Dalam
khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar,
Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim
dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh
kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim. Hakikatnya umat Islam
adalah umat yang bertoleransi.
Al-Quran
mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua
umat manusia itu adalah sama.
Beliau menambah :“Jika
Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia
akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang
mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman),
(Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia
sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh
Tuhan kami …)
Justeru,
perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada
yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi
Muslim”. Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan
manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam)
dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim
dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya
mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah
Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu
pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami
dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan
kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah
mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan).
“Dan
tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf
Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di
Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya
peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam
penterjemahan.
Beliau berkata :“Wahai
saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang
Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada
surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku
berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga
Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab
sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak
kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan