Rabu, Mac 31, 2010

Menggandaikan Islam kerana kepentingan dunia yang sedikit

Assalamualaikum
Sabda Rasulullah Sollahu alaihi wasallam :
عن أبي هريرةَ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : يخرُجُ في آخر الزمان رجالٌ يخختِلُون الدنيا بالدين يلبِسُونَ للناسِ جلودَ الضَّأنِ منَ اللِّينِ ألسنَتُهُم أحلى من السُّكرِ وقلوبُهم قلوبُ الِّذئاب يقول الله أبي تَغْتَرُّونَ أم عليَّ تَجْتَرِئونَ ؟ فَبِى حَلَفتُ لأبعَثَنَّ على أولئكَ منهم فتنةٌ تَدَعُ الحَليمَ منهم حيرانَ - رواه الترمذي(
Daripada Abi Hurairah ra berkata : Rasulullah sollahu alaihi wasallam bersabda : Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama, mereka menunjukkan kepada orang pakaian yang dibuat dari kulit kambing (kerana berpua-pura zuhud dari dunia) untuk mendapatkan simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gua. Pada hal hati mereka adalah hati serigala (iaitu mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah subhanahu wata'ala berfirman kepada mereka "apakah kamu tertipu dengan kelembutan-Ku?, apakah kamu terlampau berani berbohong kepada-Ku?, demi kebesaran-Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alaim (Cendikiawan) pun akan menjadi bingung (dengan sebab tekanan fitnah itu)
Keterangan Hadis :
Golongan yang dimaksudkan ialah orang-orang yang menjadikan agama sebagai alat untuk mendapatkan keuntungan dunia. Mereka rela menggadaikan agama demi untuk meraih keuntungan dunia, dan apabila bercanggah kepentingan dunia dengan hukum syarak mereka berani mengubah hukum-hukum Allah, serta memutar belitkan fakta. Mereka juga amat pandai mengemukakan hujjah-hujjah yang menarik dan alasan-alasan yang dapat memikat hati. Tetapi sebenarnya hujjah-hujjah dan alasan itu hanya semata-mata timbul dari kelicikkan mereka memutar belitkan kenyataan, mereka menipu orang laain dan juga menipu diri mereka sendiri.
Mereka akan ditimpa kekusutan yang sangat tajam sehinggakan orang yang alim dan banyak ilmu di kalangan mereka akan kehabisan aqal dan buah fikiran. Mereka akan menghadapi masalah-masalah yang meruncing dan akan menemui jalan buntu dalam permasalahan yang dihadapi.

Tiada ulasan: