Ahad, Mac 07, 2010

Asal Usul Nama "al Maidah"


Salah satu surah yang diturunkan Allah ialah surah Al Maidah. Mengapakah Allah menamakan surah ini dengan al-Maidah? Ayat yang dipaparkan, adalah ayat yang menjadikan surah ini dinamakan Allah surah Al Maidah. Inilah kisah bagaimana sekumpulan penyokong kuat atau digelar dengan "al hawariyyun" nabi Isa alaihissalam meminta Allah menurunkan satu hidangan dari langit, firman Allah :
إذ قال الحواريون يا عيسى ابنَ مريمَ هلْ يستظيعُ ربُّك أن يُنزلَ علينا مآئدةً منَ السماء قال اتقوا الله إن كنتم مؤمنون
(Berkata al Hawariyyun (pengikut setia Nabi Isa as), wahai Isa bin Maryam, adakah Tuhanmu berkuasa menurunkan ke atas kami satu hidangan dari langit, lalu Isa berkata "takutlah kamu kepada Allah sekiranya kamu orang-orang yang yakin" - al Maidah 112) Inilah permintaan dari al Hawariyyun kepada Nabi Isa as. Sehinggakan Nabi Isa menimbulkan pertanyaan "tidakkan takut kamu kepada Allah" sehingga sanggup meminta sesuatu yang tidak sepatutnya. Lalu mereka menjawab, firman Allah Ta'ala"
نريد أن نأكلَ منها وتطمئن قلوبُنا ونعلمَ أن قد صدَقتَنا ونكونَ عليها منَ الشاهدين
(Mereka berkata, kami hanya ingin makan daripada hidangan tersebut dan agar hati kami menjadi tenang iaitu bertambah yakin. Juga supaya kami mengetahui dengan yakin bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami dan supaya kami menjadi orang yang menyaksikannya sendiri - Al Maidah 113.
Permohonan itu telah menjadi satu perkara besar kepada kaum Nabi Isa ketika itu, kerana inilah julung-julung kali permintaan ini dipohon dari Allah, sebelum ini tidak pernah lagi ada kaum-kaum terdahulu memintanya. lalu Nabi Isa as, berdoa kepada Allah, firman Allah Ta'ala :
قال عيس ابن مريم اللهم ربنآ أنزل علينا مآئدة من السماء تكونُ لنا عيدا لأولنا ,ءاخِرنا وءاية منك وارزُقنا وأن خيرث الرازقين
Isa Ibni Mariam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki. (Surah Al Maidah ayat 114)
Nabi Isa telah berdoa untuk kaumnya, sebagai cara untuk menjadikan kaumnya beriman, Allah Ta'ala menyahut doa ini dengan satu syarat, firman Allah :
قال الله إني مُنَزِلُها عليكم فمن يكفُرْ بعدُ منكم فإنى أعذبُهُ عذابا لآ أُعّذبُهُ أحدا منَ العاملين
(Berfirman Allah Ta'ala : Sesungguhnya Aku menurunkannya ke atas kamu, akan tetapi sesiapa yang kufur selepas itu, Aku akan mengazabkan kamu dengan azab yang tidak pernah aku azabkan seseiapapun di atas muka bumi ini (sebelum ini) - Al Maidah 115.
Memang amat hebat firman Allah ini! apakah Bani Israel beriman? jawapannya ialah mereka sebenarnya hanya mengejek-ejek Allah. Akhirnya Allah telah mengazabkan mereka dengan ditukarkan rupa paras mereka menjadi kera dan babi. Inilah azab yang tidak pernah diturunkan Allah sebelum ini.
Marilah kita insaf dengan buruk perangai yahudi ini, mereka langung tidak mahu bertaqwa, mereka sentiasa ingkarkan Allah. Janganlah pula hal sebegini berlaku kepada kita. Nauuzubillah min za lik.
Sekadar renungan.

Tiada ulasan: