Kapal adalah suatu jenis pengangkutan yang
banyak gunanya kepada manusia, ia dijadikan alat untuk mengangkut barang-barang
dan manusia.
Jika seseorang itu bermimpi menaiki kapal yang
kuat dan kukuh dalam mengharungi lautan. Ini bermaksud bahawa hidup anda akan
kuat dan kukuh dalam mengharungi kehidupan.
Firman Allah dalam Surah Hud ayat 41 hingga 42
:
وَقَالَ ارْكَبُواْ فِيهَا بِسْمِ اللّهِ مَجْرَاهَا
وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّي لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang
beriman): "Naiklah kamu ke bahtera itu sambil berkata: ' Dengan nama Allah
bergerak lajunya dan berhentinya '. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani."
وَهِيَ تَجْرِي بِهِمْ فِي مَوْجٍ كَالْجِبَالِ وَنَادَى
نُوحٌ ابْنَهُ وَكَانَ فِي مَعْزِلٍ يَا بُنَيَّ ارْكَب مَّعَنَا وَلاَ تَكُن
مَّعَ الْكَافِرِينَ
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam
ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya,
yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah
bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang
kafir".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan