Al jazibiyyah/ graviti menurut al Quran.
Kita sedia maklum bahawa tetapnya kita bergerak atas muka bumi ini kerana adanya graviti..semua yg dibaling jatuh semula ke bumi kerana graviti..setakat itu sahaja kita diajar di sekolah. Tp sedarkah kita siapa yg menjadikannya..? Kalau difikir secara logik tentulah langit dan segala isinya akan jatuh juga ke bumi kerana graviti..tetapi ini tidak berlaku.
Allah menyebut dlm ayat 2 surah al Ra'd: Mafhumnya: "Allahlah yang mengangkat langit tanpa tiang sebagaimana yang kamu nampak," dalam surah Fatir ayat 41: "sesungguhnya Allahlah yang menahan langit dan bumi supaya tidak tergelincir (hilang), jika kedua2nya tergelincir tidak ada seorangpun yang mampu menahannya selain Allah. Sungguh DIA Maha Penyantun lagi Maha Pengampun"
Dalam ayat lain, Allah menceritakan tentang graviti: Bukankah DIA (Allah) yang menjadikan bumi sebagai tempat yang tetap (qarar- stabil lg tenang untuk didiami)? (al-Naml:61)
Namun apabila Allah SWT menghendaki dan membuang graviti itu, yakni tatkala tibanya hari kiamat maka gambarannya ialah:
"Apabila langit terbelah. Dan patuh kepada Tuhannya dan semestinya ia patuh. Dan apabila bumi diratakan. Dan ia memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong ..."(al-Insyiqaq:1-4)
Maka tatkala graviti sudah tiada lagi dan berlakunya kiamat, manusia dan gunung akan berterbangan.."..dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu? Hari di mana manusia menjadi seperti kupu2 yang bertebaran. Dan bukit bukau menjadi seperti kapas yang ditiup.."(al Qari'ah: 3-5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan