Isnin, September 28, 2015

AKAUN BANK SAIDINA OTHMAN

Adakah kamu mengetahui bahawa Saidina Othman ibnu Affan ada mbempunyai akaun bank di Saudi?Siapakah yang membina Hotel Othman Ibnu Affan di sebelah masjid Nabawi di Madinah? Adakah anak cucu nya yang membinanya dan meletakkan namanya sebagai nama hotel? Ikuti kisah ini :

Satu ketika di Madinah semasa Nabi SAW mula hijrah dari Mekah ada sebuah telaga yang sangat besar dan sangat dalam serta airnya tak pernah kering. Nama Telaga itu Bi'ru Rummah (Telaga Pemanah). Orang Islam ketika itu sangat berhajat kepada air dan sering ke telaga itu yg dimiliki oleh seorang Yahudi.
Maka Yahudi itu telah bertindak menjual air dengan harga yang sangat mahal.
Akhirnya perkara itu sampai ke pengetahuan Saidina Othman b Affan RA. Lantas Saidina Othman b Affan RA bertemu Yahudi itu dan minta nak beli telaga tersebut.
Yahudi tak mahu jual sebab dia tahu dia untung besar. Saidina Othman b Affan RA akhirnya minta beli separuh saja telaga tu. Yahudi pun setuju. Bermakna sehari milik Yahudi dan sehari làgi milik Saidina Othman b Affan RA. Yahudi sangka dia cerdik sebab Saidina Othman b Affan RA memang peniaga yang glamour dikenali oleh orang Arab, menyangka perniagaannya akan lebih berkembang dan harga air boleh dinaikkan.
Rupa-rupanya Allah takdirkan sebaliknya bila orang tak lagi beli air daripada Yahudi itu sebab pada hari milik Saidina Othman b Affan RA dia beri orang-orang Islam dan bukan Islam air percuma. Jadi, hari giliran milik yahudi itu siapa pun tak nak beli.
Akhirnya Yahudi bankrap dan nak jual kepada Saidina Othman b Affan RA separuh bahagian lagi Telaga Rummah tu kepada Saidina Othman b Affan RA sebab dia dah rugi.
Saidina Othman b Affan RA beli dengan 20,000 dinar.
Kemudian dia waqafkan kepada orang Islam. Kemudian ada seorang sahabat lain yang juga hartawan minta nak beli telaga tu daripada Saidina Othman b Affan RA. Saidina Othman b Affan RA tanya berapa harga yang dia sanggup bayar?
Hartawan menjawab bahawa dia sanggup membayar 3 kali ganda harga yang dibeli oleh Saidina Othman b Affan RA. Saidina Othman b Affan RA tidak setuju dan bertanya lagi, berapa sanggup bayar?
Hartawan menjawab, 9 kali ganda harga yg dibeli Saidina Othman b Affan RA.
Saidina Othman b Affan RA masih tak setuju.
Hartawan bertanya kehairanan. Siapa lagikah yang sanggup membeli dengan harga yang lebih mahal daripadanya?
Maka Saidina Othman b Affan RA menjawab, "ALLAH".
Akhirnya orang Islam dapat minum air telaga itu secara percuma.
Dengan takdir Allah di tepi telaga itu akhirnya tumbuh beberapa pohon tamar dan akhirnya membiak sehingga  berjumlah 1550 pokok jumlahnya dan berbuah dengan sangat lebat.
Kerajaan Othmaniah Turki telah menjaga kurma itu dan hasil jualan tamar-tamar itu dan menyimpannya sehinggalah wujudnya kerajaan Saudi yang ambil alih dan tubuhkan akaun bank atas nama Saidina Othman b Affan RA di salah satu bank Saudi. Duit itu akhirnya terkumpul dengan banyak dan kerajaan Saudi telah membeli sekeping tanah di tepi Masjid Nabawi dengan tujuan membina hotel lima bintang. Hasilnya nanti dibahagi kepada dua. Separuh diinfaq untuk anak yatim dan miskin yang sebahagian lagi disimpan dalam akaun Saidina Othman b Affan RA. Yang anehnya, setelah 14 kurun, sedekah Saidina Othman b Affan RA bercambah dan membiak membuak buak tanpa hentinya. Inilah kelebihan Sedekah.
Oleh itu, marilah sama sama kita ringan tangan untuk bersedekah dan yang paling mudah adalah dengan menyebarkan kisah ini dalam group dan fb anda. InshaaAllah, anda akan dapat pahala sedekah yang berganda-ganda.
MOGA-MOGA BERMANFAAT DUNIA AKHIRAT.
والله اعلم....

Selasa, September 22, 2015

Kisah Kewafatan Umar Al Khattab

Amirul Mukminin ,  Umar al Khattab

 🌴RENUNGAN BUAT PEMIMPIN & RAKYAT .....

"Sebuah kisah dizaman Amirul Mukminin Khalifah Umar Al Khattab, saat-saat akhir Umar Al Khattab"
Pagi itu seperti pagi sebelumnya, sebelum azan subuh dilaungkan, Umar Al Khattab sudah berada di dalam masjid Nabi bagi mengerjakan sembahyang subuh berjemaah. Selepas azan subuh, ramai jemaah memenuhi ruang setiap saf, selesai saja iqamat, Umar Al Khattab tampil ke hadapan bagi menjadi imam. Di belakangnya iaitu saf hadapan, berdirinya Abu Lukluah, sebelah kirinya Hurmuzan. dan sebelah kanan pula Jafina. Para jemaah bersedia menunaikan sembahyang subuh, ketika Umar mengangkat takbiratul ihram, dengan pantas Abu Lukluah mengeluarkan pisau dari dalam jubahnya lalu menikam belakang Umar sebanyak tiga kali sehingga Umar jatuh tersungkur, kemudian Abu Lukluah menikam di perut Umar sebanyak tiga kali, "budak itu menikam aku!" Teriak Umar yang menahan kesakitan.
Abdul Rahman Bin Auf segera mendapatkan Umar.
"mengapa dia tergamak melakukan ini wahai Amirul Mukminin?" tanya Abdul Rahman Bin Auf.
"Jangan hiraukan aku, teruskan sembahyang kerana itu yang lebih penting" jawab Umar, kemudian Umar pengsan.
Abdul Rahman tampil di hadapan untuk menjadi imam, selesai sembahyang mereka kembali mendapatkan Umar,
"adalah kalian sudah selesai sembahyang?" tanya Umar.
"Ya" jawab Abdul Rahman.
"Aku juga ingin sembahyang" kata Umar.
"Wahai Amirul Mukminin, engkau mendapat luka yang parah" kata Abdul Rahman.
"Tidak ada keuzuran bagi lelaki mendirikan sembahyang, sesungguhnya tidak Islam bagi mereka yang tidak sembahyang" balas Umar al Khattab.
kemudian Umar minta lukanya dibalut supaya dia boleh mengambil wuduk dan menyelesaikan solat. Selepas selesai solat, Umar dipapah untuk dibawa pulang ke rumahnya.
"Siapakah yang menikam aku?" tanya Umar.
"Abu Lukluah, bekas orang suruhan Mughirah Syu'bah" jawab Ibnu Abas.
"Di mana dia sekarang?" Umar bertanya lagi.
"Dia menikam dirinya sendiri" Abdul Rahman menjawab.
"Adakah orang Ansar ataupun Muhajirin terlibat dalam pakatan ini?" Umar meminta kepastian.
"Mereka tidak terlibat, kami yakin Abu Lukluah melakukan bersendirian" Ibnu Abas menjawab.
"Mengapa dia melakukannya? adakah aku melakukan zalim pada sesiapa? ataupun aku sudah menyeleweng?" Umar terus bertanya.
"Wahai Amirul Mukminin, engkau sudah menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik, engkau juga tidak pernah menyeleweng" kata Ka'ab yang juga sahabat Umar. Hurmuzan dan Jafina segera disiasat tetapi mereka menafikan terlibat.
"Bebaskan mereka berdua dan jangan di apa-apakan, aku tidak ingin perkara ini berpanjangan. Sesungguhnya apa yang berlaku ini semuanya telah ditakdirkan, aku redha menerimanya" Kata Umar.
Umar meminta segelas susu, apabila diminum, susu itu keluar dari bekas luka di perutnya. Tahulah mereka bahawa Umar al Khattab tidak dapat diselamatkan lagi. orang ramai yang berada disitu termasuk sahabat Umar menangis.
"Janganlah kalian menangis, sesiapa yang menangis, keluar dari bilik ini. Tidakkah kamu pernah mendengar Rasulullah bersabda, orang mati diseksa disebabkan tangisan keluarganya" Umar berkata dengan nada yang tegas tapi lemah.
Kemudian Umar berkata lagi,
"Setiap yang bernyawa pasti mati, dan aku merasakan saat kematian itu semakin hampir. Selepas aku pulang menemui Allah, aku mohon supaya disemadikan berhampiran makam Rasulullah"
"Wahai Amirul Mukminin, kami akan kehilangan seorang pemimpin yang terlalu baik, siapakah yang akan memimpin umat ini selepas ketiadaan kamu?" Ibnu Abas bertanya.
"Sekiranya seorang petani meninggalkan ladangnya tanpa ada pengganti, nescaya tanaman musnah. Sekiranya seorang penternak meninggalkan ternakannya tanpa pengganti nescaya ternakannya binasa. Apakah jawapan ayahanda dihadapan Allah nanti sekiranya ditanya mengapa tidak menamakan?" anakanda Umar bertanya.
"Wahai Amirul Mukminin, apakah kamu mahu Abdullah anakanda kamu dilantik sebagai pengganti?" tanya Mughirah.
"Wahai Mughirah, aku tidak akan melantik ahli keluarga aku menjadi khalifah, aku haramkan mereka memegang jawatan itu!" Tegas Umar.
Kemudian Umar menamakan enam orang sebagai pengganti, mereka ialah Uthman Bin Affan, Ali Bin Abi Talib, Talhah Bin Ubaidullah, Zubir Bin Awam, Abdul Rahman Bin Auf dan Sa'ad Bin Abi Waqas.
Umar semakin tenat, sahabat terlalu sedih dan merasa akan kehilangan seorang khalifah agung yang benar-benar zuhud hidupnya.
"Wahai sahabatku, jangan sesekali kamu menzalimi umat, menindas dan menyeleweng harta umat, nescaya Allah akan melaknati perbuatan kamu sekiranya kamu tidak berlaku adil, jangan sesekali kamu hidup bermewah dengan mengambil harta rakyat, sembahyanglah kalian walau dalam apa jua keadaan kerana sembahyang itu merupakan paling wajib bagi kita sebagai umat Islam. Maafkan aku sekiranya aku pernah menzalimi kalian, maafkan aku sekiranya aku berlaku tidak adil pada kalian, maafkan aku sekiranya masih terdapat rakyat yang lapar tidak cukup makan kerana aku pasti akan ditanya dihadapan Allah nanti" Umar meninggalkan pesanan penting kepada sahabat dan keluarga serta saudaranya. suasana menjadi suram, mereka tidak henti-henti menangis. Terasa benar dihati mereka bakal kehilangan seorang khalifah terbaik sepanjang zaman.
Akhirnya pada pagi ahad 27 Zulhijjah tahun 23 Hijrah, Umar Al Khattab menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika usianya 63 tahun. sehingga kini rakyat Palestin sangat merindui Umar, "Dimana engkau wahai Umar? adakah engkau mendengar khabar? Sesungguhnya al Aqsa menantimu"
Umar al Khattab tak pakai hebat seperti pemimpin Arab, tapi Umar mengambil Al Aqsa dengan hebat.
Al- Fatihah buat mu wahai Amirul Mukminin Umar al Khattab.

Jumaat, September 18, 2015

Kisah Bau Harum Pada Abu Bakar Al Miski


Dikisahkan oleh Al Imam Ibnul Jauzi dalam Al Mawa’idz Wal Majalis. Tentang kisah seorang pemuda, yang menjaga dirinya dari perbuatan zina dan takut kepada Allah. Namanya Abu bakar Al Miski. Dia dijuluki Al Miski (Si Kasturi), karena tubuhnya menebarkan aroma wangi yang sangat harum dan khas.

“Kalau boleh tahu”, tanya seseorang suatu ketika, “Apa yang menyebabkan anda selalu memakai misk setiap saat?” kata orang tersebut.
“Demi Allah”, tutur Abu Bakar. “Sungguh saya tidak pernah memakai minyak misk sejak bertahun-tahun yang lalu. Tetapi saya akan ceritakan penyebab tubuhku selalu mengeluarkan bau harum minyak kasturi”, lanjut Abu Bakar.
“Dahulu pernah ada seorang wanita tak berakhlaq. Dia menipu dan memperdayaku sehingga aku terpaksa masuk ke dalam rumahnya. Setelah itu, tiba-tiba menutup pintu rumahnya dan berusaha menggoda dan merayuku. Saat itu aku sangat bingung sekali, aku tak tahu apa yang harus aku lakukan untuk hindarkan aku dari maksiat ini”.

Abu Bakar melanjutkan ceritanaya, “ Dan akhirnya aku dapat penyelesaian yang kurasa mampu melepaskan aku dari maksiatnitu. Kukatakan padanya, izinkan aku pergi ke tandas sebentar….., wanita itu memanggil pembantunya dan memerintahkannya untuk mengantarkanku ke tandas. Ketika di dalam tandas aku mengambil kotoran dan mengoleskannya keseluruh tubuhku. Aku pun kembali kepada wanita itu, dengan tubuh dan pakaian ku yang berlumuran dengan najis. Ia sangat terkejut. Seketika itu juga ia memerintahkan pembantunya untuk mengeluarkanku dari rumahnya”.

“Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya. Aku pulang dan membersihkan tubuhku yang penuh kotoran” kata Abu Bakar kepada orang itu.

Pada malam harinya, kata Abu Bakar. “Aku bermimpi mendengar sebuah suara, ya…abu bakar, engkau telah melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang selainmu. Mulai sekarang akan Kujadikan tubuhmu selalu harum di dunia dan akhirat.”
“Begitulah, mulai saat itu, tubuhku selalu mengeluarkan bau wangi seharum minyak misk dan berlanjut sampai sekarang”. 

Kata Abu Bakar Al Misk mengakhiri ceritanya.
Abu Bakar Al Misk, telah mencontohkan, setelah sebelumnya Rasulullah Saw memberi jaminan: “Salah satu di antara tujuh orang yang diberi naungan Allah pada hari kiamat, dimana tiada naungan kecuali naungan-Nya adalah seorang pemuda yang digoda untuk berzina dengan seorang wanita yang berpangkat lagi jelita namun ia menolaknya dan berkata, “Saya takut kepada Allah! (HR Al Bukhari dan Muslim)

Rabu, September 09, 2015

10 Jenis Tangisan

Menurut Ibnu Qayyim terdapat 10 Jenis Tangisan :
  1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik – pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (AnNajm : 43)
Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini. Tangis tercela atau terpuji ?? Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah. Tangisan dapat memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata.
Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.” Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, “Manis sungguh air ini.” Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, “Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!.”

Air mata yang tiada di tuntut:
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
  • Janganlah menangis menonton filem kerana itu kan cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??.. Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Junjungan Mulia bersabda “Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam”. “Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah dihari qiamat”??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya”. “Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.” Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara. kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
  1. Apabila dahi nya berpeluh.
  2. Airmatanya berlinang.
  3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
  • Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  • Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  • Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu
  • Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.
Ingatan ku hanya pada kalian…dan hati akan bahagia jika diriku jua dalam ingatan kalian… Dan aku akan bertambah bahagia jika bertemu kalian dan kalian bertemu diriku di suatu masa dan satu tempat….

Allahualam

10 Golongan Kufur Tapi Menyangka Ia Muslim





قال النبي صلى الله عليه وسلم : عَشرةٌ من هذه الأمةِ هُم كُفارٌ بالله العظيمِ و يظُنُّون أنهم المؤُمنون القائلُ لمُسلمٍ أو ذِمِّيٍ بغيرِ حقٍ : والساحرُ والدَّيوث الذي لا يَغَارُ على أهلِهِ ومانعُ الزكاةِ وشارِبُ الخمرِ ومَن وجبَ عليه الحجُ فلم يَحُجَّ والسَّاعي في الفتن وبائعُ السّلاحِ مِن أهلِ الحربِ وناكحُ المرأةِ في دُبُرها وناكح ذاتِ رحيمِ مَحْرَمِ إنْ عَلِمَ هذه الأفعالَ حلالاً كَفَرَ

Nabi sollahu alahi wasallam bersabda, ada 10 golongan dari umat ini (umat Nabi) yang kufur kepada Allah Yang Maha Agung, tapi mereka menyangka bahawa mereka adalah mukmin, iaitu :
1.   Orang yang mengatakan sesuatu yang bukan haknya kepada orang Islam atau kafir zimmi.
2.   Tukang sihir.
3.   Laki-laki dayus yang tidak memiliki rasa cemburu terhadap isterinya.
4.   Orang yang enggan mengeluarkan zakat.
5.   Peminum arak
6.   Orang yang sudah berkewajipan melaksanakan ibadah haji tapi tidak melaksanakannya.
7.   Orang yang suka memfitnah.
8.   Orang yang menjual senjata kepada tukang perang bukan di jalan Allah
9. Orang yang menyetubuhi wanita secara luar biasa, bukan melalui kebiasaan fitrah manusia.
10. Orang yang menyetubuhi isteri yang haram dinikahi
     Apabila seseorang beranggapan semua ini halal maka dia kufur.