Asif bin Barkhiya (آصف بن برخيا), Asif dengan huruf sod (ص) bukan sin (س).
Beliau ialah anak saudara (belah perempuan) Nabi Sulaiman ASW atau
sepupunya. Bertugas sebagai penulis di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman
ASW sekaligus menteri. Juga sebagai kawan rapat dan pengawal Nabi
Sulaiman yang sentiasa mengikut ke mana Nabi Sulaiman pergi dan beliau
antara perunding/jurucakap utama bagi kerajaan Nabi Sulaiman ASW.
Seorang yang
soleh, abid dan dikatakan mengetahui Ismu Allah yang Maha Agung sehingga
amat mustajab doanya. Setengah riwayat nama beliau ialah Astum (أسطوم), Yalikha (يليخا), Natura (ناطورا), Asaf (أساف), Barkiyah (بركية), dalam Ibrani disebut Benyahu (بنياهو). Manusia dari kaum Bani Israel bukan golongan jin.
Beliaulah yang
memindahkan Istana Ratu Balqis dari Kerajaan Saba’, Yaman ke Palestin
dengan doanya yang mengandungi Ismu Allah yang Maha Agung. Kisah ini
dirakamkan dalam al-Quran, Surah al-Naml ayat 38-41:
قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلأ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَنْ يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ (٣٨) قَالَ عِفْريتٌ مِنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ تَقُومَ مِنْ مَقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ (٣٩) قَالَ
الَّذِي عِنْدَهُ عِلْمٌ مِنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَنْ
يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ قَالَ
هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَنْ
شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي
غَنِيٌّ كَرِيمٌ (٤٠) قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنْظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لا يَهْتَدُونَ (٤١)
Ertinya: Nabi
Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): “Wahai
pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu
singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah
diri memeluk Islam?” berkatalah
Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum
Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat
gagah untuk membawanya, lagi amanah”. berkata
pula seorang Yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku
akan membawakannya kepadamu Dalam sekelip mata!” setelah Nabi Sulaiman
melihat singgahsana itu terletak di sisiNya, berkatalah ia: “Ini ialah
dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku Adakah Aku bersyukur atau
Aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. dan (sebenarnya) sesiapa
Yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada
dirinya sendiri, dan sesiapa Yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi
hal kepada Allah), kerana Sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha
Pemurah”. Nabi
Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): “Ubahkanlah keadaan
singgahsananya itu, supaya kita melihat Adakah ia dapat mencapai
pengetahuan Yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia
termasuk Dalam golongan Yang tidak dapat mencapai pengetahuan Yang
demikian”.
Mula-mula jin
ifrit yang menawar diri tapi masih lambat kerana Asif menawar diri
dengan kerlipan mata Nabi Sulaiman saja sudah sampai Istana Balqis. Ini
menunjukkan bila mana seorang manusia itu menjadi seorang yang alim,
soleh dan berilmu maka ia akan menjadi lebih hebat dari jin. Kisah ini
boleh dirujuk dalam kitab tafsir yang menjelaskan orang yang mempunyai
ilmu pengetahuan dari kitab Allah ialah Asif bin Barkhiya.
Tentang apakah doanya itu, kata Mujahid r.h:
يا ذا الجلال والإكرام.
Manakala Zuhri r.h berkata:
يا إلَهَنَا وَإلَهَ كُلِّ شَيْءٍ، إلَهًا وَاحِدًا، لا إله إلا أنت، اِئْتِنِي بِعَرْشِهَا.
Ertinya: Wahai
Tuhan kam, tuhan kepada semua makhluk, tuhan yang esa, tiada tuhan
selain Allah. Datangkan kepadaku istana Balqis.
Dari kisah ini
juga dapat kita ambil pelajaran bahawa kadang-kadang dalam berdakwah
memerlukan ‘izzah’ bukan mesti ‘undur-bersedia’, bukan semestinya
‘pantang mak datuk’. Dengan ‘izzah’ tertunduknya sebuah kerajaan kafir
kepada kerajaan Islam Nabi Sulaiman ASW.
Balqis ialah Balqis binti Syarahil (بلقيس بنت شراحيل)
yang memerintah Yaman pada kurun ke 10 sebelum Masehi dan menjadikan
Saba’ sebagai ibu kotanya. Kerajaan ini menyembah matahari, melalui
risikan salah seorang tentera Nabi Sulaiman iaitu burung hud-hud baginda
Nabi mengetahui wujudnya kerajaan besar di Yaman Selatan. Sekarang
masih terdapat puing-puing istana Balqis dan juga masih wujud golongan
jin dari zaman Balqis menetap disana. WaLlahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan