Untuk tujuan melebarkan skop bacaan kepada pembaca2 saya di blog saya, maka saya salin makalah ini dari http://rusukiri.blogspot.com/2013/02/hari-hijab-sedunia-wajib-baca.html
Pernah dengar tentang Hari Hijab Sedunia? Sungguh ka ada Hari Hijab Sedunia?
Bagaimana para muslimah seluruh dunia tidak mengetahui tentang Hari
Hijab Sedunia ini? Tapi, sebelum tu bagi wanita-wanita Islam yang masih 'free-hair' di luar sana, anda wajib berasa malu dengan wanita-wanita non-muslim ini. Semoga anda beroleh hidayah suatu hari nanti.
Aku terjumpa satu laman web yang memaparkan artikel mengenai pemakaian hijab oleh wanita-wanita non-muslim di negara-negara Barat. I have to admit, it's a good start for non-muslims to know more about beautiful Islam.
Aku terjumpa satu laman web yang memaparkan artikel mengenai pemakaian hijab oleh wanita-wanita non-muslim di negara-negara Barat. I have to admit, it's a good start for non-muslims to know more about beautiful Islam.
Subhanallah! Rupa2nya Hari Hijab Sedunia ini benar-benar wujud terutama di negara-negara Barat. Diasaskan oleh Nazma Khan dan disertai oleh beratus-ratus perempuan bukan Muslim memakai tudung, Hari Hijab Sedunia disambut pada 1 Februari lalu. “Saya tidak diajar menggunakan apa yang anda sebut sebagai tudung. Anda tinggal memasukkannya ke kepala anda. Tetapi saya mendapati bahawa kelebihannya sangat luas “
Itu yang dikatakan Jess Rhodes,
21 tahun, seorang mahasiswi dari Norwich di England. Dia sangat ingin
untuk mencuba penutup kepala, tetapi sebagai seorang bukan islam dia
tidak pernah berfikir bahawa itu merupakan sebuah pilihan.
Jadi ketika temannya memberikan peluang untuk memakai tudung, dia menerimanya.
“Dia
meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu menjadi Muslim, ini hanya soal
kesopanan, walaupun dikaitkan dengan Islam. Jadi saya fikir, mengapa
tidak? “
Rhodes merupakan
salah seorang daripada beratus-ratus bukan Islam yang mengenakan jilbab
dalam peringatan pertama Hari Hijab Sedunia pada 1 Februari lalu.
Peringatan yang
dianjurkan oleh seorang perempuan berasal dari New York, Nazma Khan, dan
disebarkan melalui laman web jejaring sosial telah menarik perhatian
Muslim dan bukan Muslim lebih dari 50 negara di seluruh dunia.
Bagi kebanyankan orang, hijab merupakan simbol penindasan dan perbezaan dan menjadi perdebatan di negara-negara Barat.
Hari Hijab Sedunia
dirancang untuk meredakan kontroversi itu dan mendorong perempuan bukan
Muslim (atau perempuan Muslim yang tidak mengenakannya) untuk
menggunakan dan mengalami seperti apa memakai tudung, sebagai sebahagian
daripada usaha untuk saling memahami.
“membesar di Bronx, di NYC, saya mengalami diskriminasi yang besar kerana hijab saya,” kata
penganjur, Khan, yang pindah ke New York dari Bangladesh pada usia 11
tahun. Dia merupakan salah seorang pemakai tudung di sekolahnya.
“Di sekolah menengah saya merupakan ‘Batman’ atau ‘ninja,” kata dia.
“Ketika saya kuliah tidak lama selepas peristiwa 9/11 (11 September 2001), mereka memanggil saya Osama bin Laden atau ‘pengganas”. Itu sangat mengerikan, “kata beliau.
“Ketika saya kuliah tidak lama selepas peristiwa 9/11 (11 September 2001), mereka memanggil saya Osama bin Laden atau ‘pengganas”. Itu sangat mengerikan, “kata beliau.
“Saya
berfikir satu-satunya cara untuk menamatkan diskriminasi adalah jika
kita meminta rakan kita untuk merasakan sendiri pengalaman berhijab.”
Khan tidak
menyangka akan mendapat sokongan dari seluruh dunia. Dia telah dihubungi
oleh puluhan orang dari pelbagai negara, termasuk Britain, Australia,
India, Pakistan, Perancis dan Jerman. Maklumat mengenai kumpulan ini
telah diterjemahkan ke dalam 22 bahasa.
Melalui jejaring
sosial ini, Jess Rhodes terlibat. Rakannya Widyan Al Ubudy tinggal di
Australia dan meminta rakan Facebooknya untuk turut terlibat.
“Mereka khuatir saya akan diserang di jalanan kerana adanya jurang toleransi.”
Rhodes juga bimbang
dengan reaksi ini, tetapi selepas lapan hari menggunakan tudung dia
terkejut dengan situasi positif yang dialaminya.
“Saya tidak dapat menjelaskan tetapi ramai yang membantu, terutama di kedai-kedai,” kata dia.
Esther Dale,
28 tahun, yang tinggal di negara bahagian California AS, merupakan
seorang perempuan bukan Muslim yang cuba memakai tudung pada hari
tersebut.
Ibu dari tiga anak ini diberitahu oleh seorang rakannya yang merupakan seorang pemakai tudung.
Sebagai penganut
Mormon, Dale faham pentingnya keyakinan dalam kehidupan sehari-hari, dan
tuduhan yang diperolehi kerana pakaian yang dikenakan.
Dia mengetahui stigma terhadap penutup kepala dan berharap peluang ini boleh digunakan untuk memadamnya.
“Saya
mengetahui mengenai kesantunan dalam perilaku, tidak hanya pakaian dan
ini hanya merupakan andaian yang salah bahawa perempuan menggunakannya
jika mereka dipaksa, terutama di AS,” ujarnya.
“Ini
merupakan peluang yang baik untuk mendidik orang bahawa anda tidak dapat
memberikan tuduhan yang tepat mengenai seseorang berdasarkan apa yang
mereka kenakan,” kata Dale.-Source
Subhanallah!
sedangkan non-muslim pun mengambil inisiatif untuk memahami Islam dan
peraturannya supaya dapat saling memahami antara satu sama lain.
Bagaimana pula dengan kita yang dilahirkan Islam? Subhanallah! ini
merupakan satu permulaan yang baik bagi wanita-wanita non-muslim untuk lebih mendekati Islam.
Sesungguhnya
hidayah itu milik Allah jua. Namun, semangat beginilah yang kita mesti
pupuk dalam diri dan masyarakat supaya Islam lebih mudah difahami dan diterima oleh masyarakat beragama lain.
Dan buat
wanita-wanita non-muslim yang merasakan pemakaian hijab ini suatu
pengalaman yang baik dan mesti diteruskan, aku doakan semoga kamu diberikan hidayahNya. Allahuakbar!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan