Imam Khomeini atau nama sebenar beliau
Ruhollah Musavi Khomeini adalah tokoh paling menonjol ketika kemuncak
Revolusi Islam Iran pada 1979. Beliau yang dilahirkan pada 24 September
1902 adalah ulama Syiah yang menceburkan diri secara mutlak dalam dunia
politik. Masyarakat Iran Syiah amat mengagumi ilmu agamanya dan karisma
beliau dalam bidang politik. Kata-katanya ibarat semburan mutiara, pasti
ramai akan mengutipnya untuk dijadikan ‘perhiasan’ diri.
Di kalangan masyarakat Iran Syiah, mereka
mengagumi tokoh Iran ini melebihi had yang sepatutnya. Mereka memujanya
sehingga meletakkan Imam Khomeini sebagai Imam Mahdi, iaitu individu
yang dikatakan bakal membawa umat Islam melawan golongan kufar pada
akhir zaman. Peristiwa pada tahun 1978 iaitu setahun sebelum revolusi
Islam Iran 1979 turut menyaksikan bagaimana golongan yang memujanya
mendakwa pernah melihat wajahnya di bulan. Pada masa itu, Imam Khomeini
masih lagi berada dalam buangan di Perancis. Ramai penyokong ulama syiah
ini mengaitkan peristiwa tersebut sebagai salah satu karamah Imam
Khomeini!.
Begitulah hebatnya penangan Imam Khomeini semasa hayatnya. Namun bagaimana pula ketika di akhir hayatnya?
Peristiwa di akhir hayat Imam Khomeini
menyaksikan satu insiden yang cukup janggal bagi seorang ulama
agung.
Jasad Imam Khomeini yang kaku tidak bernyawa telah diusik dan kain kapan
beliau dicarik-rabakkan oleh jutaan masyarakat yang begitu memujanya.
Tegas mereka, kain kapan Imam Khomeini boleh memberi keberkatan kepada
kehidupan mereka.
Dek kerana mengharapkan keberkatan
daripada secebis kain kapan, penyokong dan pendokong Imam Khomeini
sanggup memusnahkan keranda dan mengoyak kain kapan sehingga mendedahkan
aurat beliau yang selama ini ditutup dan dijaga beliau. Gambar tersebut
berjaya dirakam oleh ramai wartawan dan journalis di seluruh dunia
sehingga ia menjadi bualan hangat di kalangan media ketika itu.
Terdedah aurat kerana kerakusan pengikutnya |
Di kalangan penganut Ahli Sunnah wal
Jamaah, mereka mendakwa ia adalah penghinaan Allah swt kepada mereka
yang menolak dan mengeji para sahabat Nabi saw. Ini bertepatan dengan
beberapa dakwaan yang mengatakan Imam Khomeini mempersetujui secebis doa
yang dikenali Doa Sanamai al-Quraisyin. Doa
ini adalah doa yang mengutuk dua berhala Quraisy yang didakwa adalah dua
sahabat besar Rasulullah saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab.
Selain itu, isi kandungan doa ini turut mengutuk Saiditina Aisyah,
Saiditina Hafshah dan beberapa sahabat yang difitnah menyokong dua
sahabat besar Rasulullah saw.
Adakah ia isyarat kepada kita bahawa pegangan Syiah adalah sesat? Hanya Allah swt Maha Mengetahui.
Imam Khomeini meninggaal dunia pada 3 Jun
1989 di usia yang cukup lanjut iaitu 87 tahun. Beliau meninggalkan
seorang balu, Khadijah Saqafi dan lima orang anak. Khadijah Saqafi
kemudian menyusuli pemergian suaminya pada tahun 2009 di usia 93 tahun.
Sepertimana suaminya, ratusan ribu manusia menghadiri pengebumian
Khadijah Saqafi termasuk Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan Pemimpin Agung
Iran, Ali Khomein
Memperingati Kepulangan Khomeini: Suatu Yang Aneh dan Ditertawakan March 8, 2012
Bagi kita di Malaysia mungkin kali terakhir kita membaca atau mendengar kisah Khomeini ialah peristiwa mayatnya diusung dan diaibkan apabila
seluruh dunia melihat batang tubuhnya yang kaku hampir ditelanjangkan
dan jatuh tergolek ditarik oleh pengikut-pengikut fanatik yang
berebut-rebut. Walaupun kerajaan Iran berusaha menghalang penyiaran
gambar yang memalukan itu, sekeping gambar yang diperolehi oleh AP
tersiar di seluruh dunia.
Boleh jadi ramai yang tidak sedar mengenai satu peristiwa diadakan bagi
memperingati kepulangan Khomeini genap 33 tahun. Khomeini pulang
menaiki pesawat Air France pada tarikh 1 Februari 1979 dan menggulingkan
pemerintahan Shah Iran beberapa hari selepas itu.
Lihat sendiri gambar-gambar berikut yang diambil dari sumber rasmi
media Iran (Mehr). Inilah Khomeini yang memfatwakan boleh mut’ah dengan
jiran cuma makruh sahaja. IB hairan kalau ada juga orang terikut dengan
ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Klik pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.
Semoga kita semua selamat dari ajaran sesat begini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan