Isnin, Mac 29, 2010

Segala kejadian sesuatu itu ada hikmahnya....

Dalam kitab PENAWAR BAGI HATI karangan Syeikh Abdul Qador al Mandili ada dituliskan satu kisah mengenai hikmah sesuatu kejadian.....mungkin kita sama-sama dapat menafaatnya Insya Allah.
Dikisahkan bahawa seoang NabiyuLLAH sedang mengerjakan ibadah di atas sebuah bukit, di sekitar bukit itu terdapat satu mata air yang sejuk serta nyaman airnya. Pada suatu hari seorang penunggang kuda singgah di tempat mata air itu, ia minum dengan puas sehingga apabila ia berlalu dari tempat itu, dia terlupa dengan kendinya yang terkandung 1000 keping wang emas.
Tidak berapa lama, datang seorang lelaki yang juga singgah untuk minum air dingin itu, sambil minum ia terpandang akan kendi itu, lalu terus diambilnya.
Selepas itu, datang pula seorang fakir miskin, si miskin ini kepenatan kerana bekerja mencari rezeki...selepas minum air di mata air itu dia berehat sehingga tertidur.
Si Miskin tadi terkejut dari lenaannya setelah dikejutkan oleh si penunggang kuda tadi. Penunggang kuda itu menuduh si miskin mencuri kendinya, si miskin menafikan...walaupun dinafikan, si penunggang tetap menuduh dia mengambil kendinya. Lalu si penunggang kuda membunuh si miskin tadi.
Melihat kajadian tadi, NabiyuLLAH tadipun bermunajat kepada Allah dengan katanya "Wahai Tuhanku apa ini? yang mengambil kendi orang yang lain, dan yang terkenanya orang lain, apakah salah si miskin itu?.
Lalu Allah berfirman "Engkau berusahalah beribadah, dan jangan ganggu urusan-Ku dan kerajaan-Ku!", Allah menempelak nabiyuLLAH itu. Lalu Allah menjelaskan bahawa simiskin itulah yang membunuh ayah kepada si penunggang kuda, maka AKU biarkan ia membunuhnya bagi tujuan membalasnya.
Yang kedua pula, bapa sipenunggang kuda pernah mencuri wang seribu dinar dari harta lelaki kedua yang mengambi lendi itu, maka Aku pulangkan semula kendinya yang juga adalah harta pusakanya.
Itulah hikmah yang hanya Allah sahaja mengetahuinya, tidak diketahui oleh orang biasa. Semoga sama-sama mendapat faedah dan manafaat.l

1 ulasan:

lobai berkata...

Al Mandili maksudnya dari tanah Mandailing...asal keturunan saya.
Awal agama mengenal diri
dari : Lobaiman