Jumaat, April 22, 2016

TANGGUNGJAWAB ILMU JANGAN KHIANAT

Guru yang mulia Syaikhuna Jamal Faruq al-Daqqaq al-Hasani hafizahullah ada menceritakan pada kami sepertimana yang disampaikan oleh guru beliau al-Allamah Syeikh Ismail Sodiq al-Adawi rahimahullah betapa amanah di dalam ilmu sangat dituntut dan menjadi keaiban bagi seorang ilmuan mengkhianati ilmu yang dipelajarinya.
Ceritanya :
Al-Azhar pada zaman dahulu jika ingin memberikan kepada para pelajarnya Syahadah Alimiyyah ( sijil tertinggi yang membolehkan seseorang itu mengajar di Masjid al-Azhar al-Syariff) maka akan diadakan ujian di dalam 12 bidang ilmu.
Jika pelajar tersebut lulus kesemua 12 ilmu tersebut maka dia mendapat kelulusan untuk mengajar kesemua bidang ilmu tersebut. Ada yang hanya diberikan izin mengajar 3 atau 4 sahaja bidang. Ada yang hanya dibenarkan mengajar 1 bidang sahaja.
Ada juga yang tidak dibenarkan langsung untuk mengajar sebarang bidang ilmu !!
Diantara sekian ramai penuntut ilmu yang akan mengambil ujian tersebut salah seorang daripadanya adalah anak kepada Syaikhul Azhar pada waktu tersebut ( tidak pasti siapakah Syaikhul Azhar tersebut kerana Syaikhuna menukilkan tanpa menyebutkan nama Syaikhul Azhar tersebut).
Selesai hari pertama ujian, sedang Syaikhul Azhar tersebut bersama dengan anaknya melangkah keluar daripada Masjid Agung al-Azhar al-Syariff, datang seorang lelaki bertanya soalan kepada Syaikhul Azhar tersebut .
Soalannya :
" Tuan Syaikh yang mulia, saya ingin bertanya , apakah warna anjing Ashabul Kahfi yang disebutkan di dalam al-Quran?? "
Syaikhul Azhar terkejut dengan soalan tersebut lalu menjawab :
" Saya tidak pernah pula terfikir tentang perkara tersebut. Nanti saya akan rujuk semula di dalam kitab-kitab para ulama"
Setelah pulang, sepanjang malam Syaikhul Azhar tersebut membelek segala kitab Tafsir dan kitab-kitab karangan ulama bagi mencari jawapan " warna anjing Ashabul Kahfi".
Setelah lama membelek kitab-kitab , datang anaknya yang esok akan menduduki ujian Syahadah Alimiyyah lalu berkata kepada ayahnya :
" Sudahlah ayah, saya kasihan melihat ayah sehingga tidak tidur malam mencari jawapan bagi soalan remeh tersebut. Ayah beri sahaja apa pun jawapan kepada lelaki tersebut, sudah pasti dia akan menerimanya kerana ayah adalah Syaikhul Azhar!"
Terdiam Syaikhul Azhar tersebut.
Keesokannya, anak Syaikhul Azhar tersebut diuji oleh beberapa ulama adakah dia mampu menguasai 12 bidang ilmu tersebut dan diberikan izin mengajar di Masjid Agung al-Azhar al-Syariff.
Setelah ujian selesai, kesemua ulama bersetuju memberikan Syahadah Alimiyyah kepada anak Syaikhul Azhar tersebut.
Tetapi yang mengejutkan, Syaikhul Azhar sendiri tidak bersetuju dengan keputusan para ulama lain. Malah melarang syahadah agung itu diberikan kepada anaknya sendiri. Maka para ulama bertanya kepada beliau, apa yang menyebabkan beliau mengagalkan anak beliau sendiri yang ternyata berkebolehan dan alim.
Maka Syaikhul Azhar itu lalu menjawab :
" Ini adalah kerana sikapnya yang sangat enteng dengan ilmu, malah bersikap khianat dengannya. Semalam, ketika aku mencari jawapan tentang warna anjing Ashabul Kahfi, dia malah memberikan cadangan kepadaku untuk menjawab dengan jawapan yang bohong hanya kerana pangkat dan kedudukanku yang tinggi menyebabkan orang yang bertanya sudah tentu akan mempercayainya.
Maka orang sebegini tidak layak menjadi pendidik dan tidak layak memimpin ummat" Wahai teman, ambil pengajaran, terutama kepada ustaz2.

Jumaat, April 15, 2016

MENCARI YANG HALAL

1.    PENDAHULUAN

Setiap manusia di atas muka bumi berusaha mendapat rezeki untuk dirinya dan keluarga. Setiap hari keluar dari pagi dan petang mencari sesuap nasi tanpa mengira erti penat lelah.
Sabda Rasulullah Sollahu alaihi wasallam ?
عن عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ إِنَّهُ سَمِعَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا
Dari Umar bin Al Khattab radhiyallahu anhu, bahwa Nabi shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian bertawakal kepada Allah dengan sebenar-sebenarnya tawakkal, nescaya Dia akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada seekor burung yang pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali pada petang dalam keadaan kenyang.”
2. BERBAGAI CARA MENCARI REZEKI
Berbagai-bagai cara yang digunakan oleh manusia mencari rezeki. Ada yang dengan sijilnya mencari kerja dan mendapat gaji kecil atau besar berdasarkan kelulusan.
Ada juga yang dengan kemahirannya membuka gedung-gedung untuk mencari rezeki, menjadi kaya raya dengan perniagaan masing-masing. Mereka menghasilkan jumlah tempat kerja yang cukup banyak orang orang lain pula.
﴿وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ﴾
Dan berbantu bantulah di atas kebaikan dan takwa, dan jangan sekali-kali berbantu-bantu di atas dosa dan permusuhan – al-Maidah 2
Juga ada yang mendapat durian runtuh dari harta pusaka yang diwarisi dari ayah ibu yang meninggal. Mereka dihiburkan oleh Allah dan mengubati kesedihan mereka dengan mata benda dunia.
Daripada pekerjaan yang berbagai-bagai ini datanglah rezeki ini untuk kegunaan manusia. Maka pendapatan yang diperolehi ini terbahagia kepada dua iaitu :
a)    Punca yang halal lagi baik.
b)    Punca yang haram lagi keji.
c)    Punca yang tidak dipastikan halal dan haramnya.

2.1         PUNCA YANG HALAL LAGI BAIK

2.1.1 Bersifat Halal Dan Baik

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Wahai manusia makanlah di dunia ini sesuatu yang halal dan baik, jangan kamu ikuti langkah-langkah syaitan, kerana dia sesungguhnya adalah musuh kamu yang nyata - Ayat 168 al- Baqaah
Dengan cara apapun yang dilakukan untuk mendapat rezeki, hendaklah dipastikan bahawa caranya mesti halal dengan maksud dizinkan oleh Allah Ta’ala :
عن أبي هريرةَ -رَضِي اللهُ عَنْهُ- قالَ: قالَ رسولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: 

إِنَّ اللهَ تَعَالَى طَيِّبٌ لاَ يَقْبَلُ إِلاَّ طَيِّبًا، وإِنَّ اللهَ أَمَرَ الْمُؤْمِنِينَ بِمَا أَمَرَ بِهِ الْمُرْسَلِينَ، فَقَالَ تَعَالَى: {يَأَيُّهَا الرُّسُلُ كُلُواْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ وَاعْمَلُوا صَالِحًا}، وَقَالَ تَعَالَى: {يَأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ}. 


Hadis dari Abi Hurairah berkata, Rasulullah sollahu alaihi wasallam bersabda :
Sesungguhnya Allah Ta’ala baik tidak menerima melainkan yang baik-baik dan berbuat dengan amalan-amalan soleh.
Firman Allah Ta’ala : Wahai orang beriman makan dari yang baik-baik sesuatu yang direzekikan. kepada kamu

2.1.2 Mengambil Berat Terhadap Halal Dan Haram
Kisah Ashabul Kahfi :
فَابْعَثُوا أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمْ هَٰذِهِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَلْيَنظُرْ أَيُّهَا أَزْكَىٰ طَعَامًا فَلْيَأْتِكُم بِرِزْقٍ مِّنْهُ وَلْيَتَلَطَّفْ وَلَا يُشْعِرَنَّ بِكُمْ أَحَدًا
utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

2.2 PENDAPATAN DARI JUAL BELI

وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ

Dan Allah halalkan jual beli dan mengharamkan riba – Al Baqarah 275

2.2     PERNIAGAAN

عَنِ الْحَسَنِ , عَنْ أَبِى سَعِيدٍ , عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:التَّاجِرُ الصَّدُوقُ الأَمِينُ مَعَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ.أخرجه يَعْلَى

Peniaga yang benar serta jujur bersama para Anbiya’, orang-orang benar dan para Syuhada’ – Abu Ya’la.
3. PUNCA HARAM
3.1 Punca Pendapatan Di Tanya di Akhirat
عَنْ أَبِي بُرَيْدَةَ الأَسْلَمِيِّ , رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ     لا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ أَرْبَعٍ : عَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَا أَنْفَقَهُ ؟ وَعَنْ عِلْمِهِ مَا ضَيَّعَ مِنْهُ ؟ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيمَا أَبْلاهُ ؟ وَعَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ ؟ " 
Tiadak berganjak tapak kaki seseorang pada hari kiamat sehingga ditanya tentang empat perkara : Tentang hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dibelanjakan, tentang ilmu adakah diamalkan dan tentang masa mudanya kemana digunakan dan tentang umornya apa yang dilakukannya.
3.2 Pengamalan Riba Akhir Zaman
عنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ بِحَلالٍ أَوْ حَرَامٍ " .
Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w; “Akan datang  suatu zaman seseorang tidak mempedulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”.H.R. an-Nasa’

3.3 Riba Dan Debunya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ , أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ يَأْكُلُونَ فِيهِ الرِّبَا " ، قَالَ : قِيلَ لَهُ : النَّاسُ كُلُّهُمْ ؟ قَالَ : " مَنْ لَمْ يَأْكُلْهُ مِنْهُمْ ، نَالَهُ مِنْ غُبَارِهِ " .
Akan datang kepada manusia zaman mereka makan sesuatu yang diperolehi dari punca riba, dikatakan “semua?” Rasuullah bersabda, jika bukan semua yang makan dari hasil riba, tetapi juga terkena debu-debunya.
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ
Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan setan karena gila.(105) Yang demikian itu karena mereka berkata bahwa jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Barang siapa mendapat peringatan dari Rabbnya lalu dia berhenti, maka apa yang telah diperoleh dahulu menjadi miliknya(106) dan urusannya (terserah) kepada Allah. Barang siapa mengulangi, maka mereka itu penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.
يَمْحَقُ اللَّهُ الرِّبَا وَيُرْبِي الصَّدَقَاتِ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ
Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekafiran dan bergelumang dosa – Al Baqarah 276.

3.3.1 Makan Rasuah
لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الراشي والمرتشي
Rasulullah melakna pemberi rasuah dan penerima rasuah – Disahkan oleh Al Bani.
4. PERKARA SYUBAHAT
عَنِ الشَّعْبِيِّ ، قَالَ : سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : "  الْحَلالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُتَشَابِهَاتٌ لا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ ، أَلا لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى ، وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ ، أَلا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً ، إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ ، أَلا وَهِيَ الْقَلْبُ 
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati.”
5. KESAN REZEKI TIDAK HALAL
5.1 Doa Tidak Maqbul
ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ، يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّماءِ يا رَبُّ.. يا رَبُّ، وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ، وَمَشْرَبُهُ حَرَامِ، وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ، وَغُذِّيَ بِالْحَرَامَ، فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لَهُ؟)) رواه مُسْلمٌ. 
Kemudian Rasulullah menyebut seorang lelaki, jauh perjalanan, berdebu kepalanya, kusut masai keadaannya, ia menadah tangan ke langit sambil berkata “Wahai Tuhan! Wahai Tuhan!” tetapi makanannya haram, minumannya haram, bajunya haram, disuapkan dengan yang haram, bagaimanakah ia dikabulkan doanya?
5.2 Masuk Neraka
روى الترمذي (614) وحسنه عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
لَا يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلَّا كَانَتْ النَّارُ أَوْلَى بِهِ) وصححه الألباني في "صحيح الترمذي" .
Tidak tumbuh daging yang berkembang dengan yang haram, melainkan neraka lebih baik baginya - Termizi
ورواه أحمد (14032) من حديث جابر بن عبد الله رضي الله عنهما ، ولفظه :
(لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ ، النَّارُ أَوْلَى بِهِ) وإسناده جيد ، وانظر سلسلة الأحاديث الصحيحة (2609
Tidak masuk syurga daging yang tumbuh dari yang haram, neraka lebih baik untuknya.

5.3 Allah Dan RasulNya Isytihar Perang

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ
Jika kamu tidak berhenti (dari makan riba) maka izinkan kamu diperangi oleh Allah dan RasulNya – Al Baqarah 279

5.3 Badan Jadi Najis Dan Berdosa
وقال الشيخ ابن جبرين رحمه الله : الأكل إذا كان طيباً كان البدن طيباً ، وسلم من العذاب ، وإذا تغذى البدن على حرام كان البدن آثماً أو نجساً
Kata Syeikh Ibnu Jabarain rahimahuLLAH :
Makanan jika baik badanpun jadi baik selamatlah dari azab, jika di berikan pada badan yang haram maka badan jadi berdosa dan najis.
5.4 Hartanya Tidak Berkat
5.5 Jiwa Jadi Keras Dan Sukar Terima Kebaikan
5.6 Sukakan Maksiat dan Kejahatan
5.7 Sukar menemui kebaikan pada segala perbuatannya.

6. PENUTUP

Berdasarkan semua yang dibentangkan di atas, sedarlah kita bahawa rezeki yang kita perolehi mestilah bersumberkan yang halal walaupun dari punca dan sumber mana sekalipun. Jika ia datang dari saluran yang halal lagi baik maka keberkatanpun akan memenuhi seluruh kehidupan kita.

يا حكيم إنّ هذا المال خضرة حلوة فمن أخذه بسخاوة نفس بورك له فيه، ومن أخذه بإشراف نفس لم يبارك له فيه، كالذي يأكل ولا يشبع
Ertinya : Wahai Hakim, sesungguhnya harta merupakan seperti buahan yang subur, manis lagi disukai, barangsiapa yang mengambilnya dengan jiwa yang zuhud (dan tidak meminta-minta) nescaya akan diberkati baginya pada harta itu, barangsiapa mengambilnya dengan tinggi diri (serta tamak) tiada berkat di dalamnya, sebagaimana orang yang makan tetapi tidak kenyang" (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

إن من الناس مفاتيح للخير مغاليق للشر وإن من الناس مفاتيح للشر مغاليق للخير فطوبى لمن جعل الله مفاتيح الخير على يديه وويل لمن جعل الله مفاتيح الشر على يديه
Ertinya : Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya ( Riwayat Ibn Majah : Sohih )




Khamis, April 14, 2016

SEMUA KETENTUAN DAN TAKDIR ALLAH MEMILIKI HIMAH YANG HEBAT

Suatu hari ada sebuah kapal yang tenggelam dipukul badai. Semuanya hancur musnah. Tiada anak kapal yang terselamat kecuali seorang pemuda yang berjaya mendapatkan pelampung. Dia terdampar di sebuah pulau kecil yg tak berpenghuni, keseorangan, dan tidak punya bekal makanan.

Dia terus berdoa pada Tuhan untuk menyelamatkannya dari kesusahan itu. Setiap saat, si pemuda memandang ke penjuru laut, mengharap ada kapal yang datang mendekat.
Sayangnya, pulau itu terlalu terpencil. Hampir tiada kapal yang melewatinya. Lama kemudian, pemuda itu pun merasa penat untuk berharap. Lalu untuk menghangatkan badan, dia membuat unggun api, sambil mencari kayu dan pelepah nyiur untuk tempatnya beristirahat. Dia membuat khemah dari daun2 dan batang pokok yg tumbuh di hutan, sekadar tempat untuk melepas penat lelah. Disusunnya semua daun nyiur dengan cermat, agar khemah itu kukuh dan dapat bertahan lama.
Keesokan harinya, pemuda itu mencari makanan. Dicarinya buah-buahan untuk mengisi perut yang lapar. Seluruh pelusuk pulau dijelajah kemudian dia kembali ke khemahnya.
Sesampai di situ, dia terkejut. Semuanya telah hangus terbakar, khemah yg dibuatnya dgn penat lelah dijilat api malah hampir tak bersisa.
Khemah itu terbakar kerana unggun api yang lupa dipadamkannya. Asap membumbung tinggi, dan hilanglah semua kerja kerasnya semalam. Pemuda ini berteriak marah, "Ya Tuhan !! mengapa Engkau lakukan ini padaku? Mengapa? Mengapa?", teriak pemuda itu mengenang nasibnya.

Tiba-tiba terdengar bunyi kapal. Ternyata ada sebuah kapal yang datang. Kapal itu mendekati pantai, dan turunlah beberapa orang menghampiri pemuda yang sedang menangis itu. Pemuda itu terkejut. Lalu bertanya, "Bagaimana kalian boleh tahu aku ada disini?"
Mereka menjawab, "Kami melihat kepulan asap yg dibuat olehmu!!"
_____________
Renungan : Teman, sangat mudah bagi kita, untuk marah ketika musibah datang menimpa kita. Duka yang kita terima, nampak seakan begitu berat namun ingatlah kita tak boleh kehilangan hati kita. Sebab Allah selalu ada di dlm hati kita, walau dalam keadaan yang paling berat sekali pun.
Dan ingatlah, ketika "asap dan api " yang membumbung dan terbakar dalam hati anda, jangan kecil hati. Jangan sesali semua itu. Jangan hilangkan perasaan sabar dalam kalbu. Boleh jadi, itu semua adalah sebagai tanda dan simbol bagi orang lain untuk datang pada kita lalu menolong kita.
Semua hal buruk yang kita fikirkan, akan selalu ada jawapan yang terbaik dariNya. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat kita. Jangan hilangkan harapan itu.

Isnin, April 04, 2016

3 Di Mohon, 2 Diberi


قال النبى صلى الله عليه وسلم
سألت ربى ثلاثا , فأعطانى اثنتين ومنعنى واحدةً : سألت ربى أن لا يهلك أمتى  بِالسَّنَةِ  فأعطانيها . وسألته أن لا يهلك أمتى بالغرق فأعطانيها , وسألته أن لا يُعَجِّلَ بأسهم فمنعنيها
رواه البخاري ومسلم عن سعد ابى وقاص  – ص- 160 : تحذيب أطراف الحديث
Aku telah memohon 3 perkara dari Tuhanku tetapi diberi 2 perkara dan ditegah satu perkara:
1.      Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan kemarau, maka permintaanku diperkenankan.
2.      Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan ditenggelami, maka permintaanku diterima.
3.      Aku memohon pada Tuhanku supaya umatku tidak dibinasakan dengan berbunuh-bunuhan. tetapi doaku ditolak.


Sabtu, April 02, 2016

HUKUM MAKMUM MENDAHULUI IMAM


Dalam mengerjakan sembahyang jemaah, adakalanya makmum terlambat mengikut imam dan adakalanya juga makmum mendahuluinya.

Pada dasarnya, makmum wajib mengikut imam pada perbuatan-perbuatan sembahyang. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ اْلإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا، وَإِذَا قَالَ: "سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ"، فَقُولُوا: "رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ"، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا.
(رواه البخاري)

Maksudnya: “Sesungguhnya imam itu dijadikan untuk diikuti. Oleh itu, jika dia bertakbir maka kamu ikutlah bertakbir dan jika dia ruku‘ maka kamu ikutlah ruku‘ dan jika dia bangkit (dari ruku‘) maka kamu bangkitlah dan jika dia membaca: “ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ” maka kamu bacalah: “ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ ” dan jika dia sujud maka kamu sujudlah.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)

Makmum yang senghaja melambat-lambatkan daripada mengikut perbuatan imam sehingga imam mendahuluinya dengan dua rukun fi‘li (rukun perbuatan dalam sembahyang) sama ada yang panjang ataupun pendek, maka batallah sembahyang makmum tersebut kerana terlalu banyak ketinggalan.

Sementara makmum yang tidak senghaja melambat-lambatkan daripada mengikut perbuatan imam sehingga imam mendahuluinya dengan dua rukunfi‘li yang panjang ataupun pendek, maka tidaklah batal sembahyangnya.

Namun dalam hal makmum yang tidak senghaja terlambat daripada imamnya ini, janganlah dia ketinggalan sehingga imam mendahuluinya dengan tiga rukun fi‘li yang panjang. Ini kerana jika imam mendahuluinya dengan tiga rukunfi‘li yang panjang, maka hendaklah dia terus sahaja mengikut perbuatan yang dilakukan imam pada ketika itu dan setelah imam selesai memberi salam hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang dia tidak sempat menyempurnakan beberapa rukun di dalamnya itu.

Apa yang dimaksudkan dengan rukun fi‘li yang panjang ialah berdiri (qiyam),ruku‘, sujud dan duduk tasyahhud akhir. Sementara maksud rukun fi‘li yang pendek ialah i‘tidal dan duduk antara dua sujud.

Bagaimana pula jika makmum mendahului imam sama ada pada bacaan atau perbuatan sembahyang, adakah perkara ini boleh merosakkan sembahyang makmum itu?


Makmum mendahului bacaan imam

Jika makmum mendahului imam pada rukun qauli (bacaan yang wajib) selaintakbiratulihram dan salam, maka tidaklah berdosa dan sah sembahyangnya. Ini kerana makmum tersebut melaksanakan rukun qauli itu pada tempatnya tanpa banyak percanggahan perbuatannya dengan imam.

Adapun makmum yang mendahului imam melakukan takbiratulihram, atau melakukannya serentak dengan takbiratulihram imam sama ada keseluruhannya atau sebahagian takbiratulihram, atau makmum syak sama ada dia mengangkat takbiratulihram serentak bersama imam atau selepas selesai imam mengangkat takbiratulihram dan dia tidak dapat meyakini perkara yang menjadi syak ke atasnya itu dalam masa yang terdekat, maka tidaklah sah sembahyangnya itu kerana dia berniat mengikut orang yang belum berada di dalam sembahyang.

Demikian juga, jika makmum mendahului imam melakukan salam maka batal sembahyangnya melainkan jika dia berniat mufaraqah (berpisah daripada mengikut imam).

Makmum mendahului perbuatan imam

Makmum tidak boleh mendahului perbuatan imam. Perbuatan mendahului imam jika dilakukan dengan senghaja adalah haram. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَمَا يَخْشَى الَّذِي يَرْفَعُ رَأْسَهُ قَبْلَ اْلإِمَامِ أَنْ يُحَوِّلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ
(رواه مسلم)

Maksudnya: “Apakah tidak takut orang yang mengangkat kepalanya sebelum imam, Allah Subhanahu wa Ta‘ala akan menukarkan kepalanya dengan kepala keldai?”
(Hadits riwayat Muslim)

Menurut al-Imam an-Nawawi Rahimahullah, bahawa hadits di atas bermaksud menjelaskan perihal beratnya pengharaman perbuatan mendahului imam.

Makmum yang mendahului perbuatan imam ini bolehlah dibahagikan kepada dua:

(1)     Makmum mendahului imam kurang daripada dua rukun fi‘li

Apabila makmum mendahului imam dengan senghaja atau kerana terlupa kurang daripada dua rukun fi‘li sama ada yang panjang atau pendek, sama ada satu rukun fi‘li yang sempurna atau sebahagian rukun fi‘li ataupun satu dan sebahagian rukun fi‘li, tidaklah perbuatannya itu membatalkan sembahyang. Ini kerana perbuatannya yang bersalahan dengan imam itu adalah sedikit.

§  Contoh makmum mendahului imam dengan satu rukun fi‘li yang sempurna:

Setelah makmum melakukan ruku‘ dan mula bangkit daripada ruku‘, barulah imam melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan satu rukun yang sempurna iaitu ruku‘.

§  Contoh makmum mendahului imam pada sebahagian rukun fi‘li:

Imam masih berdiri sedang makmum sudah membongkokkan badannya untuk melakukan ruku‘. Sebelum makmum bangkit daripada ruku‘, imam pun melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan sebahagian rukun fi‘li iaitu ruku‘.

§  Contoh makmum mendahului imam pada satu dan sebahagian rukun fi‘li:

Ketika imam masih berdiri, makmum melakukan ruku‘ dan ketika makmum melakukan i‘tidal imam pun melakukan ruku‘. Ini bererti makmum mendahului imam dengan satu rukun fi‘li yang sempurna iaituruku‘ dan sebahagian rukun fi‘li iaitu i‘tidal.

Dalam keadaan ini, apakah yang perlu dilakukan oleh makmum? Adakah memadai dia menunggu imam sahaja ataupun kembali semula mengikut perbuatan imam?

Makmum yang senghaja mendahului perbuatan imam boleh menunggu imam sampai ke perbuatan yang didahuluinya, akan tetapi sunat baginya untuk kembali semula mengikut perbuatan imam.

Sementara makmum yang mendahului perbuatan imam kerana terlupa, harus baginya memilih sama ada menunggu imam ataupun kembali semula mengikut perbuatan imam. Walau bagaimanapun adalah lebih baik dia kembali semula mengikut perbuatan imam.

(2)     Makmum mendahului imam sehingga dua rukun fi‘li

Dalam hal ini terdapat dua keadaan:

(i)          Mendahului imam dengan senghaja dan tahu perbuatan itu haram

Apabila makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li yang panjang atau pendek dengan senghaja dan dia tahu bahawa perbuatan itu haram, maka perkara ini boleh membatalkan sembahyangnya. Ini kerana perbuatannya terlalu banyak bersalahan dengan imam.

§  Contoh:

Makmum melakukan ruku‘i‘tidal dan mula hendak melakukan sujud sedangkan imam masih berdiri. Ini bererti makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li iaitu ruku‘ dan i‘tidal.

(ii)       Mendahului imam kerana terlupa atau tidak tahu perbuatan itu haram

Apabila makmum mendahului imam dengan dua rukun fi‘li yang panjang atau pendek disebabkan terlupa atau tidak tahu perbuatan itu haram, perkara ini tidaklah membatalkan sembahyangnya akan tetapi perbuatan-perbuatan yang didahuluinya sebelum imam itu melakukannya adalah tidak dikira. Oleh itu wajib bagi makmum itu kembali semula mengikut perbuatan imam apabila dia teringat.

§  Contoh:

Makmum melakukan ruku‘i‘tidal dan mula hendak melakukan sujud sedangkan imam masih berdiri. Dalam keadaan ini makmum itu hendaklah kembali semula berdiri untuk mengikut imam.

Namun jika makmum itu tidak juga kembali semula mengikut perbuatan imam, apabila imam selesai memberi salam hendaklah dia berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu. Jika imam selesai memberi salam dan dia tidak berdiri lagi bagi mengganti rakaat yang tidak dikira itu, maka hendaklah dia mengulang semula sembahyangnya.

Sebagai kesimpulan, dalam perkara sembahyang jemaah banyak lagi perkara-perkara yang perlu diketahui, contohnya dalam masalah syarat-syarat mengikut imam. Oleh sebab itu, syarat-syarat ini perlu dipelajari dan diambil perhatian mengenainya demi mencapai kesempurnaan sembahyang jemaah itu.

copypaste dari 
http://fatwairsyadbrunei.blogspot.my/2015/05/sembahyang-jemaah_8.html