Khamis, Jun 13, 2019

Makalah Ke 4 : Kata Usman ra, 10 Yang Disia-siakan - Muka Surat 272


Usman bin Affan ra mengatakan bahawa perkara yang paling disia-siakan ada 10, iaitu :
قال عثمان رضي الله عنه اضيَعُ الأشياءَ عَشَرَةٌ :
a.    Orang alim yang tidak ditanyai ilmunya.
عالِمٌ لا يُسئلُ عنهُ
b.    Ilmu yang tidak diamalkan.
وعلمٌ لا يُعملُ به
c.    Pendapat yang benar yang tidak diterima.
ورَاْيٌ صوابٌ لا يُقبَلُ
d.    Senjata yang tidak dipakai.
وسِلاحٌ لا يُستَعْمَلُ
e.    Masjid yang tidak dipakai solat.
ومسجدٌ لا يُصَلِى فيه
f.      Al Quran yang tidak dibaca.
ومُصحَفٌ لا يُقرأُ فيه
g.    Harta yang tidak diinfaqkan.
ومالٌ لا يُنْفَقُ منه
h.    Kuda / kenderaa yang tidak ditunggangi.
وخَيلٌ لا تُركَبُ
i.      Ilmu zuhud di hati orang yang cinta keduniawian.
وعلم الزُّهدِ في بطنِ مَنْ يريدُ الدنيا
j.      Umur panjang yang tidak digunakan sebagai bekal untuk perjalanan jauh (menuju akhirat)
وعمرٌ طويلٌ لا يُتَزَوَّدُ فيه لسَفَرِهِ
Penjelasan :
Tentang pentingnya zuhud Nabi bersabda :
منْ ازدادَ في العِلمِ رُشداً فلم يَزْدَد في الدنيا زُهداً لم يزدادْ منَ اللهِ إلا بُعدا
Barang siapa bertambah ilmunya, sedang dia tidak bertambah zuhud dalam urusan dunia, maka dia tidak bertambah kecuali bertambah jauh dari Allah.