Khamis, Februari 14, 2008

HUKUM DI SEBALIK PILIHANRAYA

Assalamualaikum.
Oleh kerana pilihanraya ini adalah satu-satu cara untuk melaksanakan hukum dan perundangan Islam, maka sudah tentu hukum mengundi adalah sesuatu yang amat dituntut, dengan ertikata lain hukumnya 'wajib aini' (Fardhu 'ain) terhadap setiap individu Muslim di Malaysia. Tidakkah dengan kuasa politik yang diberikan semasa pilihanraya dapat membolehkan sesuatu parti/kumpulan itu melaksanakan undang-undang ALLAH ? dan tidakkah sesiapa yang memberikan undinya kepada sesuatu parti yang memerintah secara Islam secara sendirinya juga telah melaksanakan Islam dalam ertikata sebenarnya ? dan tidakkah memberikan undi kepada parti yang tidak memerintah dengan Islam yang lengkap bermakna menolak perlaksanaan undang-undang Islam yang lengkap ? Oleh itu renunglah ayat di bawah semoga mendapat penjelasan yang sebenarnya.

Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliah? Padahal kepada orang-orang yang penuh keyakinan, tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih baik dari Allah (Al Maidah - 50)
Dalil tentang ketaatan kepada pemerintah yang sering dibaca ialah sebagaimana ayat di bawah yang menjelaskan status ketaatan terhadap pemimpin dan kaitannya dengan ketaatan kepada ALLAH dan RasulNya.
يأيها الذين ءامنوا أطيعوا اللهَ وأطيعوا الرسول واولي الأمر منكم - النساء 56
Wahai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasul dan pemerintah dikalangan kamu.
Perhatikan ayat di atas, pada kalimah pemerintah (ulilAmri) tidak terdapat kalimah "athiu", yang bermaksud "taatilah", ini menjelaskan bahawa setiap pemerintah yang ingin dipatuhi mestilah terlebih dahulu mematuhi ALLAH dan rasulNya, barulah pemerintah tersebut boleh dipatuhi.
Oleh itu ingatlah bahawa undi anda memberikan dua kesan, samada menjamin Islam yang lengkap dapat dilaksanakan, ataupun undi anda sedar atau tidak sedang menentang keinginan melaksanakan Islam.

Tiada ulasan: