Rabu, Disember 11, 2013

AYAT 147 AL BAQAROH - TAFSIR NURUL EHSAN



الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ فَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

Ertinya : Kebenaran (yang datangnya kepadamu dan disembunyikan oleh kaum Yahudi dan Nasrani) itu (wahai Muhammad), adalah datangnya dari Tuhanmu; oleh itu jangan sekali-kali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu.

Huraiannya :
الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ
Bermula yang hak itu daripada Tuhan engkau ya Muhammad, iaitu barang yang ada engkau atasnya.
فَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ
Maka jangan ada engkau itu daripada jumlah segala orang yang ayak padanya.

Tiada ulasan: