Selasa, Disember 10, 2013

TAFSIR NURUL EHSAN AYAT 146 SURAH AL BAQAROH



TAFSIR NURUL EHSAN
AYAT 146 SURAH AL BAQAROH

الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءهُمْ وَإِنَّ فَرِيقاً مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ
Segala mereka yang diberi meeka itu kitab Yahudi Nasara itu kenal mereka itu akan dia Muhammad
كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءهُمْ
Sperti barang yang kenal mereka itu akan anak-anak mereka itu dengan sifatnya pada segala kitab-kitab mereka itu kata Abdullah ibnu Salam sungguhnya telah aku kenal akan dia Nabi Muhammad ketika aku lihat akan dia seperti barang yang aku kenal anakku dan kenalku bagi Muhammad itu terlebih lagi kerana percaya dengan Allah dan tiada berapa percaya dengan isteri
وَإِنَّ فَرِيقاً مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ
Dan bahawa stu firqah daripada mereka itu sungguh sembunyi mereka itu akan yang hak sifat Nabi
وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Dan mereka itu mengetahui mereka itu Nabi Muhammad sebenar

Tiada ulasan: