Jumaat, Februari 21, 2014

Khutbah Di Masjid Fatimah Az Zahra' 21 Feb 2014



الحمدُ لله الذي أرسل رسوله بالهدى ودينِ الحق ليظهرهُ على الدينِ كلِّه ولو كره الكافرون ولو كره المشركون
أشهدُ ألا إلهَ إلا الله واحده لا شريك له وأشهدُ أن محمدا عبده ورسول
اللهم صل على حبيبنا وشفيعنا وزخرنا ومولانا محمد وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد
أوصيكم وإياي بتقوى الله فقد فازَ المتقون قال الله تعالى يا أيها الذي آمنوا اتقوا الله حق تقاته ولا تموتن إلا وأنتم مسلمون
وتزودوا فإن خير بالتقوى واتقونِ يأولى الألباب

Baru sahaja kita menyambut kelahiran Rasulullah, tapi sempena kelahiran baginda ada orang buat onar yang sangat melampau dan biadap.

ALLAH DAN MALAIKAT BERSELAWAT KE ATAS RASUL
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.

RASULULLAH SEBAGAI RAHMAH UTK SEKELIAN ALAM
وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Al Anbiya’ 107)
SYARAT CINTA ALLAH IALAH CINTA PADA RASULULLAH
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Ali Imrah 31)


KETAATAN KEPADA RASULULLAH SAMA SEBAGAIMANA KETAATAN KEPADA ALLAH
قُلْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَالرَّسُولَ فإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّ اللّهَ لاَ يُحِبُّ الْكَافِرِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. (31 Ali Imran)

SESIAPA YANG MENENTANG AJARAN RASUL BURUK BALASANNYA
وَمَن يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءتْ مَصِيراً
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.(An Nisa' 115)

PENGUTUSAN RASUL SEBAGAI SATU NI’MAT YANG BESAR KEPADA MANUSIA

كَمَا أَرْسَلْنَا فِيكُمْ رَسُولاً مِّنكُمْ يَتْلُو عَلَيْكُمْ آيَاتِنَا وَيُزَكِّيكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ
(Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui (Al Baqarah 151

APA YANG RASUL SURUH DAN LARANG MESTI PATUH

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya) (Al Hasyr 7)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An Nisa’ 59)

BERPEGANG DENGAN SUNNAHKU DAN SUNNAH PARA KHULAFA’ AR RASYIDIN
أوصيكم بتقوى الله ، والسمع والطاعة ، وإن عبد حبشي ، فإنه من يعش منكم يرى اختلافا كثيرا ، وإياكم ومحدثات الأمور فإنها ضلالة ، فمن أدرك ذلك منكم فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين من بعدي ، عضوا عليها بالنواجذ
Aku berpesan dengan taqwa kepada Allah, dengar dan patuh, kepada sesiapa yang diberikan hak, walaupun ia seorang hamba yang habasyi, ingatlah sesiapa yang hidup selepasku akan melihat banyak pertelingkahan, jangan sekali-kali kamu mengamalkan sesuatu yang diada-adakan kerana ia adalah kesesatan, sesiapa yang sempat pada masa itu berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah para khulafa ar rasyidin yang diberi petunjuk selepasku, gigitlah dengan gerahammu. (Riwayat Termizi & al Hakim)


حدثنا عبد الرحمن بن يحيى قال حدثنا أحمد بن سعيد قال حدثنا محمد بن إبراهيم الديبلي قال حدثنا علي بن زيد الفرائضي قال حدثنا الحنيني عن كثير بن عبد الله بن عمرو بن عوف عن أبيه عن جده قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما تمسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم".) اه
Aku tinggalkan untukmu dua perkara, kamu tidak sesat sekiranya kamu berpegang dengan kedua-duanya, kitab Allah dan Sunnah NabiNya sollahu alaihi wasallam.
Penutup :
بارك الله لي ولكم بالقرآنِ العظيم ونفعني وإياكم بما فيه من الآياتِ والذكر الحكيم وتقبل منى ومنكم تلاوتَه إنه هو السميعُ والعليم
أقول قولي هذا واستغفرُ واللهَ العظيم لي ولكم ولسائر المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات فاستغفروه فيا فوز المستغفرين ويا نجاةَ التائبين



Tiada ulasan: