Khamis, Februari 27, 2014

Ilmu Mesti Dengan Amal



Kata imam al-Ghazali bahawa
''Jika kita membaca kitab seratus tahun dan mengumpul seribu kitab, ia tidak menjadikan diri kita bersedia untuk mendapat rahmat Allah melainkan dengan amalan. Ilmu tanpa amal gila dan amal tanpa ilmu sia-sia''.


Orang yg berilmu tanpa amal seperti pokok tdk berbuah dan orang yg beramal tanpa ilmu seperti pokok beranting tetapi tdk berdaun dan berbuah. Jgn melakukan tiap2 amalan dgn tdk berpadukkan ilmu kerna perbuatan itu sia2 atau ianya ditolak.
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
 اغْدُ عَالِمًا أَوْ مُتَعَلِّمًا أَوْ مُسْتَمِعًا أَوْ أو مُحبا وَلَا تَكُنِ الخَامِسَةَ فَتَهْلِكَ
Dari Abu Bakrah رضي الله عنه, Dari Nabi صلى الله عليه وسلم, sabdanya: ''Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yg menuntut ilmu atau orang yg selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yg mencintai (tiga golongan yg tersebut); dan jgnlah engkau menjadi (dari) golongan kelima, kerana engkau akan binasa''  Al-Bazzar

Tiada ulasan: