Khamis, Januari 24, 2008

DAJJAL SUDAH KELUAR?

Assalamualaikum
Semasa saya menyampaikan kuliah maghrib di Surau SPPK, Segambut, jemaah surau telah memberi saya tengok satu kitab berjudul "DAJJAL SUDAH MUNCUL DARI KHURASAN", ditulis oleh Abuy Fatiah Al Adnani.
Buku ini ditulis kerana menjawab kepada isu seorang lelaki yang bergelar "Sai Baba" di India yang berjaya mengeluarkan gandum dari jari jemarinya, sehingga boleh menjadikan bukit gandum.
Banyak kupasan yang diberikan tentang kaitan lelaki ini dengan Dajjal sebenarnya. Di antara ungkapan terakhir buku ini yang cuba memberikan kita penjelasan tentang kaitannya, katan penulisnya "Jika Sai Baba berumur panjang hingga datangnya Al Mahdi, kemudian matanya dibutakan oleh Allah dan dijadikan tulisan ka fa ra di dahinya, lalu ia keluar dari Khurasan bersama 70,000 yahudi Asbahan yg berpakaian tak brjahit, kemudian memasuki wilayah Kullah dan merusak di kanan dan kiri, kemudian masuk di depan Madinah dan menghentak-hentakkan kakinya, lalu dengan peristiwa itu semua penduru Madinah yang munafik keluar untuk mendatangai dirinya, maka dapat dipastikan bahawa Sai Baba itulah Dajjal yang dijanjikan."
Inilah ungkapan penulisnya.......semoga kita mendapat bimbingan dari hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku tersebut, Insya ALLAH saya akan keluarkan satu persatu hadisnya. Sila dapatkan buku tersebut untuk terus mengetahui maklumat2 penting mengenai Dajjal.
Sekian terima kasih.
Akhukum fiLLAH

Selasa, Januari 15, 2008

3 MANUSIA YG MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

RenunganSabda Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam......
Tiga golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah arasy-Nya pada hari tiada lindungan melainkan lindungan-Nya sahaja, iaiatu :
(1) Orang yang berwudhuk ketika kepayahan;
(2) Orang yang berjalan ke rumah-rumah ALLAH ketika gelap;
(3) Orang yang memberikan makan kepada orang-orang yang kelaparan.

Ahad, Januari 13, 2008

KITAH BAHRUL MAZI

Salam untuk semua..............
Bermula bulan januari 08, saya akan mula mengajar di Masjid Al Imam Termizi di Taman Sri Manja, Highway NPE. Kitab yang saya pilih ialah jilid pertama "Bahrul Mazi" terjemahan rumi dari jawi (teks asal).
Kuliah maghrib saya di Masjid tersebut ialah pada Selasa minggu ke 2 dan kuliah subuh sabtu minggu ke 4. Memang amat teruja bila kitab syeikh Marbawi ini saya gunakan, terasa akan keberkatan yang mengalir masuk melalui sentuhan setiap topiknya.
Semoga ALLAH menambah ilmu yang bermanafaat untuk kita semua Isya ALLAH. Topik yang dibincang ialah tentang hadis "segala sesuatu dengan niat .....", amat menarik perbincangannya. Sekianlah dimaklumkan terima kasih.

KITAB TAFSIR SURAH AL MULK


Assalamualaikum
Kepada rakan-rakan dan sahabat-sahabat yang suka membaca, saya mencadangkan satu buku berjudul TAFSIR SURAH AL MULK. Karangan Ustaz Syahril Azman Al Hafiz, Mudir Tahfiz rahimah di Jengka Pusat. Banyak keistimewaan kitab kecil ini, antaranya kelebihan surah Al Mulk, kisah-kisah menarik yang diselit-selit melalui tafsiran ayatnya, penjelasan yang rengkas dan padat, menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami, hadis-hadis sohih dimasukkan untuk menjelaskan dan menguatkan pandangan-pandangannya, dan banyak lagi.
Melihatkan kitabnya, kalau dibayar dengan seribu ringgitpun tidak mampu terbayar akan banyaknya ilmu di dalamnya.
Sila berhubung dengan saya untuk Ustaz Shukri Harun 019 6683601 untuk mendapatkannya dengan harga RM10.00 sahaja.
Sekian terima kasih.

Khamis, Januari 10, 2008

KHASIAT AIR GAU


Assalamualaikum
Gambar di sebelah ialah gambar "AIR GAU", air yang kaya dengan mineral, dikeluarkan dari Sungai Gau, Temerloh. Air ini bukan air sungai, tetapi dari mata air yang terpancut dari dalam tanah menerusi celah-celah batu-batu bawah tanah.
Jikalau diuji dengan menggunakan suatu alat bermentol, maka mentolnya akan menyala separuh, dan jika mahu dibanding dengan air zam-zam, bila diuji air dengan alat tersebut mentol 100 w akan menyala sepenuhnya, manakala bila diuji pula air gau, akan menyala 50 w, ini menunjukkan yang air ini mempunyai khasiat separuh air zam-zam.
Banyak juga perakuan yang dibuat oleh pengamal-pengamal meminumnya tentang khasiatnya, memadailah dinyatakan bahawa air ini memang air yang kaya dengan mineral dan banyak khasiatnya.
Sesiapa yang ingin membelinya silalah hubungan "Ustaz Shukri Harun di No. 019 6683601", atau terus datang ke kediaman saya di no. 4, jalan indah 4/2, Ampang Indah, Ampang.
Kalau dijual dengan kotak maka harganya RM20 sekotak kecil dan besar sama sahaja, kalau dijual pula dengan botol maka harga sebotol besar RM2.00 dan yang kecil RM1.00 sahaja. Ayuhlah hubungi saya.......minumlah air yg berkhasiat.

Menyusuli Hijrah Rasul..........

Salam sejahtera buat semua rakan-rakan yang sentiasa mencari sesuatu yang bermanafaat dari nukilan-nukilan dalam internet.
Hari ini ini kita mengenangi lagi Hijrah baginda Sollahu 'alaihi wasallam. Entah ke berapapun tak tahulah......tapi kita seringkali lupa jasa baginda yang amat besar itu. Juga jasa sahabat-sahabat baginda yang begitu cemerlang. Antaranya Saidinia Ali yang sanggup berkorban nyawa bagi menggantikan rasulullah di tempat tidurnya.
Saya teringat bagaimana keadaan Saidina Bilal bin Rabah, beliau demam-demam beberpa hari bila sampai di Madinah al Munawwarah kerana rindukan tanah Mekah, perkara ini telah saya dapatkan dari satu nukilan Ulama dalam kitab Kisah Para Sahabat.
Pagi tadi saya sempat memenuhi satu undangan Kuliah Subuh di Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya. Agak ramai juga jemaah yang datang, termasuk muslimat. Pengisian yang saya buat lebih kurang satu jam 10 minit, alhamdulillah bagi saya, cukup berpuas hati kerana dapat menjelaskan perihal hijrah yang terlalu besar dan penting untuk diingati setiap mukminin dan mukminat.
Hijrah juga mengajar kita supaya sentiasa ikhlas dalam segala perbuatan dan amalan kita, ini dijelaskan oleh sabda Rasulullah yang bermaksud "segala perbuatan dengan niat.....". Dalam kisah yang begitu hebat itu, sempat juga niat menjadi suatu topik sampingan yang dititipkan kepada umatnya.
Juga dalam kisah hijrah nabi ini, mengingatkan kita bahawa jangan sekali-kali kita terpengaruh dengan dunia yang antaranya ialah fitnah wanita, kerana ada seorang sahabat yang berhijrah kerana mengikuti tunangnya yang turut berhijrah. Kita di ajar jangan alihkan niat kita yang sepatutnya hanya kepada ALLAH kepada sesuatu lebih rendah nilainya seperti harta benda dunia dan wanita.
Hijrah juga memperlihatkan suatu perkara yang paling penting, iaitu dengan Hijrah Islam kekal di atas muka bumi, dan dengan hijrah kita semua ditakdirkan menganut Islam, umat melayu menganut Islam hasil dari seruan pedagang-pedagang gujerat yang bermula dari yaman, dan yaman adalah tempat yang menjadi tempat da'wah Rasulullah selepas bertapaknya Islam di Madinah Al Munawwarah.
Semoga kita sama-sama mendapat peringatan. Wassalam.