Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah
Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang
konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, ke
mudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil.
Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar
kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya
kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan
pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk
menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah].
Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini,
dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati.
Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan
mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah,
Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya
dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya
kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini
dengan batu yang besar.
Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram
mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang
tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang
masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita
Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang
Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang
dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.
Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke
langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang
berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua
(jemaah haji)”.
Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit:
“Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah
yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang
dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.
Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan
menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar
Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang
pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam
itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai
mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.
Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.
"kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir"
Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.
Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang
menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih
teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka
adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan
membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka
(Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.
Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al
Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana
mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam
menunaikan haji di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan