Dikisahkan akan seorang raja membangunkan kota dengan segala
keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu menjemput hamba rakyatnya
untuk berpesta sambil menyaksikan kota itu.
Pada setiap pintu, penjaga
diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan
kekurangan kota yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan celanya. Tetapi
ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu mengandungi
dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan untuk
dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja. "Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati." Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan pemiliknya tidak akan mati?" "Ada. Bangunan yang tidak boleh rosak selamanya dan pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka. "Segera katakan apakah itu." Desak raja. "Syurga dan Allah s.w.t. pemiliknya," jawabnya tegas.

Mendengar cerita tentang
syurga dan segala keindahannya itu, sang raja menjadi tertarik dan
merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan tentang keadaan neraka
dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin menandingi Tuhan. Ketika
mereka mengajak raja kembali ke jalan
Allah s.w.t., raja itu pun ikhlas
mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah ia
hamba yang taat dan beribadah kepada
Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan