Isnin, Februari 25, 2019

Makalah 2 : Iman & Manafaat Kepada Kaum Muslimin


MAKALAH PERTAMA

خصلتاْنِ لا شَيْءٍ افضلُ منْهُما الإيْمَأنُ بالله والنَّفعُ لِلْمُسْلِمِين

Dua perkara tidak ada yang lebih utama dari keduanya iaitu : Iman kepada Allah dan memberi manafaat kepada orang Islam (baik dengan ucapan, kuasa, harta atau dengan tenaga)


مَنْ اَصْبَحَ لا يَنْوِيْ الظُّلمَ على أَحَدٍ غُفِرَ لَهُ ما جَنَى ومَنْ اَصْبَحَ نُصْرَةَ الْمَظْلُومِ وقضاءَ حاجَةِ الْمُسْلِمِ كانَتْ لهُ كأجْرِ حُجَّةِ مَبْرُورةٍ

Barang siapa bangun pagi dan tidak bermaksud menzalimi seseorang, maka ia diampuni dosa-dosanya. Dan barang siapa menolong orang yang teraniaya serta memenuhi keperluan orang Islam, maka ia mendapatkan Pahala seperti Pahala haji mabrur.

اَحَبَّ العِبادِ إلى الله تعالى اَنْفَعَ الناسِ للناس وافضلُ الأعمالِ اِدخالُ السُرُورِ على قلبِ الْمُؤمِنِ يَطْرُدُ عنهُ جُوعا أو يَكْشِفُ عنهُ كَرْباً أو يقضي له دَيْناً

Manusia yang paling dicintai Allah Ta’ala ialah manusia yang paling bermanafaat bagi manusia yang lain. Dan seutama-utama amal ialah menyenangkan hati orang yang beriman dengan cara menghilangkan kelaparan, kesusahan, atau melunasi hutangnya.

وخصلتان لا شيءَ اَخْبَثُ منهُما الشِّرْكُ والضُّرُّ بالْمُسلمين

Dua perkara yang lebih kotor dan keji daripada keduanya adalah menyengutukan Allah dan mendatangkan kemudharatan bagi kaum muslimin.

Selasa, Februari 12, 2019

Apabila Ingin Menguasai, Dikuasai Atau Mengimbangi - Ms 58

عن علي رضي الله عنه
تفضلْ على مَن شِئْتَ فأنتَ أمِيْرُهُ وَاسْئلْ مَنْ شِئْتَ فأنتَ أسِيْرُهُ واسْتَغْنِ عَمَّنْ شِئْتَ فإنك نَظِيْرُهُ
Daripada Ali ra :

·         Berikanlah jasa kepada siapa saja, maka anda akan dapat menguasainya;
·         Mintalah kepada siapa saja, nescaya anda akan dikuasainya;
·         Dan jadilah orang yang merasa kaya (tidak meminta-minta) pada siapa saja, tetu anda seimbang dengannya;

Penjelasan
Jika anda berbuat baik kepada seseorang, baik berupa jasa mahupun keni’matan yang lain, maka anda akan menguasai orang itu. Sebaliknya, jika anda minta sesuatu kepada orang lain, tentu anda akan dikuasai olehnya.
Kerana jiwa seseorang itu mempunyai pembawaan untuk selalu menyenangi dan menyebut-nyebut orang yang berbuat baik kepadanya. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis :
“Sesiapa yang mencintai sesuatu, maka dia menjadi tawananya.”
Ali ra juga pernah berkata ;
“Aku merasa menjadi budak yang mengajar aku satu huruf, berserah dia akan menjual aku atau memerdekakanku.”
Sikap hidup dengan merasa cukup terhadap apa yang dimilikinya merasa kaya dan tiddak meminta-minta pada orang lain, merupakan kekayaan diri. Jika anda tidak lagi memerlukan milik orang lain, maka bererti anda menjadi orang kaya yang setara dengannya bahkan melebihinya.

Ketika Jejak Terputus, Jasad Hancur & Amal Dikalungkan - Ms 57


عن صالح المَرقِدِي رضي الله عنه أنه مَرَّ بِبَعضِ الدِّيَاْرِ فقال :
يا دِيَاْرُ أَينَ أَهْلُكِ الأوَّلونَ؟ وأَيْنَ عُمَّارُكِ الْمَاْضُون ؟ وأيْنَ سُكًّانُكِ الأقْدَمُوْنَ ؟ فَهَتَف بِهِ هَاْتِفٌ "اِنْقَطَعَتْ آثَاْرُهُم و بَلِيَتْ تَحتَ التُّرَاْبِ أَجْسَاْمُهُم وبَقِيَتْ أَعْمَاْلُهم قَلائدَ

Soleh al Marqidi ra suatu hari melaui suatu perkuburan, lalu dia menghentikan langkah sejenak bertafakur seraya berkata :

·         Wahai penghuni perkampungan! Dimanakah ahli anda yang dulu menyenangkan dan menghiburkan?
·         Dimanakah gedung-gedung yang dahulu anda bangunkan?
·         Dan dimanakah penduduk-penduduk yang terdahulu?

Kemudian terdengar suara panggilan tanpa terlihat siapa dan dari mana suara itu datang:

·         “Jejak mereka telah terputus, jasad-jasad telah hancur di bawah tanah, sementara amal-amal mereka dikalungkan di leher”

Manusia Paling Banyak Beribadah, Zuhud & Paling Kaya - Ms 56

عن عبد الله بن مسعودٍ رضي الله عنه
أدِّ ما افْتَرَضَ اللهُ عليك تَكُنْ أعْبَدَ الناسِ واجْتَنِبْ مَحَاْرِمِ اللهِ تَكُنْ اَزْهَدَ الناسِ وارضَ بِمَا قَسَمَ اللهُ لك تَكُنْ أغنى الناس
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a :

·        Tunaikanlah apa yang telah difardhukan Allah nescaya anda menjadi orang yang paling beribadah.
·       Jauhilah larangan-larangan Allah nescaya anda menjadi orang yang paling zuhud.
·       Dan puaslah dalam menerima bahagian (rezeki) daripada Allah, nescaya anda menjadi orang yang paling kaya (paling banyak harta)

Penjelasan :

Yakni, dengan menunaikan apa yang telah difardhukan secara sempurna, maka seseorang menjadi orang yang paling banyak ibadahnya.
Orang yang paling zuhud maksudnya ialah pakar zuhud yang membenci dunia dan berpaling daripadanya.