Dato' Tuan Ibrahim bercerita :
Anak Pak Ali, Ramli, 9 tahun di dalam kelas khusyuk mendengar kuliah Ustaz Ismail tetiba mendapati seluarnya basah dan ada air di bawah kerusinya.
Ramli terkejut kerana dia tidak tahu bagaimana ia berlaku kerana ia tak
pernah berlaku. Apa yang Ramli tahu ialah apabila rakan sekelasnya
tahu… dia akan mendapat malu besar dan perkara ini bakal jadi ejekan
yang memalukannya tak putus-putus.
Ramli menundukkan kepalanya dan terus berdoa memohon Allah memberi pertolongan untuk menyelamatkan diri daripada aib.
Pada masa yang sama, Ustaz Ismail sedang bergerak ke arah Ramli yang sedang menundukan kepala.
Tetiba Ibrahim, rakan Ramli yang duduk di sebelahnya, dengan cepat
menumpahkan bekas air dia di atas meja ke arah Ramli dan membasahi
seluruh seluar dan bawah kerusi Ramli.
Ramli berfikir sejenak.
“Pertolongan sudah tiba!” bisik Ramli di hatinya lalu mengambil peluang
memaki-hamun rakannya Ibrahim di depan Ustaz Ismail kerana menyebabkan
seluarnya basah supaya insiden aibnya dapat disembunyikan.
Daripada orang yang bakal mendapat aib di kelas, kini Ramli menjadi orang yang mendapat simpati.
Ustaz Ismail membawa Ramli ke bilik sukan dan memberikan satu seluar untuk ditukarkan.
Rakan-rakan lain pula sibuk membersihkan lantai yang basah dengan air
daripada bekas air Ibrahim dan, tanpa diketahui mereka air kencing
Ramli.
Simpati yang dicurahkan kepada Ramli semakin banyak.
Ibrahim pula malang dicemuh kerana menyebabkan kuliah terhenti dan
rakan-rakan sekelas terpaksa membersihkan kelas kerana tidak sengaja
menumpah bekas airnya.
“Cukuplah Ibrahim, enta ini menyusahkan
sahaja,” kata Ramli untuk menunjukkan bahawa dia adalah mangsa sebenar
dalam insiden tumpah air tadi.
Ramli tidak mengucapkan terima
kasih kepada Ibrahim walaupun sedar tindakan tidak sengaja Ibrahim tadi
telah menyelamatkan dia daripada keaiban.
Semasa sekolah tamat, Ustaz Ismail memanggil Ramli ke biliknya.
“Ramli, besok ucap terima kasih kepada Ibrahim kerana menyelamatkan
Ramli daripada aib tadi ya,” Ustaz Ismail berpesan kepada Ramli.
“Mengapa? Dia menyebabkan seluar saya basah dan semua orang kena membersihkan kelas,” Ramli cuba menyembungi peristiwa aibnya.
“Ramli, awak ini kena bertaubat. Ibrahim tadi sengaja menumpahkan air
pada Ramli untuk menutup aib Ramli kencing dalam seluar. Tadi, Ibrahim
datang memohon maaf pada Ustaz kerana tindakan dia menyebabkan kuliah
terhenti dan memberitahu dia terpaksa buat supaya Ramli tidak diaibkan.
Ramli dahlah maki hamun pada dia, walhal dialah orang yang menyelamatkan
Ramli,” kata Ustaz Ismail.
Ramli tersentak dengan penjelasan Ustaz Ismail dan keesokkan harinya memohon maaf kepada Ibrahim.
“Mengapa bantu ana semalam?” tanya Ramli.
“Ana pun pernah terkencing dalam seluar. Ana faham keadaan itu dan tidak mahu Ramli melaluinya,” jawab Ibrahim.
Wahai anakku,
Allah mengatur kamu untuk bertemu dengan orang-orang tertentu pada
waktu tertentu dan untuk tunjuk tertentu. Bersangka baiklah bahawa
setiap pertemuan ada hikmahnya tersendiri. Kadangkala ia adalah untuk
kamu membantunya, menerima bantuan daripadanya, memberikan ia ilmu,
mengambil ilmu daripadanya dan sebagainya.
Anak kesayanganku,
ingatkan diri bahawa setiap manusia akan ada waktu susah dan
mencabarnya, oleh itu, janganlah kamu mengambil kesempatan mahupun
mempersenda dan tidak melakukan apa-apa apabila kelihatan orang yang
susah.
Bantulah dia sebagaimana yang dilakukan Ibrahim kepada Ramli tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Cubalah kamu berdiri di kasut orang lain untuk memahami keadaan si dia
sebagaimana diri sendiri di dalam situasi tersebut, dan bersyukurlah
kepada Allah kerana memberikan peluang kepada kamu untuk menghulurkan
bantuan sewaktu orang memerlukannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan