Soalan buat anda yang keberatan menerima Perlaksanaan Syariat Islam di Malaysia. Mudah-mudahan semua soalan ini mampu menjelaskan sedikit kecelaruan setengah pihak yang sangat cemburu dengan pihak yang ingin lihat Islam dilaksanakankan.
1. Malaysia sebuah negara demokrasi, maka apa masaalahnya Kelantan mahu nikmati demokrasi itu dengan melaksanakan Kanun Jenayah Syari'yyah yang telah diluluskan oleh DUN Kelantan ?
2. Hudud belum lagi dilaksanakan, kenapa anda menolaknya ? Apakah itu
sikap yang adil ? Kenapa tidak beri peluang terlebih dahulu sebagaimana
peluang diberikan kepada undang - undang sivil hari ini ?
3.
Bukankah undang - undang sivil hari ini gagal membendung mungkar dan
jenayah, kenapa tidak undang - undang syariah dijadikan sebagai
alternatif ?
4. Undang - undang dilaksanakan oleh yang berkuasa.
Kuasa diperolehi melalui pilihanraya. Pilihanraya berlaku 5 tahun
sekali. Maka apa yang ditakuti jika PAS laksanakan hudud ? Jika undang -
undang itu tidak bagus, bukan kah next election, anda boleh tolak PAS ?
5. Kalau anda boleh terima undang - undang British ( British Law )
sedang tidak ramai pun orang British di Malaysia, kenapa anda tidak
boleh menerima undang - undang Islam dilaksanakan di Malaysia sedangkan
Islam agama rasmi dan muslim adalah majoriti ?
6. Hudud adalah
undang - undang ciptaan Tuhan. Tuhan yang cipta ummat manusia. Tuhan
itulah juga yang suruh kita laksanakan Syariat Islam (hudud) ini.
Mengapa anda beralasan untuk melaksanakannya ? Apakah anda bukan seorang
muslim yang taat ? Kalau anda bukan muslim sekalipun, maka dimana
salahnya undang - undang syariat ini sehingga ia tidak diterima untuk
dilaksanakan ?
7. Jika alasannya tidak ada peruntukkan undang -
undang maka kenapa tidak benarkan wakil kelantan membawa rang - rang
undang itu ke Parlimen untuk meminda beberapa peruntukan bagi
membolehkan ia dilaksanakan ?
8. PAS telah perjuangkannya sejak
sekian lama. Pelbagai langkah telah diambil. Mendidik ummah melalui
seminar, wacana, kelulusan DUN, bulan hudud dan sebagainya telah
dilunaskan sepanjang tempoh lebih 20 tahun. Bukan kah ini masa yang
sesuai di saat semua pihak mulai resah dengan kegagalan undang - undang
ciptaan manusia ini ?
9. Tanyalah hati kecil anda, apakah anda
lebih redha menyaksikan dunia makin musnah angkara mungkar dan jenayah
yang gagal dibendung oleh undang - undang hari ini berbanding menerima
perlaksanaan undang - undang syariat Islam ?
10. Islam agama
rahmah (kasih sayang) dan a'dalah (adil). Perlaksanaan hudud bukanlah
berorientasikan hukum semata - mata, tetapi terdahulu daripadanya ialah
proses yang adil seperti proses pendidikan, penyiasatan, pembuktian,
persaksian, perbicaraan dan penghakiman. Maka apa lagi yang anda tidak
puas hati terhadap hudud ? Apa lagi yang membuatkan anda rasa curiga
terhadap perlaksanaannya ?
11. Anda selalu persoalkan kenapa
undang - undang ini tidak dilaksanakan ke atas non muslim sedang muslim
tertakluk padanya. Kenapa anda tidak tanya solat, puasa, haji hanya
tertakluk pada orang Islam sedang non muslim tidak dilibatkan ? Kalau
anda boleh terima bahawa itu adalah ibadah untuk orang Islam sahaja,
kenapa anda tidak menerima bahawa Hudud juga satu ibadah wajib
dilaksanakan oleh orang Islam atas perintah dari Tuhannya ?
12.
Bukankah hudud adalah hukuman yang akan dijatuhkan ke atas penjenayah ?
Maka kenapa anda yang bukan penjenayah merasa takut dengan perlaksanaan
Hudud ?
13. Hudud mesti taqninkan (di undang - undangkan).
Adapun perlaksanaannya adalah apabila cukup syarat yang ditetapkan oleh
syara'. Apakah anda telah pelajari dan mengkaji syarat - syarat yang
ditetapkan oleh syara' sebelum anda meragui perlaksanaannya ?
14.
Ramai pula yang pertikai, kenapa mesti ada perlaksanaan undang - undang
Islam di Kelantan sedang negeri lain tidak ada atau kenapa perlu ada
dua set undang - undang. Sedarkah anda, bahawa Malaysia sudah tersedia
beberapa set undang - undang yang diterima seperti undang - undang adat,
undang - undang Tentera, undang - undang Buruh, undang - undang Syariah
dan undang - undang sivil dan setiap set undang - undang itu mempunyai
mahkamahnya tersendiri seperti Mahkamah Tentera, Mahkamah adat ,
mahkamah syariah , mahkamah buruh dan mahkamah sivil. Pula sebahagian
negeri mempunyai undang - undang adat sedang Kelantan tiada undang -
undang dan mahkamah adat. Kalau situasi ini anda terima sejak sekian
lama, kenapa tidak boleh terima perlaksanaan undang - undang Islam ?
15. Anda semua yakin bahawa Allah swt adalah Tuhan yang Maha Pencipta
dan Tuhan yang Maha Adil. Justeru itulah sifat Tuhan. Apakah anda ragui
keadilan Allah swt sebagai Tuhan yang menurunkan ketetapan hukum
syariatnya ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan