Khamis, Januari 23, 2014

Angkat Tangan Ketika Ruku' & Bangkit, Ketika Tahiyyat Awal



Semasa berkuliah di kilang Shinetsu AU2, ada seorang sahabat yang menghadiri kuliah tersebut bertanyakan tentang hokum angkat tangan ketika hendak ruku’ dan ketika bangkit dari ruku’. Katanya, ada seorang ustaz yang menghukumkan haram dan batal solat sesiapa yang mengangkat tangan ketika hendak ruku’ dan ketika bangkit dari ruku’. Saya nyatakan jawapannya bersama sedikit rujukan yang telah saya buat sebagaimana berikut.
Al Imam Nawawi mengatakan bahawa sepakat para alim ulama’ mengatakan bawa hukum sunat mengangkat tangan ketika takbiratul Ihram, bermaksud sebutan takbiratul ihram itu adalah rukun, manakala mengangkat tangan mengiringi takbiratul ihram itu adalah sunat hukumnya. Teks perkataan Al Imam An Nawawi sebegaimana berikut :
اجمعت الامة على استحباب رفع اليدين عند تكبيرة الاحرام واختلفوا فيما سواها فقال الشافعي واحمد وجمهور العلماء من الصحابة رضي الله عنهم فمن بعدهم يستحب رفعهما ايضا عند الركوع وعند الرفع منه

"Sepakat ulama mengatakan sunat angkat tangan ketika takbiratul ihram, tetapi mereka bertelingkah hukum angat tangan selain dari takbiratul ihram. Pandangan ulama bahawa angkat tangan di ketika mahu ruku’ dan ketika bangkit dari ruku’ adalah sunat hukumnya, antara ulama yang meletakkan hukum sunat ialah Imam As Syafi’e, Imam Ahmad bin Hanbal, malah kebanyakan Ulama’ As Sahabah dan kebanyakan Tabi’in, teks ini terdapat dalam syarah Sohih Muslim 4/95.
Selain dari apa yang disebutkan oleh al Imam An Nawawi itu, ada juga ulama yang menghukumkan wajib mengangkat tangan, dan jika tidak mengangkat tangan maka batallah solatnya sebagaimana yang disebut oleh al Humaidi, juga setengah pendapat Daud yang diambil dari Auza’e.
Kesimpulannya ialah, hukumnya di sisi ramai ulama ialah: SUNAT.

ANGKAT TANGAN SELEPAS TAHIYYAT AWAL
Abdullah bin Nafi’e mengatakan tentang perbuatan Ibnu Umar :
وإذا قام من الركعتين رفع يديه ورفع ذلك ابن عمر إلى نبي الله صلى الله عليه و سلم

"Apabila beliau bangkit dari dua rakaat, beliau mengangkat dua tangannya. Dan Ibn Umar menyandarkan hadis ini sebagai marfuk kepada Nabi Sallallahu Alahi Wasallam". (Sahih Bukhari 706).
Hukum mengangkat tangan ketika bangkit dari tasyahhud awal (untuk masuk ke rakaat ke-3) juga adalah sunat. Kerana sabit perbuatan tersebut dalam hadis yang sahih sebagimana di atas.
CARA MENGANGKAT TANGAN
Ketika bangkit dari tahiyyat awal untuk ke rakaat ke-3, caranya ialah dengan bangkit tegak atau sehingga sempurna berdiri dahulu barulah mengangkat tangan. Bukan mengangkat ketika duduk. Kerana sabit dalam hadis sahih:
وَلاَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ فِى شَىْءٍ مِنْ صَلاَتِهِ وَهُوَ قَاعِدٌ

"Dan baginda tidak mengangkat dua tangannya dalam mana-mana bahagian solatnya ketika baginda duduk".

Direkod oleh Abu Daud (no: 744), Tirmizi (no: 3423). Kata Tirmizi: "hadis hasan sahih". Disahihkan juga oleh Imam Nawawi dalam Majmuk 3/447.

Tiada ulasan: