Isnin, Disember 09, 2013

3 JENIS KAWAN MENGIKUT IMAM AL-GHAZALI



KAWAN 1
Kawan yang ada ilmu, bila kita berkawan dengan dia, dia sentiasa bagi ilmu & nasihat agama kepada kita. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan yang banyak diperolehi.
 

KAWAN 2
Dia tak ada ilmu, tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu & nasihat agama yang kita sampaikan kepada dia. Imam Al- Ghazali kata jangan lepas kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu & nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.


KAWAN 3
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu tetapi bila kita bagi ilmu & nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam-macam bagi alasan iaitu seperti dia tak suka ilmu yang disampaikan.. Dia ejek ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Al- Ghazali kata jangan kawan dengan orang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut-takut kita terikut cara & tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran,


Tiada ulasan: