Kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Islam perlu ingat bahawa 10 atau 11 tahun nanti agama Islam yang mulia ini akan bertukar dengan Islam Hadhari sekiranya mereka tidak bertindak sesuatu sewaktu diberi peluang mengubahnya ketika Pilihanraya.
Mengapa Islam Hadhari perlu ditolak. Mudah sahaja, antaranya.
Dari Segi Namanya
Dalam Al Quran Islam disebut sebagai agama yang sebenarnya yang diutuskan-NYA, Firman Allah ta'ala :
إن الدينَ عند الله الاسلام
(Sesungguhnya Agama di sisi Allah ialah Islam)
Nama Islam ini diberikan oleh Allah, tapi nama Islam hadhari itu siapa yang berikan.
Dari Segi Lengkap :
Islam yang kita anuti ini sekarang dah amat lengkap dan tak perlu lagi sebarang penjenamaan yang lain serta suatu modul yang lain yang menjadikan umat Islam sendiri keliru. Firman Allah taala :
اليوم أكملتُ لكم ديكم وأتممتُ عليكم نعمتي ورضيتُ لكمُ الاسلام دينا
(Pada hari ini (Hajjaul Wada') telah KU sempurnakan untukmu agamamu, dan telah ke cukupkan ni'mat-KU atasmu dan telah KU redahi Islam sebagai anutan (cara hidupmu)
Dari Segi Asasnya :
Islam yang kita anuti ditegakkan di atas 5 Rukun Islam serta 6 Rukun Iman, kedua-dua rukun ini amat lengkap. Sedangkan asas Islam Hadhari 10, yang mana satu yang nak dipakai. Ini juga suatu kekeliruan. Islam Hadhari itu ke yang lengkap atau Islam yang mempunyai 11 rukun ini yang lengkap. Sabda Rasulullah sollahu 'alahi wasallam :
بُنشَ الاسلام على خمسٍ
(Dibina akan Islam itu di atas lima perkara, iaitu rukun ISlam)
Islam di asaskan oleh Aqidah yang sebenarnya, dan sumber seluruh rukun-rukun ini dari sumbernya yang asal iaitu dari Allah dan Rasulnya, Rasul kita Muhammadlah yang telah menggariskan semua rukun-rukun ini.
Tetapi apakah sumber yang diambil oleh Islam Hadhari?
Dari Segi Kekeliruan :
1) Satu hari nanti semua masyarakat Islam akan ditanya oleh anak-anak mereka, apakah beza Islam dengan Islam hadhari ? ini timbul kerana giatnya kerja-kerja kerajaan mengetengahkan Islam hadhari tanpa mengetengahkan Islam yang sebenarnya.
2) Kemanakah perginya hukum dan undang-undang jenayah Islam yang merupakan tonggak untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dari sebarang gejala? rasanya dalam Islam hadhari tak ada dinyatakan ????
Marilah sama-sama kita fikirkan, kalau tidak kita akan berdosa kerana telah memperkenalkan islam hadhari berbanding Islam yang diturunkan ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan