Ahad, September 28, 2008

Raya dengan isu perkauman

hari ini masuk hari ke 28 kita berpuasa. Menarik sekali puasa kali ini kita berdepan dengan masala politik perkauman yang mungkin serius bagi setengah pihak, dan mungkin tidak serius pada setengah pihak. Bagi kita orang yang memilik agama yang benar serta agama yang menjadi agama Allah yang diterimanya semata-mata tiada yang lain, tentu ingin agar isu perkauman yang sedang dimainkan oleh sesetengah pihak ditangani dengan cara Islam, cara terbaik yang dianjurkan ALLAH ta'ala.
Setiap muslim mestilah ingat bahawa agama yang benar tentu tidak mempunyai musuh, malah disukai walau orang bukan Islam, ini adalah kerana Islam agama fitrah yang tidak akan bercanggah dengan siapapun yang dinamakan manusia.
Cuma satu hal yang penting dinyatakan disini, orang Islam sendiri yang tidak bersedia untuk menyakinkan umat selain Islam mengenai kejituan dan kefitrahan Islam. Muslim sepatutnya yakin dan penuh kepercayaan terhadap agama Islam yang lengkap ini.
Ketika Parti Kerajaan sedang bergolak dengan kepimpinan partinya, rakyat cuba untuk mencari tempat bergantung ianya terganggu dengan isu perkauman yang dilemparkan di tengah masyarakat.
Justeru keadaan yang serba kecoh ini, kedatangan syawwal pula di ambang pintu.....sewaktu inilah juga satu berita yang menambahkan lagi masalah mungkin ataupun menyelesaikan masalah juga mungkin, iaitu berita 9 Oktober PM kita akan menyebut sesuatu yang mungkin rakyat Malaysia dah mulai menjangakannya......
Dalam kemelut ini, kita ingat bahawa hanya Islam sebagi penyelesai masalah....jadi tunggu apa lgi, majulah Islam ke depan, ayohlah.....rakyat sedang menunggu penyelesaian hakiki....Islam adalah jaminan semua rakyat tidak kira Islam atau bukan Islam.
Suatu yang pasti sekarang PAS adalah Parti Islam yang tidak pernah lari dari prinsip perjuangan sehingga ke hari ini.........inilah kerja berat yang perlu dilalui oleh parti Islam.....Islam adalah penyelesaiannya.

Jumaat, September 26, 2008

5 Yang DIlihat Oleh Umar Al Khattab

Nota kedua hari ini ialah perkataan Saidina Umar Al Khattab RodiyaLLAH 'anhu :
Aku melihat kawan-kawan tetapi aku tidak melihat sebaik-baik kawan melainkan "menjaga lidah".
Aku melihat semua pakaian tetapi aku tidak melihat sebaik-baik pakaian melainkan pakaian wara'.
Aku melihat banyak harta tetapi aku tidak melihat sebaik-baik harta melainkan "kepuasan hati".
Aku melihat semua kebaikan, tetapi aku tidak melihat sebaik-baik kebaikan melainkan "nasihat".
Aku melihat semua makanan, tetapi aku tidak melihat sebaik-baik makanan melainkan "kesabaran".

Teks dalam Bahasa Arab ialah :
قال عمر (رضي الله عنه) : رأيتُ جميع الأخلاء فلم أر خليلا أفضلَ من حفظ اللسان ورأنتُ جميع اللباس فلم أر لباس أفضل من الورع ورأيتُ جميع المال فلم أر مالا افضل من القناعة ورأيتُ جميعَ البر فلم أر مالا أفضل من النصيحة ورأيتُ جميع الأطعمة فلم أر طعاما أَلذِّّ من الصبر

SAYANGKAN 5 LUPA KAN 5

Salam kepada rakan-rakan pejuang-pejuang Islam, dimana juga anda berada. Saya bekalkan nota ceramah yang berguna dan senang dihafal. Juga untuk rakan-rakan pembaca yang suka menuntut ilmu menerusi blog ilmu saya ini.
Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam tercinta pernah bersabda : Akan datang pada satu masa nanti umatku menyintai 5 dan melupai 5 yang lain:
(1) Mereka menyintai Dunia lupakan Akhirat;
(2) Mereka cintakan hidup lupakan mati;
(3) Mereka cintakan istana lupakan kubur;
(4) Mereka cintakan harta lupakan perhitungan;
(5) Mereka cintakan makluk lupaka Khaliq

Teks Arabnya ialah seperti beriku :
قال النبي صلى الله عليه وسلم :
سيأتي على أمتي زمان يحبون الخمس وينسون الخمسَ : يحبون الدنيا وينسون الآخرة ويحبون الحياة وينسون الموت ويحبون القصور وينسون القبول ويحبون المال وينسون الحسابو يحبون الخلق وينسون الخالق
نقلا عن الكتاب : الاستعدام ليوم الميعاد ألفه ابن حجر العسقلاني رحمه الله تعالى عنه
Semoga mendapat sedikit menafaat dan pengajaran untuk hujung-hujung bulan Ramadan ini. Wallahu 'alam.

Rabu, September 24, 2008

SYAWWAL BUAT PEJUANG ISLAM












Sekadar ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Dari hati yang penuh dengan kegembiraan hakiki
Kemenangan yang dirayakan ke sekian kali
Lebaran menjenguk entah ke berapa kali
Mengetuk pintu hati hamba yang menangisi
Segala kesalahan yang berlaku tanpa disedari
Moga kemaafan dan keampunan diberi
Ingatlah syurga yang indah sedang menanti


Kepada sesiapa yang berjiwa murni
Allah sahajalah tempat dihajati
Hanya keampunan-Nya di rindui
Buat sabar dan taqwa yang memenuhi hati
Agar Islam terus tertegak di bumi
Medan jihad sentiasa dibajai
Oleh darah syuhada’ tumpah ke bumi
Merakamkan resah rindu syurgawi
Itukan hasrat dan cita-cita dihati
Bergembiralah setiap pejuang Islami
Setiap darah yang jatuh mengaliri
Aliran perjuangan yang hakiki
Syawallah tempat kenangan abadi
Untuk perjuangan yang terus diisi

salam Lebaran dari Saya sekeluarga.
24/9/08

Selasa, September 23, 2008

SIKAP MANUSIA DENGAN TAZKIRAH RAMADAN

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan...
Semasa saya ke satu masjid di sekitar Ampang, ada rakan-rakan beritahu bahawa semalam berlaku satu kekecohan apabila seorang ustaz sedang memberi tazkirah. Sewaktu waktu tazkirah sampai ke pukul 9.30 malam, seorang ibu berumur lingkungan lima puluhan mengangkat tangan, menunjuk2 ke arah penceramah.....rupanya ibu itu marah pada ustaz kerana tak berhenti lagi buat tazkirah.
Pelik sungguh, majlis ilmu yang disebut oleh Rasulullah sebagai "Hidangan ALLAH" tidak disukai oleh segelintir jemaah. Majlis ilmu yang lebih afdhal dari seribu rakaat solat sunat, dan lebih afdal dari seribu ziarah orang sakit itu tidak disukai oleh segelintir jemaah.......cuma saya risau, dan amat risau kalau orang yang menghalang majlis ilmu ini tidak menyedari bahawa sikap yang menampakkan tidak suka majlis ilmu ini termasuk salah satu dari sifat munafiq.....'na'uzubillah min za lik'......sayang sungguh, pahala yang banyak dalam majlis ilmu mahu ditolak.....semoga Allah mengampuni dosa-dosa mereka yang mempunyai perasaan tidak baik terhadap majlis ilmu.
Firman ALLAH Ta'ala :
"Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang berilmu dari kalangan kamu dengan beberapa darjat".

Khamis, September 18, 2008

5 DAKWAAN YG DUSTA

Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang sentiasa dahagakan ilmu,
Kata seorang alim (tak ingat namanya),
1) Sesiapa yang mendakwa beriman kepada ALLAH tetapi tidak berhenti dari melakukan perkara-perkara haram, maka dakwaan cintanya itu adalah dusta serta palsu.
2) Sesiapa yang mendakwa cintakan Nabi Sollahu 'alaihi wasallam tetapi tidak menyukai faqir miskin, maka dakwaan cintanya itu dusta dan palsu.
3) Sesiapa yang mendakwa cintakan syurga dan ingin masuk ke dalamnya tetapi tidak bersedekah, maka dakwaannya itu dusta dan palsu.
4) Sesiapa yang mendakwa gerunkan api neraka tetapi tidak berhenti dari melakukan kemungkaran dan kemaksiatan, maka dakwaannya itu dusta dan palsu.
Semoga mendapat renungan bersama Insya ALLAH.