Ahad, Mac 07, 2010
Pahala Besar Buat Pejuang Islam
Salam buat teman-teman, Salah satu amalan atau ibadah yang hebat perlu disedari oleh muslimin ialah berjuang atau berjihad pada jalan Allah. Ganjarannya amat besar, terdapat dalam hadis baginda sollahu 'alaihi wasallam mengenai ganjarannya, sebagaimana dalam hadis baginda :
مَن اغبرتْ قَدَمَاهُ في سبيل الله بهُما حرامٌ على النار
(Sesiapa yang berdebu kedua kakinya di jalan Allah, kedua-duanya diharamkan dari tersentuh oleh api neraka - At Termizi, hadinya hasan sohih)
Hadis ini secara langsung menyebut tentang perlindungan dari api neraka, semata-mata kerana mengabungkan diri sebagai pejuang Islam. Sabda baginda lagi, sebagaimana di sebut oleh Al Imam Bukhari, bahawa berkata U'bayah : "Abu Abs menemui ketika aku menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, lalu dia berkata kepadaku, "Aku telah mendengar baginda bersabda :
مَن اغبرتْ قَدَمَاهُ في سبيل الله حَرَّمَهُ اللهُ على النار
(Sesiapa yang berdebu kedua kakinya di jalan Allah, Allah akan mengharamkannya daripada api neraka)
Sesiapa yang ingin jaminan selamat dari api neraka, maka gabungkan diri dengan perjuangan Islam.
Firman Allah Ta'ala dalam surah At Taubah, ayat 20 :
الذين ءامنوا وهاجرو وجاهدوا في سبيل الله بأموالهم وأنفسهم أعظمُ درجة عند الله وأولئك هم الفائزون
(Orang-orang yang beriman, juga yang berhijrah serta berjihad fi sabillah dengan harta benda dan jiwa raganya, mereka mendapat sebesar-besar darjat di sisi Allah, dan merekalah orang yang berjaya)
Memang tidak dinafikan, amat besar ganjaran bagi mereka yang berjihad fi sabillah. Oleh itu saudaraku, teruslah berjuang Islam, teruslah dengan kerja-kerja Islam, semoga Allah mengganjari kita dengan syurga-Nya. Amiiiin ya robb.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan