Selasa, Mac 29, 2016

LARANGAN SUJUD MACAM UNTA

Hasil carian imej untuk untaPandangan Oleh : Abu al-Harith Muhammad Faiz Fathi Bin Asmori

1. HADITH-HADITH YANG SALING BERCANGGAH

Berkaitan hal ini terdapat hadith-hadith yang saling bercanggah, satu hadith menyatakan turun ketika hendak sujud didahului dengan lutut sebelum tangan dan satu lagi hadith menyatakan turun ketika hendak sujud didahului dengan tangan sebelum lutut. Hadith-hadith tersebut ialah :
Hadith 1 :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( إِذَا سَجَدَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَبْرُكْ كَمَا يَبْرُكُ الْبَعِيرُ وَلْيَضَعْ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ)) .
Daripada Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah saw : “Apabila seseorang diantara kamu semua hendak sujud, maka janganlah dia turun seperti seekor unta turun untuk duduk. Dan hendaklah dia meletakkan kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya”.[1]
(Riwayat Abu Daud)
Hadith 2 :
عَنْ وَائِلِ بْنِ حُجْرٍ قَال : (( رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا سَجَدَ وَضَعَ رُكْبَتَيْهِ قَبْلَ يَدَيْهِ وَإِذَا نَهَضَ رَفَعَ يَدَيْهِ قَبْلَ رُكْبَتَيْهِ )) .
Daripada Wail Bin Hujr berkata : “Aku melihat Nabi saw ketika Baginda sujud, Baginda meletakkan kedua-dua lututnya sebelum kedua-dua tangannya, dan apabila Baginda berdiri, Baginda mengangkat kedua-dua tangannya sebelum kedua-dua lututnya”.[2]
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
2. HURAIAN HADITH

Hadith (1) menerangkan kepada kita bahawa Nabi saw melarang umatnya untuk turun ketika sujud menyerupai unta ketika mana unta itu turun untuk duduk serta Nabi memberitahu bagaimana cara untuk turun sujud. Manakala hadith (2) pula merupakan athar daripada sahabat yang menunjukkan cara Nabi saw turun untuk sujud.
Oleh itu, untuk menyelesaikan percanggahan hadith-hadith ini, maka perlulah untuk diteliti dua perkara ini iaitu :
  1. Status hadith-hadith yang saling bercanggah.
  2. Bagaimana cara unta turun untuk duduk.
2.1 Status Hadith-Hadith Yang Saling Bercanggah

Untuk meneliti status hadith (1) ini, maka hendaklah dilihattariq sanad yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud. Yang mana Abu Daud telah mengambil hadith ini daripada Sacid Bin Mansur, daripada cAbd al-Aziz Bin Muhammad, daripada Muhammad Bin cAbdullah Bin Hasan, daripada Abu al-Zinad, daripada al-Acraj, daripada Abu Hurairah.[3]

Menurut al-Albani, sanad hadith ini sahih. Para perawinya thiqah dan merupakan perawi yang digunakan oleh Muslim, kecuali kepada perawi Muhammad Bin Abdullah Bin Hasan, kerana dia ma’ruf dengan hadith-hadith tentang tazkiyah al-nafs, dan dia juga merupakan seorang al-Alawi (Ahli al-Bait).[4] Namun menurut al-Hafiz Ibn Hajr dia merupakan perawi yang thiqah juga dan merupakan dikalangan Kibar Atba’ al-Tabi’in.[5]

 begitu, dia tetap tidak terlepas daripada perbahasan sebahagian ulama kerana mereka menyatakan didalam hadith ini terdapat 3 ‘illah, iaitu[6]
 :
Hasil carian imej untuk unta1.    Al-Daruqutni berkata bahawa riwayat al-Darawardi (Abd al-Aziz) pada hadith tersebut gharib[7] daripada Muhammad Bin cAbdullah Bin Hasan.[8]

2.    Riwayat Muhammad Bin cAbdullah Bin Hasan yang ada pada sanad ini juga gharib daripada Abu al-Zinad.

3.    Kata-kata daripada al-Bukhari : “Saya tidak mengetahui apakah Muhammad Bin cAbdullah Bin Hasan mendengar dari Abu al-Zinad atau tidak.[9]

Al-Albani telah menjawab dengan mengatakan bahawa ‘illah yang pertama dan yang kedua tidak mencacatkan kesahihan hadith ini kerana kedua-dua perawi iaitu Abd al-Aziz Bin Muhammad dan Muhammad Bin Abdullah Bin Hasan merupakan perawi yang thiqah.
Manakala untuk ‘illah yang ketiga pula, ini disebabkan kerana ia merupakan kaedah khusus al-Bukhari itu sendiri dalam meriwayatkan hadith iaitu Ma’rifah al-Liqa[10], yang mana kebanyakkan ulama hadith lain tidak meletakkan syarat tersebut. Mereka hanya cukup sekadar bertemu sekiranya kedua-dua perawi tersebut sezaman dan aman dari sifat tadlis. Dan Muhammad Bin Abdullah Bin Hasan memenuhi syarat tersebut.[11]
Dan sebenarnya terdapat juga hadith lain yang juga sahih yang menjadi mutaba’ah terhadap hadith di atas serta menjadi bukti bahawa cAbd al-Aziz tidak gharib dalam periwayatannya iaitu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَيَبْرُكُ كَمَا يَبْرُكُ الْجَمَلُ )) .
Daripada Abu Hurairah berkata : Bersabda Rasulullah saw : “Turunnya seseorang diantara kamu dalam solatnya dengan lutut, maka dia turun sepertimana turunnya unta ketika hendak duduk.”[12]
(Riwayat Abu Daud)
Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Qutaibah Bin Sacid, daripada cAbdullah Bin Nafic, daripada Muhammad Bin Abdullah Bin Hasan dengan sanad yang sama seperti hadith (1). Perawi-perawi yang terdapat didalam hadith ini juga thiqah.[13]
Manakala untuk hadith (2) pula, Abu Daud telah mengambil daripada al-Hasan Bin Ali dan Husain Bin Isa, kedua-duanya daripada Yazid Bin Harun, daripada Syarik, daripada ‘Asim Bin Kulaib, daripada bapanya (Kulaib), daripada Wail Bin Hujr. Sanad hadith ini da’if. Namun para ulama hadith berselisih dalam hadith ini kerana al-Tirmizi menyatakan bahawa hadith ini hasan gharib. Manakala al-Hakim menyatakan bahawa Muslim menjadikan Syarik sebagai hujah[14], dan telah dipersetujui oleh al-Zahabi.

Al-Albani menyatakan bahawa Syarik sama sekali tidak dijadikan hujah oleh Muslim. Hal ini kerana Muslim hanya meriwayatkan hadith Syarik sebagai mutaba’ah sahaja. Ia juga telah ditegaskan oleh beberapa peneliti hadith yang lain yang mana di antara mereka ialah al-Zahabi sendiri di dalam kitabnya al-Mizan. Perkara ini sering menyebabkan al-Hakim tergelincir pada kekeliruan ini, kerana beliau seorang yang mutasahil[15]yang mana pada akhirnya al-Hakim mensahihkan setiap hadith yang diriwayatkan oleh Syarik, yang juga turut diikuti oleh al-Zahabi. Ibn Hajar telah menyebutkan di dalam kitabnya Lisan al-Mizan, Syarik merupakan perawi yang sudduq[16], mempunyai kesalahan yang banyak, dan berubah-ubah daya hafalannya.[17]

Adapun al-Daruqutni berkata : “Hadith ini telah diriwayatkan secara gharib oleh Yazid Bin Harun daripadaSyarik, dan tiada seorang pun yang menceritakan hadith ini daripada ‘Asim Bin Kulaib melainkan hanya Syarik, sedangkan Syarik bukanlah seorang perawi yang kuat, apabila periwayatannya gharib.”

Maka disebabkan inilah al-Albani menda’ifkan hadith ini, kerana apabila Syarik gharib dalam periwayatannya, maka ia tidak boleh dijadikan hujah, lebih-lebih lagi jika dia menyalahi perawi-perawi thiqah yang lain.[18]

Kesimpulannya, atas perbincangan dan kajian yang telah dibuat, maka hadith (2) tidak dapat dijadikan hujah atau dalil dalam penentuan hukum.

Namun, andai kata hadith (2) tetap ingin diterima statusnya sebagai hadith hasan. Maka di dalam ilmu Muktalif al-Hadith, kaedah yang boleh digunakan ialah kaedah tarjih.Dan di dalam kaedah tarjih bentuk yang boleh digunakan ialah :
القول مقدم علي الفعل
Maksudnya : “Kata-kata diutamakan daripada perbuatan”.
Maka hadith (1) lebih diutamakan dari hadith (2). Wa Allahu ‘Alam.

2.2 Cara Unta Turun Untuk Duduk
Perbincangan kedua berkaitan hadith ini yang boleh dibincangkan, ialah Nabi saw melarang umatnya meniru atau menyamai unta ketika mana unta itu turun untuk duduk. Persoalannya, bagaimanakah cara unta turun untuk duduk? Adakah ia berkaitan dengan mendahulukan kedua-dua lutut sebelum kedua-dua tangan atau mendahulukan kedua-dua tangan sebelum kedua-dua lutut? Dan yang manakah yang lebih tepat dan rajih? Maka dibawakan perbahasan para ulama berkaitan hal ini.

Para ulama telah berselisih dalam keadaan turunnya unta ketika hendak sujud, antara perselisihan yang timbul ialah :

1.    Ketika unta turun untuk duduk, maka ia akan menurunkan tangannya (kaki hadapan) dahulu kemudian barulah ia akan menurunkan lututnya (kaki belakang). Begitu juga ketika unta itu naik untuk berdiri, ia akan menaikkan lututnya (kaki belakang) dahulu kemudian barulah tangannya (kaki depan). Pendapat ini merupakan pendapat daripada Ibn Qayyim al-Jauzi.[19]

Beliau berkata demikian kerana inilah maksud sebenar larangan Nabi supaya jangan menyerupai turunnya unta.[20] Selain itu, beliau menyatakan bahawa ketika unta turun untuk duduk, anggota pertama yang menyentuh tanah adalah tangannya (kaki depan).
Dan berkaitan hadith Abu Hurairah, beliau menyatakan bahawa hadith tersebut telah tertukar sebahagian periwayatannya.[21] Hal ini kerana beliau menemui satu hadith lain yang berbeza iaitu :
عن عبد الله بن سعيد ، عن جده ، عن أبى هريرة ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : (( إذا سجد احدكم فليبدأ بركبتيه قبل يديه ولا يبرك بروك الجمل )) .
Maksudnya : Daripada cAbdullah Bin Sacid, daripada datuknya, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi saw, beliau bersabda : “Apabila seseorang diantara kamu semua hendak sujud, maka mulakan dengan lututnya sebelum tangannya dan janganlah dia turun seperti seekor unta turun untuk duduk.”[22]
(Riwayat al-Baihaqi)
Beliau juga menyatakan bahawa lutut unta terletak pada tangannya (kaki depan) merupakan kata-kata yang tidak diterima akal, dan tidak diketahui oleh ahli bahasa.[23] Justeru itu, beliau menyatakan bahawa mendahulukan lutut sebelum tangan ketika sujud lebih rajah.

2.    Pendapat kedua pula menyatakan bahawa lutut unta terletak pada tangannya (kaki depan). Ia telah disebut oleh ahli sastera yang bernama al-Jahiz, beliau berkata : “Setiap haiwan yang berkaki empat maka lututnya terletak di tangannya dan lutut manusia terletak di kedua kakinya.”[24]

Al-Thahawi juga pernah berkata : “Lutut unta terletak di tangannya, begitu juga dengan semua haiwan kecuali anak Adam.” Al-Azhari juga berkata : “Lutut unta terdapat di tangannya dan kedua lutut unta ini merupakan dua sendi yang terletak selepas perut di saat unta sedang turun untuk duduk. Adapun dua sendi yang menonjol ke arah belakang adalah curqub (urat kaki).[25]

Di dalam Lisan al-Arab juga disebutkan : “Lutut seekor unta berada pada tangannya.” Ini semua menunjukkan bahawa lutut unta terletak pada tangannya dan apabila unta hendak turun untuk duduk, ia menurunkan lututnya terlebih dahulu kemudian ia meletakkan badan sehingga mengeluarkan suara.

Oleh kerana ketika solat perlu kepada kekhusyukan, maka meletakkan tangan dahulu akan menjadikan solat lebih tenang. Hal ini kerana jika turun dengan lutut dahulu, ia akan menghasilkan hentakkan, lebih-lebih lagi jika seseorang solat di tempat yang berkayu dan ramai, maka ia akan menghasilkan bunyi-bunyi yang akan mengganggu orang solat.[26]

Berkaitan dengan hadith yang dibawa oleh Ibn Qayyim pula, hadith tersebut terdapat seorang perawi yang bernama Abdullah Bin Sa’id. Beliau adalah al-Maqburi yang merupakan seorang perawi yang matruk. Sebahagian ulama menuduhnya dirinya sebagai dusta, bahkan boleh jadi beliau sengaja melakukan pendustaan, sehingga membalikkan lafaz hadith tersebut.[27]
Berkaitan dengan pendapat Ibn Qayyim yang menyatakan bahawa maksud larangan Nabi agar jangan menyerupai turunnya unta dengan menurunkan tangan dahulu pula, ia adalah satu pendapat yang keliru. Hal ini kerana yang dilarang adalah turun ke lantai dengan hentakkan dan ini terjadi apabila lutut diturunkan lebih dahulu seperti yang dilakukan unta. Berkaitan dengan lutut unta terletak di tangannya juga telah jelas di dalam kitab Lisan al-Arab, malah ia bukanlah seperti sangkaan Ibnu Qayyim yang menyangka bahawa hal ini tidak diketahui dalam bahasa arab. Kesemuanya ini telah dijawab oleh Syeikh Ahmad Shakir.[28]

3. KESIMPULAN

Daripada hadith-hadith yang telah dihuraikan di atas dengan melihat hujah-hujah dan pendapat-pendapat yang dikeluarkan oleh para alim ulama, maka saya lebih cenderung untuk menerima pendapat yang menyatakan bahawa cara turun ketika hendak sujud adalah didahulukan dengan tangan kemudian barulah lutut. Hal ini kerana cara turun sebegini sesuai dengan larangan yang Nabi saw sabdakan agar jangan menyerupai turunya unta ketika hendak duduk.

Pendapat Saya (Orang yang menaqalkan pandangan ini dalam webnya) :
Saya melihat bahawa pandangan yang pertama lebih sesuai dengan amalan orang sekarang ini. Di tambah pula dengan adanya pandangan yang bersandarkan hadiith-hadith yang menyokong pandangan yang pertama. Jika dilihat dengan amalan orang sekarang samada orang itu ulama atau orang biasa kebanyakannya sujud dengan meletakkan lutut terlebih dahulu barulah dengan tangan.

Melainkan jika seseorang itu sakit di lututnya, maka boleh dia sujud dengan meletakkan tangannya terlebih dahulu. Tidak memerlukan dia menggunakan kerusi atau solat secara duduk, ia lebih digalakkan untuk sujud dengan meletakkan tangannya terlebih dahulu. Wallahu ‘alam.

*******
Akhir kata dari saya, sesungguhnya telah jelas dalil-dalil yang telah dibincangkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mentaatinya. Moga-moga kita semua terhindar daripada kesesatan, sepertimana firman Allah :
وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا مُبِينًا (٣٦)
Maksudnya : “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
(Surah al-Ahzab : Ayat 36)

Ahad, Mac 20, 2016

ADAKAH PERLU BASUH TELUR AYAM SEBELUM MAKAN


Ramai yang beranggapan bahawa telur ayam apabila tidak dibasuh digunakan untuk buat goreng atau dibuat roti canai telur, maka haram hukumnya.

Bila saya cuba cari hal ini dalam beberap website, saya terjumpa dengan article ini. Rasanya sangat menarik dengan penemuan ini. Oleh saya copy pastekan dalam web saya ini untuk sama-sama kita dapat manafaatnya. Seandainya ada sahabat-sahabat yang ada rujukan lain yang lebih baik atau rujukan yang bercanggah dengan kenyataan di bawah, sila maklumkan dengan segera.

Dalam kitab2 Feqh, tahi ayam dibahaskan di bawah sub topik Najis : najis haiwan yang boleh dimakan dagingnya spt tahi ayam, lembu, kerbau, kambing, itik dsbnya.

Dalil kesucian najis haiwan yang boleh dimakan dagingnya ialah:

1. Imam Muslim dalam sahihnya ada meriwayatkan Nabi saw pernah solat di kandang kambing

2. Datangnya penduduk Uraynah ke Madinah dan mereka ditimpa sakit, lalu Nabi suruh mereka di beri minum kencing unta.

3. Nabi saw tawaf mengelilingi Ka'abah dgn mengenderai unta, sedangkan dalam mesjidil haram adalah tempat suci. ini menunjukkan kalau unta berak, maka ia tidak menajisi mesjidil haram

Maka mengikut jumhur (kecuali Syafi'iyah) najis ayam adalah bersih bukan najis. 


Namun jika anda ingin menikmati telur, maka lebih baik kita basuh telur itu terlebih dahulu utk menyahkan bakteria dan kotoran. Adapun jika kedai mamak menggunakan telur yg berlumuran najis tahi ayam, maka anda janganlah pergi ke restoren spt itu kerana ia restoren yang tidak mengutamakan kebersihan. sekian WA

CARA SUJUD SYUKUR

 sedikit orang Islam yang bersyukur. Tetapi bila datang kesusahan maka mereka kerap sekali ingat pada Allah. Mereka kerap kali lupa mengingati Allah bila diberikan ni'mat. Sebab itu para alim ulama' sukar memberikan keputusan kelebihan antara dua jenis manusia, iaitu orang kaya yang bersyukur dengan orang miskin yang bersabar.

Dalam article ini saya copy pastkan cara-cara sujud syukur yang ditulis oleh rakan-rakan kita yang sangat ikhlas dan jujur menyebarkan ilmu pengetahuan.

Cara Sujud Syukur sama dengan sujud Tilawah/sajadah diluar solat cuma tidak terdapat bacaan yang khas didalamnya. Jumhur ulama' mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat, akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Ulama Malikiah. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya. Walaubagaimana pun sujud syukur ini adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kita dengan Allah swt.

Sujud Syukur dilakukan ketika menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa[1] beliau melihat: 
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره وبشر به خر ساجدا شكرا لله تعالى 

"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt" - (Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib) 
Pelbagai cara melaksanakan sujud syukur ini barangkali mungkin disebabkan dilakukan oleh mereka yang berlainan mazhab. Di al-ahkam, persoalan sujud syukur ini telah banyak diperbincangkan.
Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Dari pandangan ulama' salaf pula, Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : 
: يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى

"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

Adalah dimaklumkan bahawa Sujud Syukur tidak boleh dilakukan ketika didalam solat, kerana ia bukan dari bahagian-bahagian solat.


Sabtu, Mac 19, 2016

HUKUM ISTRI MEMANDIKAN JENAZAH SUAMI DAN SEBALIKNYA

Wujud satu masalah kepada masyarakat kita hari ini mengenai hukum mandikan pasangan, adakah ia dibenarkan oleh syara'.
Menurut pendapat ulama yg shohih bahwa seorang isteri dibolehkan memadikan jenazah suaminya yang lebih dahulu meninggal dunia. Demikian juga sebaliknya, boleh bagi seorang suami memandikan jenazah isterinya yang lebih dahulu meninggal dunia.

Hal ini berdasarkan hadits-hadits berikut ini:

عن عائشة رضي الله عنها قالت : (رَجَعَ إلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ جِنَازَةٍ بِالْبَقِيعِ وَأَنَا أَجِدُ صُدَاعًا فِي رَأْسِي وَأَقُولُ : وَارَأْسَاهُ , فَقَالَ : بَلْ أَنَا وَارَأْسَاهُ , مَا ضَرَّكِ لَوْ مِتِّ قَبْلِي فَغَسَّلْتُكِ وَكَفَّنْتُكِ , ثُمَّ صَلَّيْتُ عَلَيْكِ وَدَفَنْتُكِ ) رواه أحمد (25380) ، وابن ماجة (1456)، وصححه الشيخ الألباني في صحيح ابن ماجة (1/247) .

1. Dari A’isyah radhiyallahu ‘anha, ia menceritakan, ‘bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah pulang ke (rumah)ku setelah menghantar jenazah ke Baqi’, beliau menemuiku ketika aku sedang sakit kepala, aku mengeluh: “Aduh kepalaku.” Beliau bersabda, “Saya juga Aisyah, aduh kepalaku.” Kemudian beliau menyatakan,

«مَا ضَرَّكِ لَوْ مِتِّ قَبْلِي، فَقُمْتُ عَلَيْكِ، فَغَسَّلْتُكِ، وَكَفَّنْتُكِ، ثُمَّ صَلَّيْتُ عَلَيْكِ، وَدَفَنْتُكِ»

“Tidak jadi masalah bagimu, jika kamu mati sebelum aku. Aku yang akan mengurusi jenazahmu, aku mandikan kamu, aku kafani, aku shalati, dan aku makamkan kamu.” (HR. Ahmad nomor.25380, Ibnu Majah nomor.1465, dan derajatnya dinyatakan SHOHIH oleh syaikh al-Albani di dalam Shohih Ibnu Majah I/247).

2. Riwayat yang menerangkan bahwa Abu Bakar Ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu pernah berwasiat agar dimandikan oleh istrinya, Asma’ binti `Umais radhiyallahu ‘anha, sehingga istrinya melaksanakan wasiat ini. (HR. Imam Malik dalam al-Muwaththa’ I/223, Abdurrazzaq dalam Mushannaf-nya nomor.6113, dan Ibnu Abi Syaibah dalam Mushannaf-nya III/249).

3. Atsar yang diriwayatkan Ibnul Mundzir bahwa Ali bin Abi Tholib radhiyallahu ‘anhu memandikan jenazah Fathimah radhiyallahu `anha, dan hal ini diketahui oleh para sahabat Radhiyallahu `Anhum, namun tiada seorang pun dari mereka yang mengingkarinya; karena itu hal ini merupakan sebuah irma’ (konsensus para sahabat).

KISAH ISTERI SOLEH INGIN MANDI JENAZAH SUAMI
Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..
dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate tak mengapa kalau isteri nak mandikan jenazah suami kata ustaz tadi bersama beberapa orang lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.
Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
Ketika membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
Ketika membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
Ketika membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "dengan kaki ini abang keluar mencari rezeki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata-mata mencari sesuap nasi, terima kasih bang moga Allah berikanmu kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
Apabila selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "terima kasih abang krana aku bahagia sepanjang menjadi isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sebagai seorang isetri redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..



Khamis, Mac 17, 2016

GELARAN SAYYIDINA DI HADAPAN NAMA NABI SOLLAHU ALAIHI WASALLAM

Menambah perkataan "sayyid" sebelum menyebut nama Nabi adalah perkara yang dibolehkan kerana baginda pernah menyatakan bahawa baginda adalah Sayyid al-`Alamin; penghulu dan pimpinan seluruh makhluk. Jika Allah ta`ala dalam al Qur'an menyebut Nabi Yahya dengan:
"وَسَيِّدًا وَحَصُوْرًا وَنَبِيًّا مِّنَ الصَّالِحِيْنَ". (سورة آل عمران: 39)

Maksudnya:
"...menjadi pemimpin dan ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang nabi berketurunan daripada orang-orang yang soleh". 
(Surah Ali-`Imran: 39)

Padahal Nabi Muhammad lebih mulia daripada Nabi Yahya. Ini bermakna menggelarkan sayyid untuk Nabi Muhammad juga dibolehkan, bukankah Rasulullah sendiri pernah mengatakan tentang dirinya:

"أَنَا سَيِّدُ وَلَدِ ءَادَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ فَخْرَ".  رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ

Maksudnya:
"Aku adalah penghulu manusia di hari kiamat dan bukanlah aku hendak berbangga-bangga". (Diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

Oleh hal yang demikian boleh menyebut
 "اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ"
meskipun tidak pernah ada pada lafaz-lafaz selawat yang diajarkan oleh Nabi (ash-Shalawat al-Ma’thurah), kerana menyusun zikir tertentu; yang tidak ma’thur dibolehkan selagi mana tidak bertentangan dengan yang ma’thur. Sayyidina `Umar al-Khattab dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim menambahkan lafaz talbiyah daripada apa yang telah diajarkan oleh Nabi, lafaz talbiyah yang diajarkan oleh Nabi adalah:

"لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَ شَرِيْكَ لَكَ".

Maksudnya:
“Aku akan selalu penuhi perintah-Mu, selalu taat pada-Mu dan aku hanya bertawajjuh pada-Mu Ya Allah, aku akan selalu penuhi perintah-Mu, selalu taat pada-Mu dan aku hanya bertawajjuh pada-Mu ya Allah. Tiada sekutu bagi-Mu, aku akan selalu memenuhi perintah-Mu, selalu taat pada-Mu dan aku hanya bertawajjuh pada-Mu Ya Allah. Sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan segala kekuasaan hanyalah milik-Mu, tiada sekutu bagi-Mu”.

Sayyidina `Umar al-Khattab menambah:

"لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ، وَالْخَيْرُ فِيْ يَدَيْكَ، وَالرَّغْبَاءُ إِلَيْكَ وَالْعَمَلُ".
Maksudnya:
“Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah, aku penuhi panggilan-Mu, aku memohon Engkau selalu menolongku untuk selalu mentaati-Mu. Kebaikan dan keburukan adalah ciptaan-Mu dan aku meminta kepada-Mu dan amal soleh hanya aku lakukan kerama-Mu”.

Ibnu `Umar juga menambah lafaz tasyahhud menjadi:

" أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ".
Ibnu `Umar berkata: "وَأَنَا زِدْتُهَا"; "Saya yang menambah
  وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ".                 
(Diriwayatkan oleh Abu Dawud)

Oleh itu, al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari, jilid. 2, halaman. 287 ketika menjelaskan hadith Rifa`ah ibn Rafi`, Rifa`ah mengatakan: Suatu hari kami solat berjemaah di belakang Nabi shallallahu `alaihi wasallam, ketika baginda mengangkat kepalanya setelah rukuk baginda membaca:
  سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ,
salah seorang makmum mengatakan:

  "رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ حَمْدًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ"
maka selepas selesai solat Rasulullah bertanya: "Siapa yang mengucapkan kalimah itu tadi?", Orang yang mengucapkan tersebut menjawab: Saya, lalu Rasulullah mengatakan:

"رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِيْنَ مَلَكًا يَبْتَدِرُوْنَهَا أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلَ". 
Maksudnya:
"Aku melihat lebih daripada tiga puluh malaikat berlumba-lumba untuk menjadi yang pertama mencatatnya".
Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan: "Hadith ini adalah dalil yang menunjukkan:

Boleh menyusun zikir di dalam solat yang tidak ma’thur selagi mana tidak bercanggah dengan yang ma’thur. Boleh menguatkan suara ketika berzikir selagi mana tidak mengganggu orang yang berada berhampirannya. Dan bahawa orang yang bersin ketika solat boleh mengucapkan alhamdulillah tanpa ada kemakruhan di situ". Demikian perkataan Ibnu Hajar.

Jadi boleh mengatakan "اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ" dalam solat sekalipun, kerana tambahan perkataan sayyidina ini adalah tambahan yang selari dengan asal dan tidak bertentangan dengannya.

Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan dalam al-Minhaj al-Qawim (h. 160):
"وَلاَ بَأْسَ بِزِيَادَةِ سَيِّدِنَا قَبْلَ مُحَمَّدٍ، وَخَبَرُ"لاَ تُسَيِّدُوْنِيْ فِي الصَّلاَةِ" ضَعِيْفٌ بَلْ لاَ أَصْلَ لَهُ".  (المنهاج القويم، ص 160)

Maksudnya:
"Dan tidak mengapa ditambah perkataan sayyidina sebelum nama Nabi Muhammad, sedangkan hadith yang berbunyi
 ("لاَ تُسَيِّدُوْنِيْ فِي الصَّلاَةِ")
adalah dha`if bahkan maudhu` (palsu)'".

Selain maudhu`, hadith ini jika dilihat dari sudut kaedah lughah adalah Lahn (kesalahan bahasa), kerana dalam bahasa Arab asal daripada perkataan Sayyid adalah:           
 (سَادَ يَسُوْدُ) bukan (سَادَ يَسِيْدُ),
dan bentuk Muta’addinya adalah: (سَوَّدَ يُسَوِّدُ) bukan  (سَيَّدَ يُسَيِّدُ ). Dan jelas Rasulullah tidak pernah terjatuh dalam Lahn seumpama ini, kerana baginda adalah Afshah al-`Arab (orang arab yang paling fasih bahasa arab