Surah Al-Kahfi mempunyai banyak kaitan
dengan alam ghaib. Keyakinan kepada alam ghaib inilah yang cuba dipesongkan
oleh dajjal dengan kepercayaan kepada dunia ilusi fantasi.
Dalam kisah dajjal, banyak perkara yang
tidak logik dan rasional. Banyak penjelasan yang tidak masuk akal. Contohnya
sepert pulau dajjal, Al-Jassasah, umur dajjal yang panjang, tetap muda, tetap
bertenaga, membawa dua buah sungai, memperlihatkan syurga dan neraka dan
pelbagai lagi. Kepada yang tidak dapat berfikir secara jernih, ramai yang
beralih kepada hujah tamsilan, perlambangan dan takwilan sebagai hujah
rasional. Tanpa sedar, kisah dajjal telah menyimpang dari dasar yang disebut
oleh Nabi Muhammad saw.
Betapa sukar untuk menjelaskan kesahihan
kisah dajjal sebagai satu hakikat atau kenyataan yang benar-benar berlaku
kerana landasan hujah golongan yang tidak percaya ini berteras kepada logik
akal dan rasional pemikiran sahaja. Jadi, untuk memperbetulkan persepsi ini,
mari kita lihat Surah Al-Kahfi. Baca, fahami dan kaji isinya, jawapan ada di
situ.
Ramai cenderung mengukur sesuatu perkara
dengan jalan akal sebagai asas pembuktian, tetapi apabila kita menolak
kemungkinan lain dan menafikannya, sikap obses yang menolak kebenaran ini
menjadi agak keterlaluan. Kisah Nabi Musa a.s di dalam Surah Al-Kahfi bermula
dari sifat obsesi ni. Ketika Nabi Musa a.s berkata : "Akulah yang paling
berilmu di kalangan kamu", maka Allah swt menegur baginda kerana jelas
beliau menolak kemungkinan ilmu lain yang wujud dan membuktikan obses seperti
itu adalah tidak disukai Allah swt.
Ketika sains sedang bergelut untuk
mencari penyelesaian, ibrah kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir telah menjawab
persoalan ini. Jika diukur dari sudut keilmuan, sudah tentulah Nabi Musa yang
mendahului mana-mana manusia di zamannya kerana baginda boleh berbicara secara
langsung dengan Allah swt.
Tetapi dalam kisah ini, keadaannya bukan
begitu. Nyata ilmu yang dimiliki Nabi Khidir a.s lebih mendahului kefahaman Nabi Musa. Ukuran
logik dan rasional tidak dapat menepati setiap perilaku Nabi Khidir. Namun ia
adalah dalam batas dan syariat kehendak Allah swt. Di sini, Allah swt
menampilkan bahawa kemampuan akal dan pancaindera itu ada had dan limitasi
tertentu. Justeru, kepada anda yang hanya berbahas menggunakan logik dan
rasional, anda perlu mengambil posisi dan makna daripada surah ini.
Di dalam Surah Al-Kahfi juga terkait
kisah Iskandar Zulkarnain. Sudah tentu ada sesuatu di sebalik kisah ini. Kisah
ini menjadi iktibar yang sangat baik. Seperti yang kita sedia maklum, Allah
menurunkan ayat-ayat ini kerana adanya pertanyaan daripada ahli kitab iaitu
pendita-pendita yahudi yang mahukan kesahihan kerasulan Nabi Muhammad saw.
Kisah Iskandar Zulkarnain dan 7 pemuda
Ashabul Kahfi adalah kisah silam yang tidak dapat ditemui di dalam naskah dan
lembaran bertulis. Ia hanya ada di dalam pengetahuan pendita dan rahib yahudi.
Bahkan kisah Iskandar Zulkarnain dan pemuda Ashabul Kahfi ini sukar untuk di
terima. Ia dianggap sebagai mitos oleh sesetengah kaum yahudi sendiri.
Begitu juga kisah Iskandar Zulkarnain
dengan Yakjuj dan Makjuj. Kisah ini menghubungkan kisah silam tentang Iskandar Zulkarnain dengan kisah akan
datang turunnya Nabi Isa a.s di akhir zaman. Justeru adalah tidak mustahil,
dajjal yang lahir pada zaman Nabi Sulaiman akan muncul semula pada akhir zaman.
Jika kefahaman yang serupa diguna pakai,
maka kisah dajjal bukanlah khayalan. Boleh juga ambil iktibar kisah pemuda
Ashabul Kahfi yang ditidurkan Allah selama 309 tahun dan sedarkan pada zaman
yang lain. Ambil dalil ini sebagai sandaran untuk menjawab bahawa kisah dajjal
adalah benar. Bukankah fitnah dajjal berkisar pada sebuah keyakinan? Maka surah
Al-Kahfi meneguhkan keyakinan itu.
Dengan izin Allah swt , butir-butir dan
buah ilmu ini terungkap secara spontan di dalam perbincangan ringkas antara penulis buku dengan Doktor Muhammad
Al-Mahdi. Baginya, ia adalah ilmu yang Allah swt fahamkan untuk melihat Surah
Al-Kahfi dan perihal dajjal dengan lebih dekat untuk dikongsikan bersama dengan
kita semua. Untuk memahami lebih jelas, mari kita perhatikan maksud dari surah
ini :
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ
آيَاتِنَا عَجَباً
"Ataukah kamu mengira bahawa para
penghun Al-Kahfi dan Ar-Roqim (gua) itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan
kami yang menghairankan.
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن
لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً
(Ingatlah
tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung di dalam gua lalu mereka
berdoa "Wahai Rabb, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan
sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus di dalam urusan kami (ini)".
فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَداً
Maka kami tutup telinga mereka beberapa
tahun di dalam gua itu
ثُمَّ بَعَثْنَاهُمْ لِنَعْلَمَ أَيُّ الْحِزْبَيْنِ أَحْصَى لِمَا
لَبِثُوا أَمَداً
, kemudian kami bangunkan mereka agar
kami mengetahui yang manakah di antara kedua golongan itu yang lebih tepat di
dalam menghitung berapa lamanya mereka tinggal (di dalam gua itu).
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Kami ceritakan kisah mereka kepadamu
(Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang
beriman kepada Rabb mereka dan kami tambahkan kepada mereka petunjuk
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا
رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهاً
لَقَدْ قُلْنَا إِذاً شَطَطاً
Lalu kami telah meneguhkan hati mereka di
waktu mereka berdiri lalu mereka berkata : "Rabb kami adalah Rabb langit
dan bumi, kami sekali-kali tidak menyembah ilah (sesembahan) selain Dia.
Sesungguhnya kami kalau demikian telah
mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah
menjadikan selain Dia sebagai ilah-ilah.
هَؤُلاء قَوْمُنَا اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ
آلِهَةً لَّوْلَا يَأْتُونَ عَلَيْهِم بِسُلْطَانٍ بَيِّنٍ فَمَنْ أَظْلَمُ
مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللَّهِ كَذِباً
Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan
yang terang (tentang kepercayaan mereka)? Siapakah yang lebih zalim daripada
orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah?
وَإِذِ اعْتَزَلْتُمُوهُمْ وَمَا يَعْبُدُونَ
إِلا اللَّهَ فَأْوُوا إِلَى الْكَهْفِ يَنشُرْ لَكُمْ رَبُّكُم مِّن رَّحمته
ويُهَيِّئْ لَكُم مِّنْ أَمْرِكُم مِّرْفَقاً
Dan apabila kalian meninggalkan mereka
dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung di
dalam gua itu nescaya Rabbmu akan melimpahkan sebahagian rahmatnya kepada
kalian dan menyediakan sesuatu yang berguna untuk kalian di dalam urusan
kalian". (Surah Al-Kahfi, ayat 9-16).
KISAH RAJA DIQYANUS MENGAKU JADI TUHAN
Di dalam satu tulisan yang membahasakan
mengenai Surah Al-Kahfi menyebut bahawa para pemuda tersebut adalah anak-anak
para bangsawan Romawi. Mereka keluar meninggalkan kaum mereka pada hari
kebesaran bagi menyembah patung dan taghut. Mereka menyembelih binatang untuk
dipersembahkan kepada ilah-ilah taghut mereka. Pengakuan seseorang sebagai
tuhan telah melayakkan mereka menjadi sebahagian daripada thoghut.
Firman Allah Ta’ala :
لا إِكْرَاهَ فِي
الدِّينِ ۖ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ
مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ
وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لا انْفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Tidak ada paksaan
untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar
daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut
dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul
tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui (Al Baqarah 256)
Dengan perintah raja yang bernama
Diqyanus. Apabila seluruh manusia keluar berbondong-bondong di dalam perarakan
yang besar dengan diiringi paluan muzik dan gendang, pemuda-pemuda tadi dalam
diam-diam memisahkan diri dan keluar dengan hati yang berat. Mereka mengetahui
bahawa apa yang dilakukan oleh kaum mereka adalah batil dan kerja sia-sia.
Bunyi musik sebenarnya boleh melalaikan
seseorang dan sering kali digunakan untuk Tujuan kemaksiatan dan kemungkaran.
Firman Allah Ta’ala :
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ
اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ
مُهِينٌ
Dan di antara
manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk
menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan
Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan (Luqman
6)
نَحْنُ نَقُصُّ
عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ
وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
Kami ceritakan
kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu
adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Rabb mereka dan kami tambahkan kepada
mereka petunjuk.
Pemuda yang pertama kali memisahkan diri
di antara mereka pada waktu itu duduk bersendirian di bawah naungan sebuah
pokok, lalu datang yang lain duduk di sampingnya. Kemudian begitulah aksi
pemuda seterusnya sehingga mereka berkumpul seramai tujuh orang.
Di dalam riwayat kitab kisah anbiya' dan
Asbabun Nuzul, disebut nama bagi sekelompok orang beriman yang hidup beberapa
ratus tahun sebelum diutusnya Nabi Isa a.s. Bahawa kisah itu terjadi di negeri
Romawi, di sebuah kota bernama Aphesus (Aphese) atau disebut juga dengan nama
Tharsus.
Setelah Islam datang, kota itu berubah
nama menjadi Tharsus (Tarse), sekarang terletak di dalam wilayah Turki.
Penduduk negeri itu dahulunya mempunyai raja yang baik. Setelah rajanya
meninggal dunia, berita kematiannya didengari oleh seorang raja Parsi yang
bernama Diqyanus. Dia seorang raja yang kafir, amat amat bongkak serta zalim.
Dia datang menyerang negeri itu dengan
kekuatan pasukannya dan akhirnya berjaya menguasai kota Aphesus lalu kota itu
dijadikan ibukota kerajaan dengan binaan istana yang hebat.
Istana itu diperbuat daripada batu
marmar. Tiang-tiangnya yang berjumlah seribu terbuat dari emas dan lampu-lampu
yang berjumlah seribu buah juga, semuanya terbuat daripada emas. Lampu-lampu
itu bergantungan pada rantai-rantai yang terbuat daripada perak. Setiap malam,
apinya dinyalakan dengan sejenis minyak yang harum baunya.
Di sebelah timur dan barat serambi,
dibuat lubang-lubang cahaya sebanyak seratus buah sehingga sejak terbit
matahari sampai terbenam selalu dapat menerangi serambi itu.
Raja Diqyanus kekal berkuasa selama 30
tahun. Selama itu juga dia tidak pernah diserang sebarang penyakit hatta pening
kepala, sakit perut mahupun demam. Oleh kerana dia merasakan dirinya sedemikian
sihat dan kuat, kesombongannya mula membuak. Dia merasakan kebesaran-diri
seperti apa yang dirasa oleh Namrud, sehingga berani mengaku sebagai tuhan.
Keadaan Raja Diqyanus yang mula bongkak serta sombong dengan kehebatannya telah menjadikannya mabuk serta gila, dia ingin supaya rakyatnya menyembahnya. Keadaan Raja Diqyanus ini sesuati dengan keadaan salah seorang pemilik kebun yang menjadi kisah kedua selepas kisah Ashabul Kahfi.
Dia menafikan kewujudan Tuhan yang maha
esa yang mencipta seluruh langit dan bumi. Raja Diqyanus pun memanggil seluruh
rakyat dan pembesar negara. Diatur satu perhimpunan raksasa dan diiringi paluan
gendang, tarian dan hiburan seumpama pesta yang besar. Seluruh rakyat diseru
keluar menuju ke tempat perayaan di dalam satu perarakan raksasa yang hebat.
Firman Allah Ta’ala :
وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ قَالَ مَا أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَٰذِهِ أَبَدًا
Dan dia memasuki kebunnya sedang dia zalim terhadap dirinya sendiri; ia berkata: "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya
Sementara menunggu Raja Diqyanus tiba,
ketujuh-tujuh pemuda itu keluar secara
berasingan dari kota. Mereka menyongsang arus perarakan yang masuk ke kota
untuk menyelamatkan diri. Di dalam perhimpunan ini, Raja Diqyanus memakai
gelaran tuhan dengan rasminya.
Dia memaksa seluruh penduduk kota
menyembahnya di samping sembahan berhala-berhala yang lain dan mempersembahkan
binatang korban untuk berhala-berhala tersebut.
Barangsiapa yang setia dan patuh kepada
raja akan diberi pakaian dan pelbagai hadiah, tetapi barangsiapa yang tidak
taat atau tidak bersedia mengikuti kemahuannya akan segera dibunuh. Keputusan
yang pemuda-pemuda itu ambil adalah amat kritikal pada saat yang genting pula.
Pergerakan mereka yang menongkah arus
disedari oleh tentera. Ketika mereka bertemu, mereka telah menyatakan hasrat
untuk sanggup menghadapi segala kemungkinan demi menolak ketuhanan Raja
Diqyanus kerana pada mereka, tidak ada tuhan selain tuhan yang menciptakan
langit dan bumi iaitu Allah swt. Mereka bergegas lari menuju ke bukit. Di
sanalah terdapat sebuah gua yang
dinamakan gua Ar-Roqim.
KISAH DIQYANUS AKAN BERULANG
Kisah ini adalah insiden yang akan
berulang kembali. Allah mencatatkan kisah Ashabul Kahfi dengan peristiwa
perarakan raksasa seperti yang akan di atur kembali oleh dajjal. Maklumat ini,
didapatkan melalui satu kitab lama tulisan Almarhum Syeikh Uthman Jalaluddin
bertajuk 'Alamat Kiamat', terjemahan dan huraian dari kitab arab beliau
berjudul Ad-Durrah an-Nafi'ah fi Asyrath as-Sa'ah.
Syeikh Jalaluddin menyatakan perhimpunana
itu sebagai berikut : pengikut dajjal akan menyongsong kedatangannya dengan
memukul-mukul gendang di dalam satu perarakan besar-besaran. Inilah gambaran
sebuah perhimpunan agung yang disusun atur dengan penuh teliti oleh dajjal dan
sekutunya.
عنْ أَنَسِ بْنِ
مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
( يَخْرُجُ
الدَّجَّالُ مِنْ يَهُودِيَّةِ أَصْبَهَانَ ، مَعَهُ سَبْعُونَ أَلْفًا مِنْ
الْيَهُودِ ، عَلَيْهِمْ السيجان )
رواه أحمد (21/55)
وحسنه المحققون في طبعة مؤسسة الرسالة.
Dari Anas bin Malik berkata, bersabda
Rasulullah sollahu alaihi wasallam :
Dajjal akan keluar dari yahudi Asbahan,
bersamanya 70,000 orang yahudi dengan memakai Sijan.
Tindakan dajjal mengumpulkan seluruh
manusia di dalam satu perhimpunan raksasa dan mengisytiharkan diri sebagai
tuhan menyamai insiden majlis perhimpunan Raja Diqyanus yang zalim dan bongkak.
Dua peristiwa yang telah dan akan berlaku
dengan jarak yang amat jauh tetapi mempunyai persamaan yang nyata. Subhanallah,
sungguh ia satu keajaiban! Gendang perarakan ini telah mula dipalu dan
dimomokkan di dalam lagu.
Penulis juga turut menemui insiden yang
sama dengan ritual di dalam nyanyian kumpulan rock barat - MY CHEMICAL ROMANCE
yang bertajuk 'The Black Parade".
Barangkali inilah propaganda awal, satu
cara dajjal memasukkan benih-benih keterujaan akan kehadirannya di dalam benak
dan jiwa anak-anak remaja kita. Telitikanlah liriknya dengan hati yang terbuka
:
When I was a young boy,
Saat aku masih kecil
My father took me into the city
Ayah mengajakku ke kotaTo see a marching band
Untuk melihat marching band
He said, "Son when you grow up,
Dia bilang, "Nak, saat kau tlah dewasa,
would you be the saviour of the broken, the beaten and the damned?"
Maukah kau jadi penyelamat bagi orang yang patah hati, kalah dan dikutuk?"
Saat aku masih kecil
My father took me into the city
Ayah mengajakku ke kotaTo see a marching band
Untuk melihat marching band
He said, "Son when you grow up,
Dia bilang, "Nak, saat kau tlah dewasa,
would you be the saviour of the broken, the beaten and the damned?"
Maukah kau jadi penyelamat bagi orang yang patah hati, kalah dan dikutuk?"
He said "Will you defeat them,
Dia bilang "Akankah kau kalahkan mereka,
Your demons, and all the non believers, the plans that they have made?"
Iblis dan semua orang yang tidak percaya, rencana yang tlah mereka buat?"
Because one day I'll leave you,
Karena suatu hari nanti aku kan meninggalkanku
A phantom to lead you in the summer,
Roh akan menuntunmu ke musim panas,
To join the black parade."
Untuk bergabung dengan parade hitam."
Back to **
Sometimes I get the feeling she's watching over me.
Kadang aku merasa dia sedang mengawasiku
And other times I feel like I should go
Dan lain waktu aku merasa harus pergi
And through it all, the rise and fall, the bodies in the streets
Dan lewati semuanya, jatuh dan bangun, tubuh-tubuh di jalanan
And when you're gone we want you all to know
Dan saat kau pergi kami ingin kalian tahu
We'll carry on,
Kita kan terus bertahan
Dia bilang "Akankah kau kalahkan mereka,
Your demons, and all the non believers, the plans that they have made?"
Iblis dan semua orang yang tidak percaya, rencana yang tlah mereka buat?"
Because one day I'll leave you,
Karena suatu hari nanti aku kan meninggalkanku
A phantom to lead you in the summer,
Roh akan menuntunmu ke musim panas,
To join the black parade."
Untuk bergabung dengan parade hitam."
Back to **
Sometimes I get the feeling she's watching over me.
Kadang aku merasa dia sedang mengawasiku
And other times I feel like I should go
Dan lain waktu aku merasa harus pergi
And through it all, the rise and fall, the bodies in the streets
Dan lewati semuanya, jatuh dan bangun, tubuh-tubuh di jalanan
And when you're gone we want you all to know
Dan saat kau pergi kami ingin kalian tahu
We'll carry on,
Kita kan terus bertahan
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
And though you're dead and gone believe me
Dan meski kau mati dan sirna percayalah padaku
Your memory will carry on
Kenangan tentangmu akan terus abadi
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
And in my heart I can't contain it
Dan di dalam hatiku tak bisa aku menyimpannya
The anthem won't explain it
Nada ini takkan menjelaskannya
A woman sends you reeling from decimated dreams
Seorang perempuan mengirimimu puing dari mimpi yang koyak
Your misery and hate will kill us all
Luka dan kebencianmu akan membunuh kita semua
So paint it black and take it back
Maka hitamkanlah dan rebutlah
Lets shout it loud and clear
Mari teriakkan dengan keras dan jelas
Defiant to the end
Menantang hingga akhir
We hear the call
Kita mendengar panggilan
To carry on
Untuk bertahan
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
Though you're dead and gone believe me
Meski engkau mati dan pergi, percayalah padaku
Your memory will carry on
Kenangan tentangmu akan terus abadi
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
And though you're broken and defeated
Dan meskipun kau hancur dan kalah
Your weary widow marches
Jandamu yang lelah tetap berbaris
On and on we carry through the fears
Kita kan terus hadapi rasa takut
Ooh ha haaa
Disappointed faces of your peers
Wajah-wajah kecewa teman-teman sebayamu
Ooh ha haaa
Take a look at me cause I could not care at all
Lihatlah aku karena aku sama sekali tak peduli
#
Do or die
Lakukan atau mati
You'll never make me
Kau takkan pernah bisa membuatku
Because the world will never take my heart
Karena dunia ini takkan pernah bisa mengambil hatiku
You can try, you'll never break me
Kau boleh mencoba, kau takkan pernah bisa hancurkanku
You want it all, you wanna play this part
Kau menginginkannya, kau ingin mainkan peran ini
I won't explain or say I'm sorry
Aku takkan menjelaskan atau bilang maaf
I'm unashamed, I'm gonna show my scar
Aku tak malu, kan kutunjukkan bekas lukaku
Give a cheer, for all the broken
Bersulanglah, demi mereka yang hancur
Listen here, because it's only you
Dengarkanlah, karena hanya ada dirimu
I'm just a man, I'm not a hero
Aku hanya seorang manusia, bukan seorang pahlawan
I'm just a boy, who's meant to sing this song
Aku hanya seorang anak laki-laki, yang ditakdirkan untuk nyanyikan lagu ini
I'm just a man, I'm not a hero
Aku hanya seorang manusia, bukan seorang pahlawan
I -- don't -- care
Aku.. tak... peduli
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
Though you're dead and gone believe me
Meskipun kau mati dan sirna percayalah
Your memory will carry on
Kenangan tentangmu akan terus abadi
You'll carry on
Kau kan terus abadi
And though you're broken and defeated
Dan meskipun kau hancur dan kalah
Your weary widow marches on
Jandamu yang lelah terus melangkah
We'll carry on (5x)
Kita kan terus bertahan
Back to # (2x)
Kita kan terus bertahan
And though you're dead and gone believe me
Dan meski kau mati dan sirna percayalah padaku
Your memory will carry on
Kenangan tentangmu akan terus abadi
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
And in my heart I can't contain it
Dan di dalam hatiku tak bisa aku menyimpannya
The anthem won't explain it
Nada ini takkan menjelaskannya
A woman sends you reeling from decimated dreams
Seorang perempuan mengirimimu puing dari mimpi yang koyak
Your misery and hate will kill us all
Luka dan kebencianmu akan membunuh kita semua
So paint it black and take it back
Maka hitamkanlah dan rebutlah
Lets shout it loud and clear
Mari teriakkan dengan keras dan jelas
Defiant to the end
Menantang hingga akhir
We hear the call
Kita mendengar panggilan
To carry on
Untuk bertahan
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
Though you're dead and gone believe me
Meski engkau mati dan pergi, percayalah padaku
Your memory will carry on
Kenangan tentangmu akan terus abadi
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
And though you're broken and defeated
Dan meskipun kau hancur dan kalah
Your weary widow marches
Jandamu yang lelah tetap berbaris
On and on we carry through the fears
Kita kan terus hadapi rasa takut
Ooh ha haaa
Disappointed faces of your peers
Wajah-wajah kecewa teman-teman sebayamu
Ooh ha haaa
Take a look at me cause I could not care at all
Lihatlah aku karena aku sama sekali tak peduli
#
Do or die
Lakukan atau mati
You'll never make me
Kau takkan pernah bisa membuatku
Because the world will never take my heart
Karena dunia ini takkan pernah bisa mengambil hatiku
You can try, you'll never break me
Kau boleh mencoba, kau takkan pernah bisa hancurkanku
You want it all, you wanna play this part
Kau menginginkannya, kau ingin mainkan peran ini
I won't explain or say I'm sorry
Aku takkan menjelaskan atau bilang maaf
I'm unashamed, I'm gonna show my scar
Aku tak malu, kan kutunjukkan bekas lukaku
Give a cheer, for all the broken
Bersulanglah, demi mereka yang hancur
Listen here, because it's only you
Dengarkanlah, karena hanya ada dirimu
I'm just a man, I'm not a hero
Aku hanya seorang manusia, bukan seorang pahlawan
I'm just a boy, who's meant to sing this song
Aku hanya seorang anak laki-laki, yang ditakdirkan untuk nyanyikan lagu ini
I'm just a man, I'm not a hero
Aku hanya seorang manusia, bukan seorang pahlawan
I -- don't -- care
Aku.. tak... peduli
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
We'll carry on
Kita kan terus bertahan
Though you're dead and gone believe me
Meskipun kau mati dan sirna percayalah
Your memory will carry on
Kenangan tentangmu akan terus abadi
You'll carry on
Kau kan terus abadi
And though you're broken and defeated
Dan meskipun kau hancur dan kalah
Your weary widow marches on
Jandamu yang lelah terus melangkah
We'll carry on (5x)
Kita kan terus bertahan
Back to # (2x)
Anjuran perhimpunan seperti inilah yang
dinantikan-nantikan. Dengan muzik keras yang menghentam langsung ke bawah minda
separa sedar anak remaja, jelas ada makna di sebalik seruan ini. Mengajak
syaitan, manusia dan semua manusia menyertai gerakan dajjal ini - bayangan
kepimpinan gelap yang akan berlaku. Ia adalah pesan di sebalik memori. Semua
pengikut dajjal mesti bersedia.
Ibarat dipukau, mereka akan memanggil
seluruh kaum kerabat, sanak saudara, dan rakan taulan mereka untuk hadir
menyaksikan satu keajaiban yang memang dinanti-nantikan iaitu kehadiran tokoh
penyelamat akhir zaman.
Inilah percubaan kemuncak dajjal untuk
menipu manusia. Kemuncak fitnah ini menyamai kisah Namrud dan Firauan yang
mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan di hadapan lautan manusia di dalam
perhimpunan raksasa.
Seperti Namrud yang telah memanggil
seluruh penduduk kota untuk menyaksikan pengisytiharannya sebagai tuhan tetapi
tidak disertai oleh nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim menentangnya melalui
protesnya dengan memecahkan semua patung berhala Namrud.
Manakala di dalam insiden Ashabul Kahfi,
mereka telah meminggirkan diri dan mengambil keputusan untuk tidak menyertai
perhimpunan tersebut, melarikan diri ke bukit lalu bersembunyi di dalam gua
Ar-Roqim demi menyelamatkan tauhid mereka.
Ia sangat bertepatan dengan apa yang
disabdakan oleh Nabi Muhammad saw melalui hadis riwayat Imam Muslim dari Ummu
Syarik, dia berkata :
(حديث مرفوع) حَدَّثَنِي هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ ، حَدَّثَنَا حَجَّاجُ
بْنُ مُحَمَّدٍ ، قَالَ : قَالَ ابْنُ جُرَيْجٍ : حَدَّثَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ ،
أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : أَخْبَرَتْنِي أُمُّ
شَرِيكٍ أَنَّهَا سَمِعَتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ،
يَقُولُ : " لَيَفِرَّنَّ النَّاسُ مِنَ الدَّجَّالِ فِي الْجِبَالِ " ،
قَالَتْ أُمُّ شَرِيكٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، فَأَيْنَ الْعَرَبُ يَوْمَئِذٍ ،
قَالَ : " هُمْ قَلِيلٌ " ، وحَدَّثَنَاه مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ ،
وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ ، قَالَا : حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ ، عَنْ ابْنِ
جُرَيْجٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ .
Jabir bin Abdullah mendengar Ummu Syarik
berkata aku mendengar rasullulah bersabda : "sungguh manusia akan berlari
dari dajjal ke gunung-gunung". Bertanya Ummu Syarikh “ke manakah bangsa
Arab ketika itu?” Jawab Rasulullah “mereka sangat sedkit ketika itu”.
Kepada anda yang berfikir, inilah
peristiwa yang amat menarik untuk disingkap menjelang kedatangan dajjal. Kita
temui semua persamaan ini di dalam Surah Al-Kahfi. Sekiranya anda membaca
pertanyaan Kidxx obito di artikel
sebelumnya tentang apa kaitan 7 pemuda-pemuda Ashabul Kahfi sebagai perisai
kepada dajjal, mungkin di sini adalah tempat yang paling sesuai untuk
mengaitkan akan pertalian itu.
Sebabnya?
Sebabnya?
Pemuda Ashabul Kahfi juga melarikah diri
untuk menyelamatkan iman dan aqidah mereka dari dirosakkan oleh Raja Diqyanus.
Baca ni dan fahami betul-betul, kita
tidak akan kehilangan apa-apa. Perhimpunan dan perarakan raksasa yang sama
seperti di masa Namrud dan Diyanus akan berulang (bahkan jauh lebih hebat).
Pengumuman sebagai tuhan seperti yang
dilakukan oleh Namrud dan Diqyanus akan berulang. Manusia berlalu pergi
meninggalkan perhimpunan seperti perbuatan Nabi Ibrahim dan pemuda-pemuda
Ashabul Kahfi akan berulang. Melarikan diri ke tempat-tempat tinggi juga akan
berulang.....
ANDA NAMPAK TAK? ANDA PERASAN TAK NI?
Rahsia ini hanya ada di sini, saya rasa tempat lain tak ada lagi akan hipotesis seperti ini dikongsikan (mungkin ada tapi saya tidak tahu, so, maaf). Kesimpulannya adalah, penulis buku ini menemui sesuatu yang orang lain tidak jumpa sejak perbincangan tentang keistimewaan Surah Al-Kahfi sebagai benteng dan perisai kepada fitnah dajjal tercetus. Jika anda dapat perhatikan, pertalian alam ghaib dengan Surah Al-Kahfi juga terkupas di sini.
Rahsia ini hanya ada di sini, saya rasa tempat lain tak ada lagi akan hipotesis seperti ini dikongsikan (mungkin ada tapi saya tidak tahu, so, maaf). Kesimpulannya adalah, penulis buku ini menemui sesuatu yang orang lain tidak jumpa sejak perbincangan tentang keistimewaan Surah Al-Kahfi sebagai benteng dan perisai kepada fitnah dajjal tercetus. Jika anda dapat perhatikan, pertalian alam ghaib dengan Surah Al-Kahfi juga terkupas di sini.
Penutup :
Malang sungguh, pada hari ini ramai di kalangan
kita yang merasa gagah untuk berhadapan dengan dajjal tetapi dalam masa yang
sama tidak mahu memperbaiki tauhidnya. Ketika kita sibuk mencari dajjal, ada
yang langsung tidak mengenali Tuhannya yang sebenar. Justeru hadis nabi saw
yang berkenaan penghafalan 10 ayat awal
Surah Al-Kahfi perlu diberi nilai tambah iaitu kukuhkan tauhid kita dahulu.
Tauhid ihsanlah yang akan menjadi benteng akhir di dalam menghadapi fitnah
dajjal. Keyakinan kita akan diuji. Tauhid ihsan itu adalah di tahap bilamana
kita menyembah Allah, seolah-olah kita melihat dan merasakan kehadiranNya.
Tauhid adalah sebuah keyakinan yang kukuh
dalam hati. Ia tidak goyah dan bagaikan akar yang terjunam jauh ke dalam bumi.
Telah sepakat para ulama mengistilahkan bahawa makna tauhid atau aqidah itu
adalah satu keyakinan yang jitu dalam mengesakan zat, sifat dan asma Allah yang
serba sempurna tanpa ada kekurangan dan cela. Akhirnya, keyakinan yang kukuh
itu akan dapat terjelma melalui sikap, percakapan, pembawaan diri, akhlak dan
gerak hatinya adalah dalam gerak tauhid.
Ketahuilah bahawa tauhid itu bukanlah
segunung kitab, tetapi apa yang tertanam dalam hati. Hati orang yang bertauhid
perlu melahirkan natijah ihsan, sehingga amal ibadahnya, solatnya, makan dan
minumnya, tidur dan baringnya, dan segala yang menyangkut hal kehidupannya terasa seperti diperhatikan
Allah swt (walaupun sememangnya semua di dalam perhatian Allah belaka). Ia
merujuk kepada jalan amal yang ditunjukkan oleh Nabi saw yang dengan
bersungguh-sungguh dengan jihad memerangi nafsu, istiqamah dalam beramal dan
sentiasa memelihara adab. Orang-orang yang tegar tauhidnya adalah mereka yang
digeruni dajjal.
Persoalan tauhid menjadi inti pertarungan
manusia dengan dajjal. Keyakinan itulah yang mahu direbut dan dimanipulasikan
dajjal supaya berpindah keyakinan itu pula kepadanya. Dajjal mahu merenggut
keyakinan percaya kepada tuhan yang esa, kepada keyakinan percaya kepada tuhan
manusia. Hari ini kita dapat perhatikan betapa celarunya pemikiran umat Islam
yang tenggelam di dalam fahaman batil seperti fahaman sekularisme, liberalisme,
rasionalisme, ateis dan sebagainya yang semata-mata bersandarkan kepada akal
dan logik. Ini kerana mereka tidak lagi berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah
sehingga akhirnya jauh daripada naungan dan hidayah Allah swt.
Bencana terbesar umat Islam bukanlah
perang atau kebuluran, gempa bumi atau tsunami, tetapi bencana hilang dan
pudarnya tauhid Ihsan, iatu krisis keyakinan kepad Allah swt selaku pencipta,
pentadbir dan penguasa alam. Hari ini, krisis tauhid atau aqidah sudah sampai
ke tahap kritikal. Bukan sekadar murtad, tetapi menularnya fahaman baru yang
intinya adalah meleraikan tauhid umat Islam melalui fahaman yang diberi nafas
baru dengan nama hak kemanusiaan, kebebasan, demokrasi, toleransi dan yang
sewaktu dengannya.
Ilmu tauhid sudah menjadi satu pelajaran
yang sukar bagi generasi anak muda sekarang. Ketika kitab tauhid dibuka dan
mahu dibincangkan di masjid-masjd dan di surau-surau, hanya orang tua-tua yang
mendengar. Malangnya para ilmuan dan cerdik pandai hari ini terus bertelagah di
dalam hal-hal cabang dan ranting yang disangkakan satu jihad besar tanpa menyedari
bahawa perbuatan itu cenderung kepada memecah-belahkan umat Islam sehingga
orang awam menjadi keliru dan mula menjauhi agama.
Putaran ini berlaku dari satu zaman ke
satu zaman sehingga umat Islam dikenali sebagai umat yang sering bertelagah dan
berpecah-belah. Sedangkan jika benar-benar diperhalusi dengan jujur, perkara
yang dibangkitkan dan menjadi perbahasan itu sudah diselesaikan melalu
kitab-kitab yang ditulis oleh ulama-ulama terdahulu, lengkap dengan dalil
Al-Quran, As-Sunnah, hadis dan hujah yang sudah muktamad dan disepakati oleh
para jumhur ulama yang muktabar sifatnya.
Justeru itu, mari kita simpulkan bahawa
dalam menghadapi fitnah dajjal, senjata yang diperlukan adalah tauhid ihsan,
iman yang kukuh dan melazimkan bacaan Surah Al-Kahfi. Juga titipan doa daripada
Nabi Muhammad saw kepada kita sebagai
umat kesayangan baginda, sebagai senjata ampuh untuk menghadapi fitnah
dajjal. Leraikanlah segala sengketa remeh demi sebuah kesatuan ummah.
Ketahuilah, sengketa dan kebencian haruslah dileraikan kerana ia adalah mainan
yang didalangi oleh dajjal.
Semoga Allah swt memelihara kita serta
anak dan cucu kita dari jatuh ke dalam fitnah dajjal yang besar ini. Semoga
kita bersama-sama memeranginya dan mengenali segala tipu dayanya.
Seperti yang dijanjikan, buku yang
menjadi wadah perkongsian kita ini bertajuk 'Membongkar Misteri Dajjal' sebuah
karya Mohd Khalid Yahya atau nama penanya Muhammad Nurani Maarif. Dah habis
buat artikel ni baru saya tergerak nak google beliau. Ternyata ramai juga yang
membincangkan buku yang ditulis oleh beliau pada 2010 ini. Tapi guys, saya rasa
(tanpa langsung rasa riak atau sombong), inilah satu-satunya blog yang
mengongsikan secara penuh isi kandungan buku beliau (walaupun tak 100 % kerana
yang 20% tu mungkin anda membaca tulisan saya sendiri).
Saya mengaku, saya ada melakukan
pengubahsuaian sesuai mengikut gerak hati dan rasa. Isinya juga saya tidak
ambil dan percaya bulat-bulat (hasilnya adalah pembongkaran tentang tengkorak
kristal dan pembetulan maklumat peta Piri Reis. mungkin akan ada pembetulan
tentang penemuan lain di masa hadapan, siapa tahu). Terjemahan dari bahasa
inggeris ke bahasa malaysia, saya perbaiki mengikut tahap kefahaman saya. Jika
anda beli bukunya, anda akan dapati ada perbezaan di sana-sini kerana saya
menyampaikan isinya kepada anda secara friendly dan santai supaya tidak bosan
dibaca sekaligus mendatangkan minat untuk digali ilmunya sampai habis.. Ayat
yang berulang-ulang yang terdapat dalam buku ini juga seboleh-bolehnya saya
elakkan.
Walaupun saya ketengahkan buku orang
lain, setiap persoalan yang dibangkitkan, saya dah cuba menjawab dengan
semampunya. Sekarang ni saya sedang meneliti soalan-soalan permintaan daripada
para tetamu dan memikir-mikir nak paparkan kisah apa pulak. Ada permintaan dari
Mohd Firdous yang suruh buat artikel Iskandar Zulkarnain dulu. Pasal piramid
pun ada yang tanya. Kalau anda sendiri bagaimana pula? Andai ada idea, jangan
malu-malu hantarkan melalui ruangan komen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan