Rabu, Februari 05, 2014

APABILA 5 SUNGAI DIKUASAI MUSUH ISLAM

Sungai Furat, Iraq

Banyak tanda kiamat telah keluar di zaman ini. Berdasarkan hadis-hadis yang disabdakan baginda sollahu alahi wasallam, tanda-tanda ini keluar berturut turutan. Bagi orang yang memantaunya, mereka memerhatikan akan penterjemahan sabdaan baginda itu ke alam realiti di zaman kita ini satu demi satu, sedikit demi sedikit. Antaranya sebagaimana hadis baginda ini

Sungai Nil, Mesir.
 Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari:
"Suatu hari Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah Jibrail as seraya berkata: "Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam." Kemudian Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan As-Salam. Jibrail as menjawab: "As-Salam adalah nama untuk lima sungai iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat dan sungai Nil di Mesir. Kelima-lima sungai ini telah dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan pengikut2mu." Jibrail as berkata lagi: "Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu."

 Setakat ini empat sungai telah berada di bawah penguasaan kaum kafir kecuali Sungai Nil.
Dengan terpecahnya Sudan kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama Kristian dan animis, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh kuasa asing kini akan menjadi lebih mudah. Keraja-kerja memecahkan Sudan ini adalah dengan bantuan Amerika.
Jika laluan Sungai Nil yang berpunca dari Sudan disekat nescaya bahagian sungai tersebut di Mesir akan menjadi kering. 
Ternyata di zaman kita ini, telah lahirnya tanda-tanda ini. Adakah ini bermaksud pada zaman kita ini, umat kita akan menyaksikan kebinasaan dunia dan segala cekerawala di langit? Allah sahaja yang lebih mengetahuinya.

Tiada ulasan: