Dalam kitab Tafsir Ibnu Kastir ada dibawa satu cerita......
cerita bagaimana pemimpin dan rakyat di bawa di hadapan ALLAH untuk dihitung amalannya, maka di saat mereka telah diputuskan masuk neraka, rakyatpun menyalahkan pemimpin kerana menyesatkan mereka, pemimpin membela diri bahawa mereka bukan menyuruh rakyat mengikut mereka. Kedua-dua pihakpun bertengkaran di hadapan ALLAH......salah menyalah antara satu sama lain.
Bagi menyelesaikan pertengkaran mereka itu, ALlah menyuruh Malaikat menyelesaikannya. Lalu Malaikat itupun bercerita kepada pemimpin dan rakyat, bahawa ada seorang buta yang masuk dalam satu kebun bukan miliknya, si buta itu tercium bau buah-buahan yang sedang masak dan berusaha mengambil tetapi tidak mampu, tidak berapa lama masuk pula ke dalam kebun itu seorang yang tempang kakinya. Kata si tempang "hai buta! kenapa kau tak ambik buah-buah yang sedap ni?", kata si buta "kan aku ni buta manalah nak nampak!" Kalau macam tu, aku naik atas bahu engkau dan petik buahnya, kerana mata aku tak buta, tak berapa lama buah-buah yang ranum telah mereka kecapi keenakkannya, sedang kebun itu adalah kebun orang, bukan milik mereka berdua.
Malaikat bertanya kepada pemimpin dan rakyat "dalam kes ini, siapakah yang salah si buat atau si tempang?" spontan pemimpin dan rakyat menjawab "kedua-duanyalah yang salah!!!, jadi kata Malaikat kamu pemimpin salah, dan kamu rakyat yang beri kuasa pada pemimpin pun salah juga, jadinya kamu semua masuk neraka.
Hah! rakan-rakan semua, ada tak di kalangan rakan-rakan yang nak jadi pemimpin sebegitu ataupun rakyat yang sebegitu????
Kalau saya....saya gerun pada api neraka tu!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan