHIMAHULLAH

Beliau pernah bercerita tentang dirinya yang sedang belajar qiro’ah kepada gurunya Syaikh al Fadhili. Beliau berkata: “Ketika Syaikh al Fadhili wafat, sementara aku belum menyelesaikan qiro’ahku, maka akupun sangat sedih. Tapi kemudian ada yang mengabarkan bahwa ada Abu Muhammad al Makin al Asmar yang tinggal di Iskandariyah, dan bahwasanya riwayat beliau lebih tinggi daripada al Fadhili, maka itu adz Dzahabi berkata: “Aku lebih sedih dan menyesal lagi lantaran tidak bisa menemuinya, sebab ayahku tidak mengizinkanku untuk safar ke kota itu.”

Note :
Di ambil dari kitab Birr al Walidain Adab wa Ahkam, karya Khalid bin Jum’ah al Kharraz, dan kitab Ma’alim fi Thariq Thalab al-‘Ilmi karya Abdul Aziz bin Muhammad as Sadhan
[1] Diringkas dari buku Birrul Walidain (Berbakti Kepada Orang Tua) karya Ustadz Yazid Jawwas, cetakan Darul Qalam.
Sumber :
Diketik ulang dari Majalah Adz Dzakhiirah Al Islmiyyah Vol.7 No.10 Edisi 52 – 1430/2009 Hal.41-44
silakan share semoga bermanfaat dan menginspirasi
serta menjadi renungan bagi sahabat yang lainnya.