Isnin, Mac 29, 2010
Bal'am Bin Baura akhir mati kafir.....
Assalamualaikum......
Rakan-rakan sekelian, para alim Ulama adalah golongan paling penting dalam Islam. Merekalah golongan yang amat gerun dan takutkan Allah, Firman Allah Ta'ala :
إنما يخشى الله من عباده العلماء
(Sesungguhnya, golongan yang paling takutkan Allah dari kalangan hamba-hamba-Nya ialah para Ulama)
Para alim Ulama adalah golongan yang menjadi contoh manusia lain dari segi peribadatannya, kewarakkannya dan sebagainya. Ada juga ulama menjadi punca Allah mengurniakan keberkatan kepada sesuatu kaum dan tempat.
Namun begitu, terdapat juga segelintir ulama yang berperanan sebaliknya, ulama ini digelar dengan ulama Ussu' atau dengan maksud ulama jahat. Dalam sejarah, ada seorang alim yang warak dan maqbul doanya telah melakukan kesilapan, bermusuhan dengan Nabi Musa alaihissalam. Beliau ialah Bal'am bin Baura.
Menurut cerita daripada Ibnu Abbas, pada zaman Nabi Musa a.s ada seorang alim bernama Bal’am bin Ba’ura. Allah s.w.t telah mengurniakan kepada Bal’am rahsia khasiat-khasiat nama-nama Allah Yang Maha Besar [ Do'a Bal'am bin Ba'ura mustajab] . Nabi Musa a.s dan kaum Bani Israil, setelah selamat daripada Firaun, sampai hampir dengan negeri tempat tinggal Bal’am. Raja negeri tersebut ketakutan, takut kalau-kalau negerinya diserang oleh kaum yang telah berjaya menewaskan Firaun. Setelah bermesyuarat dengan penasihat-penasihatnya Raja tersebut memutuskan untuk meminta pertolongan Bal’am agar Bal’am menggunakan ilmunya [berdo'a] untuk mengalahkan Nabi Musa a.s. Bal’am yang pada mulanya enggan berbuat demikian tetapi akhirnya bersetuju juga setelah isteri kecintaannya menerima sogokan daripada Raja [Bal'am kalah dengan pujukan isteri]. Bal’am dengan kekuatan ilmunya dan kemujaraban doanya telah mengenakan sekatan kepada Nabi Musa a.s. Menurut cerita, doa dan perbuatan Bal’am dimakbulkan Allah s.w.t dan ia menjadi sebab kaum Nabi Musa terperangkap di Padang Teh beberapa tahun lamanya. Apabila Nabi Musa a.s mendoakan agar kaumnya dilepaskan daripada sekatan tersebut, Allah s.w.t memakbulkan doa tersebut dan pada masa yang sama laknat turun kepada Bal’am. [mati dalam keadaan kafir] (http://n32.blogspot.com)
Semoga kisah ini menjadi pengi'tibaran untuk kita semua.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan