Isnin, Disember 30, 2013

Tangan Juru Mandi Wanita Terlekat Pada Kemaluan Mayat

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki. tiba pada hari kematiannya.  Ketika dia dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat,
tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada kemaluan wanita pelacur itu.

Semua penduduk dan ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat  sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan  tangannya dari mayat wanita terbabit. 

Terdapat 2 cadangan untuk menyelesaikan masalah itu. 

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayatdan kedua tanam kedua-dua wanita itu sekali gus. Akhirnya, mereka memutuskan untuk meminta 
pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Pernah ada satu ketika, Imam Malik mendapat 40 pertanyaan, tetapi yang dijawabnya hanyalah 5. Ini menunujukkan akan berhati-hatinya dan betapa sensitifnya beliau dalam isu agama. 

Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu bahawa adakah dia berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya.

Wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata : "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina".

Imam Malik berkata "kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut, 
sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi.  Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana tidak mendatangkan saksi. " Selepas wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman 
80 sebatan maka terlepaslah tangannya dari mayat tersebut. Silalah share kisah ini supaya kita mendapat manfaat sama2.




Tiada ulasan: